Kreativiti DIY (Do It Yourself) bukan sesuatu yang amat sukar dilakukan. Namun ianya memerlukan idea kreatif untuk melakukannya. Selebihnya adalah perlukan sedikit kerajinan dan usaha. Selain dari mengisi masa lapang, aktiviti ini dapat mengurangkan kos dan belanja untuk menghasilkan sesuatu benda yang berguna malah boleh dihasilkan dengan kuantiti yang banyak.
Aktiviti DIY ini juga boleh dihasilkan menggunakan barang terbuang lalu menjadi sesuatu yang berguna dan menarik. Inilah salah satu aktiviti kitar semula yang boleh anda lakukan untuk mengelak dari berlakunya pembaziran serta pembuangan demi kebaikan dan keuntungan bersama.
Berikut adalah beberapa idea kreatif untuk aktiviti DIY yang boleh anda lakukan sendiri untuk membuat bekas kecil serbaguna. Ianya boleh dijadikan bekas untuk hadiah atau ole-ole buat tetamu anda. Amat mudah tetapi tanpa kerajinan dan usaha ianya tidak akan berhasil.
Jom kita cuba... idea kreativiti DIY bekas serbaguna kitar semula yang menarik ini :
Idea Kreatif DIY
1. Bekas comel serbaguna yang menarik hasil dari kitar semula pinggan polisterin/kertas berlebihan dari sesuatu majlis. Bukan sahaja menarik malah ianya mengelak pembaziran.
Bekas serbaguna yang menarik! |
2. Bekas tisu yang mudah dan menarik dari bekas atau botol pastik pencuci. Ramai yang pasti terpikat dengan hasil kreativiti ini. Nampak begitu anggun dan menawan walaupun ianya hanya dari kitar semula bekas terbuang. Tidak perlu lagi membeli bekas tisu untuk kegunaan disesuatu majlis.
3. Bekas serbaguna yang menarik dari kitar semula kotak terbuang. Terpulang kepada anda berapa besar bekas yang anda inginkan. Hanya potong dan gamkan. Mudah sekali tetapi hasilnya sangat menarik! Jika anda bijak menghiasnya... pasti ianya tambah menawan hati!
4. Aktiviti DIY ini pula biasa anda lihat tapi memerlukan sedikit kerajinan untuk membuatnya. Ia juga perlukan seseorang yang kreatif dan sedikit kemahiran. Namun ianya bukanlah sesuatu yang terlalu sukar. Anda hanya perlu ikut langkah-langkah seperti dalam gambar dibawah ini.
Hanya dengan menggunakan kertas suratkhabar terbuang, satu bekas serbaguna yang sungguh menarik boleh anda hasilkan. Untuk bertambah menarik, boleh sahaja anda warnakan. Idea kreatif kitar semula yang sungguh menawan hati dan punya nilai dipasaran.
Jimat Dan Elak Pembaziran
Setiap hasil dari usaha dan tangan anda sendiri pasti memberi lebih kepuasan. Ia bukan sahaja dapat mengurangkan kos dan mengelakkan pembaziran tetapi juga menggunakan bahan terbuang sebagai satu tanggungjawab kita dalam mengamalkan kitar semula demi menjaga alam sekitar.
Idea kreatif DIY bekas serbaguna yang amat menarik dan sesuai untuk anda lakukan jika mengadakan sesuatu majlis. Ianya pasti mengundang tarikan dan perhatian setiap tetamu yang datang. Mungkin ada pula tetamu yang meminta tempahan...
DIY... 'Do It Yourself' lebih bermakna dan bernilai jika menggunakan bahan terbuang yang dikitar semula. Elakkan pembaziran dan amat menjimatkan. Apa yang perlu hanyalah sedikit kerajinan dan masa yang terluang...
Terima kasih bersama Relaks Minda... Buat sendiri itu lebih menarik dan puas hati...
Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________
23 comments - "Idea DIY- Bekas Serbaguna Kitar Semula"
kalaulah saya sekreatif ini...mesti cantik rumah...kos untuk mencantikkan rumah pun kurang kan..
yang bekas tisu tu comel la!!
yg suratkhabar lama tu biasa tgk...kalau dah siap,diwarnakan..mahal jugak harganya
Itu tangan2 kreatif tu...guna apa saje...pasti mnjadi...yg tngan tak berapa nak kreatif ni yg payahnya BM...hik3...
kreatif..dan kena rajin..hehe boleh save cost ni...:)
Bakul dari papaer tu kakak akak ada buat untuk majlis kahwin anak dia 3 tahun lepas. Dia buat sebagai bakul hantaran. Memang cantik tau BM bila dah divarnish jadi kilat. Sekarang dia jadikan kerja sampingan bila ada org order..
Kalau rajin dan teliti memang menjadi terutama bekas tisu dari botol pencuci tu..
Idea yang sangat kreatif, cantik pulak tu :)
SANGAT kreatif, dan menarik.
kena ada kekreatifan dlm diri ..dan kerajinan, sy suka berjimat dgn cara mcm ni ...
kena delete dlm simpanan ... sape lambat mmg kena redha ... adeh .
Kreatif dan cantik ..Akak ni tangan tak berapa nak kreatif sangat ..tapi en hubby mmg kreatif sesggtt ..semua nak dijadikan alatan dlm rumah .. Nice sharing BM..
KLIK2 petronas
Suka bila melihat hasil yg dibuat dari botol plastik tu. Tak pernah terfikir pulak utk menghasilkan sesutu yg mcm tu. Swan tu mmg klasik & klu dpt coated dgn spray paint warna2 mmg menarik.. kreatif.. :)
Saya teringin nak belajar bakul guna kertas surat khabar tu.
kalau pandai bukan takat guna sendiri, jual pun boleh, kan...
memang kreatif dan menarik... selain jimat belanja dapat juga menyumbang ke atas 'green earth' kan??
idea paper plate tu tersangatlah bagusnya..selama ni main buang saja..
bakul dari papers tu, mak kak pernah buat tau..
Suka idea bekas sabun tu.. in shaa Allah, nanti nak cuba! Thanks BM :D
kreatif.. selain menjimatkan wang, dapat kurangkan bahan buangan...
tangan yang kreatif pasti dapat menghasilkannya..
Kretif tu.
Kalau dah kreatif...bahan yang nampak sampah pun dah jadi benda baru...
Memang tersangat kreatif..Tak terfikir boleh buat macam ni..Aku nak buat pun tak ada masa. :)
:-d
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”