Kereta anda bercermin gelap (tinted)? Tahukah anda berapakah tahap ketelusan cahaya (VLT) yang dibenarkan pada cermin kereta? Ada baiknya anda buat pemeriksaan segera kerana peraturan baru cermin gelap ini akan berkuatkuasa mulai 1 May 2015 - Sumber

Penangguhan sementara Ops Cermin Gelap sebelum ini adalah berikutan ketidakpuasan hati orang ramai terhadap peraturan dan spesifikasi sedia ada. Sehubungan dengan itu, sebuah bengkel khas diadakan bagi membincangkan serta mengkaji semula peraturan dan spesifikasi cermin gelap pada semua kenderaan dinegara ini.

Tahap Ketelusan Cahaya Cermin Gelap Kereta
Isu cermin gelap kereta 

Bengkel Khas Cermin Gelap

Bengkel khas tersebut telah berlangsung di Holiday Inn Glenmarie Kuala Lumpur dan dihadiri oleh seramai 100 peserta yang merangkumi agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta swasta.

Kementerian Pengangkutan (MOT) sebagai pengelola bengkel akan mengkaji semula penggunaan cermin gelap ini dari semua sudut dan aspek penggunaan cermin gelap, termasuk peraturan sedia ada, pengkuatkuasaan, keselamatan, kepenggunaan dan kesihatan yang telah diusul dan dibincangkan dalam bengkel tersebut.

Peraturan Tahap Ketelusan Cahaya Cermin Gelap Kereta
Peraturan Lama Tahap Cermin Gelap Kereta

Berikut adalah antara usul yang dibentangkan dan dibincangkan dalam bengkel tersebut :
  1. Peniaga eksesori cermin gelap wajib mempunyai alat penguji VLT
  2. Menyeragamkan kadar peratusan filem cermin gelap yang ada dipasaran
  3. Cermin kereta import mesti mengikut spesifikasi yang ditetapkan sebelum dijual
  4. Tiada sijil kelulusan cermin gelap pernah dikeluarkan oleh JPJ
  5. Peraturan baru bagi tahap ketelusan cahaya cermin kereta

Tahap Ketelusan Cahaya Cermin Gelap Kereta

Peratusan tahap ketelusan cahaya (VLT) yang dicadangkan :
Cermin hadapan - 70%
Cermin sisi hadapan - 50%
Cermin sisi belakang - 25%
Cermin belakang - 25%

Tahap Ketelusan Cahaya Cermin Gelap Kereta
Cadangan Tahap Cermin Gelap Kereta

Tahap Ketelusan Cahaya Yang Diluluskan Oleh Kementerian Pengangkutan

Peraturan Baru Tahap Ketelusan Cahaya Cermin Gelap Kereta
Peraturan baru Tahap Cermin Gelap Kereta

Akhirnya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan secara rasmi akan menguatkuasakan peraturan baharu berkaitan penggunaan cermin gelap (Tahap ketelusan cahaya VLT cermin kereta) bermula 1 May 2015. Sebelum tarikh tersebut peraturan lama masih lagi berkuat kuasa!

Peraturan baharu ini menyaksikan tahap ketelusan cahaya yang dibenarkan untuk sisi penumpang belakang dan bahagian belakang diturunkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus. Bagaimanapun, ketelusan cahaya yang dibenarkan bagi cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pemindaan peraturan itu adalah mengikut standard antarabangsa. - Sumber

Ops Cermin Gelap

Semua pemilik kenderaan mestilah mematuhi dan mengikut peraturan spesifikasi yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan. Kompaun RM300 akan dikenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan tersebut bermula dari tarikh tersebut. Sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.

Sudah pastinya selepas tarikh 1 May 2015, Ops Cermin Gelap akan dilaksanakan... 

Cermin Gelap - Keperluan, Keselamatan Dan Kos

Tinggal di negara yang bersuhu panas dan mentari terik seperti negara ini, tinted (filem penapis haba) pada cermin kereta ini amat penting dan telah menjadi satu keperluan pula kerana ianya dapat mengurangkan kepanasan serta mempercepatkan penyejukan penghawa dingin. 

