بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Sambutan Hari Habitat Sedunia
Hari Habitat Dunia
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pasti ramai diantara kita yang tidak mengetahui kewujudan Sambutan Hari Habitat Sedunia atau World Habitat Day. Hari ini 6 Oktober 2014 merupakan tahun ke 29 sambutan ini disambut di seluruh dunia.

Tujuan Hari Habitat disambut di seluruh dunia adalah untuk memperingati dan menyedarkan kita semua bahawa semua manusia berhak mempunyai tempat tinggal yang selesa dan selamat untuk didiami serta kemudahan asas. Ia juga bertujuan untuk mengingatkan masyarakat dunia mengenai tanggungjawab kolektif untuk masa depan habitat manusia.

Maksud Habitat

Sebelum mengenali lebih jauh, elok kita fahami apakah yang dimaksudkan dengan Habitat. Habitat adalah tempat suatu makhluk hidup tinggal dan berkembang biak secara tetap di dalam sesuatu lokasi atau persekitaran.

Sambutan Hari Habitat Sedunia

Pada dasarnya, habitat berada di dalam suatu lingkungan persekitaran fizikal oleh populasi spesis yang mempengaruhi dan juga dimanfaatkan oleh spesis tersebut. Habitat tidak semestinya berkait dengan kawasan secara geografi malah tubuh badan juga boleh menjadi habitat bagi sesuatu organisma.

Informasi Sambutan Hari Habitat Sedunia

Sambutan Hari Habitat Sedunia
Sambutan Hari Habitat Sedunia
Sambutan Hari Habitat Sedunia adalah satu sambutan peringkat global yang dianjurkan oleh semua negara-negara ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi meningkatkan kesedaran akan kepentingan membangunkan petempatan manusia yang selesa/kondusif.
 
Hari Habitat Sedunia mula disambut oleh UN-HABITAT bermula tahun 1986. Objektif sambutan Hari Habitat Sedunia adalah seperti berikut:
  • Meningkatkan kesedaran masyarakat dunia mengenai keadaan petempatan manusia semasa;
  • Hak setiap individu untuk memiliki tempat tinggal yang selesa; dan
  • Mengingatkan masyarakat dunia mengenai tanggungjawab masing-masing terhadap masa depan penempatan manusia.
Sambutan Hari Habitat Sedunia
World Habitat Day
Hari Habitat Sedunia disambut pada hari Isnin pertama bulan Oktober pada setiap tahun. Setiap negara ahli digalakkan untuk menyambut Hari Habitat Sedunia di negara masing-masing dengan menganjurkan aktiviti atau program yang selari dengan objektif Hari Habitat Sedunia.

Sambutan peringkat global atau World Habitat Day Global Observance akan diaturkan oleh UN-HABITAT di satu atau dua buah negara yang terpilih setiap tahun. Kenali lebih lagi mengenai organisasi UN-HABITAT :

Sambutan Hari Habitat Di Malaysia

Malaysia merupakan salah satu negara anggota UN-HABITAT. Hari Habitat Sedunia negara dikelolakan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Antara program yang di anjurkan :
Sambutan Hari Habitat Sedunia

Jika anda ingin mengetahui pelbagai lagi sambutan mengenai alam dan kehidupan, dapatkan semua tarikh-tarikh penting tersebut di link berikut : http://tarikh-sambutan-berkaitan-alam-hidupan.html


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

6 comments - "Sambutan Hari Habitat Sedunia -World Habitat Day"

Tanpa Nama delete icon 10:14 PTG

eh,macam tak betul la feed blog sekarang ni...rasanya kathy dah komen entri BM ni..

aRz MoHa delete icon 1:10 PG

Rasanya mengenai komen di atas saya pun macam pernah mengalami. Tetapi hanya terjadi jika saya terlupa sign in

Saya baru tahu tentang hari habitat sedunia.
Cantik gambar rumah tu

Bunda_nora delete icon 8:10 PG

Sekarang ni banyak betul hari2 untuk di peringati... seperti HARI HABITAT SEDUNIA ini juga bunda baru tahu..

Khir Khalid delete icon 10:22 PG

Wahh.. saya baru tahu ada hari habitat sedunia ni. T kasih atas perkongsian info ini BM. Salam Isnin.. :)

Yana Yani delete icon 2:19 PTG

hari habitat pun ada? benda baru tahu ni
terima kasih untuk perkongsian ni

Unknown delete icon 5:42 PTG

good info

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap