بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 16 Oktober 2014 merupakan sambutan Hari Makanan Sedunia. Pada tahun ini sambutan bertemakan, Family Farming : “Feeding the world, caring for the earth”.
Sambutan Hari Makanan Sedunia atau World Food Day bermula sejak tahun 1945 oleh bahagian Food and Agriculture Organization iaitu salah satu badan di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) yang bermatlamatkan kesedaran dan tindakan bagi mengatasi masalah kebuluran dan sumber makanan.
Sambutan Hari Makanan Sedunia atau World Food Day bermula sejak tahun 1945 oleh bahagian Food and Agriculture Organization iaitu salah satu badan di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) yang bermatlamatkan kesedaran dan tindakan bagi mengatasi masalah kebuluran dan sumber makanan.
Bermula dari tahun 1981, setiap tahun Sambutan Hari Makanan Sedunia ini mempunya tema dan kempen yang berlainan bagi memberi fokus kepada sesuatu isu.
World Food Day |
Masalah Makanan Dunia
Pada awal tahun ini, pihak agensi makanan UN menganggarkan kira-kira 805 juta (1 dari 9 orang) penduduk dunia mengalami masalah kebuluran. manakala kira-kira 2 bilion lagi kekurangan satu atau lebih nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan iaitu sama ada kekurangan protin, vitamin dan mineral. Daripada jumlah tersebut kira-kira 26% kanak-kanak pula terganggu pembesaran mereka akibat dari masalah kekurangan nutrien ini.Masalah kebuluran |
Petani-petani ini menjalankan aktiviti pertanian keluarga iaitu kerja turun temurun yang menjadi tradisi sumber pendapatan mereka. Diseluruh dunia, terdapat kira-kira 500 juta dari 570 juta ladang atau kebun pertanian diusahakan secara pertanian keluarga. Mereka mengeluarkan hasil pertanian seperti bijirin, buah-buahan, sayur sayuran, binatang ternakan dan tenusu, ikan dan sebagainya yang menjadi sumber makanan kepada seluruh penduduk dunia. - sumber
Oleh kerana pentingnya pertanian keluarga ini kepada penghasilan sumber makanan terbesar dunia, maka dengan itulah fokus sambutan tahun ini ditumpukan kepada mereka dalam membantu meningkatkan ekonomi dan pengeluaran.
Makanan Di Malaysia
Di Malaysia, kita perlu bersyukur walaupun didalam ekonomi yang kian menekan dengan kenaikan harga makanan, namun kita masih belum lagi sampai ke tahap kebuluran. Salah satu jalan untuk mengurang perbelanjaan adalah dengan menanam sumber makanan di kawasan rumah.Sambutan Hari Makanan Sedunia ini menyedarkan kita akan betapa sebenarnya ramai lagi manusia di muka bumi ini hidup dalam kesusahan dan kebuluran. Oleh itu jangan sesekali membazirkan makanan...Sesungguhnya membazir itu amalan syaitan. Kita hidup bukan untuk makan tetapi perlu makan untuk hidup...
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
15 comments - "Hari Makanan Sedunia - World Food Day"
saya sambut hari-hari,,hehe..
hari makan sedunia pun ada?
aritu blog mana entah saya baca, hari telur sedunia
macam-macam...hehe
apapun saya setuju sangat dengan BM
dekat malaysia ni orang mati bukan sebab kebulur, tapi terlebih makan
Bersyukur kita hidup disebuah negara yang cukup makanannya. Semoga bumi Malaysia terus aman dan makmur sampai bila-bila. Amiin..
Kat Malaysia hari2 makan kot..hehe.. Terlebih makan dh msyrakat Malaysia ni..
hari-hari hari makanan..hehe ^_^
org malaysia selalu merungut bila kos meningkat tapi pd masa yg sama masih mewah makanan berbanding negara2 afrika dan timur tengah yg sdg bergolak ... bersyukurlah krn Allah meletakkan kita di bumi malaysia .
Hikhikhik lya tatau pon ttg hari makanan huhuhu..yg ni mmg tak tahu la BM klau BM tak kongsi..Thanks sudi berkongsi info..
Makan sedunia tahun ni tema buah buahan ke?.... Kurang mengghairahkanlah..... kalau steak ke, chiken grill ke harus terbeliak jugak bijik mata
Sebenarnya kakak baru tahu semalam ada hari makanan sedunia.
Sedangakan ianya ada sejak kita belum lahir..
Tak ada makanan tak boleh hidup tapi hidup memang bukan utk makan aje..
Alhamdulillah dilahirkan di bumi yang bertuah ini...
Klu di Malaysia, kita masih bersyukur dgn limpahan makanan yg ada. Semoga ia berterusan hendaknya... Salam Jumaat BM.
makanan di tempat kita terlalu muncah hingga boleh dipilih...jikalau musim buah xtermakan banyaknya...syukur alhamdulillah...
bersyukur hidup di malaysia..
kita makan untuk kelangsungan hidup...
Pilihan makanan berlimpah ruah di tempat kita...cuba bayangkan yang ada pembaziran makanan tu...sekiranya dapat disedekahkan/disalurkan kepada negara2/mereka yang kekurang makanan kan bagus...
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”