بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Aplikasi Pinterest |
Secara kebetulan pula, semasa menggunakan template ini, ianya telah di setting untuk widget sharing pinterest, maka teruslah mendaftar dengan Pinterest. Tapi sebelum itu dah memang ada trafik dari pinterest ini tetapi tidaklah tinggi. Berikut sedikit pengetahuan dan informasi yang dapat saya kongsikan bersama anda.
Mengenali Apakah Itu Aplikasi Pinterest Dan Kegunaannya
Jika dilihat idea aplikasi Pinterest ini lebih kurang sama seperti Instagram iaitu lebih kepada perkongsian visual. Bermula pada Mac 2010 kini, pengguna Pinterest telah melebihi 70 juta orang dan terus berkembang dengan pantas. Tujuan dan kegunaan aplikasi Pinterest ini adalah : 'to offers a visual discovery, collection, sharing, and storage tool that you can use to find ideas for all your projects and interests.'Oleh yang demikian, selain dari Google image search, anda boleh gunakan Pinterest untuk mencari gambar yang anda kehendaki. Koleksi ini dikumpul oleh pengguna pinterest sendiri dengan cara pin gambar dan dletakkan kategori serta penerangan. Sesiapa sahaja boleh pin dan ianya akan disimpan dalam data website pinterest. Disini, setiap gambar tersebut anda boleh like, komen serta share dengan rakan google plus, pinterest follower, twitter dan juga facebook. Lebih kurang sama lah macam aplikasi sosial lain.
Anda boleh cuba dengan pergi kemana-mana gambar di blog ini, anda akan lihat simbol 'pin it' akan keluar di bucu kanan bawah gambar dan klik. Setelah anda letakkan kategori serta penerangan dan save, anda boleh ke Pinterest.com (kenalah daftar dulu tapi boleh apply terus melalui akaun facebook anda) dan lakukan carian menggunakan ketegori tersebut. Gambar tadi akan terpapar!
Contoh gambar yang telah di pin dan disimpan di Pinterest |
Yang bagusnya... Pinterest ini akan meletakkan sumber dimana gambar tersebut di pin. Selain dari itu, Pinterest juga akan mengumpulkan semua gambar yang di pin dari sumber tersebut dalam satu file carian. Oleh itu anda boleh buat koleksi gambar-gambar daripada blog atau mana-mana sumber untuk disimpan di pinterest.
Antara gambar di bawah file pinterest relakssminda.blogspot.com yang telah di pin oleh saya dan pengguna pinterest. |
Pinterest Tingkatkan Trafik Blog
Bagi blog yang punya banyak gambar-gambar menarik dan berinformasi, aplikasi Pinterest amat berguna sebagai salah satu sumber trafik yang baik. Selain berfungsi umpama enjin carian gambar, ianya juga dapat mendedahkan dan membawa trafik blog anda daripada pengguna pinterest di seluruh dunia.Buktinya telah nyata... Semakin hari pengguna Pinterest semakin meningkat dengan ketaranya. Trafik blog ini membuktikan bahawa Pinterest berpotensi menjadi sumber trafik yang baik selepas google.com. Carian di Pinterest juga ekslusif kerana ianya membunyai kategori dan penerangan.
Trafik organik melalui Pinterest semakin tinggi. |
Semoga sedikit penerangan dan informasi ini dapat membuka minda anda untuk mengenali apakah itu aplikasi Pinterest serta kegunaannya dengan lebih dekat. Setiap media sosial ada kelebihan dan kekurangannya. Gunakanlah ianya untuk kebaikan dan kemudahan.
Jika anda punya lebih pengalaman dan pengetahuan tentang pengunaan aplikasi Pinterest, boleh kongsikannya diruangan komen untuk pengetahuan dan informasi bersama.
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Artikel : Tingkatkan Trafik Blog Melalui Pinterest
20 comments - "Tingkatkan Trafik Blog Guna Pinterest"
thanks atas perkongsian ni BM..
diakui pinterest memang banyak menyumbang pada trafik blog...
suke.............pinterest!!!
Terima kasih BM..boleh cuba lepas ni..
info baru yg menafaat ni...tq
bagus kan ada pinterest nie... saya pun join jugak
(h)
sat gi pi jln2 kat pinterest ...
singgah petang tambah ilmu..thanks BM =)
wah idea yang best.. baru tahu apa kegunaan pinterest ni
nampkanya kena selalu share gambar di sana la lepas nie
Info menarik.. t kasih atas perkongsian ini BM.. :)
wah, nak cuba jugaklah
betul tu. sy pun pengguna pinterest
macam tu rupanya...selalu juga nampak pinterest ni..tapi tak tau fungsinya..tq BM..
kalau market luar..memang aku pakai.
kalau market tempatan ni..tak guna pun tak apa. hehe..
Aplikasi wajib guna setiap blog..:)
nice sharing BM
Pernah tengok tapi tak pernah ambil tahu pun...lepas baca kat sini...macam berminat jugak... t.kasih BM..
saya masih lagi tidak tahu macam mana nak print gambar dari pinterest...boleh bantu?
Menarik
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”