Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam banyak-banyak iklan raya tahun ini, Iklan Hari Raya Proton 2014 - Proton Sepanjang Raya ini benar-benar mengimbau kenangan dalam diri ini. Kini ianya telah disuntik dengan idea baru namun Irama dan Suara penyanyi Jamal Abdillah dan Raja Ema yang menghiasi Iklan Hari Raya Proton pada penghujung tahun 80an amat nostalgia sekali. 

Lagu Raya yang menjadi siulan dan menggambarkan kemeriahan hari raya bersama Proton (dulu ianya adalah iklan hari raya EON) amat popular sekali pada masa itu.

Iklan Raya Proton 2014

Menyingkap kembali saat itu, Syarikat Proton cukup gah sebagai pengeluar kereta pertama dan terulung negara serta menjadi pilihan ramai. Menaiki dan memiliki sebuah kereta pertama negara iaitu Proton Saga adalah menjadi idaman dan kebanggaan setiap orang. Melihat Proton Saga menyusuri jalan-jalan raya, ianya pasti mengundang tarikan terutama kami yang tinggal jauh di perkampungan. Maklum sajalah... 

Tatkala hari raya, sudah pasti siapa sahaja yang membawa pulang beraya dengan menaiki kereta Proton Saga ini akan mendapat perhatian dan menjadi buah mulut penduduk kampung. Ada juga yang terus berkenan untuk dibuat menantu...haha! Itulah kenangan yang sangat manis jika dikenang kembali saat permulaan dan kegemilangan Proton sebagai pengeluar kereta pertama dan terulung negara. 

Oleh itu apabila Proton memberi nafas semula keatas Iklan Hari Raya Proton tahun 80an ini, ianya bagai mengundang nostalgia dan membuatkan aku tersenyum sendiri. (klik and play video dibawah ini). 

Iklan Raya Proton 2014 - Proton Sepanjang Raya

Melihat generasi demi generasi negara membesar dengan model-model Proton yang pertama hingga terkini... memang tidak dinafikan, Proton sudah menjadi satu ikatan yang amat sebati dalam kehidupan kita.

Di penghujung iklan raya Proton 2014 ini ditunjukkan satu imej yang pasti menarik minat orang ramai untuk mengetahui apakah model terbaru Proton yang bakal muncul! Ianya hanya ditunjukkan lampu hadapan yang sungguh menawan sekali rekaannya.

Iklan Raya Proton 2014
Teaser dipenghujung Iklan Raya Proton 2014

Mungkinkah ianya model Proton GSC (Global Small Car) @ P2-30A yang sedang dalam peringkat terakhir proses R&D dan dijangka dilancarkan pada penghujung tahun ini? Adakah model baru ini akan menaikkan semula kegemilangan jenama Proton sebagai pengeluar kereta terulung negara...? Sama-sama kita nantikannya.


Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________

22 comments - "Iklan Raya Proton 2014 - Nostalgiaku Bersama Proton"

paridah delete icon 4:31 PG

SALAM PAGI RAMADAN...LAGU RAYA EON NI MEMANG NOSTALGIK N SANGAT BERMAKNA MENYERI SUASANA HARI RAYA SUATU KETIKA DULU...

best...suka

Assalammualaikum... BM,

Iklan raya kali nie agak meriah ... best pulak dan ramai artis yang terlibat...

mselim3

Nao Mei delete icon 9:23 PG

Paling cik akak suka waktu bebudak dulu bila iklan hippo balik beraya..lucu
Kesian pun ada juga..mana tak nya..hahaha...kapal terbang tak nak angkut.
Apatah lagi bus...

P/s : tak sangka kunjungan cik akak diblog ini dinanti2. Terharu...sob sob seh
Maafbye uncleku yang budiman..bukan niat tidak mahu berjunjung.
Asal malam je mengantuk...hihi..

yana yani delete icon 10:02 PG

saya ingat lagi tu
bila dengar terus boleh nanyi sama
hehe...sonok zaman tu

Zumal masa tu belum masuk sekolah lagi... Tapi iklan tu masih kekal dalam ingatan. ^_^

Fida Z Ein delete icon 10:14 PG

Memang nostalgia betu....siap boleh hafal lagi lagu tu...

Kakzakie delete icon 10:23 PG

Dari semua kenderaan di rumah kakak 2 darinya juga keluaran proton. Kakak dgn abang gunakannya utk pergi-balik kerja. Cuma kalau jenjalan jauh atau balik kampung kami jarang gunakan.. Nampak cantik jugalah lampu proton yg akan dtg. Mana tahu terpikat kakak pun nak belilah hihi...

Selamat Hari Raya & mohon maaf dari kakak sepanjang kita mengenali di alam maya ini..

Nao Mei delete icon 10:53 PG

satu entri khas buatmu uncle

http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2014/07/bila-komen-cik-akak-dinanti-nantikan.html

alamak..tak ingat la yang mana...hehehe..nak kena carik nie...
selamat menyambut hari raya yang bakal tiba ye BM,mohon maaf sekiranya ada salah dan silap..

nostalgia lagu ni..best..

Kehadiran semua sahabat memang dinanti... :)
Tambah2 pula cik akak yg sungguh bijak bermadah dan berceloteh... dirindui selalu!

ye..dulu selalu nyanyi...ucapan selamat hari raya,dari eon untuk semua..

Bahrain delete icon 3:12 PTG

Boleh dikatakan iklan raya proton yang terbaik. ;)

titan delete icon 10:21 PTG

salah satu iklan lagenda nih. haha

saya suka

Yes! Part yg paling diingati dan selalu dinyanyikan... hahah!

Salam Aidil Fitri..Maaf zahir & batin.

Fiza Rahman delete icon 10:32 PG

Saya masih ingat iklan proton ni. Lirik pon masih hafal. 1st time tgk iklan proton yg baru ni semalam ☺

Sis Vee delete icon 12:38 PTG

sampai sekarang masih terngiang - ngiang kat telinga suara jamal abdillah ...

Salam BM , ..lagu raya nostagia

hehehehe..best lagu ni..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap