بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Punca Dan Kesan Pemanasan Global - Global Warming
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masalah Pemanasan global (Global Warming) ini berlaku adalah berikutan peningkatan mendadak dalam suhu atmosfera bumi dan lautan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Kesan-kesan yang boleh kita lihat akibat dari masalah pemanasan global iaitu diantaranya adalah gelombang panas, cuaca panas luar biasa, pemanasan lautan, kenaikan paras laut, banjir, suhu di Artik dan Antartika meningkat, cuaca dan iklim tidak menentu, perubahan dalam corak dan jumlah curah hujan, kepupusan beberapa spesis dan cairnya glasier.

Beberapa kesan-kesan ini telah memberi impak negatif kepada alam dan kehidupan manusia sejagat. Oleh itu pemanasan global terbukti menjadi ancaman kepada keamanan, keselamatan, kesihatan serta kelangsungan semua hidupan di muka bumi ini.

Punca & Kesan Pemanasan Global

Pemanasan global berlaku adalah akibat dari kerosakan dan kelalaian manusia itu sendiri. Saban tahun penerokaan dan penebangan hutan serta pencemaran telah menyebabkan rosaknya atmosfera dan menipiskan pendinding bumi dari kepanasan sinaran matahari iaitu lapisan ozon. Antaranya adalah peti sejuk dan penghawa dingin misalnya telah memancarkan Chlorofluorocarbon (CFC) berbahaya yang mengakibatkan menipisnya lapisan ozon ini.

masalah-pemanasan-global-global-warming

Pencemaran udara merupakan satu lagi sebab utama berlakunya pemanasan global. Pengeluaran asap merbahaya dari asap kenderaan, kilang-kilang, kereta, pembakaran daun dan lain-lain semua telah menyumbang kepada punca kerosakan atmosfera bumi.

Kesan pemanasan global ini telah menyebabkan berlakunya banyak bencana alam dengan meningkatkan kejadian kemarau, kebakaran hutan, salji tebal, banjir, angin puting beliung, ribut taufan, tumbuhan dan haiwan yang semakin kepupusan dan kehilangan habitat, tsunami dan terumbu karang yang semakin berkurangan.

Peningkatan Ketara Suhu 

masalah-pemanasan-global-global-warming
Peningkatan Ketara Suhu Global
Tumbuhan dan penguraian pelepasan bahan organik secara semulajadi kurang dari 10 kali dari jumlah karbon dioksida (CO2) yang dikeluarkan oleh aktiviti manusia. Namun pelepasan ini masih mampu diserap diserap oleh tumbuh-tumbuhan daratan dan lautan.

Tetapi dalam beberapa ratus tahun yang lalu, pembebasan CO2 oleh aktiviti manusia telah meningkat berkali ganda menyebabkan suhu atmosfera meningkat dengan mendadak.

Peningkatan kawasan pertanian dan populasi, penebangan hutan, tempat pembuangan sampah, pengeluaran perindustrian, pengunaan bahan bakar fosil dan perlombongan telah menyumbang bahagian yang besar dalam pengeluaran karbon dioksida sehingga ianya gagal diserap semula.

Menurut saintis, iklim bumi telah berubah dengan pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini akibat dari pemanasan global dan akan terus meningkat melainkan jika kita berjaya mengawal pelepasan gas ini.

masalah-pemanasan-global-global-warming

Tanggungjawab Mengurangkan Pemanasan Global

Untuk mengurangkan Pemanasan global kita perlu menilai kembali setiap peralatan dan barangan yang kita gunakan iaitu mesti bebas dari CFC. Kita juga perlu untuk mengawal pencemaran udara dengan mengawal pelepasan gas berbahaya, pembakaran terbuka, pembebasan asap kilang dan menggunaan kenderaan serta jentera yang lebih mesra alam. Begitu juga dengan mengurangkan aktiviti memusnahkan alam semulajadi.

Kita perlu menghormati dan melindungi alam sekitar kerana kita perlukan udara yang selamat dan sihat untuk kita bernafas dan hidup dalam suasana yang bersih, aman dan sejahtera. Ianya adalah tanggungjawab kita bersama. Ingatlah... Kesan pemanasan global pasti akan bertambah buruk dimasa hadapan dan ianya akan dirasai oleh anak cucu kita akibat dari apa yang kita lakukan dimasa kini...

masalah-pemanasan-global-global-warming

Artikel ini diterbitkan sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) 2014

Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

14 comments - "Punca Dan Kesan Pemanasan Global - Global Warming"

Tanpa Nama delete icon 7:36 PTG

Memang nampak sangat dunia semakin panas berbanding 20 tahun dahulu..

Sebab tu jadi fenomena panas terik ribut kilat

Unknown delete icon 9:27 PTG

kesimpulannya , faktor penyumbang kpd pemanasan global mmg sgt sukar utk dibendung atas asbab keperluan pelbagai pihak ...

bumi sudah semakin tua..dah teruk dikerjakan oleh manusia

Saudara BM,

Isu pemanasan global ini sudah agak lama tidak diperkatakan dan diwar-warkan. Manusia mungkin agak terleka dan terlupa justeru menyangka bahawa isu ini telah ditangani. Hakikatnya apabila melihat carta terkini ianya semakin membimbangkan.

Etuza delete icon 6:00 PTG

asalam hidup blog ni terbaik ..sangat besar impak kepada yang datang membaca..

paridah delete icon 6:31 PTG

bagus artikelnya....kalau ambil jurusan sains alam sekitar sgtlah membantu sekali...kita patut elakan kerusakan alam sekitar utk mengurangkan pemanasan global...

Tanpa Nama delete icon 8:24 PTG

hmmm...hebat seperti biasa..

yandi delete icon 10:16 PTG

kalau yang saya perhatikan sekarang ini yang paling terlihat adalah polusi udara di kota-kota besar karena jumlah penduduk yang menggunakan kendaraan pribadi setiap tahun naik, transportasi umum yang aman dan nyaman adalah solusi terbaik untuk menekan polusi udara, terima kasih sudah berbagi artikel yang menarik sekali :)

Yana Yani delete icon 12:05 PTG

pemanasan global ni bukanlah isu lagi
dah banyak kali dibincangkan
cuma kita maish belum jumpa jalan penyelesaian
kalau kita tak kesedaran, benda ni tetap akan berlaku walau pelbagai usaha
dah dilakukan

Tanpa Nama delete icon 12:29 PTG

isu yg dh lama diperkatakan... bagus BM mengupas cerita !

Khir Khalid delete icon 12:53 PTG

Kalau nak diperbandingkan masa dahulu & sekarang mmg terasa perbezaannya. Klu naik motor dari zaman bujang & waktu kini, mmg terasa berbeza angin yg ditempuh terutama waktu tengah hari..

Unknown delete icon 8:30 PG

isu alam semulajadi nie masih kurang diberi perhatian bagi rakyat kita nie... kurang kefahaman atau masing2 sibuk dengan dunia sendiri... entah laa...

Bunda_nora delete icon 10:45 PG

Dulu2 sekitar tahun 50an hingga awal 70an..kita tak terasa sangat bahang ni...kerana masa tu kenderaan pun masih kurang dijalan raya...orang persendirian masih ada yang guna basikal dan kenderaan awam seperti bas dan keretapi...

Zaman sekarang ni...kereta 2 3 biji satu rumah...bakar hutan sana sini...kilang2 tumbuh dimerata2...mana tak terasa sangat kepanasan nya...

Pokok pangkal kesedaran dari segala lapiasan perlu...bukan dipihak2 tertentu sahaja yang hendak menanganinya...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap