Menonton Acara Sukan Di Hujung Minggu
Sukan di TV
Hujung minggu yang penuh dengan acara sukan yang menjadi daya tarikan utama untuk setia menonton didepan televisyen. Dari sukan tempatan hinggalah ke luar negara.

Sudah pastinya paling utama adalah badminton Final Piala Thomas 2014 diantara pasukan Malaysia menentang Jepun. Begitu juga dengan bolasepak Liga Super dan Final Liga Juara-Juara Eropah. Kepada peminat sukan permotoran, perlumbaan Formula 1 pastinya tidak boleh dilupakan.

Final Piala Thomas 2014.

Setelah berhempas pulas diperlawanan akhir yang sungguh mendebarkan, akhirnya Malaysia terpaksa akur dan harus menunggu lagi dua tahun serta memanjangkan lagi tempoh penantian kepada 24 tahun untuk mendakap Piala Thomas buat kali ke enam. Skuad Piala Thomas 2014 gagal untuk membawa pulang Piala Thomas untuk kembali ke Malaysia setelah tewas kepada The Giant Killer pada temasya kali ini, Jepun dengan keputusan 2-3.

Namun, Tahniah! dan Syabas! diucapkan kepada semua Pemain dan Jurulatih Skuad Piala Thomas 2014 yang pada awalnya tidak diletakkan harapan pun untuk berada di final tetapi mereka telah membuktikan betapa dengan usaha dan kesungguhan, mereka berjaya melakukan yang terbaik cuma tuah masih belum berpihak kepada kita.

Menonton Acara Sukan Di Hujung Minggu
Kejohanan Piala Thomas dan Uber Li-Ning 2014, New Delhi

Keputusan Penuh Perlawanan Akhir Piala Thomas 2014 : Malaysia 2 – 3 Jepun   

Perseorangan Pertama
Lee Chong Wei mn Kenichi Tago
21-12, 21-16

Bergu Pertama
Tan Boon Heong/Hoon Thien How kk Kenichi Hayakawa/Hiroyuki Endo
21-12, 17-21, 21-19

Perseorangan Kedua
Chong Wei Feng kk Kento Momota
15-21, 17-21

Bergu Kedua
Tan Boon Heong/Hoon Thien How mn Keigo Sonoda/Takeshi Kamura
19-21, 21-17, 21-12

Perseorangan Ketiga
Liew Daren kk Takuma Ueda
12-21, 21-18, 17-21

Menonton Acara Sukan Di Hujung Minggu
Datuk Lee Chong Wei masih gagal untuk mendakap Piala Thomas

Bola Sepak Liga Super 2014

Sebanyak lima perlawanan Liga Super berlangsung malam minggu tadi. Keputusan yang masih belum dapat menentukan pasukan manakah yang paling layak untuk bergelar juara Liga Super 2014 ini. Saingan masih lagi terbuka. Selangor yang tewas pertama kali Stadium Shah Alam semakin dikejar rapat oleh JDT. Hanya dua mata membezakan mereka dikedudukan tempat teratas liga.

Keputusan perlawanan 

Kedudukan terkini carta Liga Super

Terengganu dan Pahang juga masih mengekori rapat ditempat ketiga dan keempat. Keputusan terkini ini juga telah mengeluarkan Perak dari kedudukan terbawah liga tetapi masih belum benar-benar selamat dari tersingkir ke Liga Perdana.

Kini tinggal baki empat sahaja lagi perlawanan untuk menamatkan saingan liga. Pasukan manakah yang akan menjadi juara Liga Super tahun ini masih lagi menjadi teka teki. Empat pasukan teratas masing-masing punya peluang. Mungkinkah Liga Super akan tenggelam dengan kemeriahan bolasepak Piala Dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi?

Liga Juara-Juara Eropah 2013/14

Awal pagi Ahad telah berlangsung perlawanan bolasepak berprestij peringkat Eropah iaitu Final Liga Juara-Juara UEFA yang menemukan dua kelab gergasi dari Sepanyol iaitu Real Madrid dan juara baru Liga Sepanyol iaitu Atletico Madrid yang berlangsung di Lisbon, Portugal.

Satu perlawanan yang sungguh menarik dan dramatik dipamerkan oleh kedua-dua pasukan yang berlarutan hingga ke masa tambahan setelah terikat satu sama dimasa sebenar perlawanan. Itupun setelah Real Madrid berjaya menyamakan kedudukan dimasa kecederaan dihujung perlawanan. Namun penguasaan Real Madrid tidak mampu disekat lagi apabila menang 4-1 dan seterusnya menjulang Piala Liga Juara-Juara ini buat kali ke 10!

Real Madrid menjulang Trofi Liga Juara-juara Eropah buat kali ke 10

Aksi penuh sepanjang perlawanan

Dalam perlawanan ini juga Gareth Bale membuktikan bahawa pembelian Real Madrid keatas beliau yang menjadi pemain paling mahal didunia adalah berbaloi. Angel Di Maria dinamakan pemain terbaik perlawanan manakala Cristiano Ronaldo menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan 17 gol.

F1 Monaco Grand Prix 

Sukan permotoran nombor satu didunia ini pula sudah masuk pusingan ke 6 yang berlangsung di Monaco. Penguasaan Mercedes memang tidak dapat disekat lagi. Gandingan Lewis Hamilton dan Nico Rosberg telah mencatat kemenangan 1-2 sebanyak 5 kali berturut-turut begitu menakjubkan termasuklah di Monaco ini.

GP Monaco
Mereka mengusai carta pemandu dan Mercedes juga jauh mendahului bagi carta pasukan/pengeluar. Jika ini berterusan, kemungkinan tiada yang menarik untuk dilihat kerana persaingan kurang hebat dan keputusan pemenang keseluruhan boleh dijangka dari awal.

Namun begitu setiap perlumbaan masih menjanjikan tarikan tersendiri dan apa yang menarik di GP Monaco kali ini adalah insiden yang berlaku semasa sesi kelayakan terakhir dimana Nico Rosberg memberhentikan kenderaannya setelah mencatat masa terpantas yang menyebabkan semua pelumba dibelakangnya tidak dapat mencatat masa. Dengan itu Nico berjaya meraih petak pertama diperlumbaan sebenar. Insiden ini sedang dalam siasatan FIA sama ada ianya memang disengajakan.


Keputusan GP Monaco

Kedudukan carta terkini pemandu

Kedudukan carta terkini pasukan

Menonton Sukan Di TV

Sekarang ini untuk menyaksikan acara sukan hanya didepan televisyen namun segala yang percuma sudah terhad. Astro telah membolot segala siaran acara sukan popular. Sekarang ini Sukma pula sedang hangat berlangsung di Perlis. Tenis Terbuka Perancis juga sudah bermula. 

Mulai pertengahan bulan Jun, nampaknya akan lebih setia dengan televisyen. Bermula sahaja bolasepak Piala Dunia, maka dalam tempoh sebulan seluruh dunia akan tertumpu dan hangat membincangkan tentang bolasepak dan Piala Dunia.

Dalam tempoh sebulan itu juga, bil elektrik akan meningkat, tidur yang tidak cukup, prestasi kerja menurun, kedai-kedai mamak mengaut keuntungan berganda dan pelbagai lagi lah... Apa ada hal, 4 tahun sekali kan...

Terima kasih bersama Relaks Minda... Bersukan bukan sekadar untuk tontonan dan hiburan tetapi juga untuk perpaduan dan kesihatan.


Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________

25 comments - "Menonton Acara Sukan Di Hujung Minggu"

Tahniah buat jepun dan tahniah juga buat Malaysia. Mereka dah cuba yang terbaik.

ayunidati delete icon 10:01 PG

tahniah buat jepun jugak...

Kira not bad juga la pencapaian skuad Piala Thomas kali ni. Tapi, sekali lagi nasib masih lagi tidak menyebelahi Chong Wei. Dah berapa kali dah terkena macam ni. Sebelum ni Olimpik. So close, yet so far.

Assalamualaikum BM...saya sempat tonton badminton Piala Thomas jer. yang lain takdan...

Kesian kakak ni tau BM, yg menang tak dpt tonton sebab waktu dah nak maghrib (JB kan maghrib cepat). Bila budak balik dari mengaji tengok Darren main - kalah pulak terkilanlah juga.

Bukan kedai mamak aje untung BM. Kakak perhati warung burger pun boleh layan sampai pagi. Ada bagusnya juga bila ada bola tengah malam ni sana-sini ada org berjaga pencuri pun susah nak masuk rumah.

Zawiah delete icon 1:12 PTG

klu tak , malaysia cuti hari ni ... blm rezeki .

BinMuhammad delete icon 1:28 PTG

Ya...mereka sudah mencuba yg termampu, tapi apakan daya...

BinMuhammad delete icon 1:28 PTG

Pertama kali Jepun memenangi Piala Thomas...Tahniah!

BinMuhammad delete icon 1:31 PTG

Skuad ini cuma target utk ke separuh akhir, bila berjaya ke Final ianya sudah cukup bagus! Malang nampaknya DLCW...gagal mendapat kejuaraan utama dunia spt Olimpik, Kejohanan Dunia dan Piala Thomas. Kejayaannya bagaikan tidak lengkap...

BinMuhammad delete icon 1:32 PTG

Waalaikumsalam,
Macam F1 dgn Piala Thomas tu clash...sama masa, tengok ulangan jer la...

BinMuhammad delete icon 1:34 PTG

Alahai...kesiannya...xpelah. Takde rezeki.
Betul juga kata akak...bila musim bolasepak piala dunia, mesti kes pecah rumah kurang...hehe

BinMuhammad delete icon 1:35 PTG

Benar...xde rezeki nak dapat cuti hari ni...

mselim3 delete icon 1:52 PTG

Assalammualaikum.... BM,

nice entry.. mengikuti perkembangan sukan terkini... santai hujung2 minggu dengan tonton acara sukan... mselim3 suka tgk sukan...

mselim3

pls: ingatkan cuti hari nie... menang piala thomas ... insaallah cuba lagi tahun mendatang...amin,

Unknown delete icon 2:15 PTG

Awal2 lagi acikidah dah masuk tidoq... hehehe... takut tensen sendiri.. kuang3x...

ZaridaIshak delete icon 2:27 PTG

walaupun piala thomas disiarkan waktu malam... masih juga tidak dapat melihatnya kerana saya bukanlah peminat sukan yang tegar... :D

Dunia Zumal delete icon 2:57 PTG

Kekalahan kita pun kekalahan bermaruah :)

Unknown delete icon 3:33 PTG

yang akak tengok cuma Badminton.. yang lain anak2 yang tonton.. :D

Huhuhu semlm duk tercongok kat depan TV ..Sedihnyerr Malaysia KALAH ..
kempunan lg la kita nak dakap piala thomas tu BM..
Tq bg info sukan yg berguna untujk kita ..

Jepun hebat!

ZaridaIshak delete icon 5:30 PTG

menunggu dan mendapat perkembangan semasa dari sahabat... ada yang sedih ada yang teruja... macam-macam kerenah :D

Khir Khalid delete icon 5:46 PTG

Semalam menonton piala Thomas bersama2 ahli keluarga kat luar.. happening jugalah pada awalnya. Tapi sayang.. kalah. Kalau menang lagi syok suasananya. Tapi apapun syabas buat Malaysia kerana menunjukkan persaingan yg menggalakkan walaupun kalah dengan negara Ultraman.. :)

mama dapat tengok setengah jam lagi nak habis je.. lepas tu terus tak tgk...

Jiarizaira delete icon 2:51 PG

Tengok gak champion league haritu...sokong Real Madrid....masa nak penghujung waktu igtkan Real Madrid dah kalah. Nasib baik hasil tandukan dari Sergio Ramos menyelamatkan keadaan. Lepas tu Real Madrid skor smpai 4 biji. Tp kesian kat Altletico yg dah penat macam nak kejar bola..papepun puas hati tengok punya jauh.

Yana Yani delete icon 1:09 PTG

ini adalah faktor kenapa en suami beli pakej sukan walau mahal
minat sangat! mujur bini dia pun suka...hehe
world cup palin tak sabar nak tengok =)

Tanpa Nama delete icon 9:00 PTG

piala thomas dah lepas,tunggu piala dunia pulak..chaiyok jerman...hehehehe..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap