Setting CommentAssalamualaikum dan salam sejahtera. Selalunya kalau ada yang bertanya mengenai ilmu setting blog, selalunya saya akan bagi link entri tutorial blog lain sebagai rujukan.

Bukan apa... saya kurang mahir dalam buat entri tutorial ni, takut anda tak faham atau tersalah faham kan susah jadinya nanti. Lagi pun banyak tutorial yang telah dibuat oleh blogger yang lebih mahir dan berilmu tentang setting blog

Entri Tutorial

Tapi kali ini saya dapat satu pertanyaan tentang mengubahsuai komen atau setting comment dimana ianya boleh di publish dan moderate serentak seperti dalam blog saya ni. Rasanya bolehlah buat entri tutorial ni sebab ianya sedikit mudah. Saya pasti, ramai daripada anda juga pun sudah tahu cara ini... Jadi kalau ada sebarang kesilapan, tolong betulkan yer...

Cara Setting Comment Mengikut Pilihan Anda

Untuk tidak menghampakan Yana Yani yang sentiasa menyokong blog ini dan buat mereka yang mahukan setting comment blog anda seperti ini, anda ikutlah tutorial ringkas dan mudah seperti dibawah :

Cara Setting Comment Mengikut Pilihan Anda

Cara setting comment mengikut pilihan

1. Buka ruangan blogger anda.

2. Klik 'Settings' dan kemudian klik 'Posts and comments'. Anda akan dapat paparan seperti emej diatas. 

3. Lihat ruangan 'Comment Moderation' (yang telah saya tandakan dengan kotak merah itu) Bahagian ini adalah dimana pilihan untuk anda membuat setting pada komen entri anda. 
  • Jika anda pilih 'Always' - Ianya bermakna semua entri anda akan menjadi 'setting moderate' Bermakna setiap komen yang masuk mesti mendapat approval anda untuk di publish
  • Jika anda pilih 'Sometimes' - Anda perlu isi satu lagi ruangan iaitu 'For posts older than___days'. Nombor yang anda masukkan adalah jumlah hari dimana entri anda tanpa komen 'setting moderate'. Contoh seperti diatas adalah 1 days. Ia bermakna entri yang berusia satu hari, setiap komen yang masuk akan terus di publish dan setiap komen bagi entri yang berusia lebih dari satu hari pula perlu mendapatkan approval anda untuk di publish. (faham ke...macam berbelit-belit jer ayat ni) Kalau anda letak 3 days, bermakna entri yang berusia sebelum tiga hari, semua komen yang masuk akan terus di publish sehinggalah entri tersebut berusia lebih dari 3 hari barulah setiap komen yang masuk menjadi 'setting moderate'. Ok...faham kan...
  • Jika anda pilih 'Never' - Ianya bermakna semua komen yang masuk pada semua entri anda akan terus di publish tanpa sebarang sekatan.
  • 'Email moderation request to' - Jika anda isi ruangan email ini, maka setiap kali komen yang masuk, anda akan diberitahu terus melalui email yang anda berikan (for notification only)
4. Sudah selesai membuat pilihan? Jika sudah...save settings anda. OK Siap!

Diharapkan semoga Yana Yani dan anda semua faham akan tutorial saya ini. Kalau masih kurang faham, anda boleh sahaja bertanya... InsyaAllah saya akan cuba jelaskan mengikut kefahaman dan pengetahuan yang saya ada. Pilihlah setting comment yang memberi kelebihan dan kemudahan buat anda. Semoga berjaya...


Terima kasih bersama Relaks Minda.


p/s: macammana entri tutorial ni...boleh faham ke?
Author by Bin Muhammad

29 comments - "Cara Setting Comment Mengikut Pilihan Anda"

Yana Yani delete icon 12:19 PG

oooo dekat situ rupanya
baru tahu...hehe =)
tak pernah tahu pasal tu pula...hehe
terima kasihlah sudi berkongsi maklumat =)

p/s - pasal iklan tu tak tahu camne nak explain. cuma saya rasa tak sesuai untuk tatapan santai...hehe

Hero Borneo delete icon 12:36 PG

ya..tutorial yang mudah difahami..terima kasih kerana berkongsikan perkara ini..

Perkongsian yg bermanfaat BM.. t kasih.

AisNy delete icon 7:42 PG

hehehehe... thanks for sharing... bg saya, saya set admin to approve... at least saya sedar siapa yang tinggalkan komen tu. Boleh lah saya berkunjung balik pada blog dia...

Tutorial terbaik..

kemas tutorial bm..hehe

Tanpa Nama delete icon 9:28 PG

veryd gd sharing ni BM !

Tanpa Nama delete icon 9:54 PG

sesuatu untuk BM , tq yer http://kesumaangsana.blogspot.com/2014/05/resepi-cinta-kasih-sayang.html

Satu tutorial yg mudah difahami semua.
Mesti Yana puashati..

Dunia Zumal delete icon 10:32 PG

Ok zumal faham gak. Thanks BM for sharing :))

paridah delete icon 10:56 PG

tutorial yg mudah difahami...belajar sikit2 sbb xmudah juga nk fhm nih...tq berkongsi ilmu.

Zawiah delete icon 11:01 PG

alhamdulillah , faham ... thanks .

Nurulhidayah delete icon 12:01 PTG

Timekasi berkongsi ilmu BM :)

bagus..bagus...bertambah ilmu lagi nie

mselim3 delete icon 12:26 PTG

Assalammualaikum...BM,

Terima kasih BM.. bagus tutorial nie... buat blogger yang tak tahu. Perkongsian yang bagus.. moga2 ilmu2 yang BM tabur atau berikan di sini boleh digunakan untuk rujukan blogger2.

mselim3

Unknown delete icon 1:07 PTG

ternyata gampang ya caranya, saya juga mau coba ah :)

encikarman delete icon 1:27 PTG

jarang2 org setting camtu, ataupun mmg ramai yg tak tahu setting cam tuh. Dekat "show backlinks" kalau tukar bagus gak tuh. Bila kita klik kat nama org tinggal komen, terus masuk blog dia, senang skit nak balas komen berbanding dgn masuk ke g plus dulu. Tak ghituh.

Tutorial terbaik..

Tanpa Nama delete icon 2:08 PTG

ye...kathy pun memang buat macam ni..sebab kathy ada entri tuto,takut kalau tak buat macam ni,orang bertanya kathy tak jawab pulak kan?

Fiza Rahman delete icon 3:14 PTG

Owh...baru ssaya tahu apa function 'sometimes' tu...hehehe...Thanks for the info. Tapi saya setting always. Sebab saya suka terjah blogger yg komen kat blog saya dulu baru saya publish. komunikasi dua hala katakan...hehe...

Nurul delete icon 3:45 PTG

Ooo, baru nrl tahu... Tq, BM... ;D

Bunda_nora delete icon 9:43 PTG

padanlah bunda pun perasan jugak macam soalan si yana yani tu...rupa2 nya tang tu...tau dah..

Pha Is delete icon 2:32 PG

perkongsian yg baik.. kadang2 komen moderation ni perlu jugak.. tapi so far saya memilih untuk publishkan je.. kalau teruk sangat, delet.. heheh

Oh, baru tahu. Terima kasih BM. Satu lagi nak tanya, BM ada setting ke untuk terbit entri dalam tempoh masa tertentu. Atau kena buat manual? Contohnya, lepas 5 jam, kembali terbit semula. Faham tak?

BinMuhammad delete icon 11:19 PG

Setahu saya, ianya memang tak boleh di setting...kena buat secara manual.

OKje delete icon 6:20 PTG

Yg kurang tahu tu sila tengok tutorial tu....hehe...yg rasa mcm tau mcm tak tu ....tak yab tengok hehe

Blog Santai delete icon 9:41 PTG

Noted...comment kita so far tak guna moderation..tapi Alhamdulillah boleh filter anonymous...

ZaridaIshak delete icon 5:37 PTG

tips yang menarik... bagi saya lebih selesa dengan cara sekarang namun jika berlaku sebarang perubahan... ia bukanlah pelik kan? :D

Setiap satu pilihan tu ada kelebihan tersendiri..akak pilih komen diapprove dulu baru dipublish sbb kdg2 ada entri lama yg dikomen,so kita boleh tau..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap