بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 1 Muharram 1436 H, Selamat Tahun Baru... Salam Maal Hijrah 1436 H kepada seluruh umat Islam di mana jua anda berada. Semoga tahun baru yang tiba ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun sebelumnya buat kita semua... InsyaAllah.
Maal Hijrah 1436 H |
Sejarah Kalendar Hijrah
Khalifah kedua selepas Saidina Abu Bakar As-Siddiq ini telah mencetuskan ilham menggunakan kalendar ini selepas Kesatuan Arab menuntut untuk dihasilkan satu kalendar Islam.Ada juga kisah lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As’ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.
Ketika itu, terdapat banyak kalendar yang telah lama dihasilkan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Namun Saidina Umar memilih untuk memulakan Kalendar Hijrah pada tahun terdapatnya peristiwa besar yang melibatkan baginda Rasulullah S.A.W. Peristiwa tersebut tidak lain tidak bukan, peristiwa HIJRAH antara Kota Mekah dan Kota Madinah.
Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu. Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.
Peristiwa penghijraan Nabi Muhammad S.A.W berlaku antara bulan Safar hingga Rabiul Awal. Hanya TAHUN berlakunya beristiwa ini ditandakan sebagai TAHUN PERTAMA HIJRAH. Sumber
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Artikel : Awal Muharram - Salam Maal Hijrah 1436 H
12 comments - "Awal Muharram - Salam Maal Hijrah 1436 H "
Salam Maal Hijrah. Semoga tahun baru ini membentuk diri kita menjadi lebih baik,
Salam Maal Hijrah BM... Semoga tahun ini penghijrahan kita akan lebih bermakna ..InsyaAllah .
Salam maal Hijrah bro... oga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Saya doakan anda sekeluarga dirahmati oleh Allah Taala.
Jom terjah entri berkaitan:
Salam Maal Hijrah 1436H
Salam Maal Hijrah BM...
Semoga tahun baru kita semua diberkati Allah..Ameennn..
SALAM MAAL HIJRAH..KALENDAR HIJRAH ADALAH TERBAIK N BERMAKNA...
salam maal hijrah ...
salam maal hijrah BM..
salam maal hijrah BM
moga tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya =)
slm maal hijrah juga, mg tahun baru bertambah lgi keimanan kita semua
Semoga Allah sentiasa memudahkan jln kita semua utk sentiasa berhijrah ke arah kebaikan... aamiin.
Salam maal hijrah BM..
Salam Maal Hijrah untuk BM juga. Salam perkenalan dari saya
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”