بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Pasti semua orang mahu membeli sebuah kereta secara tunai tanpa berhutang. Bila berhutang kita seringkali terbeban apabila terpaksa memberi komitmen untuk membayar setiap bulan. Setiap tahun pula kena sediakan wang ekstra untuk memperbaharui insuran dan cukai jalan. Itu belum lagi jika berlaku pula perkara-perkara yang tidak dijangka mendesakkan kita untuk menggunkan wang lebih dari yang sepatutnya.

Cara Beli Kereta Secara Tunai
Kereta - kini menjadi satu keperluan
Akibat bayaran tertunggak, akhirnya kereta akan ditarik. Kita sentiasa dalam keadaan yang tertekan disebabkan oleh komitmen ini. Pihak bank tidak akan bertolak ansur, mereka bukanlah sahabat yang boleh bertimbang rasa dalam hal sebegini.

Tapi itulah yang terpaksa kita hadapi. Tanpa berhutang kita tak dapat memiliki sebuah kereta yang sekarang ini sudah menjadi satu alat keperluan kepada setiap orang. 

Kini ada tips untuk anda membeli kereta secara tunai. Namun ianya bukanlah sesuatu yang mampu dilakukan oleh semua orang kerana ianya memerlukan sedikit pengorbanan, kesabaran dan terpaksa memendam perasan. Namun hakikatnya anda akan bebas dari segala tekanan dan bebanan hutang.

Mungkin ramai yang sudah tahu, namun sebagai satu ilmu yang bermanfaat wajar saya kongsikan disini untuk mereka yang memerlukan terutama anak-anak muda yang baru melangkah kealam pekerjaan. Cara berikut amat menarik dan munasabah sekali untuk dipraktikkan. 

Tips Dapat Beli Kereta Secara Tunai

  • Keperluan : Perlu kereta untuk kerja
  • Batasan : Nak kumpul duit cukup sampai tua tak beli kereta
  • Solusi biasa : Pinjam Bank
  • Harga Kereta : RM40,000 - D/P RM4000 - bulanan RM438.33 Interest : 3.5% Tempoh : 9 Tahun
  • Keuntungan Bank : RM11,339.64 (lebih tinggi jika buat ZERO d/p dan ini tidak termasuk jika selalu kena penalti bayaran lewat)
  • Documentation Pembelian : RM4000 (Bank, Agreement, Insurance, JPJ yang semua ini biasa car dealer tak benarkan kita buat sendiri kecuali menggunakan runner mereka dengan rate yang telah mereka tetapkan...kita sain jer, lepas tu kita juga kena bayar bulan-bulan).
  • Jumlah EXTRA yang perlu dibayar kerana buat loan : RM25,339.64

Biasanya kita nak buat begini :
  • Harga kereta : RM40,000 (RM38,000 - biasa boleh nego kalau tunai)
  • Bayaran : RM38,000
  • Untung bank : ZERO

Masalah biasanya puka ialah susah orang nak tunggu kerana kereta sangat perlu untuk pergi dan balik kerja. Mari saya cadangkan satu cara yang pernah berjaya dibuat oleh mereka yang pernah datang meminta nasihat sebelum ini (kita panggil beliau "Najib" - fresh graduate yang bekerja dengan swasta).

Anda target untuk memiliki sebuah Perodua Myvii berharga RM40,000 atau yang setaranya :
  • Misi : Kumpul duit RM40,000
  • Tapi : Perlu kereta segera

Cara Beli Kereta Secara Tunai

Kumpul RM4,000 dan mula dari situ. Dengan RM4000 itu boleh bayar downpayment HUTANG kereta baru ATAU dengan RM4000 itu boleh dapatkan sebuah Perodua Kelisa / Kancil yang berusia lebih 12 tahun. Masa ini biasanya bank sudah tak bagi finance kereta seumur itu dan harganya akan drop serendah-rendahnya kerana sasaran hanya kepada pembeli tunai. RM4000 boleh dapatkan sebuah kereta Kancil yang sangat mungkin kosmetiknya kurang tapi kerosakannya mungkin kurang.

Najib pilih ikuti nasihat untuk beli sebuah Perodua Kancil EX660 yang masih berkeadaan baik dengan harga RM3500 (Sebenarnya Proton Wira pun boleh dapat harga begitu...cuba cari di Mudah.My dan pastikan kita tak silap pilih kereta bermasalah). Pilih model yang spare-part dan repair murah dan kalau lebih baik dapatkan kereta yang dalam kondisi terjaga. 

Sekarang, untuk tujuan pergi dan bali kerja sudah tercapai. Yang tak tercapai ialah tiap-tiap raya tak boleh nak eksyen dengan bekas gelfren kononnya nak tunjukkan "achievement". Tahap ni, kena sabar sikit kerana kawan-kawan sebaya termasuk junior sekolah pun dah mula tayang Honda City mereka (hutang) bayar tempoh maksimum.

Cara Beli Kereta Secara Tunai

TETAPI walaupun tiada komitmen bulanan, Najib dinasihatkan untuk membuat tabungan sebanyak RM450 sebulan di dalam pelaburan koperasi yang menguntungkan. Kalau beli kereta barupun, RM450 juga akan bayar bulan-bulan...anggaplah macam beli kereta dengan loan cuma RM450 kita laburkan bukan bayarkan loan. 

Dalam kes ini, Najib saya sarankan untuk melabur dalam KPF (Koperasi Permodalan Felda) kerana beliau juga anak Peneroka. Untuk pengetahuan, KPF bayar dividen sangat tinggi juga (selain itu dengarnya Koperasi Angkatan Tentera juga tinggi pulangannya). Jika tidak, paling teruk pun boleh masukkan dalam ASB atau Tabung Haji dengan kadar dividen yang "not bad" lah...jangan simpan dalam akaun simpanan yang ada ATM dan kemudian susah nak disiplinkan diri bila Sarcasteek keluarkan design-design baru...gatal jer nak gi shopping. 

Boleh juga cari prospek pelaburan lain yang mungkin lebih baik seperti emas, unit amanah, bon dan lain-lain, cuba intai-intai perunding kewangan yang terbukti rekodnya (saya cadangkan perunding dari The Millionaire Sister Group)

RM450 x 89 bulan = RM40,050
Apabila disekalikan dengan dividen pelaburan, tempoh 89 bulan itu boleh dikurangkan sehingga 70 bulan ataupun pada tempoh yang sama boleh dapat sampai RM55k-60k

Untuk kes Najib, beliau dapat disiplinkan diri untuk menyimpan RM450 dan dilabur dalam prospek pelaburan yang cerdik. Bulan ke 70 sahaja, beliau dah ada RM40k (kira-kira 5 tahun lebih). Mari kita mula kira :
  • Dalam simpanan : RM40,000
  • Harga Perodua Kancil lama : RM2000
  • Tempoh tahan sabar kerana tak macho : 70 bulan

Ok, asalnya beliau nak beli sebuah kereta MyVii baru RM40k kan? Tapi selepas beliau dah ada kuasa tunai, beliau dapat beli sebuah Honda CRV terpakai yang masih dalam kondisi "Nora Danish" (cun) dan mempunyai maintenance yang rendah serta trade-in value yang tinggi dengan apa yang beliau ada. Disebabkan pembelian secara tunai, sebuah kereta Honda CRV dengan harga buka RM55k boleh tawar sampai harga RM45,000.

Sekarang, Najib sedang mencarum semula dalam dana keretanya sebanyak RM600 sebulan. Dalam tempoh 7 tahun akan datang, Najib boleh memiliki sebuah Mercedes S320 terpakai dengan harga RM100k (harga beli baru RM800k). Ada cara lebih baik jika masih sabar, beli sahaja kereta pada nilaian RM20-30k dan selebihnya teruskan mencarum untuk pelaburan dan lebarkan prospek pelaburan yang ada. Macam orang tanam pokok yang dah berbuah, nak ambil buah jangan tebang pokok tu, trim sikit sudahlah...and let the money work for you.

Cara Beli Kereta Secara Tunai

Kita tak perlu jadi penganalisis ekonomi untuk jadikan kita bijak. Kita cuma perlu BERPUASA sedikit. 7 tahun sahaja orang rasa tak cool bawa kereta cabuk. Lepas 7 tahun...kawan yang pakai Hondai City tu masih terkial-kial bayar bulanan. Awak dah bawa kereta lebih tinggi statusnya secara TUNAI.

Boleh cuba sekarang. Saya tahu kerana saya pernah jadi orang bodoh yang rakus mahukan impresi orang dengan kereta baru yang HUTANG dan dari situ saya belajar...untuk BERPUASA dan beli kereta bukan untuk tayang pada orang lalu saya mampu bebas dari hutang kereta. Saya juga pernah berkata, kenapalah aku bodoh sangat kerana tidak tahu perkara ini dari zaman muda dahulu lagi.

Jaguar S-Type (muka jongos) pada zaman kegemilangannya pada tahun 2001 dahulu berharga sekitar RM800k dan hanya RM50k pada hari ini. Orang tetap lihat...itu ialah Jaguar. Bawa Jaguar baru RM800k dan Jaguar terpakai RM50k jenamanya tetap sama. Pak Bilal yang taknak kahwinkan anaknya kepada kamu kerana kamu pakai Kancil 660 pun tak tahu beza harga Jaguar baru dan 2nd hand pun.

Cara Beli Kereta Secara Tunai

Beli kereta untuk keperluan... jangan bayar lebih untuk puaskan hati sendiri dengan sakitkan mata dan hati orang lain yang melihat. Lagi satu, orang kata kalau beli kereta tunai nanti income tax cari... jangan takut pasal perkara ini jika anda bukan jenis orang lari dari cukai. Cukai hanya kutip berdasarkan pendapatan kita dan bukan kerana kita beli kereta tunai.

Sekian tips kewangan dari kisah sendiri. Ini SEKADAR TIPS dari saya dan saya pasti ada ribuan tips lain yang lebih baik. ALASAN TETAP ADA UNTUK TIDAK MELAKUKANNYA DAN ITU SEMUA PILIHAN ANDA. Tidak ada paksaan dan satu statement mengatakan apa yang saya tips kan ini satu ketetapan negara...maka, tak perlu beri alasan sangat kepada saya. Saya tak perlu pun dengar alasan untuk mengubah apa yang telah berjaya dilakukan (past-tense dah)

Selamat mencuba. Sila share supaya anda dibenci oleh bank-bank. Takpe biar bank benci anda tak mengapa, jika kereta anda rosak...bukan bank datang tolong pun.

SAIFUL NANG
Street Learner
kenali Saiful Nang melalui FB Page beliau : Facebook Page : Saiful Nang

Nikmat Sementara Atau Kesenangan Berpanjangan...

Kereta hanyalah keperluan untuk kemudahan. Namun kita tidak dapat lari dari kehendak (nafsu) untuk memiliki kereta yang cantik, mewah, bergaya dan berprestasi. Ianya boleh anda miliki tapi bukanlah dengan membebankan diri dengan berhutang. 

Setiap usaha dengan kesabaran perlukan sedikit masa untuk mendapatkan hasilnya. Apa yang lebih penting disini adalah hati anda akan senang dan anda mampu mendapatkan apa yang anda idamkan secara tunai tanpa perlu berhutang yang sebenarnya hanya membebankan dan menambah keuntungan kepada pihak bank. 

Cara Beli Kereta Secara Tunai

Terpulanglah kepada diri sendiri... Fikirkanlah yang terbaik untuk kesenangan jangka masa panjang dan bukannya kenikmatan sementara. Pilihan terbaik... belilah kereta anda secara tunai...


Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________

30 comments - "Tips Beli Kereta Secara Tunai"

HAMIDIsP delete icon 10:24 PG

Sangat benar. Seperti kata sibijak pandai, 'Saya lebih menyesal tidak pernah melangkah dan tidak prnh gagal daripada melangkah, mencuba dan gagal'.

good sharing!

sitirohaida delete icon 10:56 PG

simpanan selalu keluar masuk..belum pernah lagi asyik masuk tak pernah keluar2...nak mendisiplinkan diri dalam tabungan..kereta memang keperluan sesangat..nak beli cash...memang tak mampu..

mselim3 delete icon 11:31 PG

Assalammualaikum...BM,

thanks sesangat tips nie.. suka sangat. Insaallah mselim3 cuba displin mengumpul duit ...

mselim3

Unknown delete icon 11:45 PG

Wah tips yang menarik...
Hendak bersampan perlu ada kemudinya.

Unknown delete icon 3:41 PTG

beli kereta untuk keperluan
bukan tujuan lain :)

jaket kulit delete icon 3:56 PTG

salam hangat dari kami ijin informasinya gan, dari kami pengrajin jaket kulit

paridah delete icon 4:02 PTG

bagus tips yg diberi nilai kemampuan diri n keperluan miliki kereta...

Setuju dengan tips yang diberikan. Masalah yang kita sering hadapi dalam pembelian kereta adalah tunduk dengan tuntutan nafsu yang inginkan kemewahan segera.

Nurul delete icon 5:14 PTG

Tips yang bagus... tapi tulaa x mampu nak disiplinkan diri tuk simpan tanpa keluarkan... :)

Hero Borneo delete icon 6:26 PTG

bab yang berpuasa itu payah..sabar dan sabar lawan nafsu yang membuak-buak nak memiliki sesuatu..

Abam Kie delete icon 9:44 PTG

sy terpaksa buat loan utk umah n kereta..yg lain tu sempatlah byr cash spt motor n hp..

Pha Is delete icon 11:33 PTG

pernah terbaca sebelum ni.. insyaAllah, dah keje nnti boleh try buat.. hehe

Bagi sesetengah org kereta ni mcm baju.. bermain dgn pinjaman & bertukar2 kereta sbb dah alang2 pinjam. Tp utk jangka panjang ianya merugikan... hanya utk kepuasan yg sementara shj. Kereta pun skrng bnyk yg murah terutamanya kereta yg terpakai & klu dah habis loan tu pakai je lah hehee.. Paling penting ialah loan rumah sbb ianya pelaburan jangka panjang kan.. mmg kena pandai mengendalikan kefahaman tersebut utk kebaikan. Perkongsian ini mmg bermanfaat utk kita semua renungkan.. t kasih atas perkongsian BM.. :)

pertama kali baca... seperti pernah dilihat dan dibaca di mana-mana... dan sangkaan saya itu benar. Olahan dan perkongsian pintar dari saudara BM buat panduan semua. Terima kasih.
saya juga berharap dapat membeli kereta secara tunai. Inshaa Allah.

Saya baca jugak tips dari Saiful Nang ni. ingat nak mula tahun depan

OKje delete icon 11:50 PG

Dahsyat hippo zaman ni hehe.....dah boleh jadi Perunding jual beli kereta tanpa hutang hehe..... maaf zahir batin....
Anak teruna sekarang mana ada nak pakai keta lama BM....malu dengan kengkawan katanya....mereka sure nak cari yg sporty....biar papa janji bergaya katanya...

jaket kulit delete icon 2:04 PTG

salam hangat dari kami ijin informasinya gan, dari kami pengrajin jakert kulit

Dunia Zumal delete icon 5:16 PTG

Motor pun zumal hutang... Agaknya bila nak dapat beli kereta...

encikarman delete icon 6:39 PTG

lambat nak stylo le kalau cam nih, nanti takde awek bro..

Bunda_nora delete icon 10:19 PG

Betul tu...good sharing...semoga mereka yang baru bekerja atau yang inginkan kenderaan sendiri dapat bersabar dulu...naik kenderaan awam.. atau tumpang kawan...biar bersusah2 dulu..

Fiza Rahman delete icon 2:18 PTG

Thanks for sharing BM. Good tips.

Yana Yani delete icon 3:08 PTG

bagus punya perincian ni
memang sebenarnya apa sahaja kita beli secara tunai
memang berbaloi sangat
tak ada terikat dengan bank

kalau beli kereta pinjam bank, memang kena terikat sembilan tahun
naya nak membayar

Hafizul delete icon 10:58 PTG

Betul tu bro..sampai ke tua lah belum mampu simpan duit untuk beli sebuah kereta..hahaha..Dalam mudah memang banyak..nak lagi baik, kena ajak member yang pandai dalam bab kereta..baru tak menyesal kemudian hari..

Tanpa Nama delete icon 11:09 PTG

yer..sama jugak nak beli rumah..elok berurusan dua pihak jer,tak payah guna pihak lain..contohnya pihak bank..

Tanpa Nama delete icon 2:26 PG

@-)

shah delete icon 10:09 PG

menarik lah info ni.. tq

Tanpa Nama delete icon 6:30 PTG

salam ade sesiapa berminat nak beli wira se 2007 x...kalo ade whatapp 0194000324.thnks.

Tanpa Nama delete icon 1:24 PG

orang kat malaysia ni patut beli kereta yang baru dan murah saja sbb kerajaan cekik rakyat melalui cukai yang amat tinggi.kalau kita beli kereta mahal maka banyaklah duit cukai yang masyuk.pakai perodua axia std e pun dah cukup sebab ia murah dan nak byr bulanan pun tak sakit kepala.insuran dan cukai jalan pun tak banyak sangat.bolehla nak simpan duit sikit2.kalau nak jalan jauh elok sewa saja kereta lain yang lebih besar dan selesa.

raayeop delete icon 12:59 PG

Nanti nak cari tayar lain kali, cuba website https://mytayar.com

Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang, Johor Bharu, Ipoh, Seremban dan Pulau Pinang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website. 

Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar. 

Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai bila kerja dah siap.

Cara jimat, mudah dan telus untuk membeli tayar.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap