Hidup Bermasyarakat

Kita tinggal dan hidup bersama dalam sebuah kelompok masyarakat, pasti kita perlu juga melibatkan diri dengan masyarakat, sekurang-kurangnya dengan jiran-jiran bersebelahan.

Hidup kita ini saling perlu memerlukan... Jika tidak masakan berjemaah itu besar ganjarannya dari ibadat bersendirian.

Persoalan mulai timbul apabila dalam kehidupan bermasyarakat kini, ada segelintir insan-insan yang tidak mahu bergaul bersama. Mereka lebih pentingkan hal masing-masing. Mereka di dunia mereka tanpa menghiraukan sesiapa dan keadaan di sekeliling. Bukan hanya berlaku di Kondo-kondo mewah...tetapi juga di perumahan rumah murah!

Kenapa mereka harus bersikap sedemikian? Adakah mereka hanya cukup dengan kehidupan bersosial sesama rakan sekerja dan saudara mara? Adakah ini salah didikan, pengalaman silam atau kurangnya pengetahuan? Atau Mungkinkah kerana sifat malu yang keterlaluan?


Lupakan mereka yang berbeza bangsa dan agama, lihatlah kepada mereka yang sebangsa dan seagama.... Adakah mereka ini anda? Atau...  Adakah mereka ini ada tergolong di dalam komuniti masyarakat anda?

Pendapat Anda

Kini saya inginkan pendapat dari anda...

Jiran di sebelah rumah anda hendak mengadakan majlis kenduri kahwin. Jiran anda ini pula tergolong dalam golongan yang tidak bercampur dengan masyarakat. Dengan anda pun sesekali adalah terserempak dan sekadar senyum dan angkat tangan sahaja.


Anda tahu... melihat pada persiapan yang di lakukan bahawa majlis kenduri kahwin tersebut semakin hampir harinya tetapi anda masih tidak mendapat sebarang jemputan sama ada dari jemputan mulut mahu pun kad undangan. Dari pengetahuan anda pula... ada sebahagian dari masyarakat setempat yang 'terpilih' telah menerima kad undangan.

Bukan anda kesah sangat pasal jemputan tersebut...tetapi cuba bayangkan situasi anda di rumah ketika hari tesebut. Sanggupkah anda menyorok dalam rumah sahaja sepanjang tempoh majlis berlangsung?

Apa yang harus anda lakukan?


Dan kemudian berlaku pula situasi berikut....

Seperti biasa anda pulang kerja pada petang hari Jumaat, tapi kali ini anda terpaksa 'parking' kereta jauh sedikit dari rumah dan di tepi jalan sahaja sebab di hadapan rumah anda sudah terdirinya khemah dan siap bersusun kerusi meja. Macam 'magic' jer...Masa pergi kerja pagi tadi tiada pun. Tanpa minta izin pula tu, ahh! tak apalah...bukan selalu pun.


Dengan segera anda masuk ke dalam kawasan rumah. Di jeriji pintu rumah terselit satu kertas berwarna merah. Benar sekali telahan anda, ianya adalah kad jemputan kenduri kahwin dari jiran sebelah. Majlis kenduri tersebut pula akan di adakan pada hari Sabtu...Ya! pada keesokan hari!

Macam mana ni?


Admin...

57 comments - "Hidup Bermasyarakat? Macam Mana Ni?"

kita hidup perlu bergaul dalam masyarakat sebab jika kita dalam kesusahan mereka akan membantu kita..bukan itu sahaja. Membina ukhuwah antara manusia bukankah di galakkan ..

majlis kenduri ni jangan buat main..lau orang tak jemput...jgn selamaber je pergi makan..kena minta izin tuan rumah dulu...hu3..lainlah kalau dia dah umum semua orang boleh makan free..hahaha

Saya suka bermasyarakat...

Dalam hidup berjiran ini dan dalam hal jemputan majlis makan2 ni...sepatutnya orang kata 40 jiran2 yang paling hampir disekeliling rumah kita itu yang sepatutnya didahului jemputan... ntahlah, betul ke tak?

Selalu juga ada 2 org jiran, buat khemah dan kenduri kendara tapi tak pernah sekalipun dijemput. tak tahulah kenapa, walhalnya selalu berborak dan senyum bila jumpa. Tapi kami suami isteri tak kisah pun... kami lalu je depan khemah tu dan buat urusan kami.
Selalunya kawasan flat memang tak kisah, dah terbiasa dorg wat khemah kat parking. nak wat camner... jika dijemput, kami pergi. Jika tidak, buatlah hal sendiri...
Hidup ni mudah je jika kita buat tak kisah ngan sikap org yg menyombong tak tentu arah... dan hidup itu mudah bila kita permudahkan ia :)

Ya...itulah yang sebaiknya.

Itu sudah semestinya...tidak di jemput, jgn pula nak memandai2 nak joint... :)

Ya...seronok sebenarnya hidup bermasyarakat ni!

Sewajarnyalah, jiran2 yang berhampiran dijemput terlebih dahulu...
Terima kasih Bunda :)

Nasib baik rumah flat, kurang sgt terasanye...tapi kalau rumah teres, kenduri sebelah rumah pula...ianya mungkin berbeza.
Setiap orang ada caranya masing2...kita hanya perlu bijak menyesuaikan diri.

Wahhh...payah jugak kan. Sebenarnya situasi satu tuh mmg penah alami. Jiran wan yg skrg ni mmg bekeng bebenor orgnyer. Lagak tak ingat. Payah nak bertegur sapa...walhal kami selalu sedekah makanan kalau masak-masak kt umah, senyum-senyum...cuma skrg nih kami dh malas nak layan lagi dh. Dia buat majlis pun jiran-jiran tak pegi umah dia. Sebab terlalu sombong sgt.

Kalaupun ada situasi kedua...kami duduk diam-diam jer kat dalam umah...apa boleh buat. Huhuu...walaupun kejam...dah tawar hati dh.

Kathy R'bain delete icon 10:15 PTG

selalu terjadi macam tu BM.kat tempat kathy memang begitu.diorang pilih bulu..sampaikan nak bg daging kurban pun ikut geng2 diorang je dapat padahal acara korban tu buat depan rumah.sabo je la..bukan rezeki tu..yg letak kereta depan pagar masa majlis tak usah cakap la..hehehe..

PakcikLie PCL delete icon 11:25 PTG

untung kalau duduk dlm komuniti kampung yg harmoni..saling mengenali. tapi itu kampung yg dulu lah...

Liza Yati delete icon 11:33 PTG

Dulu masa di Sarawak., kami sgt rapat sesama jiran sbb hidup di perantauan ni, b8jang lak masa tu. Ramai yg kesian. Bila dah tinggal di kl, rumah lak di lubang merpati. Mmg xkenal jiran sebelah rumah. Serius! Pintu tututp 24 j atas faktor keselamatan. Xsabar nak hidup di kg. Berjiran dan bermasyarakat.

Amanina Mads delete icon 11:39 PTG

setuju dgn BM.. kita hidup bermasyarakat kena la selalu bercampur gaul. baru la ramah mesra dgn jiran tetangga

aiza salah seorang orang yang kurang bermasyarakat di dunia sebenar.. jiran aiza semua sudah berkahwin, tinggal aiza yang belum.. nasib baik mak aiza baik dan ramah dengan jiran-jiran.. jika orang dah jemput ke majlis tu kena hadirkan diri juga..

Raudzah Z delete icon 12:00 PG

Kena pandai bawa dirikan BM bila hidup bermasyarakt.its not that easy especially bila stay dalam komuniti yang berbeza...Tapi kita kena cuba untuk penuhi setiap jemputan. Tak nak jadi antara 10 jenis sombong yang boleh membawa kita ke neraka...

Mmg betul tu BM.. klu sy, jiran tetangga kita utamakan juga sama semuanya.. bila hati sama2 seronok, kegembiraan mereka terhadap kita sekeluarga itu adalah doa yg mujarab utk kita tanpa kita ketahui pun.. samalah klu jiran tetangga bengang.. sumpah seranah dlm hati mereka pun silap2 jadi doa yg mujarab juga buat kita.. wallahualam.. Kalau jemputan, in shaa Allah 99% pasti akan hadir sbb makan free hehee.. :D

Susah juga cabaran hidup masa kini. Mungkin ego masyarakat kini terlalu tinggi. Sampaikan nak bergaul pun, susah. Ada sikap tak baik dalam diri, terus menyepi. Soal adab pula, ramai yang 'terlupa'. Buat sesuka hati tanpa keizinan orang lain dengan menganggap apa yang dilakukan itu, betul sahaja.

Hidup hidup.

Mia Liana delete icon 3:29 PG

sepatutnya begitulah BM... tapi jiran satu jalan dengan rumah Mia leceh skit... tamak kawasan. Paling sakit hati bila balik kerja, kereta takleh masuk sebab ada kereta jiran depan rumah. Dah tahu jiran ni balik kul brapa. Saja cari pasal. Padahal kalau dah byk kereta tu, parking la kat padang depan rumah. Sukar nak diperkatakan dapat jiran yang macam ni walaupun kita ni tak pernah kacau sesiapa pun.

ANIM delete icon 4:36 PG

sepanjang hidup berpindah-randah, malah membeli rumah, memilih jiran menjadi faktor utama. bukan memilih tetapi kerana jiran itulah yang tentukan ke mana kita, ke syurga ke neraka. bukan senang BM. kadang2 jiran lain kaum lagi ramah dan suka membantu. masa muda, kita fikir ke situ. cari kawasan ramai bangsa asing sebab kalau jiran kita buat tak peduli, kita tak berkecil hati.tapi bila dah makin tua, kita sedar kita perlukan jiran seagama untuk membantu andai ada kematian,persepsi kita berubah.

lumrah BM..mana2 kita jumpa. anggap saja hal itu kecil yang tak menyusahkan hidup kita. biar orang buat kat kita macam tu, jangan kita buat kat orang. kita fikir kita nak tinggal lama disitu. takkan kerana seorang, kita pulak usung barang pindah rumah. mudah2an kesabaran kita menghadapi kerenah jiran yang begitu, Allah anugerahkan pahala buat kita. wallahua'lam. (sorry panjang lak..)

Assalam
Untuk 3 situasi yang Tuan BM utara itu, menanganinya hanya dengan akhlak sahajalah. Pandangan saya begitulah. Insyaallah.

Tengok mood ketika tu.....
Okje pergi je...tu dah ada kad jemputankan....makan free tuuu hehe...apa nak kisah...biasalah ...anggapkan mereka sebok...tak sempat nak inform awal...

situasi ini seperti pernah terjadi di mana-mana .. :P
walau apa pun cuba jugaklah bercampur dengan jiran tetangga, hari ini hari dia esok esok hari kita pulak siapa yang tahu kan?

Kejamnye Wan...hehe
Tapi sebaik2nya pergilah walaupun sesaat. Tak baik berdendam dan menolak jemputan... :) Makan free tuu

Yang penting kita kena bersabar, kerenah orang ni macam2, jgn kita jadi spt mereka... Perlu bijak menangai situasi.

Kampung dudu2...bukannya yg sekarang, hehehe mcm lagu Tegar pula.
Betul tu PCL...kampung juga tempat kehidupan bermasyarakat yg terbaik.

Faktor keselamatan...tempat tinggal sekarang ni ada byk kes ke?
Payah tu Liza sampai jiran sebelah pun xkenal. Tapi itulah realiti kehidupan di kotaraya...kesian kat anak2 kan...

Kita perlu bercampur dan mengenali terutama jiran2 bersebelahan dgn kita. Beramah mesra pabila bersua. Tolong menolong ketika di perlukan. Barulah seronok hidup berjiran...

Macam tak percaya pula...melihat Aiza di alam maya ini, sangat peramah dan mesra sekali dengan sesiapa sahaja. Pasti Aiza ada sebab tersendiri...yang penting, ianya adalah yg terbaik. Dunia realiti dan dunia tanpa jasad...ianya berbeza :)

Ya..betul tu, kena pandai bawa diri dan jangan abaikan tuntutan. Biar kita beralah asalkan kita tidak kalah di akhirat... Good point Raudzah, thanks :)

situasi sebegini biasanya hanya terdapat di kawasan-kawasan bandar atau elit...jarang jiran yang tak menjemput kalau berlaku kenduri kendara dikawasan kampung-kampung...tapi kalau perumahan mak saya di kawasan rumah teres,nak kenduri memang kena guna kawasan hadapan rumah untuk dirikan khemah,makumlah kawasan sempit..jadi nak tak hendak kena jemputlah...hehehe

Kalau sesama jiran pun tidak berbaik...pasti hidup pun tak seronok, kerana setiap hari dan setiap ketika mereka tetap ada di sekeliling kita...Kita ikutlah apa yg di tuntut...Insyaallah, hidup pasti bahagia dan berkat. Walaupun sesaat, kehadiran itulah pengikat ukhwah...terima kasih Khir

Inilah realiti kehidupan di masa kini. Jika kita terikut rentaknya maka tidak hairanlah suatu hari nanti...tiada lagi suasana kemasyarakatan wujud dalam kehidupan...Terhapuslah nilai2 murni ini dan hidup semakin terpenjara

ZazaMyMoon delete icon 8:47 PG

hidup kalau tak bercampur masyarakat memang susah.. takkan tak terpikir kot2 apa terjadi, jiran sebelah dinding rumah pn tak kenal.. tau2 je dah mati kering kat dlm rumah..tau2 je polis datang nak angkat mayat.. tak ke haru macam tu..

bagi saya ada pro & contra nya.. kalau berdasarkan cerita diatas, saya rasa si jiran tu tak patut buat mcm tu..lagi2 meletakkan kad undangan pada pintu rumah jirannya tu.. apalah salahnya jemput dari awal.. dah tentu2 sebelah rumah je kot..

Rambut sama hitam, hati lain2... Jika tiada rasa timbang rasa, pentingkan diri sendiri dan saling menghormati...ia amat sukar sekali. Memang perlu banyak bersabar menangani kerenah mereka. Jika selalu beralah...mereka akan pijak kepala pula... Tidak mahu menjadi musuh, maka bersabar dan berdoalah... Teruskan berbuat baik.

Saya setuju dgn kak anim, kalau sudah tetap tempat tinggalnya, kenalah terima segalanya dgn redha. Teruskan berbuat baik dan bersabar. Ianya penting kerana kita hidup ini mesti mahukan ketenangan, ceria, bahagia dan seronok bukan sahaja dalam diri dan keluarga, tetapi juga suasana di luar rumah...barulah hidup ini berkat dan dirahmati Allah...Insyaallah.

Waalaikumsalam,
Akhlak yang baik hasil dari didikan, ilmu, pegangan agama dan banyaknya pengalaman. Oleh itu...benarlah ia jika ianya di praktikkan dalam kehidupan.
Terima ksih atas pandangan anda yg ringkas tapi padat!

Kalau Opah...mesti kena tengok mood ajer, hehe
Ya...bersangka baik itu yg terbaik...pergilah walaupun seketika, tak rugi pun..kan!

Hidup ini umpama roda...tepat sekali!
Tak akan boleh kita tanam jasad kita sendiri...oleh itu hiduplah bermasyarakat :)

Ummi Kami delete icon 9:07 PG

Pelam merah berbuah temu,
Suami megah rajin berkebun;
Salam Ma'al Hijrah apakah khabarmu,
Ummi singgah ingin berpantun... ^^

Pukat hamis keliling sambung,
Berbatu-batu menyekat muara;
Masyarakat harmonis saling berhubung,
Bantu membantu ibarat saudara.

Kerana situasi dan keadaan kejiranan di Bandar inilah yang sewajarnya hidup bermasyarakat itu penting. Tapi...cara hidup dan zaman telah merubah manusia menjadi pentingkan diri sendiri...inilah realiti kehidupan sekarang. Hanya kita perlu bijak dan sabar agar tidak terikut dan terperangkap.

Itulah yang paling ditakuti berlaku...dan tidak mustahil ianya terjadi jika tiada kesedaran utk hidup bermasyarakat.
Bagi saya (situasi diatas)...memang jirannya tidak melakukan apa yang sepatutnya...Ianya mengundang suasana yg semakin negatif dalam hidup berjiran.

Salam Ummi...kehadiranmu amat dirindui :)

Malam berebut mudik kehulu,
Turun menyeru pengantin baru,
Salam disambut baik selalu,
Ditahun baru pantun berseru...

Memukat gelama dimuara barat,
Sekati cukup bahagikan empat,
Masyarakat umpama saudara dekat,
Pasti hidup bahagia dan berkat...

Terima kasih Ummi :)

kalau di bandar.. ini kejadian yang selalu berlaku,,
tapi kalau kat kampung .. jarang terjadi kot.. sebab.. lagi sebulan nak kenduri.. kad dah dapat..:D

ada jiran yang banyak kereta sampai terpksa parking kereta depan rumah kita, tanpa perasaan..haruskah???
saya memang suka jiran yang ambil berat antara satu sama lain,xkiralah samada kenduri atau tidak..Tapi jangan terlebih ambil berat sampai timbul kata-kata jangan suka jaga tepi kain orang...oh ho..

Ummi Kami delete icon 10:36 PG

Sama-sama BM...cantik pantun BM, makin menyerlah... ^^,

sebab itulah KA lebih prefer hidp dlm suasana kampung dimana rasa hidup bermasyarakat kekal hingga hari ni, bagus untuk generasi hari ini terutama anak2 KA sendiri ... done nuffnang !

Kakzakie delete icon 10:58 PG

1. Kalau dah tak dijemput kakak duduk ajelah dalam rumah. Org pun bukan tahu kita ada atau tak dalam rumah. kalau yg nampak kita pun org mungkin anggap kita dah balik dari majlis.
2.Kalau kakak ni jenis tak berkira sangatlah BM. Anggap aje jiran kita tu sibuk. Bila dah ada kad jemputan tu kakak pasti akan pergi juga tak kisahlah samada dia jenis campur org ke tidak.

Huhuu...tu la kn...mmg rs yg wan kejam jugak wat mcm tuh. Xpalh, wan akan cuba lupakan semuanya...thanks bro BM.

mrhanafi delete icon 7:07 PG

saya bersangka baik sahaja..tiada jemputan pun tak kisah kerana pergi rumah orang kahwin tempat bergembira melainkan ada kematian ..itu wajib pergi kerana tuntutan kifayah

p/s: Salam blogwalking dari admin kakiblog

cik tom delete icon 10:00 PG

bg ciktom..kl dijemput pergi & tolong2 apa yg patut wlpn perangai jiran xdelah ok...
tp skiranya xdijemput mmg buat xtau je la jwbnye..hehe...

jiran ni macam saudara mara, jangan kita ketepikan hak saudara mara kita. Walaupun jiran sebelah tu dah hulur kad, tapi caranya tak kena. Ikhtibarnya kat kita, jangan buat macam tu dengan jiran. Kalau jenis jiran yang tak kecil hati tak apa, kalau jenis jiran yang mudah ambil hati, kan hubungan dah tak berapa baik. terima kasih peringatan yang baik ini

Alhamdulillah, saya ini tidaklah ramah sangat. Jarang berjumpa dengan jiran. Masing-masing sibuk dengan kerja. Tapi, sebelum raya hari tu ada jiran nak buat kenduri dan dia jemput juga saya ni dan minta kebenaran nak pasang khemah depan rumah lagi.

hainom OKje delete icon 11:26 PTG

Rugi jugaklah kena sumbang hehe

menarik dan bermanfaat nih infonya
senang sekali bisa mampir ke blog anda
terimakasih banyak gan

nice post gan
terimakasih telah berbagi
sukses terus

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap