Aksi Di Rakam Dan Di Pertontonkan
Aksi Di Rakam Dan Di Pertontonkan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hangat! Hangat! Panas! Panas! Itulah kejadian yang tidak disangka! Pernahkah kita menyangka bahawa aksi dan perbuatan kita akan dirakam dan dipertontonkan! 

Di zaman ini, hampir setiap orang punya kamera video ditangan dan dibawa kemana-mana sahaja. Mudahnya untuk untuk membuat rakaman! Itu belum lagi dengan CCTV tersorok yang merakam setiap pergerakan dan perbuatan secara tersembunyi. 

Entri ini bukanlah hendak menceritakan kisah rakaman video yang sememangnya sudah ramai orang ketahui. Ianya sudah heboh satu Malaysia. Di media sosial... pelbagai viral, komen-komen dan pendapat boleh kita lihat dan baca. Seperti juga dengan apa yang saya tulis ini... semuanya telah tercatit dan telah dirakam! 

Aksi Di Rakam Dan Di Pertontonkan

Mungkin 'saudari CDM25' yang kecoh diperkatakan ini tidak bernasib baik kerana aksi dan kejadian tersebut telah dirakam dan dipertontonkan. Tapi sedarkah kita bahawa sebenarnya setiap detik dan ketika kita semua juga sedang diperhatikan dan segalanya dirakam tanpa sedikit pun yang boleh di edit atau terlepas dari rakaman! 

"Jangan ingat kita tidak diperhatikan... Allah SWT sentiasa melihat dan segalanya dicatit dan dirakam!"

Aksi Di Rakam Dan Di Pertontonkan

'Saudari CDM25' tersebut mendapat tayangan semula perbuatannya didunia ini dan dipertonton pula kepada orang ramai. Terbuka segala keaiban! Namun amat beruntungnya beliau apabila diberi petunjuk segera semasa masih ada lagi di dunia ini. Beliau masih punya peluang untuk memperbaiki kesilapan dan memohon keampunan.

Bagaimana pula dengan kita? Bagaimana dengan segala aksi dan perbuatan buruk kita yang telah Allah SWT rakam? Ya! Allah SWT simpan keaiban kita. Namun alangkah ruginya kita kerana kita tidak punya peluang untuk memperbaiki kesilapan dan memohon keampunan kerana tatkala ianya ditayangkan kelak, pada ketika itu kita tidak lagi berada dunia ini!

Hikmah Disebalik Kejadian

Didunia ini jarang sekali berlaku kita dapat menonton keburukan dan keaiban diri sendiri. Selalunya kita menonton keburukan dan keaiban orang lain. Sebagai penonton kita menilai sikap orang lain. Selalunya... Kita komen, marah, hina, geram, kutuk dan sebagainya.

Setiap kejadian itu ada hikmah dan rahmatnya. Jangan terlalu melihat dari sudut negatif kerana ianya akan menyempitkan fikiran lalu melihat sesuatu itu buruk belaka. Ianya akan menghitamkan hati lalu hanya tahu untuk berkata yang tidak baik sahaja. Bukan hak kita untuk menilai dan menghukum seseorang hanya dari pandangan dan kesimpulan diri sendiri.

Sewajarnya, lihatlah ia dari sudut positif. Jadikan ianya satu ikhtibar untuk renungan dan ingatan kita bersama... Mengutuk, mengeji dan menghina akan kembali kepada kita dan ianya telah dicatit dan dirakam Allah SWT! 

INGAT! Rakaman Allah SWT tiada pengecualian. Tiada "cut!" mahupun ulang semula! Tiada edit untuk memperbetulkan kesilapan. Segalanya terakam dan terus dirakam! Tidak ada yang akan terlepas walaupun sesaat! Jangan sampai kita menyesal tatkala ianya ditayangkan semula nanti!

Aksi Di Rakam Dan Di Pertontonkan
Sumber dari FB


p/s: Sentiasalah berkelakuan dan berbuat baik kerana kita tidak tahu mungkin satu hari aksi kita pula yang dirakam dan dipertontonkan... 

Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________

26 comments - "Aksi Dirakam Dan Dipertontonkan"

Unknown delete icon 8:31 PG

Betul tu uncle...tapi kesian tengok pakcik tu.

alhamdulillah,semuanya dah settle,baik hati uncle tu,taknak buat tindakan apa2 terhadap wanita tu,moga lepas nie wanita tu kenalah berhati-hati bila berkata-kata,kerana di zaman ini,semua ambil peduli perkara buruk yang kita lakukan.cepat je tersebar kan..

Apa yg pasti maruah diri dia dan wanita Melayu amnya sudah tercalar gara-gara insiden tersebut. Tapi nasi sudah menjadi bubur. Buat semua jadikan renungan sebab uncle to cool bukan main tapi layanan diberi dgn jerit-jerit yg tidak berhemah...

Kalau tak dirakan pun rokib dan atid Allah tak pernah lupa mencatat..

di akhirat nanti lagi dashyat..tayangan hidup kita dipertontonkan kepada orang lain

Yana Yani delete icon 11:36 PG

tak tahu apa yang bermain di minda dia ketika dia buat camtu
apapun moga ianya menjadi pengajaran buat kita semua
semalam tengok tv, saya terkedu bila uncle tu kata
yang lebih kurang bunyi cam gini
"tuhan tak ajar kita benci pada orang yang buat kesalahan pada kita"

Sheila Salim delete icon 12:03 PTG

Assalamualaikum BM, heee doakan semoga kita2 semua dapat mengawal kemarahan dalam bulan puasa yang mulia ni.. In shaa Allah. sheila singgah menabung zalora sini~~~

Blog Santai delete icon 12:42 PTG

Perkara dah berlakukan. Jadikan kes kiki ni sebagai pengajaran...Harap-harap kita semua tak dijadikan bahan tontonan suatu hari nanti...

Sumtimes, kat internet ni reaksinya lebih kepada 'seronok' mengenakan orang. Majoriti di internet memang suka hal-hal macam ni. CDM25 punya baran cuma dijadikan justifikasi untuk melakukan cyber bullying. Bullies get bullied online.

Setuju dengan entry BM..Kita kena jaga tingkahlaku dan perbuatan kita walau dimana saja kita berada.

Fiza Rahman delete icon 2:15 PTG

Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata buruk padahnya. Kesian tgk uncle tu. Tapi lagi kesian kat pompuan tu sebab di aibkan oleh ramai orang.

Hidup kita ni bukan diperhatikan olehNYA sahaja, tapi diperhatikan oleh orang sekeliling kita. Lebih² dalam zaman serba canggih ni. Adab dan pertuturan perlu dijaga. Kalau silap, jadi macam nilah. Tak pasal2 jadi bahan rakaman.

Bunda_nora delete icon 2:35 PTG

Apa pun masing2 dah mengaku kesilapan dan kelalaian masing2...Kedua2nya adz salah masing2...Uang sorang memandu dalam keadaan terlalu letih dan mungkin mengantuk.
Yang sorang bertindak melulu....ikut perasaan...seolah2 undang2 ditangan sendiri...
Sama jer....kita sebagai orang luar sepatutnya ambil iktibar akan insiden ini...supaya tidak berlaku kepada keluarga kita pulak...

Alhamdulilah dah settle semuanya ..Kita ni kan kadang2 yang buruk2 tu jugak kita nak kongsikan ..Bulan ramadhan ni bulan kita tambahkan amal ibadat bukan tambah dosa ..Tapi biasala manusia kan BM rambut jer sama kaler hati tak sama huhuhuhu.... Sama2 kita MUHASABAH DIRI kita sendiri ........

paridah delete icon 3:39 PTG

benar apa yg BM tulis...setiap tindak-tanduk kita sentuasa diperhatikan n nasib xbaik dirakam jadi viral n harus kita ingat setiap perilaku baik buruk kita diperhati yg di atas sana, pasti membayar tunai setiap yg dilakukan di dunia lagi..

Ciktie delete icon 4:26 PTG

betul tu..apa yang kita lakukan semuanya diperhati. Cuma kita semua bernasib baik sebabnya Dia sentiasa menutup aib kita

Khir Khalid delete icon 4:30 PTG

Nasib baik tak kena heart attack org tua tu. Klu x lagi satu hal buat dia.. buli & menyebabkan kematian pulak. Kisah ni menjadi peringatan buat kita bila mana kita selalu berkata bangsa melayu tinggi dgn budi bahasa. Tetapi ini jadi sebaliknya... apatah lagi sebagai Islam di bulan puasa yg mulia ni. Semoga menjadi iktibar peringatan buat kita semua utk sentiasa bermuhasabah diri. Semoga gadis itu benar2 insaf & beroleh peluang kemaafan utk masa hadapan yg baik... aamiin.

Bahrain delete icon 5:02 PTG

Kena sentiasa waspada selepas ini, yang baik kalau divideokan tak apa tapi kalau perangai buruk yang ditunjukkan memang buruklah padahnya. Can't turn back anymore.

Semoga kedua-duanya dirahmati Allah selalu.

Zawiah delete icon 6:08 PTG

manusia mudah menghukum seolah - olah diri itu tdk pernah buat salah .di fb saja masing2 nak beri nasihat aka menegur dan ada juga time posa ni masih tak jaga statement ... mengingatkan diri sendiri agar tidak berada di dlmnya .

Kiki dah pun mohon maaf. Pasti besar hikmah disebalik semua itu kepada kita semua terutamanya dalam memelihara perpaduan rakyat Malaysia.

Unknown delete icon 8:36 PTG

kiranya dia bertuahkan BM... kerana dapat melihat kesilapannya didunia lagi... :) jadi sempat lah dia memohon maaf dan bertaubat...

OKje delete icon 10:26 PTG

Mak aih....ayaq mata macam sungai naaa...hehe

OKje delete icon 5:37 PG

Salam BM....apa habaq ceq....lama tak dengaq cita...ingat dah lupa kat ceq Jilap...hehe

OKje delete icon 5:42 PG

Malunya aksi kita ditayangkan di depan Al Khaliq dan saudara kita yg lain...Moga kita sentiasa ingat untuk menjaga segala perbuatan kita di dunia ini yg umpama pentas lakonan

ANIM delete icon 10:39 PG

berita kak dengar, KPN kata dia akan didakwa yang membawa kepada penjara 5 tahun atau denda RM5K-RM15K kalau sabit kesalahan.

Betul tu BM... *Muhasabah diri

Tanpa Nama delete icon 9:10 PTG

tenggelam cerita CDM Peugeot 25 bila di kejutkan berita MH17..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap