Kini Hilang... Sepi Tanpa Berita |
Setiasa ternanti-nantikan akan kisah-kisah terbaru diblog mereka ini. Namun kini nama mereka sudah tidak muncul lagi. Kini Hilang... Sepi tanpa berita.
Kemanakah mereka? Bukan sekadar nama tetapi blog mereka juga sudah tidak dikemaskini. Seolah-olah mereka sudah hilang dari arena blogging. Melihat kembali ke blog-blog mereka, bagaikan tiada apa-apa yang berlaku...hanya entri terhenti tanpa ada yang terbaru.
Entri terakhir beliau adalah pada 19 April 2014. Selepas itu beliau terus menyepi dari dunia blogging. Mizz Aiza antara blogger yang paling diingati kerana kerajinan beliau blogwalking sehinggakan hampir kebanyakkan blog pasti akan terpahat nama beliau sebagai top komentor pada setiap bulan.
Kerana keramahan beliau disamping entri-entri yang banyak memberi nasihat, panduan dan perkongsian peribadi yang bermanfaat, kehilangan beliau di arena blogging ini cukup dirasai. Kini, senarai top komentor bagaikan tidak lengkap tanpa nama beliau. Kemanakah Mizz Aiza?
Fais SKA - http://minus-ska.blogspot.com/
Seorang lagi blogger peramah dan amat rajin blogwalking. Entri terakhir beliau adalah pada 1 November 2013. Sehingga kini ianya tidak dikemaskini dan terus menyepi dari dunia blogging. Sepi tanpa berita secara tiba-tiba.
Kewujudan Fais didunia blogging amat disenangi apatah lagi dengan gurauan mesra beliau didalam entri dan komen. Selalu bercerita kisah peribadi beliau yang sedang menderita patah kaki akibat kemalangan. Kini semua itu tinggal kenangan dan tiada lagi kesinambungan. Bagaimana agaknya keadaan Fais sekarang ini?
Putera Dunia - http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/
Mungkin ramai yang tidak mengenali beliau, namun beliau antara blogger seangkatan yang sama-sama bertapak didunia blogging ini. Sering memberi sokongan kepada blog ini pada peringkat awal dulu.
Blog beliau mengutarakan isu serta topik yang cukup menarik. Yang lebih menarik sekali apabila setiap artikel beliau dikupas mengikut pandangan dan pendapat beliau sendiri. Ianya amat asli dan membuka minda. Namun ianya terhenti pada 11 November 2013 apabila tiada kemaskini entri terbaru diterbitkan sehingga kini. Kemanakah anda Putera Dunia?
Mungkin Ini Artikel Terakhir?
Begitulah diantara beberapa blogger yang dulunya cukup aktif, dikenali, disukai dan didamba setiap penulisan mereka tetapi kini sepi tanpa berita. Apakah yang menyebabkan mereka meninggalkan dunia blogging ini? Hanya mereka dan Allah SWT yang mengetahui. Walau apa pun jua puncanya, saya hanya mengharapkan mereka semua sihat, bahagia dan diberkati serta dirahmati Allah SWT.
Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Kita hanya mampu merancang perjalanan hidup ini tetapi kita tidak akan pernah tahu tahu bila dan bagaimana ianya akan berakhir. Mungkin juga artikel ini akan menjadi artikel terakhir blog ini? Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.
Jika kita sentiasa berbuat baik, ramah, menghormati dan berkongsi perkara yang bermanfaat, InsyaAllah... pasti kita akan sentiasa diingati dan dikenang. Benarlah... bak kata pepatah, Manusia mati meninggalkan nama dan sebagai blogger... hanya Blog dan komen-komen yang terus kekal didunia maya ini. Setiap kebaikan, peringatan, panduan serta pedoman akan terus menjadi jariah berpanjangan buat bekalan kita dihari kemudian... InsyaAllah.
Gunakan tanggungjawab kita sebagai penulis untuk menyampaikan demi kebaikan bersama dengan niat hanya kerana Allah SWT. Terima Kasih bersama Relaks Minda.
Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________
33 comments - "Kini Hilang... Sepi Tanpa Berita"
Memang perasan dan ada juga terasa kehilangan mereka, tapi mungkin mereka2 ini sibuk dan akan kembali lagi kemudiannya...
Amat merugikan apabila nama yg sudah harum di dunia blog tiba2 pudar harumannya..
Setiap perkara ada pasang surutnya BM... kan...kadang ada perkara yg tdk dijangka...
Kakak pun perasan juga bila ada blogger yg selalu membuat N3 baik-baik dan rajin menitip komen tetiba menyepi. Kita tidak tahu apa sebab mereka menyepi... sukar utk membuat telahan.
saya paling perasaan aiza
dia rajin menulis dan blogwalking
man dia pergi agaknya,
mungkin sibuk dengan tanggungjawab sebagai anak
atau dah berkahwin? sape tahu
teringin juga nak jadi blogger yangf diingati... namun hasrat itu tidak kesampaian lagi.
Ada ke tiada ke ... tiada yang peduli ... kan??
mizz aiza klu x silap saya , menjaga ibunya yg sakit sepenuh masa ...
Mungkin mereka busy..
Nasib baik ada berita dari cik akak tentang Faiz...
Mizza dulu pun selalu bertandang ke blog saya....Saya gembira kerana dapat berita tentang Fais...yang sedih tidak ada berita dari Putera Dunia.....sibuk sekali pun update blog beritahu tentang kesibukan...ringkas pun jadi le....ambil beberapa minit je.....pasal kita ingin sangat tahu setiap sahabat blogger yang bertandang ke blog kita..
Mungkin benar kata Farah...mereka sibuk. Semoga mereka dapat muncul semula dikemudian hari...InsyaAllah.
Memang ada sedikit kerugian tapi mengharap mereka akan muncul semula hendaknya...
Alhamdulillah, dapat juga perkhabaran tentang Fais... Terima kasih cik akak,
Semoga dipermudahkan segala urusan... dan kembali berblogging. :)
Betul tu... itulah lumrah kehidupan. Doakan yg terbaik buat mereka semua...
Tidak mampu utk membuat telahan...cuma mengharapkan apa yg terbaik buat mereka dan kembali berblogging semula suatu hari nanti.
Ketiadaan Aiza memang dirasai! Semoga beliau dipermudahkan segala urusan dan dalam keadaan terbaik hendaknya...
Jangan terlalu merendah diri, kadang kala kita tidak tahu dan perasan, sebenarnya ramai yg ingat dengan diri kita... Hargai, sayangi dan hormatilah sesiapa sahaja, InsyaAllah...anda juga akan dihargai, kalau tidak pun Allah tetap lihat dan menilai semuanya itu....wahai YB yang baik dan amat2 dihargai :)
Mungkin kot...harap2 dipermudahkan segala urusan mereka dan boleh kembali berblogging semula.
Sekurang2nya dapat juga berita... Alhamdulillah
Benar MKL... bukan nak menyibuk tetapi bila hilang dan terus menyepi secara tiba2, tertanya2 juga... Harap dapat sedikit perkhabaran pun sudah hilang rasa gusar dihati, maklumlah... persabatan maya ni tak bersua muka dan tak tahu tinggal dimana... Kemesraan mereka masih dalam ingatan...
sangat terasa kesunyian dunia blog bila mizz aiza tak aktif.. kalau tak, dulu pergi je mana blog, beliau mesti ada antara top pengomen...
kehilangan kawan2 yg ramah berinteraksi di alam blog maya membuat kita amat terasa n tertanya-tanya kabar mrk...antara yg disebut BM hanya Mizz Aiza yg amat dekat dgn kak kerana keseringannya berbalas komen...rajin sungguh mizz ni...pabila xlagi membaca n3nya yg baru hati jadi rindu..doa kak moga mizz aiza n kawan2 yg xaktif lagi blogging sihat2 semuanya n berjaya dlm apa saja bidang yg diceburi...sesekali berilah kabar juga ya...
In Shaa Allah sampai waktunya mereka pasti kembali berkongsi cerita..muga Allah permudahkan jalan dan urusan mereka..
aah, mizz aiza menyepi skarang. dah lama tak nampak dia.
owh ya kak azza dah lama x berblogging... sepi tanpa berita :(
tak sangka kan.. semalam baru mama singgah blog kak aiza, rindu rasa pada dia... ermmm... fais pun sama..
Mmg betullah BM.. saya pun ada terfikit mcm tu. Mizz Aiza & Faiz SKA antara penyuntik semangat saya dlm berblogging. Antara yg mula2 saya kenal & beramah mesra... rindu dgn mereka. Saya pun mendoakan kebaikan & kejayaan mereka dlm apa jua bidang yg diceburi, juga dlm kehidupan. In shaa Allah... siapa tahu, tiba2 mereka muncul kembali nanti...
Sahabat yg baik .....kehilangannya akan dirasai.... tanpa pesan tanpa berita surelah hati yg merindu gundah gulana, bukan rindu kerana cinta tapi rindu dengan komennya...tak gitu BM....kenapa agaknya merekakan...
Semoga Aiza sihat dan dipermudahkan segala urusan. Besar sekali jasa dan pahalanya...
Zumal sendiri pernah hilang beberapa bulan masa tahun lepas. Hehe ^_^
Betul tu...dulu mereka ini Mizz Aiza, Faiz SKA...selalu ke udara....selalu singgah ke Teratak Bunda...aktif...ramah...mesra dan pengisian entri mereka juga hebat2...kini sepi tanpa berita... pernah bunda singgah dan bertanya kabar ke blog mereka tetapi tanpa jawaban yang pasti...
** Rinduu mereka... :(
Saya pon ada juga rakan blogger yg dah lama menyepikan diri. PM kat FB pon tak reply. Sibuk sgt kot.
ye..aiza terus senyap jer,tahun lepas ada juga dia kirim kad raya utk kathy.tahun ni kathy kirim juga untuk dia walaupun aiza dah senyap sejak sebelum puasa lagi....dengan fais ada juga berbalas mesej di FB..
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”