بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Sedikit perkongsian ilmu untuk manfaat bersama. Apabila sesebuah entri diterbit, paling penting setiap entri mestilah mempunyai tajuk. Bagaimanakah cara anda memilih tajuk yang sesuai untuk entri anda dan mengenal pasti yang ianya mesra SEO?

Kepentingan tajuk entri tidak boleh dinafikan kerana ianya merupakan kata kunci (keyword) utama dalam sesebuah entri dan menjadi salah satu aplikasi teknik SEO terpenting, mudah dan amat berkesan. Tajuk menjadi kata kunci yang dipaparkan oleh enjin carian oleh itu setiap tajuk sebenarnya telah mengaplikasikan teknik SEO kerana ianya telah dikategorikan sebagai meta tag H1 dalam entri anda.

Cara Dan Teknik Memilih Tajuk Entri Mesra SEO

Persoalannya... Bagaimanakah cara dan teknik hendak memilih tajuk yang sesuai untuk entri sebagai kata kunci yang mesra SEO? Ada beberapa cara dan teknik dan ianya amat penting untuk anda menyerlahkan entri tersebut di mata pembaca dan pencari di enjin carian.

Memilih Perkataan Kata Kunci Dalam Tajuk

Saya amat pasti selalunya anda akan meletakkan tajuk yang akan menarik perhatian pembaca apabila melihat tajuk tersebut. Ya! itu juga salah satu tekniknya namun selain daripada nilai tarikan, anda harus memikirkan adakah perkataan tersebut berkait dengan kata kunci dalam carian topik dan kandungan entri anda.

Contoh seperti entri tentang kereta Perodua Axia. Anda menulis tajuk : 'Wow! Inilah Kereta Termurah di Malaysia!' Memang tidak salah dan ianya masih berjaya menarik perhatian dan punya kata kunci iaitu melalui perkataan 'Kereta Termurah Malaysia' namun ianya agak terhad dan untuk menarik trafik yang tinggi. Anda kerugian kerana kata kunci carian terbanyak adalah melalui perkataan 'Perodua Axia'. Ianya tidak ada dalam tajuk tersebut. Tajuk terbaik adalah : 'Perodua Axia Kereta Paling Murah di Malaysia'.

Tajuk ini masih belum cukup baik kerana bagi sebuah kereta yang baru dilancarkan, carian terbanyak bagi topik tersebut bukannya mengenai rekodnya tetapi yang paling dicari adalah mengenai gambar, harga, spesifikasi, rupabentuk, keistimewaan, kelebihan dan penilaian. Perkataan kata kunci inilah yang sepatutnya ada dalam tajuk agar dapat bersaing dalam topik yang terhangat ini.

Contoh beberapa carian menggunakan kata kunci 'Perodua Axia' dengan tiga perkataan berbeza melalui Google.my. Lihat bagaimana olahan tajuk entri yang berada di 3 tempat teratas.

Cara Dan Teknik Memilih Tajuk Entri Mesra SEO

Cara Dan Teknik Memilih Tajuk Entri Mesra SEO

Cara Dan Teknik Memilih Tajuk Entri Mesra SEO

Oleh itu, anda mesti peka dan tahu apakah perkataan kata kunci yang paling menjadi carian bagi sesuatu topik untuk meletakkan entri anda bersaing dan mesra SEO

Jumlah Perkataan Dalam Tajuk

Anda juga mesti selalu menggunakan enjin carian seperti Google atau Yahoo. Apabila anda mencari sesuatu maklumat, rujukan, berita atau informasi, berapa banyak patah perkataan yang anda tulis? Majoriti pengguna akan menulis 2~5 patah perkataan dan paling selalunya hanya 3 patah perkataan. Perkataan apakah yang biasa di tulis? Sudah tentu perkataan utama/kata kunci yang berkait dengan apa yang ingin dicari.

Inilah perkara sebenarnya yang paling penting untuk anda fikirkan apabila menulis sesuatu tajuk entri. Salahkah menulis tajuk entri yang panjang? Tidak salah asalkan ianya mempunyai sekurang-kurangnya tiga perkataan kata kunci dalam tajuk tersebut. Harus diingat, enjin carian hanya memaparkan 60 huruf atau abjad pertama sahaja. Maka sebaik-baiknya perkataan kata kunci anda mestilah berada didalam 60 huruf atau abjad tajuk tersebut.

Contoh tajuk yang panjang. Tajuk entri adalah : 'Hadiah Lumayan Pemenang Pusingan Akhir Piala Dunia Brazil 2014'. Terpapar dicarian google tidak penuh tetapi yang penting perkataan kata kunci tersebut (hadiah piala dunia) berada didalam 60 huruf atau abjad terawal.

Cara Dan Teknik Memilih Tajuk Entri Mesra SEO

Salahkah jika tajuk entri yang terlalu pendek? Ianya juga tidak menjadi satu kesalahan namun menjadi satu kerugian kerana anda telah mengurangkan jumlah perkataan yang mungkin berpotensi menjadi perkataan kata kunci dalam carian di enjin carian.

Pelbagai Lagi Cara Dan Teknik

Bagaimana pula dengan entri tentang personal, lebih kepada perkongsian kehidupan harian... Bagaimanakah entri sebegini dapat menarik perhatian trafik serta mesra SEO? Sudah tentu boleh! Ya! hanya melalui tajuk! dan ada lagi beberapa tips, cara dan teknik untuk anda memilih tajuk entri yang sesuai serta mesra SEO. Semuanya akan diceritakan dalam entri sambungannya di siri 2 nanti.. :)


Terima kasih bersama Relaks Minda. Selamat berhujung minggu dan Salam Kemerdekaan ke 57 Malaysia!


Artikel Sambungan disini : http://Cara dan Teknik Memilih Tajuk Entri Mesra SEO (siri 2)

Ditulis oleh :
_______________________________________________________________________________

34 comments - "Cara Dan Teknik Memilih Tajuk Entri Mesra SEO (Siri 1)"

Yana Yani delete icon 1:45 PTG

ooo..faham sikit
selama ni tak pernah ambil berat pasal tajuk
main hentam aje

sitirohaida delete icon 2:18 PTG

ada jugak tajuk entry yang hentam keromo BM,kekadang tak sangka akan menjadi tajuk SEO yang di cari kan...

Perkongsian yang menarik dan memberi imput yang berguna BM. Terima kasih.

paridah delete icon 2:37 PTG

tajuk entry penting utk SEO kan..

Bahrain delete icon 2:48 PTG

Satu perkongsian yang menarik yang perlu diperatikkan selepas ni.

Ilmu SEO yang bermanfaat

terima kasih BM..ilmu yang sangat berguna

Unknown delete icon 11:31 PTG

Terima kasih bro BM. Dah lama menanti entry macam ni. Perkongsian yang sangat memuaskan. Tak sabar menunggu untuk perkongsian ke-2. Good job bro BM.

Khir Khalid delete icon 11:49 PTG

Bagus perkongsian ni. T kasih atas perkongsian Ilmu & nasihat yg mmg bermanfaat ini BM.

BinMuhammad delete icon 11:58 PTG

Sukarnya nak bagi orang faham, tambahan pula ianya hanya melalui penulisan. Pening kepala memikirkan ayat yang mudah dan senang difahami. Termasuklah membuat contoh dan cara...tapi bila mendapat feedback positif walaupun faham sedikit, gembira rasanya. :)
Semoga ianya berguna buat mereka yg memerlukan.

BinMuhammad delete icon 11:59 PTG

Ya! Bunga-bungaan yang benar2 harum wangi agar harumannya mampu dihidu oleh ramai orang... :)

BinMuhammad delete icon 12:03 PG

Tuah dan rezeki kadang-kala datang tanpa diduga. Benar! Dulu saya pun pernah merasainya pengalaman ini sebelum memahami teknik SEO. Tapi kini, dah faham cara dan teknik...xperlulah lagi main hentam keromo... :)

BinMuhammad delete icon 12:04 PG

Semoga ianya berguna buat mereka yang memerlukan... :)

BinMuhammad delete icon 12:06 PG

Benar kak Paridah... Antara yang terpenting dalam teknik SEO. Namun ianya bukan boleh berdiri dgn sendirinya....ada perkara lain yg berkait perlu dilakukan agar tajuk tersebut lebih berkesan SEO nya. Nantikan lagi sambungannya ya...

BinMuhammad delete icon 12:07 PG

Nantikan entri sambungannya kerana tips dan teknik diatas masih belum mencukupi dan berkesan sepenuhnya!

BinMuhammad delete icon 12:08 PG

Semoga memberi manfaat buat mereka yang memerlukan :)

BinMuhammad delete icon 12:09 PG

Terima kasih Acik...semoga berguna buat mereka yg ingin belajar SEO

BinMuhammad delete icon 12:12 PG

Terima kasih Wan... Ya! Memang kena tunggu entri seterusnya kerana teknik diatas ini masih belum lengkap dan tidak memberi kesan SEO sepenuhnya...

BinMuhammad delete icon 12:13 PG

Ilmu dikongsi bersama... Itulah matlamat Relaks Minda, semoga ianya memberi manfaat kpd mereka yg memerlukan.

Unknown delete icon 12:43 PG

terima kasih BM sudi berkongsi ilmu..kak nah selalu main hentam saja letak tajuk tu..xpernah pikir pula mesra SEO ke tidak =)

titan delete icon 6:10 PG

belasah je. Gua main tulis je ikut suka hati gua.

haha..

Yang pakar mesti akan kata begini sebab nak dapat ilmu dari tuan kena bayar... :)

Tidak semua entri perlu menjadi mesra SEO...nanti ianya akan jadi membosankan. Gunakan pada entri2 target sahaja...

HAMIDIsP delete icon 8:08 PTG

Terbaik haha..

Rossa Calla delete icon 12:24 PG

kadang2 jadi kadang2 tak....

BinMuhammad delete icon 12:52 PG

Tidak boleh bergantung hanya dengan tajuk...ada banyak lagi yang perlu dilakukan untuk menjadikan keseluruhan entri dan blog menjadi lebih mesra SEO.

terimakasih dengan perkongsian ini BM,CM tunggu entri sambungan topik seo ni..:)

Tanpa Nama delete icon 9:26 PTG

terbaik..pasti akan di cuba..

mai has delete icon 11:24 PTG

terima kasih di atas perkongsian.saya belajar sesuatu.

ANIM delete icon 6:59 PTG

susah juga nak cari tajuk entri seo ni BM..
kadang2 entry dah selesai taip tapi tajuk asyik tukar2..

titan delete icon 7:26 PTG

tak ler.

gua memang main belasah je. haha..

Bunda_nora delete icon 6:43 PG

Dah faham sikit2...tapi belum pasti berjaya ke tak bila dah praktikkan nanti...apa pun setiap ilmu pasti ada kebaikkannya...terima kasih BM..

Unknown delete icon 8:27 PTG

terima kasih ... dapat lagi ilmu .

zuraini.com delete icon 12:23 PG

Good sharing...Saya nak follow utk tambah ilmu,sy newbie...Salam kenal BM

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap