بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Relaks Minda anda... Jom! kita jalan-jalan di hujung minggu sambil mencari ketenangan dan kedamaian di minda dan hati. Mata menyaksikan pemandangan indah alam semulajadi ini dan dihati memuji kebesaran penciptaNya...
Jalan-jalan di hujung minggu ini bukan jalan-jalan yang biasa anda lalui. Jalan-jalan kali ini membawa anda menikmati suasana alam yang indah dengan pelbagai rupa dan warna. Berjalan melalui jalan-jalan yang lurus dan berliku-liku. Juga menempuh jalan-jalan yang licin, rata, berbatu, beronak dan berbagai rupa dan keadaannya.
Tujuan jalan-jalan anda di hujung minggu bersama Relaks Minda bukan sekadar untuk terapi mata tetapi juga memberi santapan rohani sebagai bekalan untuk dibawa bersama ketika anda berjalan pulang nanti.
سبحان الله Subhanallah
الحمد لله Alhamdulillah
ﻭﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﷲ WaLaailahailallah
ﺍﷲ ﺃﻛﺒﺮ Allahuakbar
Perjalanan ini menempuh jalan yang pelbagai bentuk dan rupa yang memberi cabaran dan dugaan yang berbeza-beza. Begitu juga dengan hidup ini. Tiada jalan yang selamanya akan sentiasa mudah, lurus dan rata. Walau apa jua rintangannya, kita haruslah bersedia untuk mengharunginya kerana perjalanan hidup ini tetap mesti diteruskan.
سبحان الله Subhanallah
الحمد لله Alhamdulillah
ﻭﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﷲ WaLaailahailallah
ﺍﷲ ﺃﻛﺒﺮ Allahuakbar
Teruskan perjalanan walau apa jua keadaan. Jangan sesekali berputus asa kerana hanya dengan keyakinan, kesungguhan, usaha, doa dan tawakal sahaja yang akan dapat membantu memberi kekuatan untuk melalui jalan yang sukar ini dan akhirnya beroleh kejayaan serta kebahagiaan dijalan yang lurus dan benar.
سبحان الله Subhanallah
الحمد لله Alhamdulillah
ﻭﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﷲ WaLaailahailallah
ﺍﷲ ﺃﻛﺒﺮ Allahuakbar
Terimalah hakikat bahawa tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan dan beroleh kebahagiaan. Andai kita tersesat dan terbabas, mohonlah keampunan dan petunjuk hanya dari yang Maha Esa. Semoga kita akan bertemu kembali dijalan yang lurus dan benar... InsyaAllah...
Yakinlah, sesungguhnya Allah SWT itu Maha pengampun lagi Maha Mengasihani.
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْْقَيُّومُ وَ أَتُوبُ إِلَيْهِ
Astaghfirullahal'adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih
Terima kasih kerana sudi jalan-jalan di hujung minggu bersama Relaks Minda. Semoga perjalanan ini dapat memberikan anda ketenangan dan kedamaian hati dan minda. Diharapkan juga anda dapat membawa bersama sedikit bekalan sebelum anda meneruskan perjalanan ke blog yang lain pula...
p/s: Salam dihujung minggu, semoga sahabat dan tetamu relaks minda bahagia disamping insan-insan tersayang dan beroleh keberkatan.
Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________
22 comments - "Jom! Jalan-Jalan Di Hujung Minggu "
subhanallah.. cantiknya permandangan, sejuk mata memandang..
selamat pagi...
subhannallah....sejuk mata memandang,,bestnya jalan-jalan...selamat pagi jugak untuk BM dan mama..
jalan2 menikmati keindahan alam semulajadi sambil bermusahabah diri...
sjuk mata berjalan2 ni..
Selamat pagi Mama... Selamat berjalan2 dihujung minggu :)
Selamat pagi juga KSD... Selamat menikmati hujung minggu yg indah :)
Selamat berjalan-jalan kak Paridah... Semoga beroleh kebahagiaan
Sejuk mata... dan semoga mendapat ketenangan dihati juga...
Meredah setiap 'jalan' sejuk mata memandang ...
kalau jenjalan kat jalan macam ni. Memang sonok la jugak.
sedap mata memandang tengok gambar alam semula jadi.
Assalammualaikum... BM,
kedamaian yang mendamaikan suasana.. untuk santapan minda. Sesuai dengan relakssminda...
mselim3
jalan-jalan hujung minggu yang bermanfaat
sambil berjalan..dan sambil berzikir!
Alhamdulillah BM.. secara tak sedar, kita dah berzikir sekali dengan pemandangan yang indah untuk memulakan hari baru
cantiknya permandangan, ni memang jalan-jalan sungguh ni
seronoknya kalau betul² dapat berjalan² di sana .. seronok mencuci mata dengan keindahan ciptaan Allah..
Cantiknya pemandangan..
Subhanallah walhamdulillah... pemandangan indah nikmat mata anugerah Illahi agar jiwa insan sentiasa sejahtera... Allahuakbar.
Jalan2 cari makan sambil menikmati keindahan alam ciptaan Nya..
Selamat berhujung minggu BM. Indah sungguh ciptaan Allah SWT ini.
Selamat berhujung minggu BM. Indah sungguh ciptaan Allah SWT ini.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”