Engin Carian Google |
Enjin Carian seperti Google merupakan lubuk trafik dimana disini datangnya organic visitor untuk blog anda. Jika diperhatikan, biasanya lebih dari 50% pengunjung hadir ke blog melaluinya. Ianya merupakan sumber trafik terbesar dan terpenting.
Bagi kita di Malaysia, biasanya pengguna Google akan menggunakan dua format pengendali iaitu google.com (untuk carian kandungan diseluruh dunia) atau google.com.my (untuk carian kandungan di Malaysia). Kedua-duanya mempunyai data dan kandungan yang berbeza. Ianya bergantung kepada kekuatan SEO entri anda mengikut kehendak enjin carian tersebut.
Perbezaan kandungan carian yang sama melalui google.com (kanan) dan google.com.my (kiri)
Seorang blogger yang mahukan trafik yang tinggi perlu menguasai teknik SEO agar entri mudah tersenarai dimuka hadapan engin carian kerana pengguna selalunya hanya melihat halaman pertama atau kedua dalam mencari sebarang maklumat atau carian. Oleh itu tingkat ilmu pengetahuan SEO anda.
Carian Melalui Gambar dan Video
Selain dari artikel, enjin carian juga menyediakan perkhidmatan carian melalui gambar dan video. Anda wajar meraih keuntungan darinya. Jangan ketepikan carian melalui gambar dan video ini kerana ianya mampu menjadi penyumbang trafik yang tinggi buat anda.
Oleh itu sesebuah entri harus ada sekurang-kurangnya satu gambar yang berkaitan artikel yang anda tulis agar tersenarai juga dalam carian melalui gambar ini. Teramat rugi jika kelebihan ini tidak digunakan sebaiknya.
Kandungan carian gambar di Google
Seperti juga artikel, gambar dan video juga bukanlah sekadar diletak begitu sahaja. Ianya mestilah memenuhi syarat untuk di indeks oleh enjin carian. Ianya perlulah ada tajuk dan keyword (title tag dan alt tag) agar gambar atau video tersebut dapat diindeks dan diletakkan dalam carian gambar dan video di enjin carian.
Anda juga biasa menggunakan enjin carian Google ini maka anda tahu akan kelebihannya. Oleh itu rebutlah peluang yang terhidang ini. Mungkin trafik tidak menjadi kepentingan anda tetapi setiap perkongsian yang baik dan bermanfaat patut disampaikan kepada lebih ramai orang. Bukankah tugas kita menyampaikan... tetapi jika apa yang disampaikan tidak sampai kepada orang ramai... alangkah ruginya. Untuk beramal jariah pun perlu ada usaha kerana tiada ganjaran yang datang bergolek...
Terima kasih bersama Relaks Minda... Semoga anda beroleh ganjaran berganda.
Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________
34 comments - "Trafik Blog Melalui Enjin Carian Google"
tahniah..paling atas dalam enjin carian google di atas HH. kak nak test jugaklah walaupun tau hasilnya selepas beberapa pages :-))
masih lemah tentang ni BM...thanks atas perkongsian
masih lagi belajar soal ini...teruskan mengkaji yer BM
terima kasih atas perkongsian. Aku Masih kelu bab seo ni
Semakin banyak ilmu yang dikongsikan oleh BM. Terima kasih. Ya, saya juga menyedari akan hal google.com dan google.com.my ni di blog saya.
Terima kasih diatas perkongsian yang sangat berguna ini..
Aduhh.. fail betul lar bab teknikal nie... apa pun kena belajar jugek kan.. :D
Alhamdulillah BM terus maju dan maju dalam bab2 SEO..
Tahniah BM ..Akak tak berapa nak pandai tapi cuba untuk merangkak dan belajar pelan2 ..
InsyaAllah berjaya ..Terima kasih ats perkongsian yg bermakna ini BM..
betullah BM.. kena bagi tumpuan lebih dalam bab2 camnie..
Thanks atas perkongsian BM.
Dapat berada atas HH...bukan bermakna saya lebih baik. Kebetulan jer tu... :)
Sama lah kita...sama2lah kita belajar ye
Soal ini...tiada pengakhirannya, perlu terus belajar dan belajar...
Blog tuan dan kuat identiti dan niche... Cuma perlu belajar asas SEO pasti akan menyerlah dimata enjin carian!
Sekadar berkongsi ilmu yang sedikit ini. Kalau tak di buat entri nanti saya pun lupa juga...baik dikongsi bersama.
Terima kasih MKL
Blog tuan dah cukup tinggi trafiknya! Semoga terus suksess ye
Tak pe...belajar sikit-sikit dan pelan-pelan terutama asas SEO
Saya pun merangkak-rangkak...cuma bila ada dapat sikit, saya kongsikan. Sama2 kita belajar ye... Pelan2 :)
Saya baru belajar
Bunda tertarik dengan tajuk 'Carian melalui gambar dan video'... terima kasih BM...
time ni internet bunda tengah laju.. dapatlah bunda BW terus guna pc..... kalau tak bunda guna hand.fon comel tu jer.... Penat..
terima kasih atas info berguna yg selama ini saya sia-siakan.
tq untk penkongsian ini bm..ilmu yg bermaaf utk blogger2..
okeh. banyak lagi gua kena belajar nih. hoho..
sentiasa belajar..
Kita masih belajar & terus belajar...seronokkan kalau banyak artikel kita berada di laman muka surat pertama...susah tapi tak mustahil kan BM..
Jika carian google mantap maka trafik pun mantap juga....
alhamdulillah , setakat ni dah pernah dok first page dan dok kat top siap dgn gambar saya lagi ... maknanya teknik seo yang saya praktikkan menjadi .
Betul tu apa yg ditulis... setuju sgt2.. mmg betul. Bnyk yg saya perlu belajar ni.. T kasih atas perkongsian BM.. :)
Baru nak membuka mata ni.. uhuu
masih sedaya upaya memahami dan mempelajari
terima kaish kerana berkongsi
Tak pelah traffic blog Okje tak banyak pun.... bukan ada apa pun setakat resepi ikan bilis goreng jer...buang karenlah hehe...
blog bro BM semakin mantop sekarang ini..tahniah!
nice sharing bro... :) Terima kasih
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”