Namun segelintir dari kita menggunakan cermin yang terlalu gelap dan ianya mengundang rasa curiga dan bahaya. Penjenayah amat sukar dilihat didalam kenderaan bercermin gelap ini. 

Kalau mengikut kedai eksesori kereta, filem penapis haba ini tidak semestinya gelap kerana yang penting adalah tahap ketelusan haba namun jenis yang berkualiti ini agak mahal harganya. Kini kita terperangkap antara keperluan, keselamatan dan kos. Jika peraturan telah ditetapkan...mahu atau tidak, terpaksa juga kita ikut. 

Namun yang paling penting adalah penguatkuasaan berterusan, tidak hanya hangat-hangat tahi ayam. Telah lama isu cermin gelap ini tidak diambil peduli oleh pihak berkuasa. Kini ianya kembali dilaksanakan tapi selepas tu mungkin akan senyap semula.


Pihak berkuasa bagaikan saja membiar ianya berleluasa sehinggakan orang ramai beranggapan bahawa peraturan ini bagai sudah tidak dikuatkuasakan lagi. Samalah seperti peraturan tali pinggang belakang... Masih berkuat kuasa atau tidak sebenarnya? Sehinggalah tiba-tiba ada 'Ops Tali Pinggang Belakang'... kecohlah lagi satu Malaysia! Apa sebenarnya matlamat dan keberkesanan Ops jika hangat dilaksanakan dalam tempoh-tempoh tertentu sahaja? Ops!!?

Keadilan dalam penguatkuasaan juga amat penting. Jangan ada pilih kasih dan perbezaan dalam melaksanakan Ops Cermin Gelap hanya kerana ada kuasa, pangkat atau darjat dan wang ringgit!

Tahap Ketelusan Cahaya Cermin Gelap Kereta
Apa pun... periksalah peratusan tahap ketelusan cahaya cermin gelap kereta anda dan pastikan ianya mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Ingat! 1 May 2015!

Terima kasih bersama Relaks Minda... Info untuk pengetahuan dan ingatan bersama.


sumber rujukan : infokereta
Ditulis oleh :
Artikel : Tahap Ketelusan Cahaya Cermin Gelap Kereta (edited 5/6/14)

36 comments - "Peraturan Baru Tahap Ketelusan Cahaya Cermin Gelap Kereta"

kereta saya taklah terlalu gelap...sedang2 jer...risau jugak nanti kena saman pulak..hehe.
tapi kalau gelap,kuranglah terkena cahaya kan...

paridah delete icon 9:57 PG

kenapa agaknya dlm soal cermin kereta ramai yg sukakan cermin gelap kalau boleh tiada lutsinar langsung ya...sedangkan hakikat sebenarnya kita sukakan yg terang jelas n nyata...mungkin ada sesuatu yg nk disembunyikan tu...penguatkuasaan sgt perlu sekali tu.

Unknown delete icon 10:00 PG

Bagi yang ada keta nie kena semak cermin keta tu.
Tak pasal2 kena saman karang.
Cik akak pula duduk diam je sebab keta tak de lagi hahaha

Sorry BM, Nurul nak minta pencerahan skit, Ketelusan cahaya tu bermaksud % cahaya yang masuk ke? adakah bermakna 25% tu lebih gelap tintednya berbanding 50% ketelusan cahaya?

BinMuhammad delete icon 10:37 PG

Betullah apa yang Nurul faham tu...

BinMuhammad delete icon 11:04 PG

Kalau dah terlalu gelap tu memang pasti ada agenda tersembunyilah tu... :)

Bunda_nora delete icon 11:29 PG

Anak lelaki bunda dah lama pakai cermin kereta tinted ni...tapi tak gelap sangat lah...okay lah.. tak silau sangat...

burung unta delete icon 11:32 PG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Hero Borneo delete icon 12:01 PTG

kalau ikut stail..lagi gelap cermin lagi cantik dan elegan!

mselim3 delete icon 12:22 PTG

Assalammualaikum... BM,

Kena ikut peraturan agar tidak disaman... kalau tak saje2 nak bagi duit "RM 300" banyak tu...

mselim3

Saya takda masalah dengan kereta tinted atau tak tinted ni. Cuma pelaksanaan undang-undang larangan penggunaan tinted yang berlebih had ni. Ia dilihat seperti berpilih-pilih mengikut darjat tu yang menjengkelkan sesetengah pihak. Ada baiknya, jika undang-undang ni, dikenakan pada seluruh peringkat tanpa mengira darjat mahupun status sosial masyarakat kita, termasuk terhadap golongan 'so-called' pemimpin.

kalau nak gelabkan tu berpada2lah jangan terlalu gelab.. niatnya dah lain tu...

Betul, kalau nak gelap pun, biarlah sedrhana sahaja, senang polis nak check penjenayah

Tanpa Nama delete icon 8:33 PTG

cermin kereta encik hubby terang benderang...hehehehe..

jie susanos delete icon 8:33 PTG

bermula operasi 16 jun ini..makin kuat pulak undang2 skrg ni..

Sis Vee delete icon 3:28 PTG

teringat seorg teman ... plastik pada cermin gelapnya terpaksa ditanggalkan hanya selepas beberapa hari dipasang ... terbang rm cam tu jer ...

Khir Khalid delete icon 4:17 PTG

Cermin tinted ni mmg berguna utk negara mcm kita ni. Panas kalau tiada terutama sewaktu memandu di waktu tengah hari. Tp jngnlah terlalu gelap mcm ala2 mafia itali pulak.. :)

Yana Yani delete icon 5:11 PTG

cuaca negara kita ni memang panas
bercermin gelap tu perlu bagi saya
cuma tak adalah terlalu gelap sampai tak nampak apa ada dalam

Terimakasih BM

Bersiap sedialah siapa yg pasang cermin gelap yg tak ikut piawaian...hehehe...

Kena ambil tahu juga ni walaupun saya belum ada kereta.

Pada saya cermin gelap ni perlu.. tapi taklah terlalu gelap yg melampau tu. Kalau tiada.. panas, silau & kurang privasilah..

Tanpa Nama delete icon 2:45 PTG

hehehehe.... boleh gelap tapi jgn terlalu gelaplah..

Aimacomel delete icon 5:41 PTG

teringat yg suami pernah bertekak dgn anggota penguatkuasa jpj yg buat operasi dulu sbb dia claim yg tinted gelap. Tapi bila g jpj, pegawai dia cakap 'xde gelap pun' pastu dia senyum..
Skg okey.. dah boleh gelap dah. hehehehe,

Tanpa Nama delete icon 4:25 PTG

inilah Malaysia. jepun dh buat elok2 pun org Malaysia x puas hati lg. kalu keta dh original 25% nk buat mcm mana. nk tukar bknnya murah-pakai duit. org2 berada lain la takat 2-3 ribu tu celah gigi ja. bg yg berpendapatan sederhana mcm mana. even cermin sisi 50% pun sy bwk anak kecil utk dibaringkan masa tidor atau tukar pampers. tu pun masih panas..org tua bole rasa terbakar kulit inikan budak kecil. lain la kalu bg diskaun utk sesiapa yg dh cermin ori mcm gitu utk tukar cermin yg VLT lebih rendah. bukan buat salah pun. keta MPV gunanya utk long travel so mak ayah tok nek mak long mak ngah bole ikut skali. JPJ mcm mana pun nk menang. Dari dulu lg mcm tu besar kepala mentang2 ada kuasa so gila kuasa. brapa byk keta JPJ cross line org, parking tempat x sepatutnya n sbgnya. bukan reka cerita tapi berlaku depan mata. awat JPJ kalis undang2 ka. kalu org dlm kena saman pun bole cancel sbb kira saudara se-JPJ. kalu org awam kira nk samannya. pastu nk saman nama jalan pun Tanya kita pulak. Malaysia ni Polis, JPJ, trafik rekod paling byk saman dlm dunia. income tetap so x payah pakai duit seniri nk bayar gaji. pakai duit saman bayar gaji pun dh cukup. x kira lagi bila offline. 10x p 5x offline. langsung x improve. belagak ja lebih tp ketinggalan zaman. maaf kalu ada sapa2 terasa.

Tanpa Nama delete icon 12:06 PTG

Dalam anggota kerajaan dan penguat kuasa terdapat banyak orang yang cerdik pandai malah kini memperolehi kelulusan ilmiah yang amat tinggi. Takkan satu kajian yang menyeluruh bagi kepentingan rakyat tak boleh dibuat. Betul lah penjenayah tetap penjenayah, tapi kalau mereka nak lakukan sesuatu satu jenayah, peduli apa dia orang kenal ke tak kenal dia. Kalau ikut statistic berapakah penjenayah mengambil kesempatan cermin gelap? Cermin gelap telah banyak membantu pemamdu dari segi kesihatan dan emosi. Saya berharap agar pihak yang menentukan polici dan undang undang mengambil berat sebelum membuat sesuatu peraturan undang undang bukan sekadar untuk mengatasi sasuatu masalah, dan undang undang yang di luluskan biar lah menyeluruh dan digunapakai oleh semua rakyat tidak mengira status atau pekerjaan. Semua orang perlukan keselamat tidak ada orang yang lebih memerlukannya dari pada seseorang lain.

ibnu delete icon 10:04 PG

menggunakan kaca gelap tu boleh sangat berguna jika silau

Tanpa Nama delete icon 1:44 PG

Saya seorang pengguna kereta jepun Dan bercermin ori gelap25% Dan di import mengunakan AP ...kenapa kastam melepas kan kenderaan import ke negara ini bercermin gelap ? Dan rakyat menjadi mangsa apabila menggunakan kenderaan ini.sepatutnya PERKEMA perlu main peranan penting apabila mengimport kenderaan ini masuk dengan bercermin cerah Dan sekiranya bercermin gelap kastam pula perlu mengambil peranan yang sewajarnya. Bukan murah menukar cermin kereta import ni.angaran 2-3k made in cina Dan bukan ori Japan

yangbaik delete icon 11:01 PG

peraturan cermin gelap ni... sudah lama dikuatkuasakan. Tetapi sering berubah-ubah.

Fiza Rahman delete icon 1:24 PTG

Tak habis² lagi pasal cermin gelap. Tapi tgk masih ada jer pemandu yang masih ingkar dgn aeahan.

Khir Khalid delete icon 12:50 PG

Kira halal jelah JPJ klu gelap sikit2 tu huhu.. :D

Tanpa Nama delete icon 2:27 PG

Pasang tirai hitam je.roadblock turunkan.sng x nmpk terus :)

Tanpa Nama delete icon 12:37 PTG

ok la tuu cemin depan 70% cahaya telus masuk,depan kiri kanan 50% dan blakang kiri kanan serta belakang masing-masing 30% ketelusan cahaya masuk...dh kira cukup gelap la tuuu pat lindungi kita dri terik cahaya matahari kt Malaysia ni....syukur

Unknown delete icon 4:24 PG

Apa salah gelap...biasanya kena tahan jpj ka polis ka...turunkn jelah cermin..nampak la makhluk kt dlm tu. Kalau mlm...on lampu dlm...trnkn cermin..pun ok. Tgh mandu kt hiway sapa la nk follow sebelah keta nk tgk org kt dalam....ini pandangan ja...nk ikut aturan silakan..☺

Tanpa Nama delete icon 2:25 PG

ok la tu spec skarang..kalau gelap sgt pn susah jugak..nak pulak kalau mase nk reverse..kne turun tingkap ooo kalau tak tak nampk belakang....haaha... :D

Unknown delete icon 3:43 PTG

saya silap buat tinted...sumpah terlalu gelap...nk menangis rasanya ni..bayangkn rotex pun x nampak..tepi jgn ckp lh semua mmg gelap giler..ada idea x apa yg ptt saya buat skrg ni...nk oter cermin depan je ni..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap