بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Pameran MAHA 2014 : Bermula dari 20hb hingga 30hb November ini, Pameran MAHA 2014 atau Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show - MAHA) anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menemui orang ramai di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Pameran MAHA 2014 kali ini bertemakan Agroteknologi Pemangkin Tranformasi. Pameran dwitahunan ini akan lebih menumpukan kepada penyertaan golongan muda.
Ia membabitkan lapan fokus utama iaitu Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK), Industri Agro Makanan, Industri Asas Tani, Agro Belia, Cabaran Inovasi Pertanian Malaysia (MAgIC), Agro Pelancongan, Agro Gaya Hidup dan Agro Dagang.
Berikut adalah beberapa aktiviti, program dan pertandingan yang dianjurkan sepanjang Pameran MAHA 2014 kali ini
Pameran MAHA 2014 kali ini bertemakan Agroteknologi Pemangkin Tranformasi. Pameran dwitahunan ini akan lebih menumpukan kepada penyertaan golongan muda.
Ia membabitkan lapan fokus utama iaitu Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK), Industri Agro Makanan, Industri Asas Tani, Agro Belia, Cabaran Inovasi Pertanian Malaysia (MAgIC), Agro Pelancongan, Agro Gaya Hidup dan Agro Dagang.
Objektif Pameran MAHA 2014
Berasaskan inisiatif memperkayakan sektor pertanian dan membangunkan pertanian baru, Pameran MAHA 2014 menggariskan beberapa objektif :- Untuk mempamerkan perkembangan terkini agro-makanan dan pertanian berasaskan industri di Malaysia
- Untuk menggalakkan pemahaman mengenai hala tuju agro-makanan dan perniagaan berasaskan pertanian
- Menyediakan platform untuk peluang perniagaan dan pembangunan di peringkat tempatan dan antarabangsa
- Untuk mendorong dan memotivasi pembangunan generasi muda dan masa depan dalam agro-makanan dan industri asas tani
- Bagi menjadikan MAHA sebagai pameran perdagangan yang mampu menarik minat penyertaan syarikat korporat
Aktiviti, Program Dan Pertandingan di MAHA 2014
Selain dari pameran dan jualan para peserta, Pameran MAHA 2014 juga menganjurkan beberapa aktiviti dan program yang boleh disertai oleh orang ramai. Ianya boleh disertai secara percuma disepanjang berlangsungnya pameran MAHA 2014 ini.Berikut adalah beberapa aktiviti, program dan pertandingan yang dianjurkan sepanjang Pameran MAHA 2014 kali ini
Agro Hunt MAHA 2014 |
Untuk mengetahui dengan lebih lengkap semua aktiviti yang berlangsung, anda boleh lihatnya di sini : Brochure Pameran MAHA 2014
Untuk maklumat dan panduan pengunjung, anda boleh lihatnya disini : MAHA 2014 - Panduan Untuk Pengunjung Awam
Jom Ke MAHA 2014!
Luangkan masa cuti sekolah anak-anak anda dengan mengunjungi Pameran MAHA 2014. Pelbagai ilmu pengetahuan, peluang, kemahiran, pendedahan, pertunjukan, permainan, jualan dan barangan yang boleh anda dapat disini. Tapak pameran MAHA 2014 ini sungguh luas. Ia menyajikan dengan lengkap semua aktiviti perladangan, penternakan dan nelayan negara.
Tapak Pameran Utama MAHA 2014 terbahagi kepada beberapa kategori dan lokasi iaitu :
- Tapak Pameran Ternakan
- Tapak Pameran Jentera
- Tapak Pameran Padi
- Tapak Pameran Pavilion Negeri-Negeri
- Tapak Pameran Hall Utama & Agrobazaar
- Tapak Pameran Flora
- Tapak Pameran Sayur-sayuran
- Tapak Pameran Perikanan
- Tapak Pameran Nanas
Lihatlah tarikan istimewa MAHA 2014 melalui entri berikut :
Anda juga boleh lihat dengan lebih jelas lagi suasana dan keadaan sebenar tapak Pameran MAHA ini melalui pengalaman saya di Pameran MAHA 2012. Ianya sungguh menarik dan anda pasti puashati dan gembira berada disini.
Tidak tahu bagaimana hendak menuju ke Tapak Pameran? Sila ke halaman peta berikut : Map Tapak Pameran MAHA 2014 (MAEPS)
Paling mengujakan adalah apabila anda berada di bawah rimbunan buah sayur-sayuran yang bergayut-gayutan. Sungguh mengasyikkan! Jom... kita ke Pameran MAHA 2014! |
Pameran MAHA 2014 - Agroteknologi Pemangkin Transformasi
Sumber informasi :
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
28 comments - "Pameran MAHA 2014 - Agroteknologi Pemangkin Transformasi"
ini peluang terbaik untuk para perternak,nelayan dan peladang..orang ramai dari pelbagai lapisan masyakat juga bagus datang
elok la tu...musim cuti sekolah...
Kakak yag suka di pameran seperti ini selain buah-buahan yg besar, sayur yang segar-bugar dan pastinya pokok-pokok bunganya macam-macam ada. Pertandingan yg ada tu semua tidaklah menarik minat kakak. Kalau dapat pokok orkid dia memang berbaloi sebab memang dah terus boleh hidup... orkidnya pun cantik bukan main alahai dik entah dpt pergi entahkan tidak..
Elok tidak dilepaskan mengunjungi pameran ni banyak pengeahuan yg boleh diperolehi tentang pertanian, produksinya yg pelbagai n yg paling kak suka orkid2 n rosenya yg cantik...
memang sentiasa pergi 2 tahun sekali,
tahun insyaallah akan pergi sekali lagi,
walaupun letih duk pusing tapi berbaloi.
Tahun ni kena angkut anak2 pi sama, dulu pi masa mengandungkan anak sulung. Sekarang anak dah 2 org..maknanya lama la tak pi MAHA ni :)
Pameran yang berbaloi untuk dikunjungi kan BM..:)
Ya! Pameran terbaik utk expose semua kemahiran, perkhidmatan dan produk perladangan, pertanian dan nelayan!
Pemilihan tarikh yang amat sesuai sekali.
Akak kalau datang, kena bawak lori... mesti banyak borong bunga nih! :)
Memang rambang mata dibuatnya!
Kalau sehari memang memenatkan utk pusing semua! Berbaloi sgt lah ke Pameran MAHA ni.
Memang patut pergi tu... Kena exercise berjalan dari sekarang! :)
Betul tu HP... Memang puas hati ke Pameran MAHA ni! Berbaloi2!
lima minit jer dr rumah . klu org kampung mai , wajib serbulah MAHA ni ... cuti sekolah lak tu ...
Bagus pameran macam ni...boleh beli anak2 pokok, murah2..
hak ni pernah dengar, memang tiap tahun ada! hehe
tapi tak pernah pergi sekali pun...hehe
Teringin nak pergi...
Bukan tiap2 tahun...2 tahun sekali. YY kena pergi! Memang best. Afif mesti suka!
Bagus ni.. 2 tahun lepas saya ada menyertai satu program bersama peladang. Sungguh berbaloi bila dapat beli pokok cili & sampai skrng tak perlu beli cili padi lagi.. petik je. Subur hingga skrng. Acara yg sgt bermanfaat buat kita semua.
Jom p Maha 2014, Lot no 21..Jeruk Madu Pak Ali...Penang mai...belum pekena dah terasa...managed by: Dnur Venture.
Tak pernah lagi pergi pameran MAHA nih.
InsyaAllah, hujung minggu ni boleh 'exercise' dengan anak2
Bayaran parking yang dikenakan agak melampau RM5
Patut adakan d pantai timur sekali sekala..
Ada bas tak dari stesen komuter serdang ke tapak pameran?
Berita baik untuk anda, Shuttle Bas Percuma (Rapid) disediakan dari Stesen Komuter Serdang bermula 9.00pg-10mlm (setiap ½ jam)
allhamdulillah
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”