Masam Manis Mulberry Di Bulan Mei 2014
Mulberry di bulan Mei 2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bulan Mei 2014 sudah meninggalkan kita. Pelbagai pengalaman dan kenangan pahit, masam, masin dan manis menjadi kenangan terindah buat kita untuk menjadi lebih kuat, tabah dan berpengalaman dalam menempuh hari-hari mendatang.

Bulan Mei 2014 memberi satu nikmat pengalaman masam manis umpama buah Mulberry buat blog Relaks Minda. Jika bulan April adalah catatan rekod yang bersejarah tetapi bulan Mei ini, seperti yang dijangka ianya tidaklah sehebat April namun tetap berpuas hati dan bersyukur dengan pencapaian yang dikecapi.

Ranking Alexa Mei 2014

Bulan Mei 2014, sebanyak 42 entri berjaya diterbitkan. Satu peningkatan berbanding bulan-bulan sebelumnya yang hanya menerbitkan satu entri sehari. Pertambahan entri ini sebenarnya bertujuan sebagai satu ujian untuk melihat kaitannya dengan ranking Alexa kerana blog ini amat sukar untuk berada dibawah ranking MY 500.

Memang terbukti... pertambahan entri ini berjaya menurunkan ranking Alexa dan kini sudah hampir seminggu berada dibawah MY 500. Namun amat sukar untuk kekal disini kerana saingan terlalu sengit dan tidak mampu rasanya untuk menerbitkan lebih entri kerana kekangan masa. 

Masam Manis Mulberry Di Bulan Mei 2014
Ranking Alexa pada 30 April 2014

Masam Manis Mulberry Di Bulan Mei 2014
Ranking Alexa pada 31 May 2014

Bulan Mei 2014 - Blog Relaks Minda

Pencapaian Blog pada Bulan Mei 2014 tidaklah sehebat bulan April namun ianya tetap memuaskan. Dengan catatan pageviews melebihi 370K sebulan, ianya amat menggembirakan. Catatan tertinggi harian dicatat pada hari Khamis, 22 Mei 2014 dengan sejumlah 17,637 pageviews. Data blog dari Google analytic

Masam Manis Mulberry Di Bulan Mei 2014
Data pageviews - Mei 2014

Masam Manis Mulberry Di Bulan Mei 2014
Data status blog - Mei 2014

Namun yang menjadi sedikit kegusaran apabila user (unik visitor) menurun tetapi setiap visitor secara purata telah melihat melebihi 5 pages setiap kali singgah di blog ini! Ianya sungguh menakjubkan! Bounce rate telah menurun dengan ketara hasil dari situasi ini. Benarkah anda klik entri-entri lain apabila berkunjung kesini?

Masam Manis Mulberry Di Bulan Mei 2014
Popular Post - Mei 2014

Carta entri popular kembali seperti biasa dimana entri yang sebelum ini menerajui carta kembali ke posisi asalnya. Biarpun entri-entri ini sudah setahun diterbitkan namun ianya masih berterusan menjadi carian tertinggi diblog ini. Entri kreativiti dan kitar semula tetap mendominasi carta. Hanya topik 'panda gergasi' berjaya menerobos di tangga ke 10.

Pengguna Smartphone Dan Tablet Medominasi Pelayar Internet

Bulan ini juga menyaksikan satu sejarah baru. Buat pertama kalinya pengunjung tertinggi blog ini datangnya dari pengguna smartphone! mengatasi pengguna komputer. Lihatlah betapa teknologi masa kini sedikit demi sedikit menjadi lebih penting. Rasanya trend ini akan berterusan dan akhirnya pelayar internat akan dimonopoli oleh pengguna smartphone dan tablet.

Masam Manis Mulberry Di Bulan Mei 2014
Data pengguna device - Mei 2014

Template mesra pengguna smartphone dan tablet semakin menjadi keperluan. Template mempunyai format responsive juga semakin banyak dan mudah didapati. Jangan anda ketinggalan kerana template mesra smartphone dan tablet ini penting untuk anda yang tidak mahu kehilangan pendapatan dari iklan kerana template ini bukan sahaja memudahkan pengunjung tetapi iklan juga tetap juga dipaparkan.

Nuffnang juga sudah menyediakan tag iklan yang mesra untuk pengguna smartphone dan tablet. Maka anda tidak lagi akan kehilangan dan kekurangan pendapatan dari pengguna smartphone dan tablet ini. Anda sudah aktifkannya? 

Masam Manis Mulberry Di Bulan Mei 2014
Pecahan pengunjung - Mei 2014

Pengunjung utama blog ini (hampir 70%) masih lagi datang dari pengunjung organic search (enjin carian). Andalah tetamu-tetamu relaks minda yang amat saya hargai, terima kasih...semoga anda semua beroleh apa yang dikehendaki dan ianya memberi manfaat.

Namun pengunjung direct dan referral juga tetap dihati selalu. Mereka inilah sahabat-sahabat blogger yang datang melalui bloglist dan membalas komen. Anda semua menceriakan blog ini dari kesunyian. Kehadiran dan sokongan anda semua amat-amat dihargai... Terima kasih sahabat!

Pengomen - Anda Di Hargai

Masam Manis Mulberry Di Bulan Mei 2014Seperti yang telah dijanjikan pada awal bulan Mei melalui entri INI, mulai bulan Jun 2014 ini, top 20 pengomen akan dimasukkan secara automatik di bloglist sahabat disamping 5 blog pilihan. (Titisan Nurani, Panduan Blogger, Inilah Ceritaku, Catatan Pak Mail & mselim3)

Terima kasih kepada anda yang sentiasa memeriahkan blog-blog ini dengan komen dan pandangan yang bernas. Bukan mudah untuk meninggalkan komen yang baik kerana anda perlu membaca serta memahami artikel dan barulah dapat mengarang komen. Kemudian terpaksa pula menanti ianya loading untuk dipublish. Ianya memerlukan masa dan usaha.

Terima kasih saya ucapkan. Kepada yang tidak tersenarai... anda semua juga tetap dihargai! Cuma perlukan lebih usaha... :) Bulan hadapan masih ada...

Mei Mulberry... Jun Apa Pula?

Terima kasih diucapkan kepada anda semua, tetamu dan sahabat Relaks Minda kerana menjadikan Bulan Mei 2014 satu pengalaman dan pencapaian yang masam manis umpama buah mulberry. Ianya telah tersimpan rapi dalam lipatan sejarah buat kenangan dan panduan dimasa hadapan.

Bulan Jun 2014 sudah bermula. Awal minggu di bulan Jun merupakan minggu cuti sekolah. Ia sebenarnya memberi sedikit kesan kepada jumlah pengunjung blog terutama dihujung minggu melainkan ada isu atau topik hangat diterbitkan. Maklumlah... masing-masing sibuk dengan anak-anak dan keluarga sama ada bercuti mahu pun pulang ke desa. Tidak kurang juga sibuk menghadiri jemputan kenduri kahwin yang banyak dihujung minggu.

Salam manis dihujung minggu dan cuti sekolah ini. Semoga anda semua sihat dan bahagia dalam apa jua yang anda lakukan. Jagalah keselamatan dan hargai orang tersayang... 

Terima kasih bersama Relaks Minda... Masam manis Mulberry di Bulan Mei!


Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________

36 comments - "Masam Manis Mulberry Di Bulan Mei 2014"

Khir Khalid delete icon 3:15 PTG

Alhamdulillah.. sesuatu yg sgt baik utk dicontohi & dijadikan inspirasi.. Semoga terus berjaya BM... aamiin. Salam ceria hari minggu buat BM sekeluarga.. :)

Salam hujung minggu BM ..Wah TAHNIAH ya BM ..peningkatan yg baik untuk Blog RelaksMinda.Kekalkan prestasi ..Tq jugaksentiasa hargai PENGOMEN seperti kami kat blog ini ...Sentiasa menjawap komen2 kami semua ..Banyak info2 menarik dan berguna yg telah BM ketengahkan dan ianya dapat dijadikan rujukan untuk sesiapa saja yg sudi singgah ..TAHNIAH lagi sekali ..semoga terus berjaya dan maju maju dan maju lagi ya BM..

Alhamdulillah dan tahniah BM, semoga terus suksess dan dikurniakan idea2 yang hebat dan kreatif dalam penulisan blog anda.amin:)

BinMuhammad delete icon 5:33 PTG

Terima kasih Khir...kehadiran anda amat dihargai. Komen-komen anda amat dinanti. Semoga persahabatan kekal abadi... Salam dihujung minggu :)

BinMuhammad delete icon 5:35 PTG

Tanpa anda maka tidak tercatat prestasi sebegini. Tanpa komen dan sokongan anda akan sunyilah blog ini. Terima kasih dan amat2 dihargai...
Salam dihujung minggu... :)

BinMuhammad delete icon 5:37 PTG

Syukur Alhamdulillah diatas segala kurnian Ilahi. Terima kasih CK kerana kerana sentiasa menyokong... Ianya amat2 saya hargai. Doakan yg terbaik juga buat anda... :)

semakin hebat blog ini..semoga maju terus ^_^

Unknown delete icon 8:37 PTG

sweet la entri bro mulberry ,..harapn yang kian menyinar,..entri yang semakin mantap..:)

Tahniah kepada semua..semoga terus berkarya...

Zawiah delete icon 10:05 PTG

tahniah ranking makin mengecil . saya punya juga mengecil tapi masih blm mampu utk berada di bawah 1k .

jie susanos delete icon 10:20 PTG

huhu..mmg gempak masam manis ni..mmg skar utk jie mengcapai apa yg bm dpt ni..entry yg berkualiti.

wow... hebat tu.... tahniah BM (h) mane nk ambil template begini ya?

ANIM delete icon 8:03 PG

terpegun dengan data statistik yang tertera. begitu detail dan terperinci. semuanya dirancang dan hasilnya dikaji dan diperhati. ni agaknya ciri-ciri engineering person. ada persamaan dengan cik abe kak anim..hee

Assalamuaalikum, BM. Lama tak komen di sini. Singgah hanya membaca sahaja sebelum ni. Kekangan internet yang perlahan juga.

Sesungguhnya RM mempunyai kredibilitinya tersendiri dalam menyediakan wadah ilmu dengan nische yang tersendiri. Tahniah, atas pencapaian ini. Usaha yang berterusan merupakan kunci kejayaan.

paridah delete icon 10:29 PG

tahniah ...pencapaian yg sukar dicapai blogger tulis suka2 macam akak ni heh..heh..

Tahniah BM..semoga blog BM akan terus sukses dengan idea-idea yang hebat.

Alhamdulillah bagaikan masam-manis mulberry bagi BM berblog dibulan Mei.
Insya-Allah bulan Jun akan menjadi manis-manis madu yg tiada tandingan kemanisannya..

BinMuhammad delete icon 1:33 PTG

Terima kasih Acik... Anda adalah contoh terbaik seorang blogger yg berjaya

BinMuhammad delete icon 1:34 PTG

Sweet and sour... hehe... thanks Fizi

BinMuhammad delete icon 1:34 PTG

InsyaAllah...andai masih diberi kesempatan oleh Allah...
Terima kasih MKL

BinMuhammad delete icon 1:36 PTG

Perlahan-lahan, insyaAllah...pasti berjaya! Konsisten dan berkualiti...itu asasnya.

BinMuhammad delete icon 1:37 PTG

Tiada yang mustahil...teruskan berusaha. Rajin, konsisten dan kualiti....InsyaAllah, anda akan dapat lebih dari ini.

BinMuhammad delete icon 1:38 PTG

Template ini banyak...Google jer dgn keyword 'responsive template for blogger'

BinMuhammad delete icon 1:40 PTG

Memang ini kemahiran dan kegemaran saya...hehe. Memang kalau dah background engineering xkan lari dari data dan statistik.

BinMuhammad delete icon 1:42 PTG

Waalaikumsalam cikgu Helmi... Selamat bercuti. :)
Sokongan dari sahabat semualah yg menambahkan semangat dan keseronokan dalam berblogging ini. Terima kasih dan amat2 dihargai...

BinMuhammad delete icon 1:44 PTG

Erti kejayaan berbeza dalam tafsiran mengikut pada matlamat. Mungkin pencapaian akak telah berjaya mencapai matlamat akak...itu juga satu kejayaan. :)
Terima kasih krn terus menyokong Relaks Minda

BinMuhammad delete icon 1:45 PTG

Terima kasih dan InsyaAllah....semua ini datangnya dari Allah, semoga Allah terus mengurniakannya buat tatapan bersama.

BinMuhammad delete icon 1:48 PTG

Manis sangat pun tak boleh akak...nanti kena kencing manis, hehe... Biarlah ada pelbagai rasa...masam, manis, masin, pahit dan tawar....barulah enak. :)
Terima kasih akak...

Fiza Rahman delete icon 3:32 PTG

Wah,,,tahniah BM. Semakin ada peningkatan. Smoga terus maju.

Bunda_nora delete icon 4:52 PTG

Entri sweet n sour...ibarat kehidupan kita seharian...ada masam manisnya ...
Baru lah meriahkan...apa pun Tahniah atas pencapaian Blog Relaksminda...

Tanpa Nama delete icon 9:23 PTG

tahniah buat semua..blog yang baik sudah pasti ramai pengunjung..belum pernah rasa buah mulberry lagi..hehehe..

Blog Santai delete icon 10:15 PTG

Tahniah BM..pencapaian yang baik tu..Keep it up k.

p/s: Dah tak perlu jealous lagi k..sekarang dah berada among yang terbaik..Alexa Ranking ni very fragile. So nak maintain memang susah..Good luck ya..

Hebatlah BM.. berjaya meletakkan blog bawah ranking 500 dalam seminggu.. bukan mudah tapi pun tak mustahil, semoga terus sukses berkongsi ilmu .. in shaa Allah

Yana Yani delete icon 2:08 PTG

saya salute BM! keep it up ye
saya boleh pandang dari jauh aje =)

ZaridaIshak delete icon 4:59 PTG

baru perasan... patutlah termasuk dalam senarai sahabat... terima kasih untuk penghargaan ini.

HAMIDIsP delete icon 9:05 PTG

As-Salam BM. Teruskan usaha. Blog relaksminda sememangnya antara blog yang SP suka singgah untuk blogwalking. Adminnya mesra dan artikelnya berkualiti..:)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap