بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Sambutan Hari TLDM ke 81
Sambutan Hari TLDM ke 81 - Pengkalan Tentera Laut, Lumut


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa aktiviti anda di hujung minggu tadi? Ada yang pergi ke Lumut, Perak? Kalau anda ke sana pasti tidak akan melepas peluang keemasan untuk melawat kapal perang TLDM sempena Sambutan Hari TLDM ke 81.

Sambutan Hari TLDM ke 81
Ya... bersempena Sambutan Hari TLDM ke 81, sepanjang dua hari iaitu pada 25 dan 26 April 2015, Pengkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia di Lumut telah mengadakan Hari Terbuka dengan beberapa program menarik bagi mendekatkan masyarakat untuk mengenali kehidupan dan aktiviti tentera laut negara ini.

Pengkalan Tentera TLDM Lumut dibuka untuk orang ramai melihat sendiri keadaan dan suasana kehidupan dipengkalan tentera laut terbesar di negara ini. Beberapa aset utama dipertontonkan malah yag paling menarik sebanyak sembilan buah armada laut dibuka untuk anda naiki!

Antara kapal perang tersebut termasuklah KD Mutiara, KD Jebat, KD Hang Tuah dan KD Kelantan. Anda dibenarkan untuk menaiki ke dalam ruang kapal (luaran sahaja) dan melihat sendiri keadaan dan membayangkan bagaimana kehidupan sebagai seorang tentera laut di kapal perang tersebut.

Sambutan Hari TLDM ke 81
Suasana di jeti TLDM, Lumut sempena Hari TLDM ke 81

Melawat Hari Terbuka TLDM Lumut

Memasuki sahaja pengkalan tentera laut TLDM ini, anda sudah dapat melihat blok-blok kediaman tentera yang gah berdiri. Suasana yang bersih dan terjaga sungguh menyamankan sekali! Kawasannya juga amat luas dan lengkap dengan segala frasarana asas sebagai kemudahan tempat tinggal yang selesa.

Untuk ke jeti pengkalan kapal, tidak dibenarkan membawa kenderaan sendiri. Sebuah kawasan tempat letak kereta disediakan dan anda akan dibawa menaiki bas khas untuk ke sana.

Sambutan Hari TLDM ke 81

Sampai ke kawasan jeti pengkalan kapal, suasana sungguh panas! Namun semua itu tidak menjadi halangan kerana kelihatan begitu ramai sekali pengunjung sudah berada di sini. Bayu laut yang segar dan menyejukkan dapat mengurangkan sedikit akan terik mentari.

Segalanya itu akan hilang apabila keterujaan tatkala melihat barisan kapal perang yang berlabuh disepanjang jeti bagaikan armada yang sedia menanti untuk diterokai.

Sambutan Hari TLDM ke 81
Laluan permulaan ke jeti pameran kapal perang. Di sini... keterujaan anda dah di tahap maksimum!

Sambutan Hari TLDM ke 81

Sambutan Hari TLDM ke 81
KD Mutiara

Sambutan Hari TLDM ke 81
KD Hang Tuah

Sambutan Hari TLDM ke 81
Ruang laluan di tepi kapal, amat sempit! Ramai yang takut dan gayat di sini - Kapal KD Hang Tuah

Sambutan Hari TLDM ke 81Sambutan Hari TLDM ke 81
Antara aset ketenteraaan wajib ada diatas kapal perang- meriam

Sambutan Hari TLDM ke 81
Anjungan kapal merupakan kawasan tumpuan,
maklumlah...ramai yang nak merasa dan berposing ala-ala dalam filem Titanic tu!

Sambutan Hari TLDM ke 81

Sambutan Hari TLDM ke 81
Pemandangan dari tingkat teratas KD Hang Tuah

Sambutan Hari TLDM ke 81
No. 175 itu adalah Kapal KD Kelantan

Sambutan Hari TLDM ke 81

Menaiki satu kapal ke satu kapal sambil beramah mesra dengan anggota tentera yang sedia menanti kehadiran anda sungguh menyeronokkan. Mereka melayan segala kerenah dan persoalan dengan penuh senyuman. Anak-anak kecil yang takut untuk menaiki jambatan untuk ke kapal pun sanggup mereka dukung!

Sebelum ini hanya dapat melihat dari jauh, tapi kini dapat menjejaki dan memegang sendiri akan kapal yang menjadi aset pertahanan negara ini. Yang paling menarik adalah menaiki KD Mutiara, KD Hang Tuah dan KD Kelantan yang bersaiz paling besar.

Di atas beberapa buah kapal ini juga disediakan jualan makanan dan minuman untuk anda berehat seketika sambil menikmati suasana di atas kapal sambil disapa bayu laut Selat Melaka yang dapat menyegarkan semula badan setelah penat berjalan.

Sambutan Hari TLDM ke 81

Kelihatan pula anak-anak yang begitu seronok sekali memanjat, menaiki dan menjelajah setiap ceruk kapal dengan riangnya, pasti akan memasang cita-cita untuk menjadi tentera laut satu hari nanti. Apatah lagi apabila melihat tentera laut yang segak dan bergaya bersama pakaian seragam putihnya!

Satu pengalaman yang menarik berada di sini. Namun tidak dapat lama berada di sini. Setelah dua jam meneroka kapal-kapal perang TLDM ini, dalam pukul 3.00 petang, mula bergerak balik. Pada ketika itu kelihatan jumlah pengunjung semakin bertambah ramai sehingga jalan masuk ke tempat letak kereta pun jem!

Pantai Teluk Batik

Dalam perjalanan pulang, singgah seketika ke Teluk Batik sekadar untuk melihat suasana kerana sudah terlalu lama tidak ke sini. Masih ramai juga yang mandi manda dan berkelah bersama keluarga. Keadaan pantai juga agak bersih dan terjaga. Sempat juga ke gerai jualan makanan laut untuk membawa pulang sedikit ole-ole.

Pantai Teluk Batik

Pantai Teluk Batik

Pantai Teluk Batik

Pantai Teluk Batik

Pantai Teluk Batik

Aktiviti santai di hujung minggu yang tidak dirancang sebenarnya. Namun apabila terlihat iklan tentang Hari Terbuka TLDM sempena Hari TLDM ke 81 yang membuka peluang untuk menaiki kapal perang... terus sahaja teruja dan bergerak tanpa sebarang plan... itulah aku...

Sebenarnya banyak lagi aktiviti-aktiviti sempena sambutan Hari TLDM ke 81 ini. Ianya berlangsung sejak lebih seminggu yang lalu dengan pelbagai aktiviti dan program. Anda boleh lihat semuanya melalui Page FB TLDM.

Selamat Hari TLDM ke 81 kepada semua anggota tentera TLDM... Perwira negara dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan perairan Malaysia!


Terima kasih bersama Relaks Minda
 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


9 comments - "Hujung Minggu di Sambutan Hari TLDM ke 81, Lumut "

seronoknya, pakcik saya dulu bekas ketua angkatan tentera malaysia, dia dari navy juga... tan sri mohd anuar mohd noor... :)

seronok nyer dpt masuk kapal tldm!

bestnya...bkn setiap masa org awam boleh masuk kedalam kapal mereka..

ZaridaIshak delete icon 1:33 PTG

Bestkan aktiviti hujung minggu bersama keluarga. Saya yang dekat ni ... jarang sangat dapat pergi TLDM.

paridah delete icon 9:31 PTG

MMG TERUJA MELIHAT ASET TENTERA LAUT DI LUMUT...APALAGI KALAU BERPELUANG MENAIKI KAPAL2 BESAR TENTERA LAUT DI SITU.

yangbaik delete icon 11:03 PG

harap-harap tahun depan dapat pergi juga ke hari sambutan tldm...

Fiza Rahman delete icon 1:25 PTG

Selamat hari TLDM. Bestnya dapat masuk dalam kapal tu.

Khir Khalid delete icon 12:53 PG

Sepupu saya ada yg menjadi tentera dan menetap di lumut. Ada beberapa kali dia ajak datang tapi tak berkesempatan lagi. Mmg akan ke sana juga nanti. Selamat menyambut hari TLDM buat semua tentera laut kita.. :)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap