Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda peminat bola? Jika ya...pasti anda adalah salah seorang peminat salah satu kelab Liga Premier Inggeris. Malam tadi merupakan perlawanan terakhir untuk musim 2013/2014. 

Nampaknya Juara Liga sudah pun diketahui. Kelab Manchester City ditabalkan sebagai Juara Liga Premier Inggeris buat kali kedua. Berlawanan dengan juara musim terdahul iaitu Manchester United yang gagal memenangi sebarang Piala malah menduduki tangga ketujuh liga yang menyaksikan mereka langsung tidak layak untuk bertanding di Liga Europa musim hadapan.

Manchester City - Juara Liga Premier 2013/14

Kedudukan terakhir Liga Premier 2013/14

Kebangkitan Liverpool juga menakjubkan pada musim ini namun dipenghujung liga, nasib tidak menyebelahi mereka dan hanya mampu berada di tangga kedua liga. Namun begitu, pemainnya iaitu Luiz Suarez telah ditabalkan sebagai pemain terbaik dan pemenang kasut emas Liga Premier 2013/14.  Beliau telah menjaringkan sebanyak 31 gol dalam saingan liga sahaja. 

Senarai penjaring di Liga Premier 2013/14

Tiga pasukan tercorot pula akan turun ke Liga Championship temasuklah kelab yang dimiliki oleh warga Malaysia, Vincent Tan iaitu kelab Cardiff.

Keputusan Perlawanan terakhir Liga Premier 2013/14

Penentuan perebutan tahta yang berlangsung hingga perlawanan terakhir, cukup menghiburkan. Musim ini juga perebutan tempat teratas juga sangat menarik, tidak seperti musim-musim sebelum ini yang boleh diagak dengan mudah kedudukan empat kelab teratas. 

Liga-liga di Eropah kini hampir kesemuanya sudah di penghujung. Ini berikutan memberi laluan kejohanan Piala Dunia di Brazil yang akan bermula pada bulan Jun nanti. Sebelum itu, satu lagi kejuaraan tertinggi peringkat Eropah iaitu Liga Juara-Juara yang akan menemukan dua kelab gergasi Sepanyol Real Madrid dan Atletico Madrid pada 25 Mei ini.

Bagaimana dengan Liga Malaysia? Tidak kurang sengit dan hebatnya dengan pelbagai rencah didalam padang dan luar padang. 

Beginilah sukan bolasepak, sukan nombor satu di seluruh dunia. Punya tarikan dan hiburan melalui kemahiran dan komersial. Mungkinkah satu hari nanti kita dapat melihat pasukan negara beraksi di Piala Dunia? 

Salam manis dihari Isnin... Terima kasih bersama Relaks Minda

p/s: kecewa juga bila Liverpool gagal menang Liga Premier musim 2013/14 ini.

Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________

23 comments - "Manchester City Juara Liga Premier 2013/14"

Tahun ni saingan takhta EPL memang sengit gila. Walaupun saya sokong Arsenal, antara Man City dengan Liverpool, saya lebih rela kalau Liverpool yang menang title tahun ni. Hehe

Tahniah MU..

Ada jugak dengar-dengar kat wassup kekawan cerita malam tadi...walaupun tak tengok, tapi kena ambil tahu juga kan...

TAHNIAH ...

hihi..knah xtengok.. hanya cik man yg tengok bola..

Terbaik... !!

Zawiah delete icon 10:50 PG

kul 9 baru gi pasar ? ... gi lah nanti sambung lagi ekkk

tahniah ler walau tk sokong mana pun.. hehehe lebih suka kalau MU menang

Assalammualaikum... BM,

tahniah Manchester City Menang.. Insaallah tahun depan Manchester pulak... hehehehe ( penyokong fanatik nie)...

mselim3

Jie Susanos delete icon 1:42 PTG

smlm mengharapkn city klah..hancur harapanku nk tgk liv mnang..haha..apa2 pun tahniah utk team city.. sronok tgk bola season ni.

Assalamualaikum BM

Maaf ...Anda telah ditag untuk segmen ini
http://lagunamerbok.blogspot.com/2014/05/segmen-liebster-award-lagunamerbok.html

Hafizul delete icon 4:24 PTG

Ok..liverpool masih terbaik..haha

Tak reti sangat bola2 ni BM.. tapi teringin juga nengok Malaysia team beraksi dipentas dunia.. one day.. perhaps

Fiza Rahman delete icon 5:36 PTG

Tahniah buat MC. Tapi iols tak tgk bola sgt ☺

Nampaknya belum rezeki Liverpool...huhu

Kita lihat bagaimana MU musim depan...mesti bertambah menarik!

Saya ni kira social football fan.. klu ramai2 boleh layan, tp klu sorang2 kurang minat bola. Tp taulah perkembangan yg berlaku..

Nurul delete icon 12:06 PTG

X minat sangat tapi layan je bila en suami bukak bola... :)

kathy dan encik hubby pilih MU,tapi adik² sokong liverpool..hehehehe..

TAHNIAH.... walaupun bunda tak ikuti pun...

yana yani delete icon 12:38 PTG

saya juga suka tengok bola
tapi saya tak minat liga
saya lebih suka tengok world cup atau euro =)

baby comel delete icon 11:07 PG

City mmg hebat. MAN U & ARSENAL tetap kt hati...

Saya tak berapa minat untuk menjadi penyokong mana-mana pasukan liga luar. Tapi, kalau ajak untuk menonton tak jadi masalah.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap