بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah lama tak update kategori Komen Entri ni. Hari ini ada beberapa topik hangat, menarik, sedih dan luarbiasa untuk dikongsikan bersama anda. Kita mulakan corat coret di hari Isnin ini dengan topik yang hangat dahulu...sebab yang sedih tu memang menyedihkan...
Vitamin Shaklee Terhangat!
Apa yang hangat di dunia blogger ketika ini? Apa lagi...kalau bukan Vitamin Shaklee! Begitu ramai blogger bercerita tentang produk vitamin Shaklee ini! Sejak dari minggu lepas lagi dan pastinya akan berterusan sehingga ke bulan hadapan, kisah vitamin shaklee bagus untuk kesihatan ini akan terus menghangatkan dunia blog di Malaysia.Semua ini adalah penangan contest 'Bonus Akhir Tahun' oleh blogger terkenal Akma Omar! Contest yang menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai RM2600 ini mendapat sambutan menggalakkan sekali. Dua kategori contest dipertandingkan iaitu kategori SEO dan kumpul jumlah share g+1 serta FB. Berminat!? Jangan lupa hantar penyertaan contest hebat ini sebelum 16 Nov 2014. Ianya berlangsung sehingga 31 Disember 2014. Dapatkan maklumat lanjut di SINI
Nasi Lemak Berharga RM45!
Nasi Lemak MAS |
Sudah sedia maklum, kita semua mengetahui syarikat MAS dari tahun ke tahun mengalami kerugian. Bukan sedikit jumlahnya. Dengan pendedahan ini jelas sekali perbelanjaan MAS melampau! Nasi lemak yang disajikan dengan sebiji telur, sambal, ikan bilis, timun dan kacang dibeli oleh MAS dengan harga RM45. Ini baru sajian nasi lemak...belum lagi perbelanjaan lain yang bernilai lebih besar!
Jika keadaan sebegini masih berlarutan, amat mustahil untuk memulihkan MAS dari masalah kerugian. Sudahlah reputasi MAS terjejas teruk akibat dari tragedi MH370 dan MH17. Sewajarnya MAS tidak digunakan di atas kepentingan dan keuntungan peribadi... Ingatlah, MAS masih dipunyai oleh kerajaan. Wang kerajaan adalah wang rakyat... Tidak ku halalkan ianya digunakan untuk keuntungan peribadi!
Ujian Seorang Blogger
Perkongsian kisah dari Dayah |
Berita menyedihkan berlaku kepada salah seorang rakan Blogger iaitu Dayah Bachtiar (DengariSaya.blogspot.com). Melalui blog Denaihati, kisah sedih Dayah dikongsikan. Pada jam 11.50 malam, rumah beliau telah terbakar hangus di jilat api. Tiada satu pun barangan yang dapat diselamatkan. Namun, Syukur Alhamdulillah... beliau dan suami selamat.
Kini Dayah sekeluarga tinggal sehelai sepinggang dan menumpang di rumah ibunya. Sungguh besar ujian Allah kepada sahabat blogger kita ini, semoga beliau tabah menghadapinya. Walaupun saya tidak mengenalinya namun sebagai seorang blogger, terasa sekali kesedihan yang beliau sekeluarga alami.
Untuk meringankan beban Dayah, Denaihati bermurah hati untuk memberi sumbangan melalui komen anda di blog denaihati. Setiap komen anda dimana-mana entri di Blog Denaihati adalah bernilai RM1 dan akan dikumpulkan sehingga 26 Oktober ini. Jumlah terkumpul akan disumbangkan sepenuhnya kepada Dayah. Selain dari itu, jika anda berminat untuk menyalurkan sumbangan terus pun dialu-alukan. Dapatkan maklumat lanjut di Entri Blog Denaihati : 1 Komen 1 Ringgit.
Hulurkan bantuan anda... mudah sahaja, singgah blog denaihati.com dan komen, maka RM1 telah didermakan ikhlas dari anda... Lagi banyak anda komen, lagi banyak anda menderma. Bersama kita membantu...
Kak Paridah Mengejutkan!
Apa yang luarbiasa hari ini? Yang luarbiasa hari ini adalah Entri dari kak Paridah! View Blog 60 Juta! Wow! Banyak sungguh! Bukan le blog sensasi seperti beautifulnara.com tapi blog biasa jer. Blog manakah yang punya view 60 juta tu... Memang luarbiasa melampau! Jom kita terjah Blog Karyaku : Paridah Ishak.Itulah sedikit corat coret komen entri kali ini. Rajin blogwalking, banyak ilmu, informasi dan pengalaman yang kita dapat... Jangan jadi malas sangat macam saya ye... huhu...
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Artikel : Corat Coret Komen Entri Hari Isnin
39 comments - "Corat Coret Komen Entri Hari Isnin"
banyak entri yg akak terlepas disebabkan seminggu tak berblog gara2 masalah modem..nak kena U-Turn ni..
Wahhh...idea yang bijak ni bro BM. Leh manfaatkan di wan juga nanti. Penulisan entry sebegini mampu untuk cantekkan bounce rate juga ni.
Apapun, di sekeliling kita penuh warna-warni kehidupan...
Yang sedikit itu adakalanya banyak..;)
Shaklee memang tip-top sekarang ni. Nasi lemak MAS tak sudah-sudah jadi topik hangat. Kisah rumah salah seorg blogger terbakar kakak tak terbaca. Sedih - baru tahu bila baca N3 ini. Tapi yg 60 juta pengunjung tu kakak dah baca pun... apa BM rasa? Tokojut den hihi...
sangat sensasi untuk kita lihat hari ni..thanks berkongsi ye BM
semangat nak berblogging bertambah lagi bila baca entri shaklee...
banyak lagi berita sensasi yang BM tak masukkan... hehehe :>)
Ok...nak terjah entry² sensasi nih.
saya banyak dah terlepas entry2 menarik....sibuk...(mcm kita sorang jerr keje kan ^_^)
banyak betul cerita eh sekarang eh..
Asalamualaikum ..inalilhiinahirajuin..semoga blogger daya dan suami sabar dalah hadapi ujian ini. Harap dapat salurkan bantuan ni. inshaAllah...simpati. ya Allah berlah kami rahmat dan ampuni dosa kami sesama blogger.
asalam lagi sekali ya..subahanallah nilah blog view 60 juta tu..wow!!! luarbiasa ni ..apapun tahnia ya..dah jadi linkbloglist dalam ruang AMZING blog di blog Etuza
kak pun banyak terlepas cerita di blog...
bila p ke blog PI tu, ehemmm...ada yang buat entry tentang view blog 60 juta BM:-))
tahniahlah..
Takziah buat rakan blogger sekeluarga tu. Semoga Allah permudahkan segalanya... aamiin.
Tahniah juga buat kak Paridah.. pehh 60 juta tuuu..
saya suka cara penulisan begini..banyak perkara berlainan dalam satu masa..
biar betul PI tu ... saya suka baca novel bersirinya . bila lah nak habis agaknya . Semoga blogger dayah tabah dan redha melalui ujian Allah . Demam shaklee sekarang ni ya ...
Takziah untuk rakan Blogger kita Dayah. Semoga beliau tabah menerima ujian Allah...
Sekarang dah ok kan... Bolehlah ulangkaji, hehe...
Blogwalking sahaja...mcm baca suratkhabar, mcm2 cerita ade...
Bak perumpamaan, sikit2 lama2 jadi bukit... :)
Kak PI memang buat den terkojut jo!...haha!
Tak lah sensasi sangat macam isu pegang anjing tu... :)
Nanti panjang sangat...xde sapa nak baca...skit2 jadilah. :)
Terjah...jgn tak terjah ya :)
Terlepas tak pe...boleh di ulang semula...
Cerita tak akan habis...
Walaikumsalam Etuza,
Takde alasan utk tidak dapat membantu, cuma komen jer dah menderma... Marilah sama2 kita membantu...
Jgn percayalah, saje je PI tu mengusik... Bukan blog ni 60 juta views tetapi google plus yg dh hampir 60 juta views...
Kak PI tu saje jer mengusik...hehe
Yg terlepas, boleh di ulang semula...
Sama2lah kita membantu beliau... Singgah denaihati dan komen.
Ya! Tahniah Kak Paridah!
Yang masam manis itu memang disukai ramai... :)
Salah tu...kalau demam, makan shaklee...hehe
Jgn lupa ke denaihati... sama2 kita membantu yg termampu...
menarik ada berita2 sensasi di sini dalam dunia blogger..yg paling best mengenai vitamin shaklee tu..mcm nak join:)
assalam dik BM...heh..heh..sesekali dpt juga menumpang karyaku di blog 60 juta views ni...terima kasih banyak...amat2 dihargai...masyaAllah..takziah kpd blogger dayah yg malang rumahnya terbakar...ujian Allah berat sekali...moga beliau sekeluarga tabah menghadapinya.
hmmm....semoga blogger dayah tabah... jom terjah entri meletops...
wah, besar nilai hadiah yang ditawarkan! menarik tu
anyway saya tak mengenali blogger yang disebutkan di atas
saya akan tinggalkan jejak sebentar lagi =)
Salam takziah untuk blogger dayah...
terima kasih
terima kasih
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”