.jpg)
Sebelum itu SYABAS! diucapkan buat semua pemain dan jurulatih yang telah bermati-matian berjuang untuk menewaskan Denmark di suku akhir dan Indonesia di separuh akhir.
Menewaskan Indonesia
Walaupun kemenangan 3-0 pada perlawanan menentang Indonesia tampak mudah namun ianya cukup mendebarkan terutama dari pasangan beregu utama negara iaitu Tan Boon Heong/Hoon Thien How menentang Mohammad Ahsan/Hendar Setiawan 21-19, 8-21, 23-21 dalam masa 56 minit yang mencetus sensasi apabila mengalahkan beregu No 1 dunia ini.
Ini mungkin tercetus dari semangat yang ditunjukkan oleh Datuk Lee Chong Wei yang sebelum itu menewaskan Tommy Sugiarto 21-18, 21-13 dalam masa 52 minit. Manakala mata kemenangan yang membawa Pasukan Malaysia ke Final pula adalah melalui perseorangan kedua negara iaitu Chong Wei Feng yang menewaskan Dionysius Hayum Rumbaka 21-10, 21-17 dalam masa 43 minit.
Ini mungkin tercetus dari semangat yang ditunjukkan oleh Datuk Lee Chong Wei yang sebelum itu menewaskan Tommy Sugiarto 21-18, 21-13 dalam masa 52 minit. Manakala mata kemenangan yang membawa Pasukan Malaysia ke Final pula adalah melalui perseorangan kedua negara iaitu Chong Wei Feng yang menewaskan Dionysius Hayum Rumbaka 21-10, 21-17 dalam masa 43 minit.
Ini merupakan peluang terakhir dan terbaik yang pasti akan menjadi hadiah paling bernilai buat Datuk Lee Chong Wei sebelum bersara untuk mengucup Piala Thomas sebagai pelengkap koleksi trofi kemenangan beliau.
Penentuan Di Final Piala Thomas 'Malaysia vs Jepun'
Penantian yang cukup lama untuk mendakap kembali Piala Thomas ini walaupun sudah tiga kali berjaya ke Final iaitu pada tahun 1994 (Jakarta, Indonesia), 1998 (Hong Kong) dan 2002 (Ghuangzau) tetapi ketiga-tiganya tidak berjaya apabila tewas ditangan pasukan Indonesia.
Hari Ahad ini merupakan hari penentuan. Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi India akan menjadi saksi segalanya. Kedua-dua pasukan Malaysia dan Jepun masing-masing punya kekuatan dan kelemahan tersendiri. Jepun dengan reputasi terkini yang amat menakjubkan apabila menewaskan pasukan pilihan iaitu Pasukan China dengan keputusan mengejutkan 3-0! tidak boleh dipandang ringan oleh Pasukan Malaysia.
![]() |
Kejohanan Piala Thomas dan Uber 2014, New Delhi |
Namun kami semua rakyat Malaysia berdoa agar Skuad Piala Thomas negara 2014 ini akan membawa pulang Piala Thomas kembali ke Malaysia. Semoga berjaya... Malaysia Boleh!
Skuad Piala Thomas Malaysia 2014
Perseorangan Lelaki :
- Lee Chong Wei
- Chong Wei Feng
- Liew Daren
- Goh Soon Huat.
Pasangan Beregu :
- Hoon Thien How-Tan Wee Kiong
- Lim Khim Wah-Goh V Shem
- Tan Boon Heong, Chan Peng Soon or Ow Yao Han.
Saksikan siaran secara langsung di Astro dan RTM pada hari Ahad, jam 5.30 petang.
Dapatkan keputusan perlawanan final ini disini : Keputusan Penuh Final Piala Thomas
Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________
15 comments - "Malaysia Ke Final Piala Thomas 2014"
Saudara BM,
Rasanya peluang untuk menjuarai Piala Thomas agak cerah. Namun kehebatan peningkatan pemain-pemain Jepun tidak boleh dipandang ringan.
Semuga pasukan negara berjaya menjuarai Piala Thomas kali ini. In syaa Allah.
dah lama tak tengok badminton... rakyat Malaysia teruja dan gembira dengan keputusan ini mungkin sedikit sebanyak dapat mengubati hati berkaitan isu panda...
Majulah sukan untuk negara
terkejut jugak dengarchina kalah dengan jepun.. fuh...
Adakah JEPUN kuasa baru sukan badminton ...
Kejuzzzz CHINA kalah ngan JEPUN namun bersyukur Malaysia dapt poergi FINAl ..
Moga2 ada lagi rezeki MALAYSIA ...GoodLuck 7 All The Best TEAM MALAYSIA ..Support!!!
tahniah kpd team badminton Msia...ke peringkat akhir pun sudah kejayaan yg besar juga...
tahniah team malaysia semoga dapat thomas tahun ini,,abang jemput lawat blog saya
http://www.kacamataview.com/
klu jepun blh kalahkan china semudah itu , maka bkn mudah msia nak tewaskannya .
Gila memang gila dunia badminton ni. Jepun di luar jangkaan mengalahkan china 3-0.
Malaysia perlu fokus dan pastikan perjuangan berakhir dengan kejayaan.
Gila memang gila dunia badminton ni. Jepun di luar jangkaan mengalahkan china 3-0.
Malaysia perlu fokus dan pastikan perjuangan berakhir dengan kejayaan.
sejak anak-anak sidek sudah tak berada di gelanggang..kak anim dah lama tak ikuti perkembangan badminton malaysia. camnapun bila sudah berada di final, sure malam itu kami anak beranak duduk depan TV
Jepun menang. Tapi tak per, bley cuba lagi Malaysia.
Belum ada rezeki Malaysia lagi... ada masa lagi, berusahalah !!!
Terlambat pula mendarat ke entri ini... ultraman sudah menang...
tengok! suspend sungguh!
tapi apa kan daya, bukan rezeki
proud to malaysian team..
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”