Prestasi Blog Jun 2014
Jun 2014 yang jambu
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bulan Jun 2014 telah berlalu pergi. Meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan pahit manis yang menjadi pengajaran buat pedoman dimasa kini dan hadapan. Cepat sungguh masa berlalu, sudah setengah tahun 2014 kita tempuhi. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih dapat bernafas dan hidup di dunia ini.

Blog Relaks Minda juga masih dapat lagi aktif walaupun sebelum ini beberapa hari juga tidak dapat menerbitkan entri. Jika anda perasan, saya sudah terlalu kurang untuk blogwalking. Maafkan saya kerana kurangnya komitmen untuk menjejak semula sahabat-sahabat yang amat saya hargai.

Sejak pertengahan Jun ini pelbagai masalah dan kesibukan melanda. Untuk menerbitkan entri pun terlalu sukar namun disebabkan tidak mahu blog ini terus terkubur... digagahkan juga. Terus terang saya katakan, saya mengambil masa yang lama untuk mengarang sesebuah entri maka masa adalah musuh utama dikala ini. Segalanya bagaikan tidak memihak kepada saya untuk aktif seperti dahulu... namun saya cuba juga memberikan yang termampu. 

Jujur saya katakan, saya amat berterima kasih dan menghargai kepada sahabat-sahabat dan tetamu yang masih juga sudi singgah dan memberikan komen pada setiap entri. Terharu dan amat-amat berterima kasih diatas sokongan anda semua dan kerana itulah saya gagahkan juga untuk mencuri masa mengarang entri.

Jun 2014 Yang Terbaik

Jun 2014 mencatat satu lagi sejarah baru buat Blog Relaks Minda. Walaupun hanya 29 entri dapat diterbitkan tetapi jumlah mengunjung telah meningkat. Ini berikutan beberapa artikel yang sememangnya saya target untuk meningkatkan trafik namun beberapa artikel yang tidak dijangkakan juga telah menyumbang trafik yang amat baik.

Bulan Jun 2014, jumlah pengunjung dan pageviews telah mencatat catatan tertinggi dalam sejarah Blog ini. Data yang dipaparkan dibawah ini semuanya dari Google Analytic menunjukkan akan satu jumlah yang tidak pernah terbayang yang ianya akan dapat dikecapi. Pageviews melebihi setengah juta dalam sebulan! Terima kasih semua sahabat dan tetamu Relaks Minda...

prestasi blog Relaks Minda - Jun 2014

prestasi blog Relaks Minda - Jun 2014
29 Jun 2014 merupakan hari dimana jumlah tertinggi pageviews dalam sehari telah dicatatkan iaitu sebanyak 55,030 pageviews. Hanya kurang sedikit dari rekod yang pernah dicatat pada bulan April 2014.

prestasi blog Relaks Minda - Jun 2014
Pada 29 Jun 2014, hari pertama kita semua berpuasa dan pada hari itu juga rekod pageviews tertinggi dalam sejam telah dicatatkan iaitu sebanyak 9,782 pageviews dicatatkan dari pukul 6.00pm hingga 7.00pm. (seminit = purata 163 pageviews) Pasti anda dapat agak apakah entri yang menjadi carian tertinggi pada ketika itu.

prestasi blog Relaks Minda - Jun 2014
Inilah Top 10 entri yang menyumbangkan trafik tertinggi buat blog Relaks Minda dalam bulan Jun 2014. Namun entri-entri yang lain juga sebenarnya cukup baik dimana kebanyakan artikel melebihi 1K pageviews. 

Sebagai contoh : Entri WW - Bila Ulat Naik Daun mencatat lebih dari 9K pageviews. Selain dari itu entri kreativiti dan kitar semula masih menyumbangkan trafik yang baik dan berterusan.

prestasi blog Relaks Minda - Jun 2014
Pengunjung utama dan tertinggi blog ini masih lagi datangnya dari organic search iaitu dari enjin carian. Beberapa entri yang saya target untuk mencatat pageviews tinggi berjaya berada dimuka hadapan enjin carian telah meningkatkan jumlah trafik blog ini dengan baik sekali.

prestasi blog Relaks Minda - Jun 2014
Sejak dari Bulan Mei 2014, Blog ini telah mencatatkan pengunjung terbanyak melalui mobile dan tablet. Kini peratusannya semakin membesar mengatasi pengguna komputer desktop/laptop. Amat jelas sekali teknologi masa kini telah merubah cara dan alatan dalam melayari internet.

prestasi blog Relaks Minda - Jun 2014
Operating system yang digunakan untuk melayari internet juga sudah tidak lagi dikuasai oleh Windows. Dunia tanpa sempadan ini telah dikuasai oleh system Android yang digunakan meluas dalam mobile dan tablet. Pilihan saya untuk bertukar kepada responsive template nampaknya amat bertepatan sekali.

prestasi blog Relaks Minda - Jun 2014
Tidak kira dari mana pun anda datang, kehadiran anda ke blog Relaks Minda amat-amat dihargai. Semoga ianya dapat memuaskan hati dan memenuhi segala kehendak anda. Jutaan Terima Kasih...

Alexa traffic rank
Pada penghujung Mei hingga ke pertengahan Jun 2014, Blog ini dapat berada di Ranking Alexa dibawah 500 MY. Namun sejak beberapa hari tidak dapat menerbitkan entri dan kurangnya blogwalking, ianya berterusan jatuh merudum

Ranking Alexa terlalu rapuh... ia memerlukan kualiti, komitmen dan kosistensi untuk mengekalkan dan meningkat ranking anda. Sukar rasanya untuk kembali keparas dahulu kerana kini, masa dan komitmen blogging kian terbatas.

pengomen terbanyak
Walaupun saya kian kurang untuk dapat aktif blogwalking namun sahabat-sahabat ini adalah terbaik! Anda adalah top 20 pengomen atau sahabat paling mesra blog Relak Minda untuk Bulan Jun 2014. Sungguh terharu dengan sokongan anda semua dan jutaan terima kasih. Kepada yang tidak tersenarai juga tetap saya hargainya! 

Seperti yang telah dijanjikan dan sebagai penghargaan... Anda semua akan berada dalam Bloglist Sahabat sepanjang bulan Julai ini.

Jun Ditinggalkan, Julai Ditempuhi 

Jun 2014 sudah berlalu. Walaupun memberi impak positif terhadap prestasi blog namun ia sebenarnya tidak menggambarkan situasi sebenar blog ini yang semakin merudum dan suram. InsyaAllah...saya hanya mampu memberikan sekadar termampu.

Sokongan dari sahabat dan tetamu adalah sumber semangat dan kekuatan namun sedikit terkilan kerana tidak dapat memberi balasan seaktif dahulu lagi. Sesekali akan cuba juga mencuri masa menjengah anda semua... InsyaAllah. Jangan pula berkecil hati... Tanpa anda, sudah lama saya tinggalkan blog ini...

Julai sudah bermula, begitu juga dengan bulan Ramadhan. Satu lagi lembaran baru bakal kita tempuhi. Bagaimana prestasi blog ini? Hanya tunggu dan lihat... Pencapaian Bulan Jun 2014 kini telah tersimpan rapi dalam lipatan sejarah. Terima kasih semua untuk Bulan Jun Yang Jambu... :)


Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________

23 comments - "Terima Kasih Untuk Bulan Jun Yang Jambu..."

tahniah diucapkan BM, semoga terus berusaha untuk meningkatkan lagi prestasi yer... *_^... semakin menguasai SEO melalui permerhatian semasa... ^_^ salam ramadhan...

tahniah BM :)

Tahniah BM. Moga terus menerbitkan entri yang berkualiti. Maaf, saya juga sudah kurang BW.

sitirohaida delete icon 12:01 PTG

tahniah BM,moga terus success ye...

ZaridaIshak delete icon 12:02 PTG

tahniah sekali lagi... rasanya dah tinggal komen tadi... tak perasan pula :P

Sheila Salim delete icon 12:08 PTG

Assalamualaikum BM, alhamdullilah.. keep it up bro~~~

Tanpa Nama delete icon 12:18 PTG

tahniah

Bila blog punya N3 yg berkualiti tak mustahil ramai yg suka menjejakinya BM
Selamat berpuasa..

ANIM delete icon 12:35 PTG

dalam tak sempat update entry..pageviews masih mencanak naik...
kak tengah nak belajarlah ni camna gaya ikut jejak BM..
tahniah

selamat maju jaya

jie susanos delete icon 1:13 PTG

tahniah bm..walaupun xdpt aktif mana tapi jumlah pageview ttp meningkat..

Tahniah..moga terus berjaya BM..

Tahniah BM ..semoga terus maju dan maju lagi ..Blog Akak kalau tinggi camtu PV raser2 akak ni dah lama melompat2 hahaha ..Tahniah utk pengomen tegar jugak

paridah delete icon 4:07 PTG

blog yg membanggakan pencapaiannya...tahniah BM.

tak mengapalah RM..utamakan yg penting dulu..

Khir Khalid delete icon 6:56 PTG

Alhamdulillah.. Tahniah BM.. semoga terus sukses & tercapai segala matlamat... aamiin.. :)

Unknown delete icon 9:47 PTG

Woww... hebatt... tahniah BM...! rank bawah seribu tu... ! semoga lebih sukses dimasa hadapan...

tahniah BM, sy bangga menjadi antara pembaca dan pengunjung blog anda:)

Bunda_nora delete icon 8:57 PG

Tahniah BM... semoga July bertambah2 jambu... hehe

Tanpa Nama delete icon 11:18 PTG

tahniah buat semua..

Unknown delete icon 4:00 PTG

tahniah ... semuanya memberangsangkan utk blog . selamat menjalani ibadah puasa .

Fiza Rahman delete icon 11:49 PG

Tahniah ☺

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap