Melestari Alam Sekitar |
Apakah sumbangan anda dalam melestarikan alam sekitar? Setiap dari kita pasti punya tanggungjawab ini. Alam ini bukan milik kita dan setakat ini sahaja. Ianya dihuni oleh pelbagai makhluk lain dan kita semua saling bergantung antara satu sama lain. Ianya juga untuk dinikmati oleh generasi akan datang.
Sebelum itu fahamkah anda maksud melestarikan alam sekitar? Menurut Kamus Dewan, lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal atau tetap. Maka, melestarikan alam sekitar bermaksud, kita membiarkan atau memelihara alam sekitar supaya kekal seperti sediakala.
Oleh itu apakah yang harus kita lakukan untuk melestarikan alam sekitar ini?
Oleh itu apakah yang harus kita lakukan untuk melestarikan alam sekitar ini?
Cara Untuk Melestarikan Alam Sekitar
Ianya bukan tanggungjawab pihak tertentu sahaja tetapi setiap individu harus punya rasa tanggungjawab dan sama-sama terlibat dalam melestarikan alam sekitar. Apakah yang boleh kita sumbangkan? Mari kita lihat beberapa cara dan aktiviti mudah yang boleh kita lakukan bersama :
1. Kurangkan pembuangan bahan buangan.
Kita boleh kumpul barangan terbuang yang boleh di kitar semula seperti barangan plastik, kertas, besi dan sebagainya untuk dijual atau guna semula melalui idea kreatif barangan kitar semula. Ianya bukan sahaja dapat mengurangkan bahan buangan tetapi dapat memberi pulangan semula buat anda.
2. Kurangkan pencemaran udara.
Jangan membakar sampah secara terbuka. Pencemaran dari pembakaran amat besar kesannya, malah kita semua sudah merasai betapa siksanya hidup dalam suasana berjerebu. Oleh itu cuba elakkan dari melakukan pembakaran terbuka.
3. Elakkan pembaziran tenaga.
Sumber tenaga elektrik yang utama adalah dari pembakaran bahan api seperti arang batu dan minyak. Setiap kali pembaziran tenaga bermakna kita menyumbang kepada penggunaan lebih banyak sumber bahan bakar ini yang akan mencemarkan alam sekitar. Oleh itu pastikan setiap kegunaan elektrik di rumah, pejabat, premis perniagaan, kilang dan sebagainya digunakan dengan cekap dan tidak membazir. Guna ketika perlu dan secara optimum.
4. Jangan Membazir.
Kadangkala kita sering membeli barangan mengikut nafsu dan bukannya mengikut keperluan. Pakaian penuh almari, gedget 2~3 biji seorang, televisyen 3~4 buah dalam satu rumah dan macam-macam lagi. Semuanya lebih dari yang diperlukan. Setiap kali ada permintaan maka setiap kali itu jugalah adanya pengeluaran. Untuk menghasilkan lebih pengeluaran, maka lebih banyak penggunaan tenaga dan bahan mentah diperlukan. Ianya pasti akan memusnahkan dan mencemar alam sekitar.
5. Kurangkan penggunaan barangan pakai buang
Ini adalah kesan dari peningkatan taraf hidup dan kemajuan apabila semua orang mahukan yang pantas, segera, murah dan mudah. Pihak pembuatan mengambil peluang dari situasi ini untuk mengaut keuntungan yang pantas dan berterusan, maka barangan pakai buang dan kualiti rendah adalah alternatif terbaik masa kini tetapi ianya memberi kesan yang amat buruk kepada alam sekitar. Penggunaan sumber tenaga dan bahan mentah yang banyak disamping bahan buangan yang bertambah berlipat kali ganda mempercepatkan kemusnahan dan pencemaran alam sekitar.
6. Guna sumber tenaga kurang cemar.
Kemajuan dalam bidang teknologi semakin mengagumkan. Kesedaran tentang penjagaan alam sekitar telah memajukan teknologi kearah lebih mesra alam. Teknologi menggunakan sumber tenaga melalui cahaya matahari atau solar serta angin amat berjaya dalam menjaga alam sekitar. Begitu juga penggunaan kenderaan hibrid dan elektrik, ianya berjaya dalam mengurangkan pencemaran udara.
Ada banyak lagi cara dan aktiviti yang boleh dilakukan untuk kita bersama melestarikan alam sekitar. Mungkin anda juga boleh kongsikan bersama disini.
Segalanya Berpunca Dari Kita
Sepatutnya kita hidup dimuka bumi ini sebagai penjaga dan memelihara alam ini sambil menggunakan segala sumber yang ada dengan bermanfaat dan bijaksana.
Allah S.W.T berfirman: “Dan bumi sesudah itu dihamparkan (untuk kemudahan penduduknya). Dia mengeluarkan dari bumi itu airnya dan tumbuh-tumbuhannya dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi) sebagai pancang pasak yang menetapkannya (semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternakan kamu.” (Surah An-Naziaat ayat 30-33)
Namun disebabkan oleh kerakusan sesetengah dari kita telah mengekploitasi hasil dan sumber alam dengan melampaui batas. Implikasi darinya menyebabkan pelbagai fenomena alam telah berlaku diantaranya, pemanasan global, tanah runtuh, banjir kilat, gempa bumi dan pelbagai lagi yang akhirnya mengganggu ketidaksabilan ekosistem, cuaca dan hukum alam.
Allah S.W.T berfirman: “Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf.” (Rum:41)
Jangan fikir dan lihat apa yang orang lain lakukan. Jangan menuding jari, mulakanlah dari diri kita sendiri. Kini masih belum terlewat untuk kita bertindak. Bersama-samalah kita bertanggungjawab dalam melestarikan alam sekitar demi kehidupan yang lebih aman, sihat dan sejahtera di masa kini dan masa hadapan.
“Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita, tetapi sebaliknya kita hanya meminjamnya daripada anak cucu kita.” - Chief Seattle
Terima kasih bersama Relaks Minda... Melestari dan cintailah alam sekitar
Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________
20 comments - "Tanggungjawab Bersama Melestarikan Alam Sekitar"
bila tiada kesedaran tentang tanggungjawab menjaga alam sekitar nie,semua orang akan merasa keperitannya..
bab gadjet tu memang betul, ada tepon, tab dan bla bla bla.. tu sorang je pakai..
Anak-anak mesti dididik dari awal tentang kepentingan penjagaan alam sekitar
baru2 ni ada nampak 1 kereta yg berenti kat traffic lite. penumpang yg duduk kat sebelah slamber je bukak tingkap terus buang sebijik hampas apple yang dah digigit.. kurang asam punya ppuan!! lepas dah buang dia tutup tingkap then terus tengok2 ke kereta belakang dgn muka slamber mcm tak bersalah.. rasa nak gi cepuk je ppuan tu!!
mcm mana lah alam kita nak terpelihara kalau masih ada lagi org2 yang jenis mcm tu di muka bumi ni??!!
hari tu anak bujang saya tanya dekat saya
"mama macamana afif nak bersihkan bumi ni? bumi ni kotor, nanti afif duduk dalam sampah,
penat afif nak kutip semua sampah yang orang buang"
pening nak memberi jawapan, in the end saya kata
"afif kena bermula dari rumah, jangan buang sampah merata, nanti orang lain ikut"
alam sekitar perlu dijaga sebaiknya jangan tangan kita yg jadi sbb kemusnahanya.
kadang kala sesetengah dari kita ni tak reti nak menjaga persekitaran ...
kITA NI PUNYA LA ELOK DK MENJAGA TUP2 DIA PULAK BUAT LAGU DIA TAK RETI NAK JAGA ,..
Disebabkan hanya sorang manusia macam ni kita yang terkena ...
Sama2 kita jaga alam sekitar kita ..
Untuk generasi akan datang ..
tanggungjawab kita juga untuk memberi pendidikan kepada anak-anak dari kecil...perihal pentingnya melestarikan alam sekitar :D
Part no.1 tulah yang sedang kak usahakan bersama marta...
Bahan mengajar dari bahan terbuang...huhu
Bab hp tu mmg ramai yg tarkait.. antara keperluan dengan keasyikan membeli & memiliki... :)
Bersama kita menjaga alam sekitar untuk generasi akan datang :)
Let's Go Green:)
mari kita melakukan perubahan walaupun sekecil perubahan
Rakyat Msia nie masih kurang kesedaran tentang pentingnya faktor menjaga alam sekitar... termasuk la dengan diri ini.. :D
Selfish dan tamak, punca utama pengabaian alam sekitar. Nak kata tak tau, rasanya hari-hari dah diberitahu. Mungkin, masa yang perlu diambil untuk e rakyat kita hargai alam sekitar perlu tempoh yang lebih lama.
Pentingkan diri dan tamak adalah antara faktor utama kenapa kesedaran tentang alam sekitar masyarakat kita masih lagi di tahap yang rendah.
Saya ada terbaca ttg memajukan kereta eletrik tu.. tp setakat yg saya tahu setakat ni belum dpt menandingi kekuatan enjin petrol lagi. Nak charging pun tak berapa kuat kuasanya.. In shaa Allah, satu hari nanti akan guna juga rasanya...
paling suka fakta ke4..selalu macam tu la..kocek seluar kiri kanan penuh dengan gajet jer..hehehehe..kaya perompak,satu orang jer kena rompak pun hasilnya macam rompak 2,3 orang..hehehehe..
Owh...baru tau apa maksudnya. Peringatan buat diri sendiri juga. Sama2 kita mmelihara alam sekitar.
Bagus article ini, agak jarang jumpa penulis blog nak bicarakan hal ini ..anyway Abang Bin..jemput singgah dan follow blog saya http://www.kacamataview.com/
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”