بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Borak-borak santai @ Relaks Minda
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kalau ada masa... Jom baca celoteh aku ni. Saja jer aku nak borak-borak @ sembang-sembang santai sikit tentang dunia blog dan blogger dengan anda semua.

Dalam minggu ini paling hangat diperkatakan dikalangan blogger adalah pencapaian sebuah blog peribadi yang berjaya menewaskan beautifulnara.com dalam carta Ranking Alexa Malaysia.


No. 1 di Malaysia

denaihati.com... sebuah blog yang tidak perlu diperkenalkan lagi kini telah berjaya menjadi blog persendirian bahasa melayu nombor satu di Malaysia!

Bagaimana sebuah blog yang tidak memaparkan kisah-kisah hangat, sensasi dan tidaklah setinggi beautifunara.com trafiknya tapi mampu berada dikedudukan terbaik di Malaysia? Ini adalah hasil usaha team denaihati yang telah melakukan beberapa strategi yang mungkin diantaranya seperti yang telah di kupas oleh Pakar SEO Malaysia iaitu sifu Hasrul Hassan.

carta ranking alexa denaihati

Tapi lagi hangat apabila kerana Ranking Alexa Malaysia yang dasyat... Seorang blogger ni meletop namanya dikalangan blogger otai, sehingga ada yang gerun! Siapa dia? Siapa lagi kalau bukan Mama Hot... si Mamaniza.com! Itulah kelebihan dan keistimewaan Alexa Rank yang mampu meningkatkan populariti blog dan blogger itu sendiri.

Google Plus Juta-Juta Views

google plus fatin liyana
Fatin Liyana G+
Kalau Denaihati berjaya dengan strategi dan usaha beliau, aku juga tidak mahu terkalah. Tapi ianya tanpa ada sebarang usaha! Minggu ini sebenarnya agak terperanjat bila melihat akaun Google Plus Bin Muhammad yang telah mencecah 50 juta views!

Masih segar lagi entri berkaitan google plus yang diterbitkan pada 9 July 2014. Pada waktu itu aku sudah ada 36 juta views dan dalam tempoh hanya 2 bulan sahaja ianya telah bertambah menjadi 50 juta!

Tapi aku takkan mampu menghampiri apatah lagi mengatasi google plus blogger manis yang popular, Fatin Liyana yang telah menghampiri 200 juta views! Tapi bangga jugalah kerana dapat mengatasi Ben Ashaari... hoho! (Macam poyo je... orang tak pandang der google plus views tu... huhu)

Menjana Pendapatan Melalui Blog

Kalau cerita pasal pendapatan melalui blog, pastinya Peminat No 1 Cendol Banting ini adalah juara dan menjadi rujukan ramai blogger. Siapa yang tak jeles dengan entri-entri yang asyik menunjukkan pendapatan hasil dari blog jer. Namun semua itu membuktikan bahawa tidak mustahil dengan hanya melalui blog dan bakat menulis mampu menjana pendapatan yang lumayan dan jangan tak percaya pula kalau ada blogger yang mampu dapat hingga puluhan ribu ringgit!

Aku pula... Cuba juga ambil peluang. Hanya melalui iklan jer yang mampu. Kalau sebelum ini nuffnang.com.my boleh juga beri aku sedikit hasil tapi kini, setiap hari, setiap masa dan ketika... hanya iklan churp-churp sahaja yang muncul. Macam dah tidak ada syarikat pengiklan yang berurusan dengan nuffnang ni.

iklan nuffnang

Oleh kerana dah sakit mata, maka makin terperosok ke bawah lah iklan nuffnang ni. Kalau singgah di blog-blog yang terbitkan entri mereka dapat CPUV, namun yang masih terpampang asyik iklan churp-churp ni juga. Bukan nak pinggirkan nuffnang tetapi nampaknya nuffnang yang semakin meminggirkan diri... Aku nak harapkan iklan CPUV, memang dah tak ada le... Sekarang ni mulalah berlaku curang dan kalau berterusan nuffnang begini, mungkin kena cerai kot...hehe

Kepada yang singgah, tolong2 le klik iklan yang ada ye... :)

Cabaran iphone 5s 

Borak panjang-panjang pun bukannya korang nak baca semua celoteh aku ni. Lagi pun sekarang ni aku dah semakin kurang dapat blogwalking... Jelas juga yang komen masuk pun berkurangan. Bukan sengaja... tapi disengajakan...huhu! Ini semua sebab cabaran iphone 5s blog denaihati tu le. Ada masa terluang sahaja, aku kena singgah ke sana tulis komen sehingga nak menyinggah blog-blog sahabat pun dah terganggu.

cabaran iphone 5s gajet impian setiap blogger

Harap maaflah kalau ada yang kecil hati... sabar ye, cabaran berakhir hingga 15 Okt nanti. Lepas tu normal lah balik. Maklumlah, masa blogging aku ni amat terhad. Nak kejar komen yang dah cecah lebih seribu tu memang tak mampu le, maklumlah aku tak pandai komen kalau tak baca dan fahami entri sepenuhnya. Itu yang nak komen pun payah dan ambil masa. Tapi cuba jugalah... manalah tahu kalau ada rezeki dapat guna iphone 5s... Doakanlah ye.

Oklah... Selamat berhujung minggu semua. Semoga anda semua bahagia disamping insan-insan tersayang dan luangkanlah masa untuk berborak-borak bersama mereka.


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

21 comments - "Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu"

mselim3 delete icon 12:43 PG

Assalammualaikum,... BM,

Insaallah .. moga BM berjaya dengan yang dicita2 kan... ipone 5s tu... Amin.

mselim3

tuan BM antara yang terbaik..maka peluang untuk mendapat iPhone 5s semakin cerah

rasa 'rendah diri' bila masuk blog mereka yg popular tu...:)

Selamat berhujung minggu BM, moga BM terus dapat bersaing dalam dunia blogger ni ^_^

Kekzamanis delete icon 9:00 PG

50 juta view? Tinggi tu.. Hehe.. Kite lagila, alexa rank ke laut.. Jauh lagi nak kejar nih.. Huhu..
Rosmiza Ali Official Blog™

Unknown delete icon 9:01 PG

Kalau dah iphone tu...jangan lak lupa blog cik akak..hihi
Tahniah pencapaian blog yang begitu baik..

Usaha tangga kejayaan..teruskan usaha utk jd yg terbaik..lya pon masih lg biasa2 jer g+ takde la melambung cam BM punya ..tggi tu mengalahkan ben ashaari hehehe..tahniah BM..semiga terus meningkat naik csm FL punya ...all the best & happy blogging..

paridah delete icon 10:21 PG

selamat berhujung minggu dgn titipan n3 yg memotivasikan blogger agar mencontohi kejayaan blogger2 terkenal ni...asal ada sedikit usaha mesti jadi...tapi kak biasalah maleh...kalau terkenall sgt susah woo..

Unknown delete icon 1:52 PTG

saya??? apa yg sy kejar dlm dunia blog ni?? ;(( tapiiii sy bangga sendiri je dh cukup la kot.. :d .. haha.. semoga BM berjaya dalam dunia blog

semoga BM terus berjaya ^_^ blog BM lagi hebat dari blog acik... teruskan berkarya

semoga berjaya :) seronok jugak bila mula berjinak2 dengan blog ni.

selamat berjaya..ada masa sudi-sudi singgah blog saya...saya baru setahun jagung...

Khir Khalid delete icon 3:54 PTG

In shaa Allah BM.. akan mendoakan yg terbaik.. Semoga berjaya & salam ceria hujung minggu.. All the best BM!!.. :)

Unknown delete icon 4:47 PTG

betul kat bawah nuffnang ni ... semoga berjaya bm . mcm seksa lak ramai2 nak berebut satu benda ... saya mmg x suka .

ANIM delete icon 10:14 PG

ben kalah ya..hihi. kak pun kuciwa dgn nuffnang ni. tapi tak mo lah cerai talak 3

p/s haha..kak yg dah dkt setahun pegang iphone 5s ni pun nak jual, tak best pakai..haha...
takper..takper,,,tak sempat BW, kami yg mai rumah BM

Admin delete icon 2:31 PTG

Singgah sini sebab Fatin Liyana suruh .. hehehe ... leh gitu? Terima kasih sebab berikan backlink ke blog saya.

Semoga makin berjaya blog Bin Muhammad ... amin.

titan delete icon 5:18 PTG

mana? mana fatin liyana?

Tanpa Nama delete icon 10:49 PTG

terbaik...heheh..tapi blog BM memang layak pun..

Yana Yani delete icon 12:56 PTG

all the best ye BM
kalau saya ni, terjah aje mana blog saya suka
tapi kalau dia tinggal komen tu satu added advantages =)

apapun all the best BM ye
manalah tahu rezeki ye dak

Semoga berjaya BM..

Bunda_nora delete icon 10:42 PG

TAHNIAH BM...semoga terus maju jaya dimasa2 akan datang...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap