pusat pengumpulan barang kitar semula
Pusat Kitar Semula
Pusat Kitar Semula Punca Masalah?Assalamualaikum. Kes kecurian kabel masih berlaku dan terus berleluasa. Ini adalah kesan negatif akibat dari barangan terbuang yang boleh di kitar semula.

Ianya berharga dan bernilai tinggi menjadi tarikan untuk mendapatkan wang mudah. Pusat pengumpulan barang kitar semula yang wujud dimana-mana pula memudahkan ianya dijual. 

Jika ianya barang terbuang tidak mengapa tetapi termasuklah barangan berguna dan elok menjadi mangsa kerakusan pemungut sampah dan pencuri. Dari kesan positif kini ianya menjadi punca kepada masalah

Masalah Pusat Kitar Semula

Pusat-pusat pengumpulan barangan kitar semula yang tumbuh bak cendawan lepas hujan ini mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Jika kita lihat kebanyakannya meletakkan harga yang terlalu murah berbanding harga pasaran yang sepatutnya. Mereka juga tidak pernah menolak sebarang barangan kitar semula yang bernilai tinggi walaupun ianya mencurigakan.

Pusat-pusat kitar semula ini sewajarnya menjadi mata-mata buat pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan kecurian. Mereka perlu membuat laporan jika terdapat barangan mencurigakan dibawa ketempat mereka. Takkan mereka tidak kenal barangan tersebut adalah hasil dari barang curi? Kabel-kabel TNB dan TM bukan dimiliki oleh orang ramai.

Pusat-pusat kitar semula ini juga tidak diurus dengan baik. Keadaannya sungguh tidak terjaga, kotor, tidak tersusun serta sistematik. Barangan terbuang dan terpakai ini dibiarkan bersepah dan sudah kelihatan seperti tempat pembuangan sampah! Ianya bukan sahaja mencacatkan pemandangan malah mengundang bencana kerana menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan tikus.

pusat pengumpulan barang terbuang dan terpakai yang boleh di kitar semulapusat pengumpulan barang terbuang dan terpakai yang boleh di kitar semula

Penguatkuasaan Dan Pemantauan

Seharusnya pihak berkuasa memperketatkan syarat-syarat penubuhan pusat-pusat kitar semula ini disamping memantau harga yang dikenakan. Mereka meraih keuntungan berganda sedangkan penjual yang bersusah payah mengumpul dengan harapan untuk menjaga alam sekitar namun jika hasilnya terlalu mengecewakan, sudah pasti ianya akan melemahkan semangat. Program kitar semula bertujuan untuk menjaga alam sekitar tetapi pusat-pusat kitar semula ini pula yang mencemarkan alam sekitar! Apa dah jadi ni?

pusat pengumpulan barang terbuang dan terpakai yang boleh di kitar semulapusat pengumpulan barang terbuang dan terpakai yang boleh di kitar semulaKesedaran tentang amalan kitar semula itu sangat baik. Ramai yang ingin melakukannya tetapi seringkali tergendala apabila tiada inisiatif galakan yang dapat menyemarakkan semangat melakukan aktiviti ini.

Hasil daripada jualan barangan kitar semula pula telah dibeli dengan harga yang tidak munasabah sehingga melemahkan semangat serta membantutkan usaha murni ini.

Kecewa dengan pihak yang mengambil kesempatan, begitu juga kecewa dengan pihak berkuasa yang tidak mengambil berat isu ini. Harga barang kitar semula wajar dikawal dan dipamerkan agar tiada pihak yang mengambil kesempatan.

Jika segala ini berlarutan, sudah pasti usaha negara untuk mencapai target untuk setanding dengan negara maju yang menjadikan kitar semula sebagai satu budaya sudah tentu akan gagal. Alam sekitar pasti akan terus terdedah dengan kemusnahan dan pencemaran.

Namun begitu, bukan semua pusat pengumpulan barang kitar semula ini tidak diurus dengan baik tapi alangkah bagusnya jika pusat pengumpulan kitar semula diseluruh negara seperti Pusat Kitar Semula Komuniti, Presint 9, Putrajaya ini...

pusat pengumpulan barang terbuang dan terpakai yang boleh di kitar semula

Terima kasih bersama Relaks Minda... Kitar Semula tanggungjawab kita


p/s: Sudah lebih 24 jam tanpa talian telefon mahupun internet. Tak dapat nak update entri atau berkunjung ke blog-blog sahabat. Minta maaflah semua. Laporan telah dibuat kepada Telekom (TM) dan baru dapat tahu rupanya ada kes kecurian kabel. Mujur dapat singgah kejap di siber cafe utk publish post...

Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________

17 comments - "Pusat Kitar Semula Punca Masalah?"

ZaridaIshak delete icon 2:07 PTG

kebersihan dan kitar semula tanggujawab semua termasuk pemilik pusat kitar semula...

wah...menarik ni.

paridah delete icon 3:23 PTG

kebersihan alam sekitar patut dijaga tp pusat pengumpulan barang2 kitar semula pun mncemarkan pandangan juga.

Mentaliti masyarakat kita masih belum 100% sedar tentang kebersihan. Kebanyakannya target utama nak untung hingga kebersihan diabaikan. Bila dah terjadi sesuatu yg tak diingini barulah tindakan dibuat. Itu yg biasa kita nampak walau tak kurang yg sudah nampak menjaga kebersihan disamping meraih untung..

Tanggungjawap kita bersama kena lah kita berusaha untuk menjaga alam sekitar kita ..
Dalam islam pon kita kena titikberatkan kebersihan..
Tq BM atasperkongsian yg penuh bermakna ini

Zawiah delete icon 5:22 PTG

sepatutnya pembeli membuat aduan sekiranya ada penjual yg menjual harta milik tnb juga telekom ...

Teruk juga macam ni, kitar semula bahan yang tidak perlu dikitar semula, menambah perbelanjaan je sebenarnye..

*hendak seribu daya, tak hendak .... Alhamdulillah, dapat baca entry BM :D

Admin delete icon 6:51 PTG

Bagusnya pusat kitar semula Presint 9 ni ... benda ni banyak berjaya kat banda2 besar, pekan kecil hmmm sukar sikit lagi2 kalau generasi lama masih lagi ramai. Sebab kesedaran tu sangat tipis ... walaupun ada yang buat benda tu.

Banyak juga tempat begini yang jadi terbiar, macam Parit Buntar, pusat kitar semula dah jadi tempat simpan barang dah ... :) simpan barang peniaga yang jual nasi kukus .. hehehe

Khir Khalid delete icon 8:40 PTG

Kabel2 tu mmg tinggi harganya.. klu satu masa dulu, letrik pun selalu bermasalah sbb org curi peralatan tertentu.. tp skrng dah kurang. Semoga dipermudahkan segalanya BM.. Salam Jumaat.

Unknown delete icon 9:00 PTG

Kebersihan alam sekitar tanggungjawab bersama.....

Dunia Zumal delete icon 10:16 PTG

Amalan 3 R harus diamalkan sepenuhnya... Kini hanya 1 jer R yang dipraktikan iaitu Recycle tapi malangnya Reduce dan Reuse tu kurang dipraktikan sebab tu berlaku masalah kat pusat kitar semula nie :)

Tanpa Nama delete icon 11:06 PTG

kat sini selalu juga berlaku kecurian kabel ni..berani diorang ni..

Bahrain delete icon 12:20 PG

Macam manalah boleh kabel kenaa curi tu... tengok tempat pusat barang bersepah lain macam mana nak terurus.

antik tu pusat kitar semula putrajaya nih. Teringat masa jaman skolah rendah dulu. Kutip dan kumpul tin² yg ada lambang recycle ngan kawan² pastu jual. Seronok bila dapat hasil.

Yana Yani delete icon 1:00 PTG

saya setuju entry ni BM
pusat kitar semula mencar keuntungan sebab tu masalah seperti kecurian
masih sukar dibendung

Bunda_nora delete icon 9:23 PG

Bunda blogwalking sini...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap