بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Menarik! Baru hujung minggu lepas borak-borak santai pasal iklan Nuffnang. Tak sangka pula dalam minggu ni berderet-deret blogger menerbitkan entri berkenaan Nuffnang kerana dapat CPUV yang berderet-deret!
Paling banyak yang diketahui, ada 8 iklan CPUV on going. Tak tahulah kalau ada blogger yang dapat lebih dari itu. Ada tak? Lihatlah sendiri betapa gembiranya blogger-blogger ini, Tahniah! Semoga bertambah murah rezeki anda semua.
Paling banyak yang diketahui, ada 8 iklan CPUV on going. Tak tahulah kalau ada blogger yang dapat lebih dari itu. Ada tak? Lihatlah sendiri betapa gembiranya blogger-blogger ini, Tahniah! Semoga bertambah murah rezeki anda semua.
- Buffered Earning (BE) | Tips dapat BE Bertingkek² - SuperMOM With SuperKID (7 on going)
- Minyak Naik, Tapi Nuffnang Tetap Baik Hati - Mamaniza.com (3 on going)
- CPUV Nuffnang - Detik-detik Indah Dalam Hidupku (8 on going)
- Menjana Income Dengan Nuffnang Memang Berbaloi - Dunia Cik Akak (8 on going)
- Nuffnang Bermurah Hati Lagi - Di Jari Pena Menari (4 on going)
- CPUV 59 , 60, 61, 62 NUFFNANG - Aku vs Dia (6 on going)
Bukannya aku dapat 28 CPUV tetapi 6 Blog ada 28 iklan CPUV on going... ")
Kriteria Pemilihan Iklan CPUV Kepada Blogger
Walaupun ramai blogger yang mendapat berderet-deret CPUV Nuffnang ini, namun masih ramai juga yang tidak mendapatnya walaupun tetap setia (semua syarat Nuffnang juga telah diturutkan) dan punya niche blog yang hampir sama. Ini membuatkan pemilihan blog yang menerima CPUV ini seringkali boleh dipertikaikan.Jelas sekali terdapatnya kriteria yang kurang wajar dalam pemilihan walaupun seringkali ditekan oleh Nuffnang ianya bergantung kepada pihak pengiklan. Benarkah? Kenapa ada yang boleh dapat sampai 8 CPUV tetapi ada pula yang langsung tak dapat? Tidakkah ini akan menimbulkan rasa curiga lalu timbulnya persoalan bahawa adanya sikap pilih kasih dalam pemilihan? Takkan pengiklan hanya nampak beberapa blog sahaja melainkan blog-blog ini dipilih sendiri oleh Nuffnang untuk dipilih pula oleh pengiklan.
Berderet-deret CPUV Nuffnang! Blog siapa ni? |
Kenapa Nuffnang tidak boleh menjadi lebih adil dalam pemberian iklan CPUV ini dengan memberikannya dengan jumlah lebih kurang sama rata banyaknya? Bukankah Nuffnang punya kelebihan untuk mempromosi blog-blog ini kepada pengiklan untuk dipilih berikutan segala informasi blog sudah ada pada mereka.
Jika sebelum ini Nuffnang ada menyatakan trafik blog juga sebagai satu peluang untuk dipilih tetapi bila trafik blog sudah tinggi, tak akan ada CPUV yang melekat pula. Pengiklan pasti mahukan blog-blog trafik tinggi kerana beri lebih ruang promosi buat mereka dan sepatut blog-blog ini yang mudah terpilih tetapi sebaliknya pula yang berlaku!
Oleh itu tidak hairanlah sebelum ini terdengar keluhan blog-blog yang mempunyai trafik yang baik tentang Nuffnang dan akhirnya mula beralih ke agensi pengiklanan lain. Namun ianya bagus juga, memberi peluang yang lebih kepada blog-blog lain yang trafiknya kurang tinggi untuk beroleh iklan CPUV itupun kalau Nuffnang nampak andalah.
Cara Nuffnang keluarkan iklan-iklan CPUV ini juga kurang effisien dan bagus untuk pengiklan kerana sekarang ini iklan-iklan CPUV selalu muncul bukan di waktu-waktu puncak. Ini mengakibatkan iklan menjadi kurang effektif dan sekaligus memberi kesan kepada jumlah earning blogger. Akhirnya timbul keluhan, "Iklan CPUV banyak tapi earning sikit." Kurang pasti kenapa Nuffnang melakukan tindakan sedemikian, mungkinkah kerana tidak mahu bayar lebih kepada blogger atau mahu untung lebih?
Nuffnang, Pihak Beriklan & Blogger
Nuffnang sepatutnya menjaga reputasinya sebagai syarikat pengiklanan yang terbesar dan paling ramai penggunanya di Malaysia. Pihak yang beriklan juga perlu melihat perkara ini kerana ianya melibatkan keberkesanan dan efektifnya pelaburan. Blogger pula tidak seharusnya dipermainkan dan diambil kesempatan walaupun ianya bukanlah sumber pendapatan yang mampu memberi kekayaan tetapi keuntungan sebelah pihak sahaja adalah sesuatu penganiayaan dan tidak adil!Entri ini bukanlah melepaskan geram tetapi sekadar pandangan agar ada perubahan yang sewajarnya untuk kebaikan bersama. Keadilan diberi kepada mereka yang berhak. Aku tidak mahu melihat blogger-blogger yang bagus serta setia ini tidak dinilai sebaiknya. Terima kasih Nuffnang diatas kesempatan dan perolehan yang diberi.
Sekarang ini ada pelbagai pilihan syarikat pengendali pengiklanan yang menawarkan pelbagai cara dan kaedah perolehan. Pilihlah yang mana sesuai dan berkenan. Tepuk dada tanyalah selera, cakap banyak pun tiada gunanya... :)
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
40 comments - "Dapat Iklan CPUV Nuffnang! Ada 28 On Going!"
Banyak tu 8 sekali ;D
Assalammualaikum... BM,
Dulu earning nuffnang senang aje nak dapat RM 20-30 satu cpuv sekarang susah kan.. sebab byk blogger yang berdaftar dengan nuffnang...
mselim3
mselim3
murah rezeki ;)
masih byk pilihan...teruskan berusaha...in shaa allah berhasil.
masyuk..alhamdulillah...kathy sejak bertukar link blog baru belum dapat cpuv baru lagi..last cpuv dapat 10 september..hehehehe..takpe..sabo dulu..
kak pun xfhm fungsi cpuv ni sbb tengok yg dikredit dlm akaun sikit jer...tapi cek yg dikirim nilainya...oklh buat blog yg viewrsnya rendah saja
banyaknya 8 yang on going.
bagus entri ini BM,saya juga sependapat dengan anda bahawa pemberian iklan mungkin juga dari Nuffnang dan bukan dipilih oleh pengiklan. Satu lagi, saya pernah capai traffik yang bagus dan juga uv yang memberangsangkan, tapi dalam tempoh itu, tiada satu CPUV pun yang melekat, sedangkan bila kita hantar tiket dan tanya hal ini, depa suruh kita keep blogging and dapatkan more traffic.memang nampak macam nak untung sendiri.apa pun akhirnya rezeki masing-masing jugak kan? harapnya Nuffnang telus dan jangan aniaya blogger..:)
nanti nk kna blajar buat ni..macam best je dapat duit sambil blogging...^^
Akak percaya sepenuhnya pada rezeki olehNYA..sbb pernah 3 bulan satu CPUV pun tak melekat..
persaingan amat sengit..iklan terpaksa dihadkan supaya ada blogger lain turut menerima habuannya
mama ada 2 masuk lagi semalam.. bertingkek2 mama punya, total 5... rezeki .. alhamdulillah....
Kenapa tak cuba adf.ly? Saya dah guna bertahun-tahun sejak zaman adsense, they're paying dan agak lumayan jika kita btl2 serius..
Salam Jumaat BM..
Luahan hati ya...tak apa k...kalau tak ada rezeki kat Nuffnang, pasti ada rezeki yang lain..Apa-apa pun selamat bercuti dan selamat menyambut Aidil Adha k..
Waalaikumsalam mselim3,
Earning cpuv ini sepatutnya hanya berkait dengan jumlah trafik namun disebabkan iklan cpuv ini jarang2 keluar diwaktu puncak mengakibatkan perolehan yang sikit. Nuffnang sayang mselim3...semoga bertambah murah rezeki ya!
cpuv ini iklan yang diberi dan perolehannya melalui 2 cara iaitu jumlah trafik (unik visitor) dan juga klik. Semoga murah rezeki akak... :)
Dulu tak faham juga kenapa ramai blogger merungut dengan Nuffnang ni, tapi sekarang dah faham sangat2...hehe
Keuntungan jelas pada sebelah pihak tu yg ada rasa sedikit kurang puas hati...
Sepatutnya begitulah, tapi sekarang ni, ada yg dapat banyak tapi ada yg langsung tak dapat...
Wah! Dah bertambah lagi... Murah rezeki Mama, syukur Alhamdulillah...
Nuffnang ni digunakan oleh ramai blogger terutama yang baru. Sewajarnya Nuffnang adil kepada setiap blogger. Entri ini bukanlah tentang blog ni tapi pandangan dan pendapat peribadi tentang Nuffnang jer.
p/s: Masa mula2 blogging Nuffnang adalah pilihan terbaik tapi kalau trafik dah kencang, kena tukar kpd yang lainlah...spt SP, mesti tinggi income nya! :)
Waalaikumsalam RZ
Bukan Luahan hati, sekadar pandangan peribadi utk dibincang bersama...hehe
Selamat bercuti dan selamat menyambut Aidil Adha juga buat RZ :)
Tanjat gegirl. Ingatkan BM dapat CPUV sampai 28. Memang pecah rekod tu...hehehe...
Betul tu. Saya rasa nuffnang yg bagi iklan. Bukan dari pihak pengiklan. Tapi kan, iklan yg di beri ni kebanyakan jarang muncul. Muncul pon waktu malam dan bukan waktu puncak.
aikk...baru ingat nak bercerai hari tu, kan. pandai dia "pujuk" ya...
kak pun baru faham dari pembacaan entry BM. tahniahlah...BM dapat 8, kak dapat 4..
so, tak jadilah talak 3, hee
untuk blogger cam saya ni
usah mimpilah, mereka tak akan pandang
tapi kebelakangan ni memang ada ramai yang merungut
aritu ada seorang blogger yang begitu well known, mengamuk kat nuffnang
banyak tu dapat cpuv...syukur...blog aku dah sebulan tak dapat cpuv..hihihi
Amboi! banyak tu...rezki bertingkek2...masyuuukkk...tahniah!
ingat bm dpt 28 cpuv. pergh suspens. tp klo betul2 dpt mmg rezeki besar.
alhamdulillah sy lately pun dpt peluang besar dr nuffnang
pasal pemilihan blog dpt cpuv tu, sekarang sy buat entry lebih luas lagi skop, coz takut klo hanya fokus 1 topik je x dpt pikat hati advertiser
masih dlm proses membuat ujikaji mendptkan cpuv nuff
oh ya, hari tu sy ada tanye nuff pasal iklan geniee, klo letak akan jejaskan glitterati or x. diorang cakap x jejaskan. excited gak nak letak. cuma ada masalah nak buat akaun paypal
Sekarang blog pcl dah tak ada iklan nuff lagi, walau dah buang ads beberapa minggu lepas tapi status tetap glitterati dan masih diberi CPUV , 6 on going . Pcl nak bagi peluang kepada blogger lain merasa..cukup lah dengan yang sebelum-sebelum ni. Dan mahu beriklan cara lain pulak.
blog personal mudah dpt cpuv . saya ada 2 blog . kebanyakan cpuv yg melekat adalah utk blog personal bkn utk CM ... huhuhuuu
den dah lama dah merajuk dengan nuffnang ni..pilih kasih la..
Blog saya pun kencang dpt CPUV dr nuffnang, tapi betullah spt yg ditulis. Iklan jarang keluar ketika trafik blog kita tinggi! Jadi pendapatan yg kita dpt drpd CPUV ni pun x seberapa! Wbgmnpun still bersyukur masih ada CPUV tu..cuma kadang2 rasa tkilan tu ada juga. CPUV byk tp hasilnya x seberapa..sedar2 dah jadi metered!
Itu bukan saya... Saya xdapat satu pun... "kosong!"
Dalam proses nak cerai...hehe
Terima kasih cik akak... :)
Bila ramai yg merungut barulah Nuffnang ni nak bertindak...kalau tidak, senyap jer la...
Semoga PCL dimurahkan rezeki... Sampai masanya, perlukan perubahan :)
Blog yg trafik rendah jer mudah dpt cpuv ni... Tak pelah, rezeki masing2...
Itulah cara mereka membuat bisness... Kalau selesa, teruskan...jika tidak, masih ada lagi banyak pilihan...
Alhamdulillah tahniah.. semoga BM sentiasa dimurahkan rezeki... aamiin. Semoga terus sukses.. :)
pasal nuffnang ni sy pun xtau nak cakap. Setakat ni alhamdulillah la, cpuv dan earning naik walaupun tak banyak dan tak hebat mcm blogger lain tapi still dia naik setiap hari.
Saya mmg tak tau nak cakap dan komen pasal nuffnang ni. maklumlah, saya mmg xpandai hal-hal ni.
waa banyak betulll!!!... #klik#visit my blog on shukranzahari.blogspot.com ...happy blogging
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”