Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saudara-saudara kita di Palestin perlukan bantuan. Mereka dalam kesengsaraan dalam mempertahankan bumi Palestin dan Al-Aqsa dari kezaliman dan penjajahan Zionis latnatullah! Begitu juga di Iraq, Afganistan, Syria, Myanmar, Lubnan, China dan lain-lain. Sebagai umat Islam, apa yang boleh kita lakukan untuk membantu mereka, saudara-saudara kita yang sedang dizalimi ini? 


Ini adalah tanggungjawab, jangan sampai dihari pembalasan kelak kita dipersoalkan. Lakukan apa yang anda termampu, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah ini untuk membantu saudara-saudara kita di seluruh dunia. 

Bantuan Untuk Memerangi Musuh-musuh Islam 

1) Bantuan Tenaga dan Diri
Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

2) Bantuan Harta
Bagi yang tidak mampu pergi, sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin dan seluruh umat Islam yang sedang menderita.

3) Bantuan Doa
Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga mereka yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan seluruh umat Islam. Doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang menyokong serangan pengganas Yahudi ini.

Doa yang boleh anda baca :-
  • Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.
  • Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.
  • Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.
  • Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4) Solat Hajat 
Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.

5) Menyertai Demonstrasi Aman 
Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

6) Menulis 
Tulislah di blog, media sosial, web, forum, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan sebagainya. Buatkanlah kajian ringkas agar ianya sumber yang sahih dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka. Begitu juga penderitaan umat Islam lain di serata dunia.

7) Ceramah
Anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda. Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.

8) Boikot
Perkukuhkan boikot produk dan barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Lakukan mengikut cara yang betul dan secara berterusan. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka.

Usaha Yang Kecil Memberi Impak Yang Besar

Mereka menanti bantuan dari anda.
Tingkatkan kepedulian kita terhadap nasib saudara kita umat Islam. Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Sedikit tapi ikhlas. Yakinilah bantuan Allah SWT dan bersangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hambaNya yang bersangka baik dan mentaatinya.

Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya, Allah SWT berkata : "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu"  (Riwayat Muslim)

Sebahagian riwayat lain pula berbunyi, "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, turut akan ditunaikan." ( Riwayat Ahmad, Ibn HIbban)

Doa Qunut Nazilah

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai. 

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMu."

"Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْاللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم،  ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم  , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka."

"Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka."

"Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa."

اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرَهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

Maksudnya : "Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang."

"Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka."

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ  , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي فِلَسْطِين و سوريا وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Maksudnya : "Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau menghncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam."


Semoga dengan bantuan yang diberikan akan membantu dan menguatkan kekuatan kepada saudara-saudara kita untuk terus tabah, kuat dan bersemangat dalam memerangi semua musuh-musuh Islam dan akhirnya membawa kemenangan dan kedamaian. Insyaallah...

Terima kasih bersama Relaks Minda. Borkongsi informasi ini juga satu cara untuk anda membantu...


sumber rujukan : www.zaharuddin.net
Ditulis oleh :
Artikel : Tajuk Artikel

________________________________________________________________________________

18 comments - "Cara Membantu Umat Islam Yang Di Zalimi"

doa serta tulisan maya mengiringan dan juga sedikit sumbangan buat waktu dan ketika ini...

apa yang mampu kita lakukan, kita cuba buat yang terbaik..

Unknown delete icon 2:37 PTG

berat mata memandang berat lagi bahu memikul..semoga Gaza dirahmatiN ya

Kesan yg menimpa amat mendalam terkesan di hati kita tapi kemampuan utk membantu sgt terbatas. Namun kakak percaya semua kita tak putus dgn doa dan sedikit huluran dan kita penuh berharap bantuan sedikit kita tiba pada sasarannya...

Tanpa Nama delete icon 3:50 PTG

besarnya kuasa doa. allah sentiasa mendengarnya

sitirohaida delete icon 4:05 PTG

Moga Allah sentiasa mendengar Doa2 dari kami untuk mereka...amin

paridah delete icon 4:19 PTG

Allah pasti mengabulkan doa2 utk hamba2nya yg teraniaya...amin..membantu setakat terdaya...

Sis Vee delete icon 5:13 PTG

doa lebih berkesan kerana Allah sentiasa mendengar doa hamba - hambanya .

Dunia Zumal delete icon 7:39 PTG

Usaha memboikot nie memang berkesan sebab zumal terbaca rencana iklan McD dalam akhbar yg dah macam mohon ihsan...

Tanpa Nama delete icon 10:38 PTG

Hanya Allah yang mampu membalasnya..moga yang teraniaya di beri ganjaran,yang menganiaya di beri balasan..Allahuakbar.

sumbangan yang tak seberapa dari kami sekeluarga walaupun tak banyak semoga dapat meringankan beban mereka..Alhamdulillah..

Khir Khalid delete icon 12:33 PG

Saya amat bersetuju dgn kesemua kenyataan di atas... semoga apa yg kita lakukan menjadi ibadah kebaikan juga buat kita. Inilah perjuangan kita bukan shj utk kebaikan dunia, malah juga akhirat... Allahuakbar..

Yana Yani delete icon 2:40 PTG

setuju sangat entry ni BM
ada banyak cara kita boleh menbantu mereka
moga usaha yang sedikit ni dapat membantu mereka

ZaridaIshak delete icon 4:28 PTG

buat masa ini hanya doa yang mampu dikirimkan untuk membantu umat Islam yang dizalimi...

Bunda_nora delete icon 10:35 PG

Setakat ini hanya doa dan sedikit sumbangan yang mampu di hulurkan...

#prayforGAZA

Fiza Rahman delete icon 2:29 PTG

Hanya doa dari kejauhan.

Tanpa Nama delete icon 11:13 PTG

doa dan terus berdoa..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap