Festival Bunga Dan Taman di Floria Putrajaya 2014
Floria Putrajaya 2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Festival Bunga dan Taman, Floria Putrajaya 2014 sedang hangat berlangsung. Bertempat di Pesisiran Tasik Presint 4, Putrajaya, ianya merupakan satu lokasi baru tapak festival ini.

Dimaklumkan bahawa tapak ini akan menjadi lokasi kekal untuk Floria seterusnya berikutan penganjuran yang telah diambil alih sepenuhnya oleh Perbadanan Putrajaya. 

Oleh kerana ianya lokasi kekal maka sebahagian taman yang ada akan terus dipamerkan selepas Festival ini berakhir. Apa yang menarik di Festival Bunga Dan Taman, Floria Putrajaya 2014 ini? Sudah pastinya tarikan utama adalah pameran dekorasi, lanskap dan hiasan bunga-bunga segar yang menjadi tunjang festival ini.

Syukur Alhamdulillah, ketika tiba di tapak festival, cuaca kurang panas dan mendung. Suasana petang yang amat sesuai untuk menikmati festival ini. Pengunjung juga agak kurang mungkin kerana dihari bekerja memberi sedikit keselesaan dan kesenangan untuk bergerak serta bergambar.

Tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang festival ini, mungkin hanya gambar boleh menceritakannya. Mari bersama kita lihat gambar-gambar dari Festival Floria Putrajaya 2014 ini.

Festival Bunga Dan Taman di Floria Putrajaya 2014

Laluan Pintu Masuk Utama Festival

Laluan di pintu masuk utama Floria 2014 sudah pasti menjadi tarikan utama. Satu idea kraetif yang mencorakkan satu pemandangan yang luarbiasa hanya dari warna-warni payung yang digantung menjadi bumbung yang sangat menarik dan mempersonakan. Keterujaan untuk meneruskan kembara di Floria Putrajaya 2014 ini pasti meningkat dan mengharapkan sesuatu pameran yang luarbiasa menanti anda di dalamnya!

Kredit diberikan dibahagian ini. Dengan dinding-dinding yang dilukis dan diwarna menarik serta dipenuhi hiasan bunga-bunga segar. Sungguh menawan dan ianya memberi mood yang segar, ceria dan teruja.

Festival Bunga Dan Taman di Floria Putrajaya 2014

Festival Bunga Dan Taman di Floria Putrajaya 2014

Festival Bunga Dan Taman di Floria Putrajaya 2014

Pameran Taman Bertema

Kembara Floria Putrajaya 2014 diteruskan dengan memasuki ruang pameran taman. Disini lokasi tema utama Floria dipamerkan dimana 'Taman Bertema' menjadi santapan mata anda. Taman-taman seperti Taman Perkahwinan, Taman Bandar, Taman Pereka, Taman Fantasi, Taman Futuristik, Taman Melawat Malaysia dan Taman Piala Dunia menjadi taman tema pilihan Festival Floria 2014 ini.

Menyusuri kawasan pameran ini keterujaan dan semangat mulai menurun. Tidak tahu mengapa...tapi pameran festival di lokasi ini tidak seindah dan mempersonakan seperti tahun-tahun sebelumnya. Dekorasi dan lanskap juga agak kurang menyerlah. 

Pameran Di Persisiran Tasik

Dari pameran 'Taman Bertema' menyusuri pula pameran taman di persisiran tasik. Sebelum itu singgah masuk kedalam ruang pameran bertutup iaitu 'Floral Pavilion'. Begitu juga bahagian Pameran Sekolah dan Universiti serta Pameran Orkid. Semuanya akan ditunjukkan dalam entri seterusnya di sini : Suatu Petang Di Floria Putrajaya 2014

Di  bahagian pameran di persisiran tasik ini ada sedikit perubahan. Dekorasi dan lanskap yang agak menarik dipamerkan. Ada beberapa hiasan juga begitu menyerlah dan kreatif sekali. 

Tapak Jualan - Floria Arts & Crafts

Dari Persisiran Tasik, kini telah kembali ke pintu utama. Bersebelahannya terletaknya bahagian 'Floria Arts & Crafts' dimana tapak jualan pelbagai jenis pokok bunga, buah-buahan, baja dan sebagainya. Terdapat juga pavilion tertutup untuk jualan barangan kraft dan pakaian.

Tiada apa yang dibeli. Melihat pada tanda harga...Hmmm, macam mahal dari harga biasa jer tapi banyak juga yang unik dan menarik yang ada dijual disini. Disyorkan sangat agar lokasi ini menjadi lokasi terakhir lawatan anda, jika tidak letihlah mengusungnya nanti....

Festival Bunga Dan Taman di Floria Putrajaya 2014

Festival Bunga Dan Taman di Floria Putrajaya 2014

Festival Bunga Dan Taman di Floria Putrajaya 2014

Festival Bunga Dan Taman di Floria Putrajaya 2014

Floria Putrajaya 2014 Agak Hambar

Untuk lawatan ke Festival Pameran Bunga dan Taman, Floria Putrajaya 2014 kali ini, ianya dirasakan kurang menyerlah dan mempersonakan walaupun sudah dikenakan bayaran berbanding festival tahun-tahun sebelumnya.

Ianya sedikit hambar dengan beberapa rekaan dan dekorasi serta lanskap yang agak kurang menarik dan mampu mengundang keterujaan. Tapak pameran juga agak kecil berbanding sebelum ini disamping penyertaan pada Floria Putrajaya kali ini yang dirasakan agak kurang. Terasa juga macam kurang bunga... Hmmm... Bagi yang pertama kali berkunjung, mungkin tidak terasa perbezaan ini.

Memandangkan ini merupakan penganjuran pertama dibawah kelolaan Perbadanan Putrajaya, semoga ada perubahan yang drastik dan mengagumkan untuk Festival Floria Putrajaya 2015 nanti.

Jika anda berkunjung kesini, makan dan minumlah kenyang-kenyang dulu kerana anda sudah tidak boleh keluar masuk tapak festival sesuka hati dan didalam tapak festival hanya ada jualan makanan ringan sahaja. Gerai jualan makanan berada diluar, seberang jalan berhadapan dengan tapak pameran.

Pada kunjungan kali ini juga tidak menunggu hingga ke malam untuk melihat bot berhias dan pertunjukan bunga api di 'Magic Of The Night' di Putrajaya Marina. Kenapa? Akan diceritakan dalam entri seterusnya di sini : Suatu Petang Di Floria Putrajaya 2014

Ditulis oleh :

19 comments - "Festival Bunga Dan Taman di Floria Putrajaya 2014"

macam menarik je nak pegi...rak ramai org lagi best kot nak tgkp tgkp gmbr

Khir Khalid delete icon 1:11 PTG

Mmg menarik & cantik... seronok utk berjalan sekeluarga menikmati keindahan bunga2an.

ZaridaIshak delete icon 1:20 PTG

tengok gambar pun dah rasa teruja... bestnya dapat pegi dengan keluarga...

Tanpa Nama delete icon 1:56 PTG

lama tak singgah sini..selalu on9 kat hp jer..susah nak bw..

sitirohaida delete icon 2:08 PTG

penuh dengan warna warni pokok-pokok..tertarik dengan payung tu

wahh cantik...nak pergi..tapi belum berkesempatan

Wahh cantiknyerrr ..Mesti seronok dapat pergi ...
Tq BM atas perkongsian ini..

kalau akak,2 hari pun akak sanggup dok situ..menikmati keindahan bunga2..
cantik payung2 yg bergantungan tu

paridah delete icon 5:57 PTG

cantik bunga2nya...relaks minda memandangnya....

Unknown delete icon 6:11 PTG

Cantik je nampak ni...rasanya tak berkesempatan lagi nak pergi tahun ni...huhuhu

Zawiah delete icon 9:29 PTG

x dpt tgk gambarnya ... quota sudah habis . cuma blh baca entry saja ... huhuhuuu

Bunda_nora delete icon 7:33 PG

Tengok gambar cantik2 sangat...kalau dapat pergi dan tengok sendiri lagi cantik kot..tapi belum tentu dapat pergi...

Salam Pagi Jumaat BM...Sambil relax minda tengok bunga-bunga cantik kat sini..

jie susanos delete icon 12:16 PTG

perghh, pelbagai caler dan bunga dlm niii..cntk dan awesome..

Fiza Rahman delete icon 3:17 PTG

Kalau gi weekend ni mesti ramai sbb minggu ni last kan.

Pha Is delete icon 8:00 PTG

cantik payung2 tu..

Eyzamiel delete icon 9:56 PG

Betui2.. kita kalau kat Penang mmg panggil Pesta jugak kan.. Salam kenal.. Eyza pun ada buat entry Pesta Floria ni.. tapi versi malam.. jemput la singgah.... http://eyzamiel.blogspot.com/2014/06/pesta-floria-putrajaya-2014.html

Mesti hati rasa tenang dikelilingi bunga pelbagai warna..

wah bestnya...berwrn-warni

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap