Panda Gergasi Kini Di Zoo Negara
Fu Wa Dan Fengyi kini Di Malaysia
Pasangan Panda gergasi yang ditunggu-tunggu dari China kini sudah berada di Malaysia dan ditempatkan di Zoo Negara. Pasangan Panda yang diberi nama Fu wa dan Fengyi adalah simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China.

Pasangan Panda gergasi ini sepatutnya sampai ke Malaysia pada pertengahan April lepas tergendala seketika akibat isu kehilangan MH370. Fu Wa dan Fengyi ini dipinjamkan oleh Kerajaan China kepada Malaysia selama 10 tahun menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.

panda di zoo negara
Panda Gergasi

Pasangan Panda gergasi yang berusia 8 tahun ini akan dikuarantin selama sebulan sebelum ianya dipamerkan kepada orang ramai. Kemudahan canggih yang bernilai RM25 juta dikawasan seluas 1.6 hektar dibina di Zoo Negara menjadi tempat penginapan panda ini selama berada di Malaysia. Ianya merangkumi ruang pameran, kuarantin dan verterina yang tertutup dimana lanskapnya direka khas menyerupai habitat asal disamping mengekalkan suhu dibawah 24°C.

kemudahan panda di zoo negara
Bangunan yang menempatkan Panda gergasi di Zoo Negara

Panda Gergasi Kini Di Zoo Negara
Lakaran pusat pameran Panda di Zoo Negara

Panda Gergasi Kini Di Zoo Negara
Keadaan sebenar ruang pameran Panda gergasi di Zoo Negara

Selain dari itu pihak Zoo Negara juga terpaksa membelanjakan RM1.5 juta setahun untuk perbelanjaan pengurusan dan makanan disamping membayar yuran USD1 juta (RM3.29 juta) setahun kepada kerajaan China.

Maka sudah pasti para pengunjung Zoo Negara akan dikenakan harga bayaran tiket tambahan dari kadar biasa (RM30) hanya untuk melihat pasangan panda gergasi tersebut.

sayang panda lebih dari sayang rakyat

Bertuah sungguh pasangan panda gergasi dari China ini, dilayan amat istimewa dengan kemudahan yang selesa di Zoo Negara, bernilai puluhan jutaan ringgit! Tapi anda juga perlu ketahui kenapa negara kita beria-ia mahukan Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi ini dan sanggup berbelanja besar. Berbaloi atau tidak? Itu... anda kenalah perlu banyak membaca dan mencari maklumat.

Tapi paling kecewa, kenapa rakyat nak tengok pun kena bayar, mahal pulak tu... huhu. Kepada anda yang ingin lihat panda gergasi ini... Bolehlah mula menabung dari sekarang...


Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________

25 comments - "Panda Gergasi Kini Di Zoo Negara"

ZaridaIshak delete icon 12:56 PTG

perlu menabung sekarang...
tak dapat pergi China dapat pergi Zoo Negara pun jadilah ...
dapat tengok adiwira Kungfu Panda :P

Unknown delete icon 12:58 PTG

welcome Panda~~!! :D love panda sooo much

Cik Itah delete icon 1:20 PTG

salam. hai..welcome to mr.panda heee..comell :D

comel jer panda ni, tiba2 teringat panda bergerak yang satu kat sini BM... ha ha ha...

http://www.bubblynotes.com/2014/04/epic-of-day-panda-bergerak.html

Tanpa Nama delete icon 2:02 PTG

wah...mesti dapat sambutan.insyallah

Tanpa Nama delete icon 2:07 PTG

wah ada panda yer skang ni... !

paridah delete icon 2:45 PTG

tuah badan pandalah tu...jangan belanja pengurusannya n yurannya menyusahkan dah...

Unknown delete icon 2:57 PTG

Untung lah kan
Lepas nie kena simpan tabungan lagi nie hihi

Dunia Zumal delete icon 4:24 PTG

Zumal ingatkan dorang dah tak nak hantar panda tu... Alhamdulillah la panda tu dah sampai moga menjadi tarikan baru di Zoo Negara :))

Bahrain delete icon 4:46 PTG

Macam manalah agaknya panda sekarang. hahaha, tak tahu dapat tengok ke tak dalam 10 tahun

Yana Yani delete icon 5:52 PTG

hehe..cam sarcastic je bunyi statement tu
anak saya banyak kali ajak p zoo negara ni
tapi tak p juga...
entah bila dapat peluang

Unknown delete icon 5:59 PTG

tersangat comel! beznye klo bawa tdo. tp kuku di tajam
tgk panda terasa tgk kucing parsi

Zawiah delete icon 6:05 PTG

mewahnya ... mcm nak join panda tu jer rasanya ... adehh

Unknown delete icon 6:46 PTG

untungnya jd panda tu..

cute sangat... ^_^

kakrose delete icon 9:26 PTG

selamat datang mr n mrs panda..dua dua pun gebu..hahaha

Selamat datang ke Malaysia ..
Hohoho mahal jugak kos nak jaga Panda ni kan ...
Alahai moga2 panda ni selesa la kat negara kita ni ,..
Meh kita teka apakah nama baru kedua2 panda yang akan dinamakan oleh PM kita ..
Agak2 apala nama yg PM nak bg kat panda2 ni ya ..

Tanpa Nama delete icon 10:02 PTG

untung jadi panda ni yer?istimewa betul tempat tinggalnya..mesti haiwan lain jeles tu..hehehe..

istimewa sungguh panda nie kan...

kalau pasangan panda ni membiak buley ke di angihkan ke zoo2 lain?

Khir Khalid delete icon 2:59 PTG

Gambar yg terakhir tu mmg epic lah... nostalgia huhu.. Panda ni mmg kena jaga betul2.. klu mati silap2 makin rosak hubungan kita dgn negara China.

BinMuhammad delete icon 10:07 PG

Ini fakta yg saya dapat : Sekiranya kedua pasangan panda gergasi membiak, Malaysia perlu membayar China sebanyak RM2 juta dan hanya boleh menyimpan bayi panda gergasi itu untuk tempoh 2 tahun.

ANIM delete icon 3:17 PTG

dah tengok panda di beijing, rasa tak teruja dengan panda yg didatangkan khas ke malaysia..
cuma kalau tengok balik entry beijing kak anim tu, habitat panda di zoo negara mereka lagi "real" berbanding di malaysia..wallahua'lam

Bagi saya ini satu pembaziran. Sebagai pembayar cukai, seeloknya duit rakyat dibelanjakan dengan cara yg betul dan berhemah. Banyak lagi sekolah2 tahfiz, rumah anak2 yatim, org2 yang tak berkemampuan yang memerlukan bantuan. Kos jer setahun dah berjuta².

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap