Assalamualaikum... Berikut adalah kadar zakat fitrah 1437H / 2016 bagi negeri-negeri seluruh Malaysia yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Pastikan anda membayar zakat fitrah melalui Amil yang sah iaitu dilantik, dimana setiap Amil mestilah mempunyai kad kuasa dan resit rasmi bayaran zakat dari Majlis Agama Islam Negeri.

Kadar Zakat Fitrah Negeri Seluruh Malaysia 1437H-2016

Berikut Adalah Kadar Bayaran Zakat Fitrah 1437H/2016 Setiap Negeri Di Malaysia
Kadar Zakat Fitrah 1437H/2016 bagi negeri Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Kelantan, Johor, Kedah dan Terengganu.

Negeri

Tahun 2015
(RM)
Tahun 2016
(RM)
Perlis6.507.00
Kedah7.007.00
Pulau Pinang7.007.00
Perak7.007.00
Selangor7.007.00
Negeri Sembilan6.506.50
Melaka6.706.70
Johor5.00/8.00**6.00/8.00**
Pahang7.007.00
Terengganu7.40/6.80/
4.60*
7.00*
Kelantan7.007.00
Sarawak6.507.00
Sabah7.007.00
(WP) Kuala Lumpur/
Putrajaya/Labuan
7.007.00

**Perbezaan kadar zakat fitrah pada negeri Johor adalah mengikut harga jenis/gred beras yang anda makan.
*Kadar harga zakat fitrah di negeri Terengganu pada tahun ini (2016) telah diselaraskan dengan satu kadar berbanding tiga kadar pada tahun lalu (2015) bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran

Zakat Fitrah

Zakat ini di fardukan pada tahun ke 2 hijrah iaitu tahun di fardukan puasa. Di fardukan ke atas setiap individu muslim lelaki atau perempuan yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Firman Allah Ta’ala : قَدْ أَفْلَحَ مَنْ تَزَكَّى
Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh). (Surah Al-A’la Ayat 14)
Zakat fitrah atau nama lainnya “zakat an-nafs” iaitu zakat badan maksudnya zakat untuk menyucikan jiwa dengan mengeluarkan makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan dengan kadar satu gantang Baghdad bersamaan 2.70kg beras atau senilai dengannya diberi kepada golongan tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

Syarat Wajib Zakat Fitrah
  1. Mempunyai lebihan makanan atau hartanya untuk diri & keluarga pada malam dan siang hari raya.
  2. Hidup pada akhir Ramadhan & awal Syawal.
  3. Anak yang lahir sebelum matahari terbenam pada akhir bulan Ramadhan dan hidup hingga selepasnya.
  4. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan
  5. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah
  1. Waktu Afdhal/Sunat  -  Sebelum Sembahyang Sunat Hari Raya
  2. Waktu Wajib  -  Selepas terbenam matahari malam Aidilfitri sehingga terbit matahari esoknya.
  3. Waktu Harus  -  Sejak Awal Ramadhan
  4. Waktu Makruh  -  Selepas Sembahyang Sunat Hari raya sehingga terbenam  matahari 1 Syawal
  5. Waktu Haram  -  Selepas terbenam matahari 1 Syawal

p/s: Jangan lupa tunaikan zakat fitrah diri sendiri dan tanggungan anda... Afdal dilakukan ditempat anda mencari rezeki. Bayar awal untuk elakkan terlupa atau kelam kabut disaat akhir.

Ditulis oleh :

8 comments - "Kadar Zakat Fitrah Negeri Seluruh Malaysia 1437H-2016"

Nao Mei delete icon 5:27 PG

Alhamdulillah tahun nie cik akak nak Bayar zakat awal sikit...

TERBAIK ..senang sikit nka buat rujukan ..

majoriti rm 7 ringgit. lebih kurang tahun lepas jugak

Kathy R'bain delete icon 11:17 PTG

perkongsian yang baik..tq BM..

Khir Khalid delete icon 12:24 PG

T kasih atas peringatan & maklumat ini BM. Semoga Allah senantiasa memberkati kehidupan kita semua... aamiin..

akak baru boleh akses blog ni...sblm ni asyik detect malware ja..

zakat membantu sesama

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap