Hari ini 5 Jun 2014, sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia (World Environment Day)... Nikmati keindahan alam sekitar buat tatapan anda. Cintai dan peliharalah alam sekitar demi keselesaan dan kesejahteraan hidup. Semoga apa yang kita nikmati hari ini akan dapat juga dirasai oleh generasi masa hadapan.
Alam sekitar adalah nyawa bagi seluruh hidupan di dunia ini. Setiap yang diciptakan ada peranan dan fungsinya yang tersendiri. Ianya amat penting dalam rantaian kehidupan disamping memberi keseimbangan dalam eko sistem alam ini. Kita sebagai makhluk yang menumpang didunia ini haruslah menjaga dan memeliharanya kerana kemusnahan alam sekitar akan membawa bencana buat kita semua.
Keindahan Alam Semulajadi
Apakah peranan dan sumbangan anda dalam memelihara alam sekitar ini? Ianya adalah tanggungjawab setiap individu... Marilah kita bersama-sama melestarikan alam sekitar demi masa hadapan yang lebih aman. nyaman dan damai.
“Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita, tetapi sebaliknya kita hanya meminjamnya daripada anak cucu kita.” - Chief Seattle
Latar Belakang Hari Alam Sekitar Sedunia
Hari Alam Sekitar Sedunia (World Environment Day) telah dilancarkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1972. Sepanjang minggu pada 5 Jun setiap tahun sambutan ini akan diadakan. Program Persekitaran PBB (UNEP), juga ditubuhkan pada 1972, bagi menggunakan Hari Alam Sekitar Sedunia ini sebagai satu promosi untuk membangkitkan kesedaran mengenai kepentingan alam sekitar dan menarik perhatian politik dan tindakan awam.
Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia
Berikut adalah senarai lengkap tema dan bandar tuan rumah bagi sambutan hari alam sekitar sedunia.
Year | Theme | Host city |
---|---|---|
1974 | Only one Earth during Expo '74 | Spokane, United States |
1975 | Human Settlements | Dhaka, Bangladesh |
1976 | Water: Vital Resource for Life | Canada |
1977 | Ozone Layer Environmental Concern; Lands Loss and Soil Degradation | Sylhet, Bangladesh |
1978 | Development Without Destruction | Sylhet, Bangladesh |
1979 | Only One Future for Our Children – Development Without Destruction | Sylhet, Bangladesh |
1980 | A New Challenge for the New Decade: Development Without Destruction | Sylhet, Bangladesh |
1981 | Ground Water; Toxic Chemicals in Human Food Chains | Sylhet, Bangladesh |
1982 | Ten Years After Stockholm (Renewal of Environmental Concerns) | Dhaka, Bangladesh |
1983 | Managing and Disposing Hazardous Waste: Acid Rain and Energy | Sylhet, Bangladesh |
1984 | Desertification | Rajshahi, Bangladesh |
1985 | Youth: Population and the Environment | Pakistan |
1986 | A Tree for Peace | Ontario, Canada |
1987 | Environment and Shelter: More Than A Roof | Nairobi, Kenya |
1988 | When People Put the Environment First, Development Will Last | Bangkok, Thailand |
1989 | Global Warming; Global Warning | Brussels, Belgium |
1990 | Children and the Environment | Mexico City, Mexico |
1991 | Climate Change. Need for Global Partnership | Stockholm, Sweden |
1992 | Only One Earth, Care and Share | Rio de Janeiro, Brazil |
1993 | Poverty and the Environment – Breaking the Vicious Circle | Beijing, People's Republic of China |
1994 | One Earth One Family | London, United Kingdom |
1995 | We the Peoples: United for the Global Environment | Pretoria, South Africa |
1996 | Our Earth, Our Habitat, Our Home | Istanbul, Turkey |
1997 | For Life on Earth | Seoul, Republic of Korea |
1998 | For Life on Earth – Save Our Seas | Moscow, Russian Federation |
1999 | Our Earth – Our Future – Just Save It! | Tokyo, Japan |
2000 | The Environment Millennium – Time to Act | Adelaide, Australia |
2001 | Connect with the World Wide Web of Life | Torino, Italy and Havana, Cuba |
2002 | Give Earth a Chance | Shenzhen, People's Republic of China |
2003 | Water – Two Billion People are Dying for It! | Beirut, Lebanon |
2004 | Wanted! Seas and Oceans – Dead or Alive? | Barcelona, Spain |
2005 | Green Cities – Plan for the Planet! | San Francisco, United States |
2006 | Deserts and Desertification – Don't Desert Drylands! | Algiers, Algeria |
2007 | Melting Ice – a Hot Topic? | London, England |
2008 | Kick The Habit – Towards A Low Carbon Economy | Wellington, New Zealand |
2009 | Your Planet Needs You – Unite to Combat Climate Change | Mexico City, Mexico |
2010 | Many Species. One Planet. One Future | Rangpur, Bangladesh |
2011 | Forests: Nature at your Service | New Delhi, India |
2012 | Green Economy: Does it include you? | Brazil |
2013 | Think.Eat.Save. Reduce Your Foodprint | Mongolia |
2014 | Raise Your Voice Not The Sea Level | Lahore, Pakistan |
2015 | Seven Billion Dreams. One Planet. Consume with Care. | Sylhet, Bangladesh |
2016 | Our Earth, Our care | Saudi Arabia |
Terima kasih bersama Relaks Minda... Selamat Menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia
Ditulis oleh :
23 comments - "Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia - World Environment Day"
Sayangilah alam sekitar ini, untuk generasi akan datang
kalau lah kat malaysia ni ada tempat2 yg best mcm tu alangkah bestnya..
tapi bukannya tak ada tempat2 best pn kat malaysia ni.. cumanya cik jah bayangkan kalau kawasan chow kit bersih & cantik je.. mungkin boleh get improve kot kawasan tu..
marilah kita sama-sama menjaga alam sekitar kita..bila cantik dan bersih,udara yang kita hirup tu pun bersih...
Alam sekitar ni, kalau kita tak ambil berat, akibatnya akan timpa kembali kat kita. Contoh macam semalam, hujan lebat 2-3 jam, terus UIA Gombak banjir. Pada saya, itu peringatan buat diri kita termasuk golongan cerdik pandai seperti cendiakawan negara untuk berfikir salah silap kita terhadap kemusnahan alam sekitar.
alam sekitar harus di jaga untuk kesejehteraan kita di dunia ini... kalau bukan kita..siapa lagi ?
selamat hari alam sekitar. semoga alam sekitar kita sentiasa terpelihara.
Selamat menyambut hari alam sekitar sedunia..
jom menyambut hari alam sekitar sedunia..bertambah indahnya picture tu..kita kena sama2 menjaganya..
alamak..gambar ketiga tu luar biasa betul la cantiknya...SubhanaAllah..
demi generasi akan datang.
jangan buang sampah merata-rata dah cukup. stress tengaok masyarakat sekarang suka buang sampah sesuka hati
Sayangilah alam sekitar ini, untuk generasi akan datang, Selamat Menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia smua :).. sayangilah alam sekitar
Sejuk mata memandang pemandangan yg indah ciptaan Ilahi..
Baru zumal tahu hari ni hari alam sekitar... Thanks BM atas info :)
baru perasan juga...publisiti terlalu kurang..publisiti tentang kes ganas,bunuh,rogol,zina dan rompak setiap hari pulak!
Nrl pun baru tau semalam Hari Alam Sekitar Sedunia... Tanggungjawab kita bersama tuk jaga alam sekitar... tapi pembangunan yang pesat juga merosakkan sikit2 alam sekitar kita sebenarnya...
indahnya ciptaan allah
klu x de entry ni , mmg tak tahu lah 5 jun adalah hari alam sekitar sedunia ...
Semoga alam kita sentiasa terpelihara demi kebaikan penghuni2 seluruh generasi... aamiin.
tak tahu pula pasal hari alam sekitar ni =)
Sayangi dan peliharalah alam sekitar kita.
Apa2 pun bermula dari rumah...didik diri sendiri dan anak2 juga...
Cantik dan uniknya teratai tu.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”