بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
International Day for Disaster Reduction (IDDR) |
Ianya adalah lanjutan dari resolusi UN pada 22 Disember 1989 yang menetapkan setiap hari Rabu kedua bulan Oktober diisytihar sebagai Hari Antarabangsa Untuk Mengurangkan Kemusnahan Alam Semulajadi. atau International Day for Natural Disaster Reduction dimana skopnya lebih kepada promosi untuk pembasmian, pencegahan dan kesedaran tentang kemusnahan alam semulajadi.
Apabila ianya ditukar kepada Hari Antarabangsa Untuk Mengurangkan Kemusnahan (IDDR), maka skopnya menjadi lebih meluas di mana ianya tidak lagi terhad hanya kepada alam semulajadi.
Objektif sambutan Hari Antarabangsa Untuk Mengurangkan Kemusnahan adalah untuk memberi penerangan kepada setiap individu, komuniti dan pemerintah agar mengambil bahagian, peduli dan tindakan tentang betapa pentingnya pembasmian, pencegahan dan kesedaran tentang sesuatu kemusnahan sama ada berkaitan alam, kehidupan, moral dan sebagainya.
Tema Dan Objektif Hari Antarabangsa Untuk Mengurangkan Kemusnahan (IDDR)
Mulai pada tahun 2000, setiap tahun IDDR ini diberi tema tertentu agar memberi fokus kepada satu-satu kempen, topik atau isu. Berikut adalah senarai tema dan objektif Hari Antarabangsa Untuk Mengurangkan Kemusnahan (IDDR) mengikut tahun.
Adalah penting bagi generasi hadapan yang akan menjadi pemimpin untuk belajar memahami, cara mengawal dan membasmi kemusnahan serta kesan-kesannya kepada kehidupan sejagat. Melentur buluh biar dari rebungnya.
2001: Countering Disasters, Targeting Vulnerability
Walaupun setiap negara tidak dapat lari dari berlakunya bencana, negara-negara miskin lebih terdedah kepada bencana dan kesannya lebih buruk akibat dari kurangnya perhatian dan langkah pencegahan. Pertambahan penduduk yang ketara terutama di negara-negara membangun mengakibatkan kemusnahan pada skala besar demi tuntutan habitat kehidupan. Kesemua ini perlu diberi perhatian dan dibantu agar kemusnahan secara total dapat dikurangkan.
2002: Sustainable mountain development
Pembangunan tidak dapat dielakkan namun jika diurus dan dirancang dengan baik, bencana serta kemusnahan yang teruk mampu dikawal dan seterus dapat mengurangkan sebarang risiko bencana.
2003: Turning the tide...
Memandangkan hampir 90 peratus bencana berlaku di seluruh dunia adalah berkaitan dengan air, maka pegurusan dan perancangan pembangunan serta pengekalan sumber air bersih amat penting demi kehidupan yang selamat dan sejahtera.
2004: Today's disasters for tomorrow's hazards
Setiap individu, kerajaan, badan terlibat, industri dan komuniti perlu bekerjasama dalam memainkan peranan untuk mendapat dan memberi kesedaran serta mengawal bencana mahu pun kemusnahan dari berlaku. Pelan-pelan tindakan dan undang-undang perlu dikuatkuasakan serta sentiasa dipantau. Ini kerana tindakan hari ini akan membawa kesan kepada kehidupan dimasa akan datang.
2005: Microfinance and disaster risk reduction
Tahun 2004 merupakan tahun bencana alam dimana Tsunami di Lautan Hindi, Taufan Kartina dan gempa bumi di Pakistan dan India telah menyaksikan kemusnahan pada skala yang amat besar. Oleh itu bantuan kecemasan amat penting terutama kepada mangsa untuk memulakan kehidupan yang baru. Bantuan kepada kerajaan pula dapat menyediakan kemudahan dan rancangan kawalan untuk mengurangkan risiko kemusnahan besar dan jumlah nyawa yang terkoban.
2006: Disaster risk reduction begins at school
Kesedaran dan pengetahuan mengenai kesan serta risiko bencana dan kemusnahan perlu diajar dan dijadikan salah satu ilmu yang perlu diketahui oleh setiap individu. Oleh itu ianya wajar dijadikan salah satu ilmu pengetahuan dan pembelajaran penting kepada murid-murid sekolah.
2007: Challenging the world's education authorities
Kepentingan ilmu pembangunan yang betul seperti mematuhi peraturan pembinaan bangunan, penerokaan tanah yang terancang, sistem amaran dan komunikasi yang berkesan, pengurusan sumber semulajadi dan langkah-langkah tindakan kecemasan atau bencana perlu dikuatkuasa dan dipraktikkan oleh kerajaan tempatan agar kemusnahan dapat dikawal serta mengurangkan risiko bencana.
2008: Disaster risk reduction is everybody's business
Setiap individu perlu mempunyai pengetahuan dan kesedaran tentang kesan serta risiko bencana dan kemusnahan bakal berlaku. Oleh itu ianya adalah tanggungjawab bersama dan bukannya hanya kepada pihak-pihak tertentu kerana kesan kemusnahan akan melibatkan semua orang. Hyogo Framework (HFA) perlu dilaksanakan.
2009: Hospitals Safe from Disasters
Kemudahan pusat kesihatan dan hospital merupakan kemudahan terpenting untuk semua manusia. Oleh itu ianya mestilah punya kekebalan dari sebarang kemusnahan yang berlaku. Untuk itu UNISDR, WHO dan World Bank telah menetapkan garis panduan serta kempen dalam memastikan setiap kemudahan ini selamat dari sebarang ancaman bencana dan kemusnahan.
2010: My City is Getting Ready!
Bandaraya besar perlukan perhatian kerana ianya didiami oleh ramai penduduk serta padat, selain dari nilai dan kerugian yang amat besar jika berlakunya sebarang bencana. Oleh itu UNISDR membuat kempen ini agar setiap bandaraya besar bertindak dan bersedia dalam mengawal serta mengurangkan risiko mahu pun kesan kemusnahan sekiranya bencana berlaku.
Kempen "The Step Up"
The Step Up Campaign |
2011: Making Children and Young People Partners for Disaster Risk Reduction
Kempen yang dijuruskan kepada golongan kanak-kanak dan remaja. Generasi muda yang perlu diberi ilmu dan pengetahuan dalam menangani dan membasmi kesan serta risiko bencana dan kemusnahan.
2012: Women and Girls: the [in]Visible Force of Resilience
Golongan wanita tidak boleh dipinggirkan dalam mendapat pengetahuan serta kesedaran dalam melakukan sebarang tindakan untuk mengurangkan serta membasmi risiko dan kesan bencana mahu pun kemusnahan.
2013: Living with Disability and Disasters
Mereka yang kurang upaya juga perlu diberi perhatian dan tidak terkecuali dari mendapat pengetahuan serta kesedaran dalam melakukan sebarang tindakan untuk mengurangkan serta membasmi risiko dan kesan bencana mahu pun kemusnahan.
2014: Resilience is for Life
Warga-warga tua juga memainkan peranan yang penting. Usia bukanlah penghalang untuk mereka mendapat pengetahuan serta kesedaran dalam melakukan sebarang tindakan untuk mengurangkan serta membasmi risiko dan kesan bencana mahu pun kemusnahan.
Warga-warga tua juga memainkan peranan yang penting. Usia bukanlah penghalang untuk mereka mendapat pengetahuan serta kesedaran dalam melakukan sebarang tindakan untuk mengurangkan serta membasmi risiko dan kesan bencana mahu pun kemusnahan.
Semoga Hari Antarabangsa Untuk Mengurangkan Kemusnahan - International Day for Disaster Reduction (IDDR) ini dapat memberi sedikit informasi dalam melakukan tindakan pembasmian, pencegahan dan kesedaran tentang sesuatu kemusnahan yang berlaku disekeliling kita.
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
10 comments - "Hari Antarabangsa Untuk Mengurangkan Kemusnahan (IDDR)"
Mmg perlu ada hari antarabangsa mcm ni.. Kemusnahan yg besar dilakukan oleh pihak barat sebenarnya. Harap mereka sedar...
peperangan juga menyebabkan kemusnahan alam sekitar yg amat teruk UN harus berusaha mencegahnya...tanpa peperangan dunia makmur n keindahannya mampu dipelihara.....
hari apa? berbelit lidah nak menyebutnya
kenapa semua ni saya tak tahu, menyedihkan betul =)
setiap kemusnahan pasti ada kesan yang besar .
harap pihak berwajib mengambil tindakan yang bijak.
salam perkenalan. saya baru lawat di sini..
selamat.....
semoga kita insaf akan kejadian yang selalu berlaku sekarang.
isu ini agak berat juga dan ia pasti mengundang kesedaran kepada orang ramai nanti
teringat pula lagu Earth Song...
Ambil iktibar dari apa bencana alam yang sedang berlaku sekarang ni...
salam hangat dari kami ijin menyimak sahabat dari kami pengrajin jaket kulit
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”