بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Balasan Ganjaran Berbakti Kepada Ibu Bapa
Ganjaran buat mu 
Kita sering diajar bahawa kita wajib menghormati dan berbakti kepada kedua ibu bapa. Ianya adalah satu tanggungjawab dan perlu dilaksanakan. Berulang kali juga dinyatakan bahawa kita akan dibalas dengan ganjaran yang besar jika menunaikan perintah Allah SWT ini. Berapa besarkah ganjarannya?

Balasan dan ganjaran Allah SWT itu ada yang ditunaikan segera dan ada yang akan diterima di akhirat kelak. Ianya adalah pasti...

Jika kita masih tertanya-tanya bagaimana besar dan rupa balasan mahupun ganjaran yang akan kita peroleh jika kita berbakti dan menghambakan diri kepada kedua ibu bapa, pastinya kisah ini dapat memberi gambaran akan betapa berkuasanya Allah SWT yang memberi ganjaran yang tidak terbanding buat mereka yang menurut segala perintahNya.

Kisah Pemuda Di Dasar Laut

Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda di iringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.

Balasan Ganjaran Berbakti Kepada Ibu Bapa
Terima ganjaran 
Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai-ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari, baginda belum lagi menjumpai apa-apa. Kata salah seorang daripada mereka "Mungkin tersalah tempat". Tetapi baginda menjawab "Tidak... di sinilah tempatnya".

Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam ke dalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda yang ajaib. Tanya Nabi Sulaiman "Apakah kamu menyelam sehingga dasar laut" Jawab Jin Ifrit "Tidak"


Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut. Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang dikatakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.


Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya. Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangat cantik. Kubah tersebut mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu. Pintu pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna merah, pintu ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad. Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk ke dalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas.

Dengan kuasa yang diberikan oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah. Baginda merapati kubah tersebut untuk melihat lebih dekat dan setelah menjenguk ke dalam di dapati ada seorang pemuda berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah diangkat naik ke darat kerana asyik bermunajat kepada Allah.

Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut. Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada di situ. Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah Sulaiman. Pemuda itu bertanya "Dari manakah datangnya kamu semua dan bagaimana kamu datang?". Pemuda itu merasa hairan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa kubahnya telah berada di darat.


Nabi Sulaiman memberitahu pemuda itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk melihat keajaiban yang dikurniakan Allah kepadanya.

Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk melihat benda yang ajaib yang dihiasi di dalamnya. Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh menakjubkan. Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar laut. 


Balasan Ganjaran Berbakti Kepada Ibu BapaBalasan Ganjaran Berbakti Kepada Ibu BapaBalasan Ganjaran Berbakti Kepada Ibu Bapa

Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pula seorang yang buta. Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah. 


Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya di letakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan.

Doa kedua dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Allah. Pada suatu hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut .

Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut. Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di dalamnya tiba-tiba ia bergerak dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut. Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang di utuskan Allah. Malaikat itu memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurniaan Allah kerana khidmatnya kepada orang tuannya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya. Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkan Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus bermunajat kepada Allah sehingga hari ini.

Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu "Berapa lamakah kamu berada di dalam kubah ini" Pemuda itu menjawab "Saya tidak menghitungnya tetapi mula memasukinya semasa pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi". Nabi Sulaiman menghitung, "Ini bermakna kamu telah berada di dalam kubah ini selama dua ribu empat ratus tahun!".

Nabi Sulaiman berkata "Rupa mu tidak berubah malah sentiasa muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya". Nabi Sulaiman bertanya pemuda itu sama ada dia mahu pulang bersamanya". Jawab pemuda tadi "Nikmat apa lagi yang harus aku pinta selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada ku ini". Nabi Sulaiman bertanya "Adakah kamu ingin pulang ke tempat asal mu?" Jawab pemuda itu "Ya, silalah hantar aku pulang ke tempat asalku". Nabi Sulaiman pun memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ke tempat asalnya.


Setelah kubah tersebut diletakkan ke tempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada kaumnya "Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada orang tuanya dan betapa seksanya orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya". Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ke tempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib.sumber

Balasan Ganjaran Berbakti Kepada Ibu Bapa

Yakin Kepada Janji Allah SWT

Walaupun telah berulang kali kisah ini dikongsikan, namun masih ada yang belum membaca kisah ini, maka panjang-panjangkanlah kebaikan. Semoga kisah ini dapat memberi motivasi dan teladan agar kita menghormati, berbakti serta menghambakan diri kepada kedua ibu bapa kerana ianya adalah satu kewajiban dan akan beroleh balasan dan ganjaran yang tidak ternilai dari Allah SWT.

Yakinlah... Janji Allah SWT itu pasti. Ganjaran yang lebih besar menanti di akhirat kelak. Semoga kita semua diberi petunjuk dan hidayah serta rahmat dari Allah SWT.


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

15 comments - "Balasan & Ganjaran Berbakti Kepada Ibu Bapa"

kene betul2 kuat semangant dan beriman nak jaga org tua yg sakit dan uzur kerana itu dugaan yg sgt besar buat anak-anak lagi lagi di zaman skrg nie..kan..

ewanthology delete icon 10:49 PG

terima kasih atas peringatan

Yana Yani delete icon 12:18 PTG

cerita tu buat saya teringat ustazah yang bercerita mengenainya
dia baru meninggal baru-baru ni, moga dia ditempatkan dikalangan orang beriman
anyway berbalik pada topik ni
perbuatan kita pada kedua ibubapa dibalas oleh ALLAH ketika di dunia lagi
tu melambangkan betapa tingginya darjat kedua ibubapa kita

HAMIDIsP delete icon 3:05 PTG

Insyaa Allah mendapat ganjaran di dunia dan akhirat..

paridah delete icon 3:07 PTG

subhanallah kekuasaan Allah itu terlalu besar...apa yg dimahukan terjadi pasti terjadi..janji Allah itu xpernah mungkir lalu berbuat baiklh kpd ibubapa krna terlalu besar ganjarannya...

Unknown delete icon 3:49 PTG

Walau da baca tentang kisah pemuda ini..kak nah xjemu membacanya berkali...berbakti kepada kedua ibu bapa kerana.Allah
..

Blog Santai delete icon 10:38 PTG

Thanks BM...Pengajaran untuk kita semua...Berbakti kepada kedua orang tua adalah kewajipan kita...terlalu besar ganjarannnya..

Tanpa Nama delete icon 10:38 PTG

Hmm..beruntunglah mereka yang berbakti kepada orang tua mereka. rindu mak dan arwah ayah :'(

Tanpa Nama delete icon 9:55 PG

subhanallah.allah tidak pernah memungkiri janji,segalanya benar dan pasti.

Unknown delete icon 6:35 PTG

jgn tolak peluang jaga ibu bapa yg sakit atau uzur dan jagalah mereka dengan penuh keikhlasan krn Allah bkn utk mendapatkan ganjaran yg Allah beri krn blm tentu kita akan dapat ....

ANIM delete icon 8:37 PTG

kak tak pernah dengar/baca cerita ni BM...tq kerana berkongsi..

Bunda_nora delete icon 10:49 PG

Tiba2 teringat dan rindu arwah mak..

OKje delete icon 11:03 PG

Memang tak dinafikan ganjaran menjaga kedua ibu bapa tersangatlah besarnya ....beruntunglah mereka yang mendapat peluang dan ibu bapa redho dengan khidmatnya ......

Khir Khalid delete icon 3:42 PTG

Satu pengajaran, pesanan serta peringatan buat kita semua.Ganjaran menjaga kedua ibu bapa tu mmg besar & semoga dgn kesabaran serta keikhlasan mudah2an beroleh keberkatan... aamiin ya Rabbal alaamiin.

Unknown delete icon 10:19 PG

besar pahalanya tu...
menjaga ibu dan bapa..

Recent Post by MananQayyim : Segmen - 4 Power Bank Original untuk dimenangi

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap