Assalamualaikum... Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua Umat Muslimin dan Muslimat. Tidak kira dimana jua anda berada, semoga anda semua selamat, sihat, ceria, gembira dan bahagia disamping insan-insan tersayang dalam menyambut Aidilfitri yang mulia ini.

Salam Aidilfitri 1435H / 2014... Semoga kehadiran lebaran ini juga sebagai satu anugerah dan hadiah terindah buat kita setelah berusaha bersungguh-sungguh dalam mencari keredaan dan ganjaran di sepanjang bulan Ramadan. 

Raikan Aidilfitri ini dengan penuh rasa kesyukuran agar kita dipertemukan lagi dengan bulan Ramadan di tahun hadapan.

Salam Hari Raya Aidilfitri 1435H - 2014
Salam Aidilfitri 1435 ikhlas dari Relaks Minda

Dikesempatan ini juga...
Saya menyusun sepuluh jari memohon keampunan diatas segala salah dan silap. Semoga lebaran ini kita sambut dengan hati dan jiwa yang bersih serta penuh keinsafan.

Salam Hari Raya Aidilfitri 1435H - 2014
Salam Aidilfitri 1435H

Semoga 1 Syawal 1435H yang menjelma ini akan membawa sejuta rahmat dan kemenangan buat diri kita dan seluruh umat Islam...
InsyaAllah... Bersama kita berjuang! Teruskan berdoa!

Terima Kasih Bersama Relaks Minda
Salam Aidilfitri! Maaf Zahir dan Batin


Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________

18 comments - "Salam Hari Raya Aidilfitri 1435H - 2014"

Fiza Rahman delete icon 10:30 PG

Salam Aidilfitri juga buat BM & Family. Smoga lebaran ini disambut dengan penuh kegembiraan.

Anak katak makan ketupat ,
Makan ketupat sambil melompat ,
Hari raya sudah nak dekat ,
Minta ampun sebelum terlambat .

Yana Yani delete icon 11:31 PG

selamat hari raya buat BM sekeluarga
saya juga memohon ampun dan maaf di atas sebarang keterlanjuran
kira kosong kosong la ni ye =)

Shahrul Yusof delete icon 12:26 PTG

Selamat Hari Raya Aidilfitri BM. Maaf Zahir dan Batin

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat BM sekeluarga, maaf zahir & batin atas segala kekhilafan sepanjang persahabatan ini. Semoga bersama semua beroleh keberkatan.... aamiin
Salam ceria Aidilfitri ikhlas dari saya... raya yeah... raya.. :D :D

KamilSalleh delete icon 9:45 PTG

Anak katak dimakan buaya,
Sudah makan cabut lari,
Salam kemaafan antara kita,
Selamat hari raya Aidilfitri.

Bunda_nora delete icon 1:55 PG

SALAM AIDILFITRI untuk anakanda BM sekeluarga...Terima kasih banyak kerana masih sudi dan tidak jemu menjengah ke TERATAK BUNDA yang tak seberapa ini...

mrhanafi delete icon 6:33 PG

Kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya adilfitri ..jika ada salah dan terlanjur kata..minta dimaafkan..semoga ikatan ukhuwah kita sebagai rakan blogger kekal berpanjangan..

Entri terbaru saya dalam Blog Hero Borneo

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri BM dan keluarga. Maaf, lewat kini jarang singgah. Saya dengan rendah hati memohon ampun dan maaf, zahir dan batin sekiranya sepanjang persahabatan kita melalui blog ini membuatkan BM terasa hati dan kata-kata mengguris hati, menyindir atau dalam apa juga perkataan.

Anasyg delete icon 10:44 PTG

Salam, Selamat Hari Raya Aidilfirti Maaf Zahir dan Batin utk tuan blog ni, first time masuk sini. :) berhati2 di jalan raya, *nak duit raya. hehe, jemput ke blog raya nnt ye. :)

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin BM...

cik neto delete icon 4:12 PTG

selamat hari raya :)

ZaridaIshak delete icon 10:35 PG

selamat hari raya. semoga aidilfitri tahun ini yang terbaik.

Tanpa Nama delete icon 8:23 PTG

selamat beraya BM..

titan delete icon 8:33 PTG

selamat hari raya. moh beraya ke banting. hoho

zawiah delete icon 6:25 PTG

Selamat menyambut syawal ...

OKje delete icon 11:50 PG

Selamat Hari Raya maaf zahir batin BM...... mana gambar Hari Raya ?

Salam Syawal BM.. masih suasana raya kan: :D

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap