Senangkah menjadi seorang penulis atau lebih tepat lagi disini adalah seorang blogger? Ada yang kata senang dan pasti ramai yang kata susah.
Mungkin senang buat blogger yang hanya update entri tentang isu hangat semasa, hiburan dan copy & paste. Tak perlu susah memikirkan idea baru, hanya perlu ubah suai sikit atau buat link seperti tonton online sudah dapat mengundang beribu-ribu pengunjung sehari.
Mungkin senang buat blogger yang hanya update entri tentang isu hangat semasa, hiburan dan copy & paste. Tak perlu susah memikirkan idea baru, hanya perlu ubah suai sikit atau buat link seperti tonton online sudah dapat mengundang beribu-ribu pengunjung sehari.
Salahkah jika jadi menulis entri sebegitu? Eh... tak ada salahnya, blog anda, hak anda, cara anda. Setiap blogger punya matlamat dan tujuan tertentu dalam berblogging. Jika itu matlamat serta tujuan anda... teruskan.
Blogger Seorang Penulis
Yang susahnya adalah untuk menjadi seorang blogger yang berkualiti dan tersendiri yang perlu punya idea yang original dan punya matlamat untuk menyampaikan sesuatu dengan penuh bermakna dan bermanfaat untuk pembacanya. Entri yang dapat memenuhi segala kriteria sebagai sebuah entri yang lengkap dari segi pengisian, maklumat, kreatif serta tersendiri yang boleh dijadikan rujukan serta panduan.
Begitu juga dari sudut teknikal seperti teknik serta format penulisan secara On Page SEO tidak boleh diketepikan. Ianya mesti digaul dan digabung bersama agar penulisan yang baik ini dapat terserlah dan mengundang trafik yang tinggi. Gabungan inilah yang membezakan serta menyerlahkan keunikan penulisan di blog!
![]() |
Rumahku Syurgaku |
Janganlah bila melihat ilmu cara teknik On Page SEO sahaja sudah kata susah sebelum ada usaha untuk mencuba melakukannya. Bak kata seorang guru yang juga seorang penulis buku, cerpen, puisi dan juga seorang blogger yang sangat istimewa ini, beliau berkata, "Menulis itu seperti menukang rumah"
Menulis Itu Seperti Menukang Rumah
Apa maksud beliau? Anda perlu membaca entri berikut : Menulis Itu Seperti Menukang Rumah yang beliau pilih untuk segmen Komen Entri Pilihan Terbaik Anda dan anda pasti akan memahami maksudnya. Beliau yang saya maksudkan adalah Cikgu Helmi atau lebih dikenali sebagai Tetamu Istimewa.
"Untuk menjadi seorang penulis yang baik persediaan awal dalam menukang karya perlu dilakukan. Aspek ini sekiranya tidak diambil kira bukan menjadi masalah tetapi sekiranya dititikberatkan mampu memberi impak yang besar kepada hasil karya seseorang penulis. Bukan sahaja penyediaan idea yang kreatif malahan aspek-aspek teknikal juga perlu diambil kira. Kerana itulah, sebuah rumah yang telah siap nanti tidak akan terdengar lagi pahat berbunyi." - Tetamu Istimewa @ Menulis Itu Seperti Menukang Rumah
Terima kasih Tetamu Istimewa diatas entri ilmiah yang menarik ini sebagai entri pilihan terbaik anda dalam segmen Komen Entri. Anda sememangnya adalah seorang blogger, juga seorang penulis! Semoga ulasan ringkas ini dapat memberi sesuatu yang berguna buat kita semua. Selamat Hari Guru Cikgu Helmi... :)
Terima kasih bersama Relaks Minda... Cetusan anda buat tatapan bersama
Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________
29 comments - "Seorang Blogger Adalah Penulis"
Artikel yg menarik. Terima kasih.
Sekiranya ada minat, tak jadi masalah utama dalam berkarya...
Penulisan yg baik tentang seorang penulis yg sememangnya berpotensi besar. Menulis sememangnya memerlukan minat namun perlu diasah dan diperkasa dari masa ke semasa agar hasilnya lebih baik dari sebelumnya. Semoga BM & cikgu Helmi terus berjaya... aamiin.
wah, kupasan menarik dari BM, mama pun cuba nak jadi seorang penulis yang berkaliber, angan-angan tinggi tu.. hihih
Exactly BM, Seorang Blogger adalah seorang penulis. Dan penulisan yang baik perlukan skill. Yang ni kita memang fail..dan BM memang ada skill ni. Tapi tak apa, yang penting we do our best kan, untuk berkongsi sesuatu yang terbaik kan..untuk manafaat semuakan..
setuju dgn entri bro., bukan senang utk menulis, idea harus bernas,..x mo yang cincai2 je...sebab itu blog fizi jarang ada entri..kalau ada tu adalah ideanya...komitmen sebagai pelajar pun harus didahulukan..
Hehehe jgn berkata TIDAK atau TAK MAMPU sebelum kita berUSAHA ..
Sekarang ni pon Kak lya tengah asah parang asah kapak asah sabit pedang keris la ni nak mantapkan lg penulisan ,, Tapi mmg takleh nak lawan ngan BM la ..
Kak Lya jenis penulisan sempoi2 gtu BM berbahasa gitu hehehe ...
SEMPOI2 BERBAHASA ,..lepas ni kena berbahasa sikit takleh nak mengharap sempoi2 jer ..
nak jadi penulis yang baik penulissannya,buat masa nie kebanyakkannya entry santai dan penulisan yang kelam kabut..
I super like this entry and agree 101%. Tapi maaf my melayu tak begitu bagus untuk menulis dalam bahasa melayu to pull more malay readers walhal my life is all about being a Malay Muslim.
tempat terbaik untuk mengasah bakat
bermula dari minat , maka idea akan datang wpun idea itu dtg ikut suka2 saja dan x blh dipaksa ... selebihnya adalah bagaimana kita mengekpresikannya atau mempersembahkannya untuk para pembaca .
cara penulisan juga melambangkan identiti seseorang blogger juga kan BM.. bukan setakat "bahasa menunjukkan bangsa" hehehe..
Dari segi penggunaan ayat, trademark juga kadang2 boleh membuatkan seseorang blogger tu jadi ikutan..
dah agak dah.. blogger tu mesti cikgu helmi tetamu istimewa, berdasarkan description mula2 tu.. hehe.. saya pun kalau boleh nk jadi blogger yg jenis 'penulis' ni. sentiasa membawa dan mengupas isu2 yg boleh kita fikirkan bersama, bukan sekadar update apa yg berlaku dalam kehidupan harian je.. tapi disebabkan kurang idea, entri2 yg macam tu x banyak la yg ada. kebanyakannya entri pasal apa yg berlaku seharian (ala2 diari) dan entri segmen dan GA.. tapi setiap kali dapat tulis entri kupasan sesuatu isu (walaupun jarang), kepuasan tu lain.. hehehe..
Penulis yang baik terserlah dalam penulisannya...skill dan bakat yang ada dikongsi dan mendapat pengikut dan pembaca yang setia...
Itulah yang jarang dimiliki oleh ramai orang...
Penting juga bila menulis dalam blog jangan seperti menulis SMS..
Tapi blog NS blog santai..bahasa diguna hari2..
Perkongsian BM amat bermanfaat... BM memang contoh penulis terbaik, zumal suka sangat membaca kat sini :)
penulisan boleh mengabadikan pengalaman
kak mula menulis blog dgn semua karya original...hari demi hari berubah pula setelah ada ilmu share n galak copy paste sbb terikutikut dgn penampilan blog2 terkenal yg lain. sebab kak mmg suka menulis tetaplah juga mengekalkan niche karyaku dgn karya2 berupa novel, cerpen/secebis kisah, sajak, pantun n rencana2 pendek..karya sendiri...
cikgu helmi penulis yg hebat. yumida ada beli cerpen [buku] beliau
BM pun penulis n pemikir hebat. kagum pd cara BM melontarkan idea/pandangan
setiap entry pasti ada mesejnya
well said... :)
Blogger menyebarkan maklumat lebih pantas dari wartawan media cetak!
Kembang idung keh keh
kathy suka membaca entri BM sebegini..entah apa pula komen untuk entri kathy jika suatu hari BM buat lagi segmen komen entri sebegini...apapun ulasan untuk entri Helmi sangat hebat,kathy setuju. buat helmi,selamat hari guru 2014.
kena tunggu BM buat segmen begini lagi :-))
Tahniah buat tetamu istimewa. Bukan mudah nak jadi penulis sebenarnya. Nak buat ayat...karang ayat dan susun ayat. Dpt jadi penulis blog pon dah kira ok...hehehe...
saya pernah baca entry tu, saya juga suka ungkapan tu
dalam maksud dia dan menggambarkan setiap satu perkara perlukan
ketelitian terutama sekali dalam budang penulisan
untuk saya sendiri, terlalu banyak perlu diperlajari
masih tertatih
Rumah siap pahat berbunyi lagi ni biasa sangat bagi blogger. Entri dah siap, tapi typo error banyak. Tu yang berbunyi lagi pahatnya. haha
Terima kasih BM atas kupasan ini. Saya sangat hargai. Moga apa yang dikongsikan bermanfaat untuk semua.
blogger menulis dari hati
bukan menulis ikut hati
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”