Cuaca Panas - Fenomena El Nino
Sudah beberapa hari cuaca begitu panas luarbiasa. Kemungkinan besar fenomena El-Nino yang dijangkakan berlaku telah bermula. Oleh itu kita perlulah bersiap sedia untuk menghadapi satu lagi cabaran dan dugaan yang belum pasti seteruk manakah nanti kesannya. 

Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan satu nasihat kesihatan bagi memberi amaran dan panduan awal untuk kita menjaga kesihatan disepanjang cuaca panas yang akan melanda ini. Semoga ianya dapat dijadikan rujukan untuk kita menjaga kesihatan diri. 

Cuaca Panas : Nasihat Kesihatan Kepada Orang Ramai

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
  • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
  • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
  • Penghidap penyakit sistem pernafasan.
  • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
  • Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.

Gejala cuaca panas melampau adalah :
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Lemah tumpuan
  • Pening
  • Lemah otot–otot atau kekejangan
  • Mual dan muntah
  • Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

Cuaca Panas - Nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia

Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:
Anda Perlu :
  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
  • Hadkan aktiviti luar
  • Kerap berehat
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar
Elakkan:
  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas

Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah ini;
  • Keluar dari kawasan yang panas
  • Tanggalkan pakaian yang ketat
  • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
  • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
  • Minum air setiap 15 minit
  • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

Cuaca Panas - Nasihat Kementerian Kesihatan MalaysiaCuaca Panas - Nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia

Semoga cuaca panas yang melanda ini tidaklah seteruk yang dijangka, namun kita harus sentiasa bersedia dan menjaga kesihatan diri. Jadikan nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia ini sebagai panduan untuk diri dan keluarga kita. 

Cuaca Panas - Nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia

Terima kasih bersama Relaks Minda. Setiap musibah yang berlaku pasti ada hikmahnya. 


p/s: Nasihat kesihatan ini dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________

32 comments - "Cuaca Panas - Nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia"

Unknown delete icon 1:38 PG

a'ah la skang panas sgt..

Sekarang winter di aussie

dari musim hujan bertukar kpd panas mendadak..ramai yg alami masalah kesihatan...

Tanpa Nama delete icon 8:03 PG

Panas lit-lit kat Perlis

memang sekarang nie tidur malam pun terasa bahangnya BM,tapi still ada hujan lagi di tempat saya..

tu la..saya dah jatuh demam akibat tak tahan panas melampau hjg minggu lepas

Unknown delete icon 9:11 PG

memang panas lately nie... sabar jer laa

Memang dah mula terasa bahang panasnya. Anak pon dah start mata bertahi. Panas dalam agaknya. Kena byk minum air masak.

tengahari mmg panas skrg ni.. tapi menjelang petang mesti hujan..
malam pulak panas.. on kipas & aircond pun baru boleh tido..
apa2 pun bersyukur lah dgn apa yg allah kurniakan.. :D

Tanpa Nama delete icon 11:03 PG

bahang sudah mula terasa

Dunia Zumal delete icon 11:52 PG

Zumal pun dah sakit akibat cuaca :(

Bahrain delete icon 11:56 PG

sejak kebelakang ni panas walaupun waktu malam, nasib baik tadi pagi hujan..lega sikit.

Kakak tergolong yg 40 tahun ke atas memang kena lebih berjaga. Baru jenjalan makan angin kena panas sikit pun kakak memang dah pening kepala.. Minum air banyak pun macam tak boleh meredakan. Dah tualah dik...

Nasihat BM buat semua dlm N3 ini memang baik.

Zawiah delete icon 12:23 PTG

ramai yang berkata cuaca dah mula panas . bagi saya di sini , alhamdulillah masih normal lagi . dari pagi mendung saja malah hampir hujan ...

Bahang panas makin terasa sekarang ni kan BM ..Jgn lupa minum banyak air putih ..
Sekarang ni bukan bulan puasa ok lagi la kan ?? Tapi bila tiba bulan puasa camner la ngan anak2 kalau panas membahang caamni ...

Nurul delete icon 12:54 PTG

Salam Selasa BM,
Lately memng panas sikit, terasa bahangnya.. Pagi tadi mendung kat sini dan hujan renyai2... :)

Yana Yani delete icon 1:21 PTG

yelah, sekarang cuaca panas betul
malam lagilah panas

Perkara penting buat ibu bapa waktu cuaca panas ni, jangan tinggalkan anak-anak di dalam kereta. Panas-panas macam ni jenis yang boleh bawak maut punya.

ezuddin delete icon 3:12 PTG

memang panas sekarang ni. Dok kat rumah malam2 pon masih rasa bahangnya. Nampaknya naik la bil air-con waktu2 macam ni.. hmm

ANIM delete icon 4:00 PTG

boleh jadi panduan nanti. kat SP dan Ipoh petang2 hujan lak..

Unknown delete icon 5:19 PTG

Elakkan berada di tempat terbuka ketika panas terik nie...
TQ BM

Kat JB sekarang ni tengahari panas terik tapi bila petang aje hujan lebat walaupun kejap.. keadaan yang macam ni memang akan mengganggu kesihatan..

Khir Khalid delete icon 7:20 PTG

Mmg lain macam suasana panas skrng ni.. mood suasana puasa pun kdg2 dah mula terasa bila ptg2 terasa panas sgt...

Pha Is delete icon 8:24 PTG

skrg dah panas balik dah, lepas musim kemarau dulu tu.. jgn sampai kena heat stroke sudah la..

Maria Firdz delete icon 8:29 PTG

Nice sharing... Mmg kna kurgkn xtvt luar...

jie susanos delete icon 9:45 PTG

fanomena el nino, harap2 cuaca panas tidak serupa yang digambarkan..

Bunda_nora delete icon 4:31 PG

Memang seminggu ni dah terasa pun berbahang...siang malam panas, berpeluh..

mrhanafi delete icon 9:44 PG

semoga musim panas tidak berpanjangan..

Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo

Masa saya di Kedah memang cuacanya panas. Berpeluh-peluh. Kena mandi dulu sebelum tidur.

Tanpa Nama delete icon 2:28 PTG

kena minum banyak air..

musim panas ni air-cond laku jual di pasaran ;)

Aizah delete icon 9:49 PTG

Musim panas ni , elakan juga keluar jalan-jalan , jaga kesihatan diri kita..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap