بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selepas sahaja solat maghrib, bergeraklah aku dan Ameng memulakan langkah untuk mencapai satu misi gila, berjalan kaki ke Lata Kinjang, Tapah. Kami memulaan perjalanan dengan penuh semangat, ceria, gelak dan ketawa sambil berjalan menyusur disepanjang kaki jalan raya.
Belum tahu bagaimana idea gila ini bermula, sila ke entri berikut :
Langkah demi langkah dua orang budak lelaki berjalan dikegelapan malam. Sebuah lampu suluh menjadi penerang dikala gelap ketika tiada lampu jalan mahupun kenderaan. Sedang asyik, tanpa disedari masa berlalu begitu pantas sekali. Jam sudah menunjukkan pukul 10.15 malam. Selama lebih kurang 2 jam lebih masa berlalu kami telah berjalan lebih kurang 10 km.
Buat Kerja Gila Tanpa Persediaan
"Meng! ko ada bawa air tak? Dahaga giler ni." "Tak ade la...aku pun dahaga juge ni." Ameng membalas pertanyaanku. Entah macam mana, keperluan yang begitu penting boleh kami terlupa nak bawa. Aku memang tahu sangat, sepanjang perjalanan seterusnya ini memang tak akan ada kedai runcit atau kedai makan sehinggalah menghampiri Bandar Teluk Intan, itupun kurang 20 km lagi."Macam mana ko boleh tak bawa air Meng?" "Eh! Aku ingat ko bawak... Aku memang tak bawa, beratlah!" Ujar Ameng membalas pertanyaanku. "Dahaga betul ni... Takkan nak ketuk pintu rumah orang kot." Aku mengeluh.
Dugaan pertama mula menerpa. Keletihan mula mengganggu pergerakan. Ditambah pula dalam keadaan kehausan, langkah menjadi semakin perlahan. Jika sebelumnya tak henti-henti bersembang, kini... masing-masing terdiam. Suasana malam yang dingin bagaikan sudah tidak dirasakan lagi... begitu panas sekali!
Kenderaan yang lalu lalang juga sudah mula berkurangan. "Meng! Tak boleh jadi ni... Kalau macam ni memang tak boleh sampai on time. Kita kena cuba tahan kereta, kot2 ada yang nak berhenti." Aku memberikan idea. Maka, sambil berjalan apabila ada sahaja kenderaan lalu, kami cuba tahan. Walaupun sudah lebih dari 30 buah kenderaan yang kami cuba tahan, tiada satu pun yang nak berhenti.
En. Tan Yang Baik Dan Ramah
Tanpa putus asa, Ameng terus mendepakan tangan kirinya cuba untuk menahan kenderaan yang lalu. Akhirnya... sebuah kereta Toyota corolla putih berhenti. "Ya! Ada apa?" tanya pemandu tersebut. "Mau tumpang boleh, kami mau pergi Teluk Intan la encik." "Ooo... Itu macam ka. Haiya! Masuk.. masuk cepat!" arah pemandu tersebut, seorang lelaki berbangsa cina dalam usia 40 an.Fuh! Leganya aku rasa, syukur sangat2... terus ceria wajah! Segera aku dan Ameng masuk ke dalam kereta. "Lu olang mau pegi mana? Sudah malam ooo... Tak takut ka?" Tanya pemandu tersebut yang sebelum itu memperkenalkan dirinya bernama Tan. "Kami mau pergi Tapah. Mau ikut perkhemahan pengakap sekolah kat Lata Kinjang." Jawab ku.
"Lu olang tinggal bas ka?" Soal Tan lagi. "Takde lah En Tan... Kami mau pergi jalan kaki. Kalau siang banyak panas. Malam2 ni sejuk sikit." Jawab ku. "Hayya! Jalan kaki! Lu orang manyak gila o! Manyak jauh oo... itu tempat? Lu olang tak takut ka jalan malam2? jumpa hantu ka...? kena langgar ka...? gigit anjing ka... ? Haiya! memang gila la lu orang...". "Apa nak takut En. Tan, mana ada hantu... Jalan la elok2, mesti ok lah." Ameng membalas persoalan En. Tan. Namun begitu dalam fikiranku mula terbayangkan apa yang dikatakan oleh Tan tadi ada kebenarannya. Kenapa aku tak pernah terfikir semua itu sebelum ini?
Sepanjang perjalanan kami bertiga terus bersembang. En Tan memang baik dan ramah. Beliau seorang ajen insuran dari KL dalam perjalanan pulang kerumah ibu bapanya di Teluk Intan. Satu yang aku kagum dengan beliau dimana beliau sanggup berhentikan keretanya di tengah malam untuk menumpangkan kami tanpa ada rasa takut atau curiga. Bila ditanya...apa jawabnya, "Haiyaa... Lu tahan, wa stop la...haha!"
"Okey! Wa boleh hantar sampai sini saja. Wa manyak respek sama lu olang, sekalang punya budak mana ada semangat, mau cabaran, cari pengalaman macam lu olang. Ini kad gua, kalau lu olang sampai KL, telefon ya! Good luck kawan!" Itulah kata2 terakhir En. Tan sebelum beliau berlalu pergi meninggalkan kami di persimpangan Kampung Bahagia di Teluk Intan. Terasa semangat kami kini semakin membara pula... Terima kasih En. Tan.
Perjalanan Gila Diteruskan
Keletihan mula hilang namun dahaganya...hanya tuhan yang tahu. Aku tahu, lebih 1 km dihadapan ada sebuah kedai makan. Segera aku dan Ameng bergerak meneruskan perjalanan. Syukurlah...kedai tersebut masih dibuka. Kami membeli air, roti dan gula2 buat bekalan.Kini kami telah melalui 1/3 jarak perjalanan. Masih jauh lagi destinasi... Jam pula baru melepasi pukul 12 tengah malam. Misi kami adalah untuk sampai ke Lata Kinjang dalam pukul 9.00 pagi keesokan harinya. Maka kami hanya ada lebih kurang 9 jam sahaja lagi dari sekarang.
Perjalanan seterusnya pula lebih mencabar kerana jalan yang akan dilalui amat jarang kami tempuhi. Malam juga sudah semakin lewat dan kenderaan sudah teramat kurang ada di jalan raya. Sunyi kian terasa.
Dalam kegelapan malam kami meneruskan perjalanan. Sesekali teringat juga apa yang dikatakan oleh En. Tan tadi... Namun aku hanya simpan dalam hati... Aku layan bersembang dengan Ameng untuk menghilangkan resah dihati... Dah macam orang gila pula, tergelak-gelak berdua di jalan raya!
Dalam pada masa yang sama, Setiap kali kenderaan lalu, kami akan cuba tahan... Namun setiap kali itu juga kenderaan tersebut memberi lampu tinggi... bergerak perlahan dan kemudian terus memecut pergi... "Diaorang ingat kita orang gila kot... haha!" kata Ameng dan kami berdua terus ketawa. Tanpa kami sedari rupanya ada 'sesuatu' yang sedang mengekori kami.
Apakah dugaan dan cabaran yang bakal kami tempuhi? dan Mampukah kami mencapai misi yang gila ini tepat pada masanya? Ikuti sambungan kisah ini di link berikut : Perjalanan Idea Gila Diteruskan
Misi perjalanan idea gila... Sekolah ~ Lata Kinjang |
p/s: kalau anda memandu kereta di malam hari, ada orang tahan... Anda berhenti tak?
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Artikel : Perjalanan Idea Gila Kini Bermula
20 comments - "Perjalanan Idea Gila Kini Bermula..."
all the best ye BM..moga misi tercapai..
Err..ade yg ikut??
Gileeerrrr nak berenti kat area jln tu..... jln sunyi sepi..... lain yg nak menumpang....... hahahahaha.......
gambar2 yg dipilih mmg benar2 menyeramkan...
pstt..akka sesekali takkan berenti kalau ada yg mintak tumpang waktu malam mcm tu hehe...
ha ha ... sapa la yg menekori tu ... confirm x berhenti .
kalau sy drive sorang mmg takkan berhenti la, tapi kalau ada teman mungkin akan difikirkan. kenapa xmintak je mr.tan tu antar?
wah saspen lagi mesti ikuti sambungannya...la ni kalau di tengah malam ada yg tahan kereta demi keselamatan janganlah berhenti..kdg bahaya sdg menunggu kita.
aduhh ada unsur suspend nie... tak sabar nak baca kisah seterusnya
wah..makin tak sabar di buatnya...
entri ini dah macam gila...ops best giler!..nak tahu lagi!..
kalau saya tak akan berhenti punya kalau tengah malam..takut kena rompak..lainlah dalam kereta dah sedia pistol atau alat pertahanan diri yang canggih..termasuk diri sendiri pandai kung fu
Nak kena baca lagi ni.
Kalau saya,orang tahan pk dua tiga kali juga. Tengok keadaan dan tempat juga nak berhenti sekarang ni..
Memang giler.. :-D
Salam jumaat yer ! KA pernah alami peristiwa2 misteri di jalan2 sunyi, so mmg x kan berhenti lah kalu org tahan lgi2 klu malam2 hehehe
tak aci r tumpang kereta orang hhhe tapi idea untuk berjalan malam tu memang syok (h)
teringat entry kak di cameron highland bila kak dan anak2 dihon kenderaan lalu lalang..huhu. pelik, apa makcik dan anak2 dia buat dalam hutan..
aduh..memang berani..memang berani. kalau ada orang tahan waktu malam? sure tekan minyak. tapi. kalau kat highway, kak telefon PLUS ajalah ya..
adeh, sejak bila pula BM buat entry suspend ni
dah habis ke tu? mesti diorang ada nampak something, sebab tu tak mahu berenti =)
tapi kalau saya memang tak akan berhenti!
Kawasan perjalanan tu ada yg keras kan hmmm.. Klu dulu mungkin ramai yg sanggup berhenti, lebih2 lagi klu budak2 yg tahan.. klu sekarang tak taulah. Org bukan tak nak bantu, tapi ada yg takut jadi hal lain... Apa pun, bab bawak air tu mmg ganas.. nasib baik tak kekeringan hehee.. :D
nice sharing
Wah..baik betul ye En. Tan tu..sekarang ni jarang dah ada oarang nak berhenti bagi orang yang tak dikenali tumpang kereta malam2..
tak de nya berhentikan kereta..zaman sekarang lagilah bahaya..macam mana lah pula terlupa bawa air BM..ni mesti terlalu seronok nak berjalan kaki..
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”