Anda masih ingat kepada jenama kereta Datsun? Kalau dulu, ianya satu jenama kereta yang cukup popular. Masihkah anda ingat akan kereta Datsun 120Y yang menjadi kereta untuk belajar serta menjalani ujian memandu suatu ketika dahulu? Pasti kereta dan jenama ini banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis buat anda. Kini, kereta Datsun sudah semakin sukar untuk dilihat dan mungkin ada generasi kini yang tidak pernah mengenali jenama ini.
Sejarah Ringkas Datsun
Datsun adalah satu jenama penting dalam sejarah Nissan Motor Company. Datsun bermula pada tahun 1914 dengan hanya menggunakan perkataan DAT iaitu sebuah syarikat industri automotif yang namanya berasal dari tiga pengasas Datsun iaitu Den, Aoyama, dan Takeuchi. Model pertamanya adalah DAT-car. Sejak itu ianya terus maju berkembang sehinggalah syarikat ini diambil alih oleh Nissan Yoshiuke Aikawa pada 1933.
Aikawa ingin memajukan perusahaan automotif ini dengan produk yang lebih ringan, murah, ekonomi serta tahan lama yang sesuai untuk digunakan oleh semua golongan. Untuk itu beliau menjenamakan semula DAT dengan nama 'DAT-son', atau 'anak dari DAT' sebagai satu kelahiran semula kenderaan DAT dan akhirnya diringkaskan menjadi satu perkataan, maka bermulalah jenama 'Datsun' di pentas dunia.
Aikawa ingin memajukan perusahaan automotif ini dengan produk yang lebih ringan, murah, ekonomi serta tahan lama yang sesuai untuk digunakan oleh semua golongan. Untuk itu beliau menjenamakan semula DAT dengan nama 'DAT-son', atau 'anak dari DAT' sebagai satu kelahiran semula kenderaan DAT dan akhirnya diringkaskan menjadi satu perkataan, maka bermulalah jenama 'Datsun' di pentas dunia.
Melalui jenama Datsun, Nissan telah menjual lebih dari 20 juta unit Datsun di 190 buah negara diseluruh dunia sehinggalah pada tahun 1980 apabila jenama Datsun ini ditamatkan dan ditukar sepenuhnya kepada jenama Nissan.
Datsun Muncul Kembali!
Setelah 34 tahun jenama ini terkubur, ianya kini muncul kembali! Nissan ingin mengembalikan semula kegemilangan Datsun yang terkenal dengan sebuah jenama kenderaan yang murah, ekonomi dan sesuai digunakan oleh semua golongan. Sehubungan dengan itu jenama Datsun dihidupkan semula dengan model terbarunya iaitu Datsun GO+.
Datsun GO+ Panca kini telah dilancarkan di Indonesia. Mini MPV dengan 5+2 tempat duduk berkuasa 1.2 liter enjin dengan 68 hp. Penjimatan minyak juga amat mengagumkan dan mampu mencapai lebih 20Km/l. MPV Datsun GO+ ini hanya berharga dari 85 juta rupiah (RM23,885) hingga 103 juta rupiah (RM28,950). Ia merupakan MPV yang paling murah dan paling mampu milik dipasaran rantau ini
Mungkinkah model ini akan masuk kepasaran Malaysia? Mungkin ya...tapi tidak mungkin harganya akan semurah itu. Jika harganya semurah itu sudah pasti ianya menjadi kenderaan paling laris dan akan memberi kesan besar terhadap jualan kenderaan Proton dan Perodua.
Oleh itu...kita hanya mampu melihat dan meleleh air liur melihat betapa bertuahnya negara jiran kita ini dapat memiliki kenderaan yang jauh lebih murah harganya berbanding negara kita! Ya! Sebuah MPV berharga lebih murah dari Viva 660!
Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________
41 comments - "Datsun GO+ MPV Termurah Dipasaran RM23,885!"
rekabentuk menarik..harga pun cantik..bro nak beli ke??
boleh order 10!!!!!!!kwakakaka...
Kalau ada jual kat Malaysia dgn harga tu...memang dah beli! :)
Ok la ..boleh la kalau nak beli hehehe..
Kita dah ada kereta dah ..setakat ni mmg tak der raser nak tukar baru lg la ..
urmm.. Kalau masuk MSIA, pasti memberi saingan sengit pd Viva juga pada kenderaan sedia ada dan seterusnya.. jalanraya pun akan semakin semakin packed!
teringat satu ketika dulu bila belajar memandu guna kancil tapi bila test kena guna datsun ... sadis . Saya masih mengharap model ini akan masuk ke pasaran Malaysia dan dgn harga mampu milik ... proton dan perodua perlu berani dengan persaingan !
Alamak comel betol kotak komen nie uncle hahaha.
Macam tak muat je bila cik akak nak komen.
Cantik gak kereta tu tapi cik akak tak de lesen lagi hahaha
Untung la depa boleh dapat MPV harga tu :)
bestnyer...senangnyer kalau banyak duit..
abe kie berharap agar harga kereta diturunkan di malaysia ini krna ia sudah menjadi satu keperluan skrg..buatlah jenama kereta 1Malaysia ke apa...
Cun juga Datsun ni.. menarik..
Wow..murah jugak tu..boleh diconsiderkan
Betul juga ye... :)
Maaf ye Cik Akak, memang ada masalah dengan responsive view, jenuh mencari codingnya...poning2 huhu
ape boleh buat, dah rezeki rakyat malaysia kena beli kereta dengan harga yang mahal..
Pengurusan Proton kata, Saga SV tu cuma untung RM500 jer sebijik... Tapi model Datsun ni lagi murah...boleh jer untung banyak! Harap2 le turun..lihat negara jiran, murah2 jer...huhu
Memang murah tapi jangan haraplah nak dapat harga cam gitu kalau ianya dibawa masuk Malaysia sekali pun... :(
Ya! Kenangan dengan kereta Datsun 120Y ni memang tidak dapat dilupakan...
Wow, very affordable price, but I dun think we can get such price even if it is launched in Malaysia.
Murahnya kalau nilai yang sama dijual diMalaysia... Tapi tak mungkin lah kan...
Viva pun terkulat2 anak2 bunda nak bayar bulanan...
Datsun 120Y a.k.a. Datsun Driving School ni kereta first bapak saya pakai. Sampai sekarang kalau terjumpa 120Y ni kat jalan, sure teringat kat bapak saya.
Dulu family pernah ade sebuah datsun. Mmg terbaik.
Tgk harga dan ianya mpv...mmg meleleh!
murahnya negara lain jual kereta..
Murahnya...kalau masuk kt malaysia kena beli ni...rugi2
akhirnya....siap juga blog uncle....terbaik tau...nak juga yang simple miple cam nie...hihi
Waah.. menarik dan cantik.. tapi kan.. :D
Wah... murh tpi xde duit pun nk bli even ada kt malaysia..
saya penah buat presentation mengenai kenapa kereta lebih mahal di malaysia
zaman saya belajar dulu
dapat high mark time tu, bangga...hehe
isu ni sebenarnya tak akan pernah selesai, penat berbahas
anyway suka penjenamaan semula datsun ni
dulu kawan saya ada drive kita ni
oppss typo error *kereta bukan kita =)
wah kan best kalau ada di mesia huhuhu
Kalau dapat lah harga ni kat msia. Memang ramailah yg beli.
Apa boleh buat, kat sini...kereta kecik macam viva pun harganya mahal.
Saya pun byk kenangan dgn Datsun 120Y ni... Tapi kereta bapa kawan le. Memang jadi kereta lenjan kami...hehe
Kerajaan janji lepas PRU harga kereta nak diturunkan...tapi nampaknya, janji tinggal janji, huhu...
aku pun x rasa harga dia semurah itu bila masuk malaysia.
Kalau harga kereta ni macam tu, memang bertambah sesak Malaysia ni.
takkan masuk la.... jangan mimpi selagi kroni2 memerintah!!!
kalaulah..dah sure beli..
kalaulah..sure beli dah
hallo saya orng indonesia , Datsun go plus panca , emang nyaman, irit minyak .... murah lagi .
Malaysia mesti takkan terima kete ni
klau terima pon mungkin akan lebih mahal
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”