Assalamualaikum.... Ramadan Al Mubarak datang lagi. Bulan mulia, penghulu segala bulan. Bulan khusus untuk kita, umat muslim dan muslimat. Bulan keampunan yang penuh dengan keberkatan. Bulan dimana segala amalan dan ibadat berlipat ganda dan diberkati. 

Ramadan Al Mubarak - Kewajiban Berpuasa Dan Zakat Fitrah

Ramadan Datang Lagi... Bersyukur kehadrat Ilahi kerana kita dipanjangkan usia dan diberi peluang lagi untuk menikmati bulan yang penuh barokah ini sekali lagi.

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan dan kemudahan yang sebaiknya agar kita dapat merebut segala kelebihan dan ganjaran dibulan yang mulia ini...InsyaAllah. Amiin... 

Bulan Ramadan... bulan dimana kita diwajibkan menjalani rukun Islam ke ketiga iaitu berpuasa sebulan Ramadan dan rukun Islam keempat iaitu menunaikan zakat fitrah sebelum kita menyambut kemenangan di bulan Syawal.

Ibadat Puasa Di Bulan Ramadan

Puasa di bulan Ramadan adalah rukun Islam yang ketiga yang mula disyariatkan pada hari Isnin 2 Syaaban tahun kedua hijrah, iaitu dua tahun setelah Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah.
Firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas umat-umat yang sebelum kamu, mudah-mudah kamu lebih bertaqwa" – Surah Al-Baqarah :183

Syarat Wajib Puasa
  1. Beragama Islam
  2. Baligh (telah mencapai umur dewasa)
  3. Berakal
  4. Berupaya untuk mengerjakannya.
  5. Sihat
  6. Tidak musafir

Rukun Puasa
  • Niat mengerjakan puasa pada tiap-tiap malam di bulan Ramadhan(puasa wajib) atau hari yang hendak berpuasa (puasa sunat). Waktu berniat adalah mulai daripada terbenamnya matahari sehingga terbit fajar.
Ramadan Al Mubarak - Kewajiban Berpuasa Dan Zakat Fitrah

Ramadan Al Mubarak - Kewajiban Berpuasa Dan Zakat Fitrah
  • Menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga masuk matahari.


Syarat Sah Puasa
  1. Beragama Islam
  2. Berakal
  3. Tidak dalam haid, nifas dan wiladah (melahirkan anak) bagi kaum wanita
  4. Hari yang sah berpuasa.

Amalan Sunat Berpuasa
  1. Bersahur walaupun sedikit makanan atau minuman
  2. Melambatkan bersahur
  3. Meninggalkan perkataan atau perbuatan keji
  4. Segera berbuka setelah masuknya waktu berbuka
  5. Mendahulukan berbuka daripada sembahyang Maghrib
  6. Berbuka dengan buah tamar, jika tidak ada dengan air
  7. Membaca doa berbuka puasa

Perkara Yang Membatalkan Puasa
  1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
  2. Muntah dengan sengaja
  3. Bersetubuh atau mengeluarkan mani dengan sengaja
  4. kedatangan haid atau nifas
  5. Melahirkan anak atau keguguran
  6. Gila walaupun sekejap

Zakat Fitrah

Zakat ini di fardukan pada tahun ke 2 hijrah iaitu tahun di fardukan puasa. Di fardukan ke atas setiap individu muslim lelaki atau perempuan yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Firman Allah Ta’ala : قَدْ أَفْلَحَ مَنْ تَزَكَّى
Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh). (Surah Al-A’la Ayat 14)
Zakat fitrah atau nama lainnya “zakat an-nafs” iaitu zakat badan maksudnya zakat untuk menyucikan jiwa dengan mengeluarkan makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan dengan kadar satu gantang Baghdad bersamaan 2.70kg beras atau senilai dengannya diberi kepada golongan tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

Syarat Wajib Zakat Fitrah
  1. Mempunyai lebihan makanan atau hartanya untuk diri & keluarga pada malam dan siang hari raya.
  2. Hidup pada akhir Ramadhan & awal Syawal.
  3. Anak yang lahir sebelum matahari terbenam pada akhir bulan Ramadhan dan hidup hingga selepasnya.
  4. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan
  5. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah
  1. Waktu Afdhal/Sunat  -  Sebelum Sembahyang Sunat Hari Raya
  2. Waktu Wajib  -  Selepas terbenam matahari malam Aidilfitri sehingga terbit matahari esoknya             
  3. Waktu Harus  -  Sejak Awal Ramadhan
  4. Waktu Makruh  -  Selepas Sembahyang Sunat Hari raya sehingga terbenam  matahari 1 Syawal
  5. Waktu Haram  -  Selepas terbenam matahari 1 Syawal

Orang Yang Berhak Menerima Zakat Fitrah
Ramadan Al Mubarak - Kewajiban Berpuasa Dan Zakat Fitrah Firman Allah Ta’ala : إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَوَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَاِبْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ 
Maksudnya : Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang – orang fakir dan orang-orang miskin dan a’mil-a’mil yang mengurusnya dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah dan (ingatlah) Allah amat mengetahui lagi amat bijaksana. (Surah At-Taubah Ayat 60)

Golongan Yang Wajib Menerima Zakat:
  1. Orang Fakir - Iaitu orang yang tidak ada harta benda untuk keperluan hidupnya sehari-hari, tidak sanggup bekerja, tak mampu berusaha dan malu untuk meminta-minta.
  2. Orang Miskin - Iaitu orang yang boleh bekerja dan berusaha tetapi tidak mencukupi keperluan hidupnya sehari-hari.
  3. Amil (pemungut zakat) - Orang yang dilantik atau diberi kuasa oleh Majlis Agama Islam Negeri untuk memungut zakat.
  4. Muallaf - Orang yang baru memeluk Agama Islam.
  5. Hamba - Iaitu : Hamba Qin (hamba semata), Hamba Mudabbar (hamba yang kemerdekaannya bergantung kepada mati tuannya) dan Hamba Mukattab (kemerdekaan dirinya bergantung kepada syarat-syarat yang diberikan oleh tuannya). Sebagaimana keterangan Imam Syafie, hamba mukattablah yang layak menerima zakat.
  6. Orang Yang Berhutang Banyak - Iaitu tanggungan hutang untuk kemaslahatan diri dan keluarganya ataupun kemaslahatan umat Islam bila hutangnya itu telah melebihi dari harta kekayaannya.         
  7. Sabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah
  8. Ibnu Sabil - Orang yang dalam perjalanan jauh untuk menyempurnakan tuntutan Agama Islam kemudian kehabisan belanja atau biayanya.

Selamat menjalani ibadah puasa dan zakat fitrah. Semoga segala amal ibadat di bulan yang mulia ini mendapat keberkatan dan semoga bulan Ramadan Al Mubarak ini menjadi titik tolak agar kita menjadi insan yang lebih beriman dan bertakwa kepada Allah SWT. 

Salam Ramadan Al Mubarak 1435H


Ditulis oleh :

19 comments - "Ramadan Al Mubarak - Kewajiban Berpuasa Dan Zakat Fitrah "

bersama kita berpesta ibadah...salam ramadhan utk BM..

paridah delete icon 11:58 PG

salam ramadan perkongsian yg sgt bermenafaat..tq

Blog Santai delete icon 2:25 PTG

Salam Ramadhan BM...

salam ramadhan bro..
bgus pkongsin sbagai perinagtan kita bersama :)

Unknown delete icon 6:37 PTG

Selamat Berpuasa BM...

Salam Ramadhan Al Mubarak BM ..Moga Ramadhan kali ini disambut penuh makna ..Entry perkongsian yg baik untuk kita semua ..Thanks

Unknown delete icon 11:58 PTG

perkongsian yang baik bro,..selamat berpuasa dan semoga bulan ramadan bro sekeluarga :)

salam ramadan utk bm..bln yg penuh keberkatan dn info yg sungguh bgus..

semoga ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun lepas.

Salam Ramadhan BM..

Zawiah delete icon 3:19 PTG

Salam ramadhan ...

mselim3 delete icon 8:33 PG

Assalammualaikum...BM,

selamat menjalani ibadah puasa.. al mubarak dan bulan yang mulia ini bermaaf andai ada khilaf mselim3 sepanjang berkawan..

mselim3

Tanpa Nama delete icon 8:59 PTG

salam ramadan Al Mubarak..teringat pula kerana ramadan lepaslah saya mula mengenali BM..

Salam Ramadhan BM & selamat menjalani ibadah puasa.. Semoga Ramadhan ini membawa lebih keberkatan kpd kita semua dari yg sebelumnya... aamiin.

Salam Ramadhan BM & selamat menjalani ibadah puasa.. Semoga Ramadhan ini membawa lebih keberkatan buat kita semua dari yg sebelumnya... aamiin.. :)

Fiza Rahman delete icon 10:07 PG

Salam ramadhan & selamat berpuasa buat BM & family.

Yana Yani delete icon 3:50 PTG

rasa dah lama sungguh tak ke sini
banner dah bertukar, cantiklah. BM juga ke tu, nampak lain =)
apapun selamat menunaikan ibadah puasa

farah delete icon 1:38 PTG

Bismillah,

tazkirah hati dan jiwa

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap