Pengalaman Pahit Manis Bersama BibikBadanku terasa sakit-sakit dan lemah sahaja. Isteriku pun sama. Semakin hari semakin kurang bermaya. Dalam rumah pula terasa begitu panas sekali tetapi bila keluar dari rumah, kurang pula terasa sakit-sakit dan lemah badan.

Mula mencurigai sesuatu. Segalanya ini mula terjadi apabila setelah sebulan kehadiran pembantu rumah atau dipanggil bibik dari Indonesia bekerja dengan kami. Sejak akhir-akhir ini, kami sekeluarga bagaikan mengikut segala kata dan telunjuknya. 

Tidaklah percaya sangat perkara-perkara karut ini memandangkan pula bibik ini dilihat amat baik pekertinya. Sembahyang dan aurat sentiasa terjaga. Kami memang melayannya dengan baik umpama mak sendiri dan kerjanya juga sempurna. Kami amat berpuas hati dan begitu juga dengan kedua-dua anakku, cukup mesra serta rapat dengan beliau walaupun baru sahaja bersama. Malah kadangkala mereka tidur sebilik bersama dengan bibik.

Petunjuk Dari Allah

Namun aku amat bersyukur kerana Allah swt memberi petunjuk dan memelihara aku sekeluarga. Entah bagaimana pada suatu hari isteriku perasan yang almari pakaian ku diserang anai-anai. Apa lagi habis semua pakaian dipunggah keluar. Allahuakbar!...masa itulah kami terjumpa kemenyan dan bungkusan kain kuning berikat benang merah bersama seketul tulang. Aku tak berani membukanya terus ku bawa kesemuanya masuk dalam kereta.


Ketika itu barulah aku rasa ada kekuatan dan umpama semangat pulih kembali. Aku terus syak bibik lalu terus kebiliknya dan menyelongkar segala isi bilik. Ternyatalah benar telahanku!...Apa yang aku jumpa amat mengejutkan. Tak perlu kuceritakan disini... Bibik tersebut merayu-rayu memohon maaf dengan alasan, beliau takut kami tidak suka dan mahu berkerja lama dengan kami.

Namun kami bagaikan tidak dapat terima kenyataan ini dan tidak mahu sesuatu yang lebih buruk berlaku dikemudian hari. Esoknya kami hantar bibik tersebut kepada agen dan meminta agar bibik tersebut ditukar dengan orang lain.

Ini hanyalah satu kisah benar dari seorang rakan yang diceritakan kepadaku. Itu adalah pengalaman pertama beliau mempunyai pembantu rumah atau bibik ini. Bagaimana agaknya pengalaman mereka yang pernah mempunyai ramai pembantu rumah yang telah bersilih ganti?


Tak perlu susah untuk mendapatkan pengalaman ini. Seorang akak ni menceritakan kepada kita akan pengalaman pahit manis beliau bersama bibik-bibiknya yang sering bersilih ganti sehingga beliau sendiri sudah tidak ingat entah berapa jumlah sebenar bibik yang pernah beliau gajikan. Sudah pasti banyak sekali pengalaman Kak Zakie!

Bibik-bibikku

Komen Entri Pilihan Terbaik anda kali ini membawakan entri dari Kak Zakie melalui Blog Titisan Nurani. Kak zakie adalah seorang blogger, surirumah, guru mengaji dan punya kerjaya ini tinggal di Johor Bharu. Beliau sangat peramah serta amat saya kagumi dan hormati.

'Bibik-bibikku'... Itulah tajuk entri yang menceritakan pengalaman Kak Zakie bersama pembantu-pembantu rumahnya. Pelbagai kisah pahit manis beliau kongsikan bersama agar menjadi satu pedoman dan pengajaran buat mereka yang memerlukan.

Selalu kita hanya mendengar dan membacanya melaui media elektronik mahupun media cetak tetapi kali ini melalui kisah dari seorang blogger. Kisah diceritakan umpama sebuah cerpen yang mempunyai pelbagai cerita yang amat menarik pabila dibaca apatah lagi ianya diolah dari pengalaman sendiri membuatkan entri tersebut cukup dekat dan dapat diselami oleh setiap pembacanya.


Paling menarik adalah ungkapan terakhir entri tersebut yang amat terkesan dan mencuri hati saya...
"Baik-buruk mereka dengan tangan itulah juga yang membantu dan meringankan bebanan keluarga kami selama mereka bersama." - Kak Zakie

Anda semua boleh teruskan membaca di Blog Titisan Nurani disini : Bibik-Bibikku

Terima kasih Kak Zakie kerana sudi berkongsi kisah dan pengalaman anda. Ianya cukup menarik dan sememang dapat memberi pengajaran dan panduan buat mereka yang memerlukan. Tidak semua orang dapat menikmati pengalaman ini, membaca kisah pengalaman pahit manis Kak Zakie bersama bibik-bibiknya pun sudah cukup menjadi satu pengalaman berharga buat saya.


Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________

26 comments - "Pengalaman Pahit Manis Bersama Bibik"

kisah yang mengejutkan... menarik ceritanya.. betul ke ?

oh bibik, macam-macam perangai ada ye..

Unknown delete icon 7:38 PTG

Bibik o bibik

Unknown delete icon 8:17 PTG

menyeramkan...ada bibik yg bagus ada bibik sebaliknya
x pernah lg guna perkhidmatan bibik

Unknown delete icon 9:15 PTG

These are the pros and cons of getting a domestic helper.

Sis Vee delete icon 9:25 PTG

blm ada pengalaman tapi dgr byk kisah mengerikan ... berwaspada blm tentu selamat .

Saya ada pengalaman bibik dr seberang, lari tgh2 mlm tinggalkan pintu rumah ternganga..

Unknown delete icon 11:49 PTG

bila difikirkan,,didak mengapalah kalau x pakai bibik pun..usaha sendiri jaminan berkualiti.. inshaAllah selamat.. :)

BinMuhammad delete icon 12:05 PG

Ya...ianya kisah benar

Dah banyak cerita yang dikeluarkan di media mahu pun pengalaman sendiri oleh individu yang menggajikan bibik.. ini lah pengajaran yang terbaik buat semua pembaca..
terima kasih BM & Kak Zakie

Dapat BIBIK yg baik ok la BM kalau dapat yg perangai pelik ni mmg susahkan kita sekeluarga ..

Teruk mcm tu... nauzubillah. Saya ada juga pengalaman ttg pembantu rumah ni dulu.. tp lain sikit. Setiap bulan bajet stok belanja dapur saya naik 100% dari kebiasaan. Rupanya, stok minyak, gula, susu dll semua dia jual.. hampeh.. beras pun boleh jual main kilo mcm gula. Rupanya dia org ada network & agen yg ambil dari pembantu2 rumah utk memenuhi permintaan org2 dirumah kongsi. Beli brg dgn harga murah tp penguntungkan dia org.. seriklah. X payah pembantu rumah lagi.. nasib tak mcm kawan yang anak nak di culik pun ada..
Mungkin tak semua yg tak baik.. tp bagi saya mmg phobia jugalah...

Ngeri zumal dengar. Zumal hanya pernah guna bibik yang dipanggil bila ada kerja nak buat jer. Al maklum la, kerja tak banyak pun. Tapi tak ada la pengalaman gitu... Alhamdulillah semua baik sahaja :)

Mar Mansor delete icon 10:50 PG

yela..hati orang bukan kita tahu niat mereka..pengalaman mengajar kita lebih berhati-hati kan..

Nurul delete icon 12:01 PTG

Macam2 cerita pasal bibik ni kita dengar, manakutkan... alhamdulillah, setakat ni nrl x memerlukan perkhidmatan bibik lg... :)

Terima kasih sudi mengulas n3 kakak BM. Biar apa pun dek kerana tiada pilihan lain kakak memang memerlukan pembantu rumah. Sebab itu walau apa terjadi tetap kakak menggaji bibik. Doa mohon perlindungan Allah tak pernah putus. Kini anak-anak dah boleh berdikari dan ada mak zah sebagai pembantu hampir 100% masalah tak ada lagi.

Terima kasih dari kakak sekali lagi:)

Tanpa Nama delete icon 9:35 PTG

ngeri betul la...nasib baik kathy tak berkemampuan lagi nak menggaji amah baik local mahupun import..huhuhu..

Bunda_nora delete icon 7:44 PG

TERBAIK...entry dan pengisiannya....
Tahniah kepada blog Titisan Nurani....

Yana Yani delete icon 12:40 PTG

wah menaraik kupasan ni
ingatkan pengalaman BM sendiri
rupanya komen entry lagi
ish, macam-macam zaman sekarang ye
luar nampak elok je, dalam...ALLAH aje yang tau

Unknown delete icon 4:51 PTG

Errm... idah pun dah berbelas bibik juga.. macam2 ragam...
Betul juga kata kak zakie... buruk baik mereka la yg membantu kita menguruskan rumah diwaktu ketiadaan kita...

Fiza Rahman delete icon 5:34 PTG

Tahniah bua tkak zakie. Macam² kisah pasal bibik ni. Naik takut plak.

Aimacomel delete icon 5:00 PG

Bila baca camni, errrk menakutkan. InsyaAllah pas kawin ni dgn harapan dapat jd surirumah seprnuh masa. Semuanya atas bahu sendiri. Bibik, insyaAllah x

pengalaman yang mungkin boleh dijangka tetapi sungguh mengejutkan... sentiasa berdoa semoga mendapat pembantu yang baik dan boleh dipercayai. Semoga dipermudahkan urusan

ANIM delete icon 5:01 PTG

Setakat ni bibik hanya balik hari, belum pernah tidur sekali di rumah. Tu pun kena sabar banyak
Namun entry kakzakie patut dijadikan panduan utk kita, manalah tau pd masa akan datang kita memerlukan mereka..

Yang baik kita jadikan panduan, yang buruk jadikan sempadan. Moga kita lebih berhati-hati.

Blog Santai delete icon 5:47 PTG

Ingatkan Bibik BM tadi...he..he. Nway ada baik & buruk ambil bibik ni..Yang penting kena hati-hati...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap