Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tinggal seminggu sahaja lagi Ramadhan bersama kita dan tidak lama lagi, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Masing-masing mulai sibuk membuat pelbagai persiapan. Macam-macam nak tukar baru dan nampaknya tidak kurang juga yang ingin menyambut Raya dengan kereta baru.
Mungkinkah kereta baru ini menjadi impian anda? Walaupun ianya menawan hati namun ia masih belum dapat lagi untuk anda dimiliki kerana masih belum dilancar dan pasarkan. Kereta ini merupakan model gantian kepada Perodua Viva dan mungkin akan dikenali dengan nama baru iaitu Perodua Axia.
Entri Dan Kata Kunci Terhangat di Bulan Ramadhan
Tidak sangka pula "Perodua Viva Terbaru 2014" telah menjadi kata kunci carian terhangat dan popular sejak pertengahan bulan Ramadhan ini. Entri yang diterbitkan pada awal April 2014 tiba-tiba kembali melonjak naik. Nampaknya ramai yang sedang mencari dan membuat pilihan untuk bertukar kereta baru bagi menyambut lebaran tahun ini.
Selain dari itu ramai juga yang mencari bunga orkid untuk menghias halaman mahupun ruang tamu. Inilah antara kata kunci yang menjadi carian terhangat dan popular di blog ini sejak pertengahan Ramadhan. Bagaimana pula dengan blog anda?
Data dari Blogger -Stats |
Data dari nuffnang |
Inilah yang dinamakan kata kunci bermusim. Saya pasti anda juga dapat limpahan trafik yang tinggi hasil dari entri-entri bermusim ini. Entri berkaitan resepi kuih raya dan masakan pasti menjadi carian terhangat sepanjang bulan Ramadan ini. Begitu juga dengan tips berhias, fesyen, dekorasi, pengetahuan agama, buffet ramadhan dan sebagainya yang berkait dengan Ramadhan dan Syawal pasti akan kembali menguasai carta.
Kepada mereka yang mengidam nak tukar kereta kepada Perodua Viva terbaru ini, nampaknya simpanlah hasrat anda...atau pilihlah kereta jenama lain. Berbelanjalah mengikut keperluan dan kemampuan dan bukannya mengikut nafsu dan perasaan. Terima kasih bersama Relaks Minda
Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________
22 comments - "Carian Terhangat Di Bulan Ramadhan"
saya pun berkehendak viva baru tu
tapi fulus tak tinggi macam kehendak...hehe
in the end ambik second aje viva elite
jadilah untuk amatur cam saya ni
Agaknya kalau buat kuih raya Perodua Viva, laku kot..hehe
cantik.....
Ramai nk tuka kete baru la kot...keta raya kononnya...):
bila raya ni klu blh semua nak baru termasuk rumah ...
raya mesti disambut dgn persiapan yg berbeza dgn hari2 biasa...
Viva pun ok...tak kiralah second ke...tapi ianya tetap baru dapat kan...hehe
Selamat memandu dan berhati2 dijalan raya... :)
Kuih raya tu mungkin payah kot, tapi kalau kek bentuk Perodua Viva mungkin ada...hehe
Mungkin jadi model kereta terhangat Perodua apabila dilancarkan nanti!
Agak2nya begitulah... kereta raya, hehe...
Itulah...harap2 jgn sampai jadi beban pula dikemudian hari... Ikut keperluan dan kemampuan, itulah yg terbaik!
Itu sudah semestinya...namun biarlah berpada2 dan ikut keperluan dan kemampuan.
eh ada keluaran baru produa Viva ke? Macam mana boleh aku tak tau ni. Macam smart tgk.
Alhamdulillah... tahniah BM. Viva baru tu mcm pakai turbo je.. nampak garang & segak... menarik.. :)
woww hebattt relaksminda nie... tahniah BM..!
viva terlalu kecil untuk keluarga idah yang ramai... :D
niat dihati nak beli kereta baru tetapi kereta lama masih ok lagi..jadi cara terbaik guna sahaja kereta lama..
Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo
Tapi nampak menariklah kereta viva baru ni BM. Kakak pun terpikat. Boleh belikan utk anak dara kakak ni. Comel aje. Senang kalau anak dara nak drive/parking.
Cantik yer design baru tu. :)
Viva baru... tak sempat lagi jengok bilik pameran kereta... best jugak nie untuk jamu
Viva baru...nampak macam cantik lah...hehe..smart design...Btw, sudilah jemput ke blog saya ya encik... :)
http://vandergood.blogspot.com/
terbaik keyword ni...
Cantik gak.
Wah...PV tinggi² semuanya.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”