بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Perabot dan Kabinet
Panduan memilih perabot & kabinet 
Tips Dan Panduan : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap dari kita pasti punya citarasa dan kemahuan sendiri dalam membeli serta memilih perabot serta kabinet idaman dalam mendekorasi sesebuah ruang di dalam rumah mahupun pejabat.

Namun kadang-kala ianya menjadi terlalu sukar apabila kita menjadi terlalu rambang mata dalam membuat pilihan dan akhirnya melakukan pembelian dan dekorasi yang kurang menarik, tidak sesuai dan juga menyempitkan ruang.

Ianya pasti amat merugikan kerana perbelanjaan telah dikeluarkan tetapi gagal memenuhi citarasa dan keperluan sebenar. Saiz ruang juga menjadi salah satu faktor penyebab yang menjadikan anda agak terhad membuat pilihan namun ianya tidak bemakna anda tidak boleh mendekorasikannya menjadi menarik dan menawan.

Tips Memilih Perabot Dan Kabinet Idaman

Perabot dan Kabinet
Dekorasi idaman 
Memilih kabinet dan perabot yang sesuai untuk rumah kediaman anda adalah amat penting bagi mereka yang mementingkan keselesaan, kelihatan menarik dan memberi kepuasan. Rumahku adalah syurgaku... sudah pasti ianya perlu sentiasa kelihatan selesa, segar, menarik dan mententeramkan jiwa.

Memang sukar membuat pilihan terutama jika anda berpindah ke kediaman baru. Apatah lagi bila melihat majalah, membuatkan jiwa kacau dengan pelbagai kreativiti dekorasi menawan dipertontonkan.

Mungkin beberapa tips berikut boleh anda jadikan panduan agar skop untuk memilih perabot dan kabinet idaman dapat dikecilkan dan lebih terperinci, menepati kehendak serta memudahkan :

1. Pemilihan Tema

Pilihlah tema dekorasi ruang anda. Jika sudah tetapkan tema ianya akan memudahkan anda untuk membuat pemilihan kerana menghadkan skop dan tidak perlulah melihat perabot dan kabinet yang berlainan tema.

Perabot dan Kabinet
Tema Dekorasi Moden dan Minimalis

2. Keluasan Ruang

Memastikan keluasan ruang amat penting untuk anda menentukan saiz, susunan serta jumlah kabinet dan perabot yang diperlukan supaya bersesuaian dengan ruang agar ianya tidak menjadi terlalu sempit atau terlalu kosong. Elakkan kerugian sebelum berbelanja.

Perabot dan Kabinet
Ruang yang luas beri kelebihan memilih dan melakukan dekorasi

3. Penetapan Warna Pilihan

Pastikan warna-warna sekeliling seperti warna dinding, lantai serta langsir. Pemilihan kabinet dan perabot yang bertepatan padanan warnanya akan mempengaruhi suasana ruang sama ada tampak menarik atau sebaliknya. Warna yang tepat padanannya juga dapat memberikan perspektif dan dimensi ruang yang kecil menjadi besar serta padat menjadi selesa. Selain itu, warna juga mampu memainkan sentuhan emosi kepada setiap orang yang memandangnya.

Perabot dan Kabinet Perabot dan Kabinet
Warna menceriakan namun mungkin juga menyuramkan suasana

4. Lakukan Lakaran

Lakukan beberapa lakaran kasar susunan dekorasi idaman yang boleh anda praktikkan. Lakaran kasar amat penting untuk melihat susunan yang bersesuaian, jumlah kabinet dan perabot yang boleh dimuatkan, saiznya serta dapat melihat ruang kosong yang diperlukan. Ianya juga dapat memberi gambaran awal akan rupabentuk dekorasi ruang boleh dilakukan mengikut kreativiti anda.

Perabot dan Kabinet
Susunan yang tepat beri keselesaan

5. Ikut Keperluan Bukan Kemahuan

Lakukan pemilihan perabot dan kabinet mengikut keperluan yang perlu sahaja. Jangan terlalu teruja untuk memenuhkan ruang tersebut. Penambahan seterusnya boleh dilakukan apabila diperlukan. Pembaziran amat merugikan... lagi pun rekaan perabot dan kabinet sentiasa berubah-ubah dan apabila tertarik dengan sesuatu yang baru dan menarik nanti anda sudah tidak punya ruang lagi!

Perabot dan Kabinet Perabot dan Kabinet
Utamakan yang perlu.. Jangan membazir ruang

6. Utamakan Keselamatan

Keselamatan dari sebarang bahaya dan kecederaan akibat dari rekabentuk serta susunan perabot dan kabinet amat penting di titik beratkan. Terutama jika anda mempunyai anak-anak kecil. Diantara yang perlu diberi perhatian adalah :
  • Rekabentuk yang tiada risiko bahaya seperti bucu yang tajam atau mudah pecah.
  • Tidak mudah tumbang jika berpaut dan dipanjat.
  • Susunan yang memberi ruang laluan yang selesa (boleh berselisih dengan mudah)
  • Kabinet dan perabot yang tahan menampung berat yang bersesuaian.
  • Tidak memerangkap debu dan senang dicuci
  • Wayar dan soket yang tersembunyi
  • Jangan melindungi pencahayaaan (lampu) dan pengudaraan (tingkap)
Perabot dan Kabinet
Keselamatan dan keselesaan diutamakan

7. Ikut Kemampuan Bukan Kehendak

Tidak semestinya anda perlu melengkapkan perabot dan kabinet untuk dekorasi ruang tersebut hanya dengan sekali pembelian. Ikutlah kepada kemampuan kewangan anda. Ambil masa dan lakukan satu persatu. Jangan nak bergaya tetapi papa kedana!

Perabot dan Kabinet
Ikutlah kepada kemampuan dan kesesuaian

8. Lakukan Survey

Jangan sekadar hanya melihat disebuah kedai lalu terus membuat pilihan. Lakukan survey untuk melihat pelbagai jenis rekaan serta tawaran harga perabot dan kabinet idaman anda. Ambil masa sehingga anda betul-betul puas hati. Lakukan perbandingan dari pelbagai sudut sehinggalah anda menang membeli dan menang memakai!

Perabot dan Kabinet Perabot dan Kabinet
Menang membeli menang memakai

9. Pemilihan Rekaan Dan Rekabentuk

Ini sebenarnya melihat kepada tema serta saiz perabot dan kabinet pilihan anda. Selebihnya ikutlah citarasa anda tapi pastikan juga :
  • Keteguhan, ketahanan material serta lasak
  • Mudah dicuci
  • Senang dialihkan
  • Cantik di mata tapi praktikal fungsi dan kegunaanya
Perabot dan Kabinet Perabot dan Kabinet
Kepuasan dan keperluan perlu seimbang

Perabot Dan Kabinet Satu Kelengkapan Ruang

Perabot dan Kabinet
Pemilihan bertepatan fungsi dan praktikal 
Pemilihan perabot dan kabinet amat penting kerana ianya memerlukan perbelanjaan yang besar serta kelengkapan wajib bagi sesebuah ruang.

Oleh itu pemilihan yang tepat mengikut keperluan lebih penting dari mengikut kehendak tetapi dalam masa yang sama perlu juga untuk kelihatan menarik kerana pastinya ianya akan dilihat dan digunakan setiap hari dan ketika.

Semoga sedikit tips dan panduan RM dapat membuka minda dan memberikan skop pemilihan yang tepat dalam memilih atau membeli perabot dan kabinet untuk keperluan serta mendekorasikan sesebuah ruang agar kelihatan menarik, selamat dan selesa serta berbaloi.


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

18 comments - "Tips & Panduan Memilih Serta Membeli Perabot dan Kabinet "

Yana Yani delete icon 11:18 PG

suka entry ni bersesuaian dengan kami yang baru berpindah
cuma belum cukup income nak beli barang baru
semua guna apa yang ada sebelum ni
rasanya cukup apa yang buat masa sekarang, janji selesa

p/s-BM kenapa saya rasa tulisan kat sini makin kecil, susah pula nak membacanya

Assalamualaikum BM, lama sheila tak singgah sini. Suka sangat kalau rumah simple dan tak banyak perabot. senang nak vakum atau menyapu. hihiiii singgah menabung sini ~~~

salam jumaat dan satu perkongsian yang menarik BM... semestinya dalam memilih perabot saya suka yang elegant, menjimatkan ruang dan nampak kemas...

Unknown delete icon 11:35 PG

cik akak paling suka perabot yang berkaca..hihi...
tapi kalau ada budak2 kah umah memang berbahaya sikit

Syikin Maarop delete icon 12:40 PTG

:) tips yang sangat bermanfaat. dalam pemilihan perabot, saya sangat titikberatkan daya tahan perabot tu.. supaya bleh pakai lama.. hehe

syikinmaarop.blogspot.com

Khir Khalid delete icon 2:55 PTG

Memilih perabot mmg perlukan pemerhatian & kesabaran. Tak perlu tergesa2 klu nk membeli kan.. perkongsian tips yg bermanfaat utk peringatan semua. Salam Jumaat BM.. :)

Terima kasih BM...tips yang berguna bila nak pilih perabot baru.

titan delete icon 5:52 PTG

kalau perabut tu comel dan menarik, aku beli tak kiralah murah atau mahal. hoho

maklumlah..nak pakai lama kan..

Salam BM..Nice Sharing..Complete dari awal hingga akhir ..BM ..Lya pon dalam proses nak ubahsuai rumah jugak sekarang ni ..Munglin akan dilakukan pada musim cuti sekolah nanti .. Boleh la tgk2 panduan yang BM berikan ini ..Thanks ya BM..Banyak membantu ni ..

Unknown delete icon 6:40 PTG

saya lbh utamakan keluasan ruang bila memilih perabot

paridah delete icon 9:07 PTG

pilih kabinet ikut keperluan n kemampuan yg penting kot...

cantik sangat dah entri nie..sebab aku baru je nak apply beli rumah baru nie

Tunjuk perabot, tapi aku minat rekabentuk blog ni :)

Tanpa Nama delete icon 9:38 PTG

memang berguna tips ini..tunggulah bila ada rumah sendiri nanti..sekarang masih menyewa lagi..

Bunda_nora delete icon 8:13 PG

Bunda pun sependapat ngn Kathy...

Tanpa Nama delete icon 3:00 PTG

Thank you, blog ini memang membantu banyak :) nanti I share bagi rakan saya ya^^

Sekiranya sesiapa memerlukan perkhidmatan membina laman web, layarilah www.perkhidmatan-lamanweb.operion.com.myuntuk dapat info selanjutnya dengan harga paling rendah ;) setahu saya

Thank you dan harap boleh membantu anda semua, sharing is caring

tips yang menarik. untuk variasi bisa juga mencoba furniture dengan bahan lain, misalnya bambu

Kerajinan Bambu Asli Yogyakarta
Telp. 0852 9208 8944
WA. 0856 4307 7157
BB. 5AB27D52
www.kerajinanbambujogja.com

Contoh desainanya bagus-bagus, serta menarik untuk di coba ya....

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap