بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Jambatan adalah laluan antara dua daratan yang terpisah, menjadi penghubung kehidupan. kewujudannya menjadi penyambung dua ikatan yang terpisah. Betapa besarnya jasa sebuah jambatan. Yang jauh dirapatkan. Yang terpisah dipertemukan. Menyambung perjalanan yang terhalang.

Jambatan - Laluan Penghubung Kehidupan

Jambatan membuka peluang perniagaan. Menggabung dan mengembangkan budaya serta silaturrahim. Membuka laluan kemasukan dan keluarnya ilmu pengetahuan, kemajuan serta teknologi. Jambatan juga menjadi penghubung dan penyebaran agama dan fahaman.


Jambatan - Laluan Penghubung Kehidupan

Jambatan - Laluan Penghubung Kehidupan

Jambatan - Laluan Penghubung Kehidupan


Namun segala yang positif pasti ada negatifnya kerana segala jalinan hubungan dan kemasukan tanpa sebarang sekatan dan pertimbangan pasti akan membawa kemudaratan, kekacauan dan kemusnahan.

Jambatan itu penting sebagai satu keperluan tetapi jangan dibiarkan setiap yang melaluinya bebas tanpa kawalan dan sekatan. Jambatan juga mesti diselenggara dengan baik agar ianya dapat berfungsi dengan baik dan selamat. 

Jambatan - Laluan Penghubung Kehidupan

Jambatan - Laluan Penghubung Kehidupan

Itulah jambatan... ibarat deria dan pancaindera dalam diri kita. Setiap apa yang kita lihat, dengar, bau, pegang dan rasa akan sampai kepada otak untuk diproses lalu menjadi tindakan kita seterusnya. Andai "jambatan" ini tidak dijaga dan dikawal sebaiknya pasti akan membawa kepada tindakan yang tidak baik dan sewajarnya. 

Di bulan Ramadan yang mulia ini... Jaga dan peliharalah "Jambatan" kita ini agar sentiasa dalam keadaan selamat dan terkawal. 


p/s: Jambatan terakhir kita diakhirat kelak, penghubung pintu syurga... mampukah kita melaluinya?
Ditulis oleh :

22 comments - "Jambatan - Laluan Penghubung Kehidupan"

Bunda_nora delete icon 8:55 PG

Assalam,

cantik lah gambar jambatan yang last yang biru tu..

Unknown delete icon 9:23 PG

assalam BM..muga kita semua terpelihara dalam rahmatNya pada 'jambatan' yang satu itu..

good sharing..

Unknown delete icon 10:39 PG

Terima kasih mengingatkan.. :D

Jambatan di akhirat kelak - titian as-sirot dibayangkan bagaimana mereka yg punya amalan dan bekalan yang cukup pasti akan melintasinya bagaikan kilat tetapi yg tiada bekalan utk meniti jambatan yg digambarkan ibarat rambut dibelah 7 - Masya-Allah bayangkan, sungguh mengerikan. Sebelum melintasi jambatan itulah kena mencari bekalan sementara di dunia ini BM...

Komunikasi yang baik sesama insan ibarat jambatan yang menghubungkan persefahaman yang baik. Kalau maintenance nya bagus, insyaAllah ia akan berkekalan.

cantik2nya gambar jambatan...

irrayyan delete icon 2:20 PTG

Cantiknya jambatan tu
Salam singgah dari irrayyan.com

Salam ramadhan BM ..sejuk mata tgk gambar jambatan ..
Tq BM atas perkongsian ini..

Tak tercapai dek akal membayangkan jambatan di akhirat itu...walau tau dan pasti mmg akan melaluinya...sungguh rasa amalan tak berapa nak lengkap...insyallah dari semasa ke semasa cuba mmperbaiki diri...

Selamat menyambut ramadhan BM..

terima kasih atas entri ini... peringatan kita bersama

mselim3 delete icon 10:33 PTG

Assalammualaikum... BM,

Terima kasih atas ingatan nie sahabat.. Dunia adalah jabatan yang kita kena laluinya, samada kita melaluinya dengan selamat atau terjatuh lari daripada landasan. Berhati2 agar kita sesama tidak lari daripada landasan BM. Suka baca entry BM ada masej tertentu.. yang memberi pengajaran .

mselim3

ANIM delete icon 8:28 PG

nak cerita fasal dua jambatan yg kak takut nak lalu..boleh BM?
zaman anak dara tu, jejaka kampung duduk kat jambatan usik gadis lalu lalang. tak suka betul nak lalu, takut pun ada. kalau ada jalan lain, mau saja ikut situ walau jauh.
satu lagi,yang paling ditakuti nak lalu ialah jambatan (titian) Al sirat.

Dunia jambatan kita ke akhirat...terima kasih peringatan ini BM..

paridah delete icon 11:39 PG

JAMBATAN PENGHUBUNG PERJALANAN JGN DIRUNTUHHKANNYA...

Fida Z Ein delete icon 2:25 PTG

Cantik bebenor semua gambor yg dimuatkan....cari2 blog...jumpa blog tuan yang memang benar2 merehatkan minda...

wah..cantik gambar ye.

Tanpa Nama delete icon 11:15 PTG

suka tengok semua gambar nyer..moga jambatan ukhuwah kita sentiasa terjalin erat..

Khir Khalid delete icon 12:23 PG

In shaa Allah.. sama2lah kita berdoa agar dgn terbinanya jambatan silaturrahim di dunia ini dapat juga membantu kita semua mengharungi jambatan akhirat dgn tenang.. Semoga titian siratul mustaqim dpt kita lintasi dgn lancar... aamiin, aamiin ya Rabbal aalaamiin...

Unknown delete icon 3:56 PTG

jambatan dunia blh dipelihara dan indah untuk dinikmati . jambatan akhirat pula , kita perlu bersedia dr sekrg sbb kehalusannya blm tentu mampu utk kita menyeberang ... salam ramadhan .

jie susanos delete icon 4:34 PTG

sungguh indah jambatannya...

Fiza Rahman delete icon 11:48 PG

Mekasih atas peringatan. Cantik gambar² nih.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap