Calivigny Island Resort |
"Kalau aku kaya..." itu kata Altimet dan Awi Rafael. Tapi kalau anda kaya... Mahukah anda pergi bercuti ke resort pulau persendirian yang paling mahal di dunia?
Sempena cuti sekolah ini, pasti ramai yang membawa anak-anak pergi bercuti. Sama ada didalam negara mahupun keluar negara. Peluang yang ada ini dapat mengeratkan hubungan sesama insan-insan tersayang disamping merehatkan minda dengan lari seketika dari rutin dan suasana kebiasaan anda.
Jika anda berkemampuan, mahukah anda bercuti ke resort yang paling mahal di dunia ini? Dengan harga £40,000 @ RM217,136 untuk satu hari satu malam di Pulau Resort Persendirian Calivigny (Calivigny Private Island Resort) ianya adalah harga yang paling mahal didunia.
Berbaloikah percutian di resort ini dengan nilai yang diletakkan? Mari kita lihat...apakah yang menarik dan apa yang ada ditawarkan sehingga harganya menjadi terlalu mahal.
Berbaloikah percutian di resort ini dengan nilai yang diletakkan? Mari kita lihat...apakah yang menarik dan apa yang ada ditawarkan sehingga harganya menjadi terlalu mahal.
Calivigny Island Resort
Calivigny Island Resort adalah sebuah pulau kecil di negara Grenada di kepulauan Caribean. Resort di pulau kecil seluas 81 ekar ini hanya boleh menempatkan lebih kurang 20 orang sahaja dalam satu-satu masa. Dengan harga tersebut bermakna, keseluruhan resort adalah anda yang punya.
Dengan cuaca tropika dan pantai yang memutih disamping air laut yang jernih, pulau ini juga dipenuhi pepohon tropika yang menghijau. Bangunan Resort ini bertemakan senibina kolonial Perancis sentuhan Bali mempunyai kemudahan yang lengkap seperti ruang makan ekslusif, beauty salon, kolam renang, jakuzzi, gymnasium, bot dan kapal selam! Pelayan juga akan melayan anda sepanjang masa bila anda memerlukannya.
Dekorasi yang menghias keseluruhan resort ini dihias amat mewah dengan peralatan dan hiasan yang terbaik dan bermutu. Semuanya serba lengkap dan ekslusif. Hampir keseluruhannya adalah 'custom made' hasil dari pereka terkenal Oscar de la Renta dan Richard Frinier.
Percutian Paling Bernilai
Setelah anda melihat suasana, kemudahan dan keistimewaannya... Anda rasa berbaloikah percutian disini? Pada pandangan saya... Dari segi kemudahan dan kemewahan serta privasi, mungkin ianya bernilai dan berbaloi tetapi dari sudut suasana dan keindahan alam... Pulau-pulau di Malaysia ini jauh lebih cantik, indah dan mempersonakan.
Namun jika anda berkemampuan...dan ingin merasa bagaimana pengalaman bercuti di resort mewah paling mahal di dunia, Calivigny Island Resort adalah pilihan terbaik.
Tidak kira dimana dan bagaimana... Masa cuti sekolah adalah masa terbaik anda untuk bersama anak-anak. Jangan biarkan mereka menghabiskan masa cuti ini dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Luangkanlah sedikit masa buat mereka. Bukan percutian mewah ini yang mereka idamkan tetapi masa bersama itulah yang paling bernilai harganya!
Terima kasih bersama Relaks Minda... Selamat bercuti di hujung minggu...
p/s: Nak bercuti di Pangkor Laut Island Spa & Resort pun belum berkemampuan...huhu
Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________
17 comments - "Percutian Di Resort Paling Mahal Di Dunia"
kalau sy kaya,nak bawak satu family bercuti di bali...wah...mesti best..
telan air liur tgk harga dia....
Salam Jumaat BM...
Kalau camni, nrl tengok je boleh... hehe...
Rasanya banyak lagi tempat2 menarik dalam Malaysia ni yang cantik2 juga... :)
kalau kak jah banyak duit sampai tak tau nak buang kat mana duit tu mungkin Cik Jah akan pergi.. hehehe.. tapi kalau semata2 kumpul duit nak pergi bercuti ke tempat ni mmg tidok lah.. baik beli rumah sebijik.. dah tentu2 kita yg pnya.. :))
Peh, harga tak agak-agak. Memang port jutawan bercuti la jadinya. Hehe
macam filem atau drama fiksyen saja nampaknya.
Puas berangan la nak dapat bercuti tempat macam ni..
klu kaya mcm datok k blh la kot ... ketenangan itu bkn terletak pada tempat tapi dalam hati kita ... mencari ketenangan itu banyak caranya ...
Wow... klu dah kaya apa salahnya.. kenal2 dgn org2 kaya yg lain. Ajak buat skim pelaburan dgn dia org biar bertambah, tambah, tambah kaya lagi dan lagi huhu... buat skim betullah, bukan skim cepat kaya hehee.. :D :D
mak ai...mahalnya!
kalau kaya pun tak p rasanya
kalau saya jutawan mungkin bercuti ke sana..hehehe
kalau dh kaya apa pun mampu..kalau nak berjimat..itu lagi mamapu :)
luar biasa..cantik sangat ni..
Memang sesuailah dengan tempat yang cantik dan eksklusif. Memang takkan mampulah nak pergi tempat macam ni.
memang berbaloi untuk mereka yang mampu..orang kata..duit tak habis makan 7 keturunan..
'KALAU AKU KAYA'.....Ye.. kalau lah bunda kaya mahu juga sesana.. apakan daya Pulau Langkawi pun tak pernah sampai lagi... huhu..
Mampu tgk gambar jer lah.
Belum mampu rasanya. Memang cantik.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”