بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jika dilihat, hari demi hari semakin bertambah jumlah entri di dalam blog. Semuanya tersimpan di sini. Bagi blog personal (peribadi) ianya akan menjadi satu catatan diari yang menjadi kenangan dan tatapan buat diri, anak-anak dan orang lain.

Bagi blog yang punya niche tertentu atau informasi, segala curahan idea, pengetahuan, pengalaman dan perkongsian menjadi rujukan buat mereka yang memerlukan. Begitu juga dengan perkongsian ilmu dunia dan akhirat yang menjadi panduan, pedoman dan ingatan.

Belajar Cara Mudah Buat EbookSetiap entri amat berharga jika ianya ditulis, dirangka serta dikarang hasil dari idea dan bakat sendiri. Selain dari nilai sentimental, ia mungkin juga punya nilai yang tinggi dipasaran tanpa anda sedari.

Selain dari tersimpan di dalam server Blogger, anda juga boleh menyimpan semua entri anda di dalam komputer atau pendrive dengan eksport blog (Blogger --- Setting --- Eksport Blog) tetapi ianya di dalam format xml. maka lebih sesuai untuk backup file.

Oleh itu, salah satu cara yang terbaik untuk menyimpannya adalah dengan mengadaptasikan entri-entri tersebut menjadi sebuah ebook. Ini adalah kerana ianya dapat menyimpan semua yang ditulis termasuk gambarnya sekali sama seperti yang diterbitkan di dalam entri dan disimpan pula dalam format PDF! Selain dari menjadi ebook, anda juga boleh print dan jadikan ia sebuah buku.

Percaya atau tidak... Nah! kini anda sudah boleh mempunyai sebuah ebook atau buku sendiri! Jika maklumat yang ada didalam entri tersebut punya nilai komersial, mungkin ianya boleh dijual dan menjana pendapatan!

Semua ini boleh anda lakukan hanya dalam beberapa minit! Inilah keistimewaan aplikasi hebat ini malah ianya percuma dan amat mudah sekali digunakan serta boleh diguna pakai oleh pengguna Blogger mahupun Wordpress. 

Belajar Buat Ebook Entri Blog Anda

Cara membuat ebook Blog ini adalah teramat mudah dan pantas! Anda hanya perlu ke laman web ini : Blog2Book dan klik pada Start Now! maka bermulalah proses pembinaan sebuah ebook dan hanya perlukan 4 langkah untuk menyiapkan sebuah ebook!

Belajar Cara Mudah Buat Ebook

Langkah 1 :
Anda dikehendaki memasukkan alamat url blog dan seterusnya pilih salah satu platform blog sama ada WordPress atau Blogger. Kemudian anda perlu memilih pilihan entri yang ingin dijadikan ebook sama ada pilihan entri yang terkini (max 100 entri terkini) atau mengikut tarikh terbitan  (max 1 tahun). Selesai sahaja, klik Get The Posts

Belajar Cara Mudah Buat Ebook

Langkah 2 :
Seterusnya anda akan melihat semua senarai posting blog hasil dari pilihan langkah sebelum ini. Di sini, anda boleh lagi mengedit pilihan entri sama ada untuk dibuang (klik kotak kiri sebelah tajuk entri) atau menyusun susunan entri mengikut kehendak (hanya dengan menyeret entri ke atas mahu pun ke bawah). Setelah anda puas hati, klik Continue

Belajar Cara Mudah Buat Ebook

Langkah 3 :
Disini pula anda dikehendaki meletakkan tajuk untuk ebook. Begitu juga dengan subtajuk dan nama penulis. Diberi juga pilihan untuk meletakkan cover ebook yang anda suka atau mahukan. Selain itu, boleh juga meletak Preface dan Dedication. Semua ini akan menjadikan ebook kelihatan 100% kepunyaan dan unik hasil dari buah tangan anda. Setelah selesai segalanya... klik Create my book!

Kemudian... kenalah tunggu seketika untuk aplikasi ini mengekses dan mengubah semua entri anda menjadi sebuah e-book. Kalau banyak entri maka lama lah sikit ye...

Belajar Cara Mudah Buat Ebook

Belajar Cara Mudah Buat Ebook

Langkah 4:
Akhirnya, kini sebuah ebook kepunyaan anda telah siap! Langkah terakhir ini adalah untuk melihat (preview) rupa bentuk sebenar ebook yang terhasil. Anda boleh semak ebook tersebut sehelai demi sehelai. 

Belajar Cara Mudah Buat Ebook
Belajar Cara Mudah Buat Ebook
Belajar Cara Mudah Buat Ebook

Buat Ebook Entri Blog Untuk Apa Sahaja Tujuan Anda

Dah selesai... Sekarang ebook ini boleh anda muat turun (download) untuk disimpan di dalam komputer mahupun pendrive. Ianya automatik terus ke dalam format PDF. Jika inginkan aplikasi ini print ebook untuk anda, charge akan dikenakan tetapi percuma sahaja jika anda print melalui ebook yang telah di download tadi.

Belajar Cara Mudah Buat EbookKini semua catatan berharga anda telah tersimpan rapi menjadi sebuah ebook. Ianya mungkin berguna sebagai kenangan dan catatan berharga dari anda buat anak-anak mahupun sesiapa sahaja yang mahukannya. Jika tidak mahu disimpan dalam komputer, print sahaja dan jadikanlah sebuah buku. 

Kepada mereka yang mahukan maklumat dalam entri untuk dijadikan ebook yang berpotensi untuk dipasarkan, cara ini adalah paling mudah. Pastikan anda edit entri anda dengan sebaik-baiknya terlebih dahulu.

Anda juga boleh cuba aplikasi ini tanpa perlu download. Setiap ebook yang anda buat akan hilang secara automatik selepas 12 jam. Lihat dan lakukan sendiri bagaimana sebuah ebook blog anda terhasil hanya dalam beberapa minit!

Semoga aplikasi ini memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya. Aplikasi ringkas dan mudah tapi amat bermanfaat sekali! Gunakan ia sebaik-baiknya.


Note: You can create an eBook of a blog that you don't run (although we don't recommend doing such a thing without the owner's permission). If you don't have admin access to that blog, then you will see limited content. You will get the following message (or similar for WordPress) if this app can't access your blog's full posts.
Belajar Cara Mudah Buat Ebook
If you log into your Google account, you might need to grant access permission to this app.


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

46 comments - "Belajar Cara Mudah Buat Ebook"

Bunda_nora delete icon 2:30 PG

Bagus lah kalau dapat buat e book ni..boleh buat duit jugakkan..kalau ada kemahuan dan rajin apa pun boleh belajar demi mendatangkan manfaat..

Terima kasih BM atas info ini..

thnaks BM...rupanya akka baru tau ada benda ni...dok backup blog akak hanya dok buat import-eksport ja..nanti akka nak buat ebook ni

kakiblog delete icon 7:10 PG

wah..lepas ini boleh jual ebook relakss minda pula...terima kasih berkongsikan info ini

Selain itu ianya boleh menjadi sebuah buku sebagai tatapan keluarga dan rakan-rakan. Buku hasil dari tulisan kita sendiri!

Saya terjumpa website ni semasa mencari informasi lain. Menarik utk dikongsikan... Wah! nanti mesti ada ebook resepi dari kak Kamsiah! Menarik tu...

Haha... ebook Relaks Minda! Siapalah nak beli tu....

salam, mohon copy yea....

Tanpa Nama delete icon 10:41 PG

Wah..best juga ni...teringin pula nk buat dan masukkan entri resipi gitu..

Unknown delete icon 11:16 PG

wah..menarik ni..pernah ada seseorang yang komen spam kat blog kak nah cadangkan untuk kak nah buat ebook ni.. teringin juga nak buat..tapi sekarang mood untuk menulis semakin menurun..

Unknown delete icon 1:33 PTG

ebook ni dah macam goreng pisang pnas..ada kebaikan dia jugak..senang nak belajar ilmu..di hujung jari jer skang...

BinMuhammad delete icon 1:51 PTG

Silakan... ilmu untuk dikongsi bersama. Terima kasih.

BinMuhammad delete icon 1:52 PTG

Bagus tu Kathy...boleh buat ebook resepi!

BinMuhammad delete icon 1:54 PTG

Aplikasi ini sungguh mudah dan cepat..Kak Nah boleh cuba.

BinMuhammad delete icon 1:55 PTG

Jika digunakan utk kebaikan...memang banyak manfaatnya dan mudah pula...

Denaihati delete icon 2:01 PTG

menarik cara ni dan nampak mudah sangat. terima kasih infonya ni.

paridah delete icon 2:08 PTG

bagus sekali perkongsian infonya tq BM kak mmg teringin nk ebook novel kak...

Tanpa Nama delete icon 2:31 PTG

Info hebat la BM. Hujung tahun ni confirm nak jadikan sebahagian artikel sebagai ebook. Kot-kot boleh dijual..hehe

titan delete icon 2:33 PTG

hoho..best gak cara nih.

kalau aku nak buat ebook novel ada otang nak baca tak...hahaha

wah menarik tu :).. Brother BM buat lah Ebook tentang SEO ..

perkongsian bagus ni!!

Sebelum nie kena copy balik artikel n paste dekat word.cara nie nampak mudah sedikit.

Subhanallah...tip yg baik saudara

BinMuhammad delete icon 6:41 PTG

Sangat menarik tu Kak Paridah! Pasti aplikasi ini amat berguna.

BinMuhammad delete icon 6:44 PTG

Informasi hebat di SP kalau dijadikan ebook pasti menarik. Ianya boleh jadi spt majalah pengetahuan am! Kalau kena gayanya memang boleh jual.

BinMuhammad delete icon 6:45 PTG

Kenapa tidak! Sekarang ni novel2 memang laris...kena pulak jalan ceritanya yg unik dan menarik!

BinMuhammad delete icon 6:47 PTG

Ya...kalau nak copy paste dan kena edit satu persatu entri...memang payah juga. Aplikasi ini dapat memudahkan kerja...

BinMuhammad delete icon 6:47 PTG

Semoga berguna buat mereka yg memerlukan... :)

BinMuhammad delete icon 6:50 PTG

Hoho! Saya bukan pakar yang layak utk buat ebook tentang SEO... Masih terlalu hijau dalam berblogging.

BinMuhammad delete icon 6:51 PTG

Pakar tak perlu kot guna cara ni... :D

BinMuhammad delete icon 6:53 PTG

Saya masih ingat lagi DH pernah terbitkan buku dari kandungan entri DH. Bagaimana sambutannya?

BinMuhammad delete icon 6:54 PTG

Semoga bermanfaat hendaknya...

Etuza delete icon 7:35 PTG

Asalam BM wah terbai bagi kita semua, nampaknya kena belajar ni Ebook kita kena miliki ..tambahkan lagi ilmu share ya...terima kasih info

Khir Khalid delete icon 8:26 PTG

Wahh.. langkah kanan masuk sini malam ni. Perkongsian yg sgt menarik dan bermanfaat ni BM. T kasih.. :)

mselim3 delete icon 10:27 PTG

Assalammualaikum...BM.

terima kasih entry nie.. dah lama mselim3 mencari baru kini mendapat...

mselim3

Hero Borneo delete icon 12:13 PG

satu info yang menarik..dah lama mengidam nak tulis ebook sendiri

kakiblog delete icon 8:06 PG

belum jual mana tahu siapa yang mau beli..he..he..

Unknown delete icon 7:27 PTG

saya dah ada baca pasal ebook ni kat satu blg . mmg dah verangan tapi masih blm berkesempatan ...

Alam Kucing delete icon 10:17 PTG

Saya dah mencubanya, terima kasih. Tapi ada beberapa kejanggalan sikit:

1. Format jadual (table) dalam blog saya semua jadi berterabur.
2. Ada senarai, samada bulet dan nombor, lari dari tempatnya.
3. Kepala imej kurang memuaskan.
4. Font, tak perasan boleh tukar atau tak.
5. Ada heading (h1, h2 dll) yang tertukar.
6. Ada pothi.com haha, besar pulak tu.

Saya rasa mungkin sesuai kalau blog tu tak banyak gunakan tatahuruf.

BinMuhammad delete icon 12:10 PG

Terima kasih beri feedback. Mungkin benar...ianya kurang sesuai untuk entri yang banyak menggunakan format...sebab yang saya test nampak ok jer. Biasalah, aplikasi percuma mesti ada kelemahan dan ada backlink pengeluar...
Thanks FC... :)

Yana Yani delete icon 4:02 PTG

menariklah BM!
cuba juga kejab tadi tapi macam yang dikatakan oleh FC
banyak yang lari =)

IrdaBay delete icon 2:53 PTG

Woww! tak pernah terfikir nak jadikan entry2 blog ni sebagai eBook a.k.a backup.. tqvm for the idea! (^_^)

Zulfadhli delete icon 8:00 PG

terima kasih, ada juga cara begini yang lebih mudah.

wak kang delete icon 12:35 PG

Terimakasih en.BM,
perkongsian ilmu yang sangat dihargai

Unknown delete icon 4:00 PTG

Tq...ilmu yg bermanfaat.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap