Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kehangatan dan kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri kian terasa. Hanya tinggal 3 hari (termasuk hari ini) sahaja lagi Syawal menjelang tiba. Mungkin ada diantara anda yang sudah selamat sampai kekampung dikala ini namun masih ramai lagi yang bekerja dan mungkin akan memulakan perjalanan pada hari ini, esok atau lusa. 

Selamat Pergi Dan Selamat Kembali

Menanti detik untuk pulang kekampung terasa sungguh menyiksakan. Masa bagaikan lambat berlalu. Kerja dan tugasan kini bagaikan sudah tidak diberi tumpuan sepenuhnya kerana dalam fikiran hanya teringatkan kampung halaman dan terbayangkan wajah ibu bapa serta sanak saudara... "Tak sabarnya nak balik kampung!"

Seperti biasa, ingatan dan doa buat anda semua agar selamat sampai pulang kekampung dan selamat juga kembali balik semula kerumah. Berhati-hati semasa memandu dan patuhilah segala peraturan jalanraya. Di kala ini semua orang diuji dengan kesabaran tahap tertinggi dimana jalan-jalan sentiasa penuh sesak dengan kenderaan. Sikap bertimbang rasa dan bertolak ansur amat penting dalam memastikan keselamatan dan kelancaran lalu lintas.

Jangan ikutkan perasaan dan kawallah sikap anda kerana kita tidak tahu mungkin aksi anda akan menjadi rakaman dan dipertontonkan pula.


Selamat pulang ke kampung dan semoga bahagia bersama insan-insan tersayang... Selamat pergi dan selamat kembali. Hari Raya disambut dengan kegembiraan...bukannya dengan tangisan kesedihan...


Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________

9 comments - "Selamat Pergi Dan Selamat Kembali"

Unknown delete icon 9:55 PG

selamat pergi dan selamat kembali..
insyaAllah, sy akan balik ke kampung halaman tercinta malam ini di Perak..
selamat hari raya :D

paridah delete icon 9:57 PG

Salam idulfitri BM maaf zahir batin, kesilapan mmg kdg xdisedari berlaku dlm keterujaan melontar komen...arini kak n famili akan pulang beraya ke kampung halaman yg ditinggalkan sementara...

sitirohaida delete icon 10:07 PG

salam lebaran BM,mohon maaf andai terkasar bahasa penulisan sepanjang berblog nie..Selamat pulang kekampung ye...

Yana Yani delete icon 11:32 PG

rasa nak menangis la pula dengar lagu tu...
anyway once again, selamat hari raya =)

Sis Vee delete icon 12:32 PTG

selamat menyambut lebaran . mohon maaf zahir dan batin sekiranya ada komen - komen saya yang mengguris rasa . semoga berbahagia bersama keluarga tercinta di syawal yang mulia .

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat BM sekeluarga, maaf zahir & batin.
Salam ceria Aidilfitri ikhlas dari saya... :)

PCL delete icon 8:01 PG

Salam lebaran juga buat BM sekeluarga...semoga selamat perjalanan yg dirancangkan.

Salam lebaran. Minal Aidin Wal Faizin buat saudara BM dan seisi keluarga.

Tanpa Nama delete icon 8:25 PTG

seronok balik kampung..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap