بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Kenderaan Mesra Alam Sekitar
Kenderaan Mesra Alam Sekitar
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada zaman ini, kemusnahan alam sekitar disebabkan kesan rumah hijau semakin ketara. Cuaca dunia semakin menjadi tidak menentu. Kesannya keatas alam semulajadi semakin terasa.

Segalanya berpunca dari pencemaran pelepasan bahan CO2 dan CFC telah menipiskan benteng pertahanan bumi iaitu lapisan ozon dari sinaran cahaya dan kepanasan matahari.

Salah satu penyumbang terbesar pencemaran ini adalah dari asap kenderaan. Jumlah kenderaan yang kian bertambah saban tahun semakin memburukkan keadaan. Namun kini beberapa alternatif boleh dijadikan pilihan buat pembeli kenderaan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar ini. Kenderaan-kenderaan ini juga lebih dikenali sebagai kenderaan mesra alam.

Kenderaan Hybrid

Sudah pastinya kenderaan hybrid adalah pilihan paling popular bagi kenderaan mesra alam. Diterajui oleh pengeluar kereta terbesar didunia iaitu Toyota, kini kenderaan hybrid bukan lagi asing bagi kita. Toyota Prius adalah jenama sinonim dengan teknologi hybrid ini. Pilihan juga telah semakin banyak apabila pengeluar kenderaan lain mula mengakui keberkesanan teknologi ini dan apabila kesedaran serta keprihatinan terhadap masalah alam sekitar semakin diutamakan.

Kenderaan Mesra Alam Sekitar
Kenderaan Mesra Alam paling popular - Toyota Prius Hybrid

Kenderaan Hybrid bukanlah 100% bebas dari mengeluarkan bahan tercemar tetapi ianya mampu mengurang pencemaran dengan begitu baik sekali. Teknologi enjin hybrid ini adalah gabungan dua sumber kuasa iaitu bahan api dan tenaga elektrik. Maka ianya mampu mengurang hampir separuh dari pengeluaran asap tercemar dan kelebihannya, ianya dapat menjimatkan penggunaan bahan api.


Sumber tenaga elektrik pula dibekalkan melalui bateri tambahan yang menyalurkan kuasa apabila diperlukan. Malah kenderaan ini juga mampu bergerak hanya dengan kuasa bateri sahaja namun jaraknya terlalu terhad.

Kenderaan Elektrik

Kenderaan mesra alam yang semakin giat dibangunkan adalah kenderaan elektrik. Ianya paling berkesan dalam mengurangkan pembuangan asap pencemaran kerana ianya adalah zero emission atau tanpa asap tercemar. Kenderaan ini dikuasakan sepenuhnya oleh bateri sebagai sumber kuasa.

Kenderaan Mesra Alam Sekitar
Nissan Leaf - Kereta elektrik pertama yang dipasarkan secara komersil

Namun yang masih menjadi masalah untuk dikomersilkan adalah kesukaran untuk mengecas kerana tiadanya kemudahan mengecas untuk kegunaan awam dan memerlukan masa yang lama untuk bateri dicas penuh dan berkuasa semula. Jarak perjalanan juga agak terhad namun ianya semakin baik dan amat sesuai digunakan didalam kawasan bandar. Teknologi ini punya masa depan yang cerah dan semakin mendapat perhatian.

Dua pilihan kenderaan mesra alam ini adalah jawapan yang ada untuk kita dalam mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar ini. Namun ianya masih belum dapat digunakan secara meluas oleh orang ramai disebabkan oleh faktor harganya yang agak mahal.

Kenderaan Mesra Alam Sekitar
Honda Jazz Hybrid - kereta hybrid paling murah dipasaran. Bermula dari RM74.800

Kenderaan Paling Mesra Alam

Seringkali harga menjadi kekangan buat kita sedangkan kemusnahan alam sekitar yang berlaku tidak ternilai harganya. Maka apakah pilihan kenderaan mesra alam yang kita ada untuk membantu mengurangkan pencemaran ini?

Oleh itu pilihan kenderaan terbaik bagi kita untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah dengan menaiki basikal! Ya... ianya 100% tanpa pencemaran! Zero emission! Bukan sahaja murah, mampu milik serta menjimatkan tetapi merupakan satu latihan jasmani untuk kesihatan tubuh badan.

Basikal merupakan kenderaan paling mesra alam! Untuk pilihan kenderaan dengan muatan ramai... naiklah kereta kuda atau kereta lembu... boleh? :)

Kenderaan Mesra Alam Sekitar
Basikal - kenderaan paling mesra alam

Pilihan ditangan kita... Lakukan yang termampu demi kesejahteraan, kesihatan dan kebahagiaan hidup masa kini dan masa hadapan.


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :
_______________________________________________________________________________

36 comments - "Kenderaan Mesra Alam Sekitar"

sitirohaida delete icon 3:46 PTG

guna basikal jelah..heheh

Kenderaan makin maju. Harap-harap selepas ini makin selamat alam sekitar kita.

PS: Jemput join segmen saya buat kawan-kawan.

Basikal memang paling efisien dalam soal mesra alam. Tapi kat Malaysia ni, dah terlampau obses pada kereta. Naik basikal ni sure dipandang lekeh. Standed Bangla je pada pandangan diorang.

Khir Khalid delete icon 7:26 PTG

Kereta eletrik tu ada potensi utk di majukan lagi kan.. mcm handphone juga. Lama2 nanti dptlah solusi yg terbaik utk digunakan sepenuhnya. Asal jngn tersilap wiring & org terkena renjatan eletrik sudah lah.. mati keras dlm kete kene karen hehee.. :D

HAMIDIsP delete icon 9:21 PTG

Malangnya seperti ada pihak tertentu yang tidak mahu kereta2 mesra alam ini menggantikan kereta2 yang sangat mencemarkan alam. Syarikat minyak mungkin salah satu yang menghalang..?

titan delete icon 9:51 PTG

naik basikal ajelah jawabnya. hoho

paridah delete icon 10:07 PTG

dpt sebuah kereta hybrid ni best juga ya..

bro titan tu sanggup ke naik basikal..kalau aku yang naik kereta pun dah 60km..kalau naik basikal memang kurus la aku..hahaha..kereta hybrid ni nampak macam belum ramai yang berminat..mungkin bila stok minyak dah habis baru terhegeh-hegeh nak beli kereta hybrid

kayuh basikal..mengeluarkan peluh hehe...

Kalau kakak mampu kakak pun nak memilikinya BM
Dlm keluarga besar kakak ni sorang aje yg guna Hybrid - bujang lagi bolehlah tak ada banyak commitment:)

haha.. basikal?? good idea..hihi

Yana Yani delete icon 12:35 PTG

saya musykil sikit ni BM pasal hybrid
dia ada pakai bateri kan, habis bateri tu kena charge macam tpon ke
basikal memang mesar alam sungguh, tapi nak mengayuh dari klang
ke kuala lipis, mau putus napas =)

BinMuhammad delete icon 12:43 PTG

Kalau larat...itulah yg terbaik...hehe

BinMuhammad delete icon 12:45 PTG

Teknologi semakin maju dan bagusnya semakin mementingkan alam sekitar...
p/s; Terima kasih diatas jemputan :)

BinMuhammad delete icon 12:48 PTG

Minda orang kita belum lagi maju... Dinegara maju, basikal sudah menjadi satu kenderaan utama... Tapi tidak mustahil ianya akan popular andai dopromosi dan disediakan kemudahan laluan untuk basikal di tengah-tengah bandar spt negara maju.

BinMuhammad delete icon 12:52 PTG

Benar sekali...sekarang ni sedang giat dimajukan dan tidak mustahil ianya menjadi lebih efisen untuk kegunaan kemana sahaja. Betul juge tu...bahaye! hehe...

BinMuhammad delete icon 12:55 PTG

Mungkin juga... Semua teknologi ini pasti mengganggu gugat jualan & keuntungan syarikat minyak.

BinMuhammad delete icon 12:56 PTG

Macam xboleh percaya jer...hoho!

Denaihati delete icon 12:57 PTG

kereta electrik masih kurang pilihan dan harga masih tak mampu milik. harap ini pilihan terbaik akan datang.

BinMuhammad delete icon 1:32 PTG

Jangankan akak...kalau saya dapat sebuah pun best! :)

BinMuhammad delete icon 1:33 PTG

Ramai yg minat tapi faktor harga dan kos maintanance yg masih tinggi mungkin jadi halangan.

BinMuhammad delete icon 1:34 PTG

Betul tu... hehe. Akak sanggup ke?

BinMuhammad delete icon 1:35 PTG

Terima kasih singgah disini...

BinMuhammad delete icon 1:43 PTG

Kalau mampu...saya pun nak sebuah. :)
Betul tu...masa bujanglah boleh kumpul harta...

BinMuhammad delete icon 1:43 PTG

Betul kan...mama :)

BinMuhammad delete icon 1:48 PTG

Kereta hybrid tak perlu cas sebab bateri akan dicas semula secara automatik semasa kereta menggunakan bahan api (minyak). Sebab tu dinamakan hybrid...kenderaan yg punya dua atau lebih sumber tenaga. Maka tak perlu risau bateri habis...tapi kalau minyak abis kena risau sebab bateri tu xmampu pergi jauh.
Klang - Kuala Lipis!!? Memang Yana xsampai le... hehe

BinMuhammad delete icon 1:55 PTG

Jika disediakan kemudahan laluan dan selamat... ia pasti menjadi pilihan terbaik. Dinegara maju, berbasikal ini sudah kembali popular

Hafizul delete icon 3:27 PTG

Hahaha..pilih aje basikal...jimat pun jimat..tapi sayang..muatannya sangat terhad..hehe

Maria Firdz delete icon 3:48 PTG

Basikal mmg mesra alam.. Jimat dan sihat..

aRz MoHa delete icon 3:58 PTG

sekarang pun dah ramai yang gunakan kenderaan paling mesra alam yang di bawah sekali tu :)

sekarang pun dah ada basikal elektrik!

Ok jugak kereta lembu dan kuda..hihihi

memang pun basikal kenderaan mesra alam..tapi basikal tak boleh diletak sesuka hati..senang dicuri..

Unknown delete icon 11:21 PTG

Hahhahha...terleka membaca entry, diakhiri dengan basikal tua.
Hebat la bro.

Tanpa Nama delete icon 10:43 PTG

hehehe..basikal tu yg terbaik...

Bunda_nora delete icon 6:17 PG

Mungkin 10 ke 20 tahun akan datang anak cucu kita mampu dan ramai yang akan menggunanya kot..

Bunda usahkan motor ke kereta ke....basikal pun tak pandai....huhu..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap