Berita baik buat rakyat Malaysia! Model terbaru Perodua 2014 bagi menggantikan Perodua Viva iaitu Perodua Axia kini telah dilancarkan secara rasminya (15 Sept 2014). Harga bermula dari serendah RM24,600! Dapatkan Perodua Axia Baru anda hari ini...
Teaser Perodua Axia |
Tempahan (booking) Perodua Axia baru ini boleh anda lakukan sejak dari hari Jumaat (15 Ogos 2014) disemua 180 pengedar rasmi Perodua diseluruh Semenanjung Malaysia dengan bayaran sebanyak RM250 ~ RM300 bergantung kepada variant yang anda tempah. Selain dari itu anda boleh juga melayari website : http://www.perodua.com.my/ untuk membuat tempahan secara online.
Kini Produa Axia telah dilancarkan secara rasmi (15 Sept 2014). Kepada mereka yang membuat tempahan awal... sudah pastinya anda akan menjadi antara pemilik terawal Perodua Axia baru ini dijalan raya.
Kini Produa Axia telah dilancarkan secara rasmi (15 Sept 2014). Kepada mereka yang membuat tempahan awal... sudah pastinya anda akan menjadi antara pemilik terawal Perodua Axia baru ini dijalan raya.
Terdapat empat variant Perodua Axia yang akan dikeluarkan iaitu Standard E (variant asas yang berharga RM24,600), Standard G, Special Edition (SE) dan Advance.
Satu lagi berita baik yang diumumkan Perodua adalah buat pertama kalinya, Perodua memberikan jaminan selama 5 tahun untuk model Perodua Axia ini.
Terbaru! Ketahui :
Axia 1.0 SE & Advance |
Axia 1.0 E & G |
Perodua Axia |
Perodua Axia - Model Terbaik Perodua
Perodua Axia adalah model kenderaan ke 10 keluaran Perodua dan ianya menjadi satu kebanggaan dan penanda aras baru buat pengguna kenderaan di Malaysia. Perodua Axia merupakan sebuah kereta kompak yang kompetitif dengan memberikan banyak kelebihan dan keistimewan kepada pengguna.
Walaupun dalam kategori kereta kompak namun Perodua Axia tetap memberi keselesaan dengan ruang yang luas, mudah dikendalikan, lebih ekonomi dari segi penjimatan bahan api dan kos kendalian serta lebih mesra alam sekitar. Inilah pilihan terbaik yang ditawarkan oleh Perodua kepada pengguna pada harga mampu milik dan berpatutan.
Perodua Axia - kompak tapi terbaik! |
Viva vs Axia |
Viva vs Axia |
Jika anda mahu menjadi diantara yang terawal untuk memiliki model terbaru Perodua Axia ini, tempahlah segera. Dijangkakan Perodua Axia ini akan mendapat sambutan dan permintaan yang tinggi serta bakal menjadi model terlaris Perodua yang selama ini dikuasai oleh model Perodua Myvi apabila dilancarkan secara rasmi kelak.
- Untuk melihat lebih dekat lagi rupa bentuk model Perodua Axia Terbaru 2014 ini sila ke link berikut : Perodua Viva Terbaru 2014 @ Perodua Axia
- Terkini! Harga dan Spesifikasi rasmi setiap variant Perodua Axia.. Sila ke link berikut untuk melihatnya : http://harga, Variant dan spesifikasi Perodua Axia baru
sumber : paultan
Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________
53 comments - "Model Baru Perodua Axia - Harga Dari RM24,600!"
boleh belikan buat anak2 yg sdg menuntut di IPT...rm24000 tu kira berpatutan sgt!
wuih,, keren uy
kalau dapat duit tunai ..boleh angkat satu !...jangan berhutang kalau ada harga kereta yang murah
comeinya kereta ni, .. cute je
Murahnya
murahnya...tu yang teringin macam nak beli satu,..
Murah harga yang di tawarkan. Kira mampu milik. Enjinnya pun bagus rasanya. Jom terjah pusat jualan perodua..hehe.
Berpatutan... :)
Harga mmg berpatutan dan berbaloi untuk dimiliki..
Assalammualaikum... BM,
wahh.. best gak nie... menarik model perodua axia nie...
mselim3
Mereka yang baru kerja dan inginkan kenderaan sendiri boleh lah usha2 dulu...kira2 bajet dulu...
Tak perasan pulak perodua ada keluarkan model baru
harga untk Sabah n Sarawak..blum ada g ka..
Belum ada lagi.
YA Betul! Kalau mampu, sebaiknya belilah secara tunai...
Esok, Bolehlah buat tempahan... :)
Melihat kpd kereta dan harganya... ianya memang berbaloi-baloi!
Setuju dengan Bunda... kira2lah baget, jangan sampai membebankan pula dikemudian hari.
Untuk pengetahuan, Proton juga akan keluarkan sebuah model baru compact car sebelum hujung tahun ini.
Mai pakat ramai2 kita terjah pusat jualan perodua!...tapi esok ye :)
Kecik sangatke Axia ni BM. Tak apa lepas komen ni kakak klik link yg BM bagi itu.
Macam murah sangatlah pulak kan. Agaknya kalau anak dara kakak drive ni cun kot hihi...
Murah juga kereta ni BM...
smart bergaya ... kalau dapat beli secara tunai nie... bagus jugak.
Saiznya lebih besar sikit dari Viva tapi kecil dari Myvi.
ni standard E kn.. standard G belum keluar lg ye?
Berapa cc?
Salam sejahtera.. sy nk tnya, skrg sy pkai viva 850(m).. bli bln 10 thun 2013..byr blnn rm343.00.. klu nk trade in ngn produa axia tu, bleh ka? kira cmna?
Menarik gak. Tapi pakai jer lah keta yg ada ni. Tak nak menambah hutang.
Harga RM25,900 tu untuk Standard E solid sahaja. Harga variant lain masih belum didedahkan.
Perodua Axia menggunakan enjin 1KR : 1.0L (989 cc)
65 PS (48 kW) at 6000rpm
85 Nm (63 lb·ft) of torque at 3600rpm
Salam kembali... Minta maaf banyak2... saya bukan Perodua dealer, hanya seorang blogger menyampaikan informasi. Saya syorkan anda terus ke pusat jualan Perodua untuk mendapat maklumat yang diinginkan.
aritu dengar cerita mahal
geram pula menengok nyer....hehe
nak kena bodek en suami ni, maklum ler bini dan pandai drive...hehe
wah bagus sekali harganya...rugi kalau xbeli ni...
Murahnya..
murahnye..tapi org kata tunggu model ke 2 3 baru beli..
sesuai la PERODUA AXIA ini untuk anak2 muda yang baru untuk memulakan hidup bekerjaya... harganya pun tidak mahal sangat... :)
teringin..
Apa lagi...bodek! bodek... jangan tak bodek! hehe...
elok sgt utk yg baru kerja tuh, design pun cantik. ada kesan jika GST ada ke?
Tak perlu tunggu model ke 2 3... Sama jer. Model ni sudah dilancarkan lama di Indonesia dan India dengan nama lain dibawah jenama Toyota dan Daihatsu.
klu auto berapa harga?
Dapatkan semua harga dan spesifikasi variant Perodua Axia baru di link berikut :
http://relakssminda.blogspot.com/2014/08/harga-dan-spesifikasi-perodua-axia-baru.html
Itu kita kenalah tunggu dan lihat pada bulan April 2015 nanti... :)
memang cantik...
Ni yg nampak mcm pakai intercooler turbo je gayanya dari depan..nampak garang juga ni.. :)
Sape2 yang berminat boleh contact saya untuk booking.
murah dan cantik
Buat laon penuh boleh.....?
Besit 900 gaji beresih 1500 blh dapat x.. Lepas x bank
Advance takda push start buttom ka? Adoiyai!
memang cantik
terbaik.. perodua semakin menghampiri ke era wawasan 2020.. semoga menjadi kenyataan.. Aminnn :D
comeinya kereta ni, .. cute je
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”